Followers

Monday, October 31, 2011

KEK KAROT KUKUS

Cam biase ler… Asal wiken jek, otak nih laju jek berpikir nak cuba resepi ape. Hehe! Kebetulan wiken kali nih, aku dah dapat mende yg aku idamkan. Hehe! Ape lagi? Kene laa rasmikan, ye tak? Hasil dari perasmian MIXER baru, hadiah untuk diri sendiri.

Jomintai resepi…

KEK KAROT KUKUS
Resepi asal: Hanieliza's Cooking

Bahan
250 g butter
150 g gula halus
3 biji telur
1 s/k esen vanilla
200 g carrot [parut dan celur - toskan kering]
100g prune cincang (Yg ni aku tak letak sebab tak jumpe cari kat dalam tesco tuh. Huhu!)
50 g kismis
230 g tepung gandum ]
1 s/k baking powder ] ayakkan
1 s/k serbuk kulit kayu manis ]

Cara.

1. Panasakan kukusan
2. Butter dan gula dipukul sehinga gebu.
3. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata.
4. Masukkan esen vanila dan kacau lagi.
5. Masukkan tepung gandum yg telah diayakkan bersama baking powder dan serbuk kayu manis.
6. Masukkan carrot, kismis dan prune.
7. Gaul rata dan masukkan dalam acuan yg dilapikkan kertas
8. Kukuskan dalam kukusan selama 50 minit
9. Bila telah masak, sejukkan dan sapukan cream keju.

Cream Keju

Bahan
250 g cream keju
50 g gula halus
50 g fresh cream
1 cawan yogurt perisa buah

Cara.

1. Pukul semua bahan sehingga gebu dan sapukan pada kek lobak yg telah sejuk

Erm… Tp aku punye frosting kurang menjadi laa sbb ade kurang bahan sket…Huhu! Anyway, next time, aku cuba cara lain plak! Hehe…

P/S: Aku cuba cara kukus dulu. Maklum laa, lom ade oven. Tgh mengecek ngan en Hubby sebijik oven sempena 4th anniversary soon. Dapat tak agak² nye? Hahaha....


1 Korang Kate...:

Pretty Ryna said...

wei..yg ni aku tahan tgk beb..sedap bangat.....hang len kali masak bg aku rasa sama