Followers

Friday, July 25, 2014

Salam Aidilfitri 1435H..

Thursday, April 3, 2014

CONTEST: Make Love Memoirs

THE STORY OF LOVE CONTEST SEASON 2

Saje gatai nak join jugak. Hehehe! Moh laa, pakat LIKE sama-sama..... KLIK SINI


Thursday, March 20, 2014

Sekian Lama...

Huh! Syuuuhhh... Syuuuuhhhh... Byk nye spider kat umah ni! Bersarang2 sane-sini.

Hehe... Menandakan dah sekian lama aku tak menjengah dalam rumah ni. Lawat kawasan ade la... Tinjau jiran2. Tu pun tak masuk rumah. Usyaaaa jek! Hahaha....

Walhal, byk nye laa mende berlaku dalam hidup aku sepanjang mase ni. Sedang membina ketabahan diri dan kekuatan hati sekarang ni.

Buat ringkasan je lah!

Personal life: 

  • 5-Feb : Birthday hubby - Which is hubby start demam, sakit2 sendi dan lemah badan. Dah lama dia tak kene demam. Starting from that, dia berterusan demam tak kebah2. Memaksa aku mengambil 2 hari EL pada hari berikutnye. Weekend, dia nampak makin OK but suddenly Sabtu malam ahad, demam dia dtg balik sekali menggigil2! Rushing to Hospital KKB ari Ahad tu and that's it!... Dia kene Denggi. Hurm.. So, he warded on th 9th Feb, 12th baru discharge. Seminggu laa aku amik cuti time tu, ulang alik rumah-hospital-rumah-hospital. Abah sempat datang melawat on 11th.
  • 20-Feb : Addad plak demam berlarutan lebih 4 hari. Terpaksa bawak pi HSB and amik darah. Ade jangkitan kuman sket kat paru2 but Alhamdulillah bukan denggi n dia tak semput. Cuak gak pas kes ayah dia ari.. Huhu!
  • 10-Mac : Anak-anak start dok ngan maklong kat Senawang. Insyaallah, untuk sementara. Bukan sengaja, tapi terpaksa. Bermula episod kami sebagai weekend parents. Hubby and me, penguat semangat masing2. Rindu toksah cakap lah. Aku usahakan utk kol dorg hari2. Aku? Akan ke Senawang setiap hujung minggu. Hubby? Ntah laa, sbb cuti dia tak menentu. Huhu!
  • 13-Mac : Alhamdulillah, berganjak setahun lagi usia aku. Besday kali ni, perasaan bercampur baur. Ade seronok, sedih, hepi & macam2 lg. Yang pastinya, aku sangat bersyukur atas setiap kurniaan Allah dalam hidup aku ni. Kawan2 plak wat seprais kat opis... Hehe! Terubat sket hati ni dgn usaha dorg tu.
  • 18-Mac : Permulaan baru untuk hubby. Moga ianya adalah permulaan yg baik buat kami dan semoga Allah Taala sentiasa memberkati apa yang kami lakukan ni.
Professional life:
  • Aku nyaris2 buat 24 hours resign. Siap taip surat dah, standby... Namun, aku cuba bertahan dulu, selagi mampu. Selagi Allah kurniakan SABAR itu buatku. Dan selagi DIA kata rezeki itu masih buatku dan anak-anakku.
  • Kawan2.... Ade yg memahami. Maybe ade yg paham tapi tak peduli. Tp masih ada yang paham, mendalami dan sentiasa menyokong. Terima kasih, sahabat semua.... Kepada yg sekadar melahirkan simpati tp kat belakang dok kata itu-ini, terima kasih. Aku tak mintak jadi macam ni, dan aku tak akan mintak utk korg alami ape yg aku alami sebab peritnya hanya Allah Taala yg tau. Korg tgk org angkut guni beras tu berat kan? Tp org yang mengangkut tu pastinye terlebih-lebih rase beratnye... Moga korang semua dilindungi.
Waktu-waktu macam ni lah, baru dapat kenal sape kawan, sape lawan. Sape sahabat, sape musibat...

Mungkin sekarang kami teruk! Jatuh terduduk, sampai tak boleh bangun sebab injured yang teruk. Tapi, insyaallah... Kami pasti bangkit kembali... Demi anak-anak, demi keluarga dan sahabat2 yg memahami.

Mereka2 ini kekuatan kami. Terima kasih semua kerana tak putus2 membantu kami, mendoakan kami dan menyokong kami.

Nauzubillahiminzalik... Aku tak pernah bersangka buruk denganMu, Ya Allah. Astaghfirullahalazim.

Ujian ini banyak hikmahnya. Moga segala yang terjadi, menjadi iktibar buat kami. Terima kasih, Ya Allah. Kerana membuka mata dan minda kami. Aku sentiasa percayakan Mu... Kerana, KAU adalah Maha Segalanya dan sebaik-baik perancang.:)

Wednesday, January 29, 2014

Addad HaziQ - 3 Years Old

27-Januari 2014

Selamat Hari Lahir yang ke 3 tahun buat buah hati dan si manja mama, 
Muhammad Addad HaziQ.
Semoga adik sentiasa berada di dalam keberkatan Allah s.w.t,
Membesar dengan bijak,
Dkurniakan kesihatan yang cemerlang,
Memperolehi segala kegembiraan dunia dan akhirat,
Moga menjadi kebanggaan mama ayah di masa hadapan,
Menjadi anak yg soleh serta hambaNya yang taat.
InsyaaAllah, amin...


Buat si manja mama, my lil cheeky boyfriend...

Alhamdulillah, dah besar anak mama. Tak sangka 3 tahun berlalu dengan sangat cepat. Kenangan melahirkan Addad masih sgt segar dalam ingatan mama.

Bagaimana kegembiraan mama ayah menerima kehadiran putera kedua kami yg sangat sihat tubuh badan nya. Namun disusuli dengan kerisauan dan kesedihan yg amat sangat satu ketika dulu..

Bagaimana kuatnya adik melalui semua ujian dari Allah Taala seawal usia 4 hari. Sehingga tumbuh membesar sihat dan walafiat seperti sekarang ini, dengan izin-Nya.

Bagaimana bijak nya adik mempelajari setiap perkara baru. Adik yang sangat menghiburkan. Menjadi teman terbaik buat abg Zayyad, menjadi anak yg paling manja buat mama dan ayah.

Terima kasih Ya Allah, atas kurniaan yg tidak ternilai ini. Kau telah kurniakan kami anugerah2 yang tak terkira hebatnya. InsyaaAllah, moga Kau sentiasa berikan kami kekuatan dan ketabahan dalam mendidik dan membesarkan amanah2 dariMu ini. Amin...

Adik,

Mama mintak maaf sebab masih tak mampu nak bagi kehidupan yg mewah pada kamu dan abg. Kami belum mampu nak memenuhi segala keinginan kamu berdua dengan mudah. Masih perlu berkira-kira dalam setiap tindakan dan keputusan yang kami buat.

Namun percayalah, mama dah ayah pasti akan sentiasa cuba untuk memberikan hanya yang terbaik buat kamu, dan abg. InsyaaAllah, biar kesusahan dan kesukaran ini hanya kami berdua yang tanggung. Mama dan ayah takkan biarkan kamu dan abang terkesan dgn keadaan ini.

Mama juga minta maaf sekiranya mama terlalu garang dan tegas dalam mendidik kamu berdua. Moga segala didikan mama dan ayah ini, mampu menjadikan adik seorang yang berguna satu hari nanti.

Happy 3rd Birthday, sayang... Mama, Ayah dan Abg Zayyad sayang si Kutat ketat-ketat... :)

Friday, December 6, 2013

Kifarah atau Peringatan, hanya DIA yang tahu...

Pernah seseorang berkata pada aku...


"Anak ko selalu tak sehat, sakit-sakit... Cuba ko pikir balik, mesti ade mende2 tak elok (dosa) yang ko penah buat dulu. Tuhan nak tunjuk kat ko melalui anak ko lah tu. Cuba ko buat solat sunat taubat, istighfar banyak-banyak. Muhasabah diri tu sket..."

Camtu lah lebih kurang percakapan nye waktu tu.

Hurm... Tak tau la dia cakap tu sebab marah pada aku masa tu ker atau mmg dia berniat nak kate camtu ker. Wallahualam bi sawwab...

Dan aku takkan pernah lupe setiap baris percakapan dia tuh, setiap riak wajah n memek muka dia masa tu sebab hati aku sangat terguris dengan setiap bait perkataan yang dia tuturkan pada aku saat tu. Jujur aku katakan, untuk setiap tuduhan yang dia lemparkan pada aku, aku masih tak dapat nak maafkan sampai sekarang.

Marah lah aku, kritik lah aku, betulkan aku sekiranya aku salah. Aku tak kesah langsung kiranya aku di hentam dengan perkara yang berkaitan antara dia dan aku. Marah dan tegurlah aku dengan berhemah. Bukan dengan cara mengorek rahsia peribadi dan rumahtangga aku lalu memalukan aku, merendahkan martabat seorang ibu dan dengan mengaitkan anak-anak aku dengan so-called 'ceramah' tak bertauliah dia tu.

Kalo kau bukan seorang ibu, jangan sebut pasal pengorbanan ibu. Ibu dan ibu saudara jauh bezanya. Walau tetap darah daging tapi bukan kau yang tanggung sakit melahirkannya.

Kalo rumahtangga kau jua tak terjaga, jangan di kritik rumah tangga org lain. Usah pandai nasihat percuma kira nasihat itu tak pernah kau guna.

Kalo penampilan muslimah kau dah cukup sempurna, maka sempurnakanlah juga peribadi, pertuturan dan akhlakmu. Biar sama rata dan lebih berhemah hendaknya.

Mungkin ilmu agama mu lebih tinggi dariku, begitu juga dengan amal jariahmu. Namun itu bukan lah tiket untuk kau mengadili takdir hidupku.

Fikirlah, apa hak kita sebagai manusia dan hamba-Nya untuk menjatuhkan hukuman kepada manusia lain?

Aku tak menolak kira benar apa yang terjadi itu satu kifarah. Mungkin benar seperti katanya yang Allah nak tunjukkan pada aku dosa-dosa lama melalui anak aku. Tapi tak terfikirkah dia, mungkin jugak ianya satu peringatan buat aku? Peringatan supaya aku tak terus lalai dan terus selalu mengingati-Nya. Terus mengadu dan jangan pernah tinggalkan Dia? Tahukah dia bagaimana perjalanan hidupku dan amalanku selama ini?

Betul kata orang, memang senang untuk bercakap tapi cuba lalui dulu, baru tau langit tu tinggi atau rendah. Aku percaya, Allah pilih kami sekeluarga untuk diuji kerana Dia masih sayangkan kami. Dan aku tau, Allah takkan menguji hamba-Nya melebihi dari apa yang mampu mereka tanggung.

Kenapa sekarang baru nak update ye? Ahah! Tadi aku ade blogwalking kat satu blog kakak ni (Kerna Kasih Kita), sangat tersentuh dengan entry dia yang satu ni. Di mana dengan tenangnya dia menjawab komen seseorang yang sangat sarcastic hanya tentang gelaran yang dia berikan pada anaknya, Semoga akak sentiasa tabah dan sabar, ye kak... 

Berbalik kepada tujuan asal aku... Aku tertarik dengan satu kenyataan yg akak ni buat kat entry dia tu. Macam ni bunyi nya....

"Pada saya senang, jangan melihat penyakit itu sebagai kifarah semata, sebagai beban semata. Penyakit juga perlu dilihat sebagai peringatan. Untuk kita orang-orang di sekeliling mereka juga. Seperti kata seorang teman sekasut, "Sebelum tibanya anak-anak kita ini, kita kenal tuhan. Setelah adanya anak-anak kita ini, kita lebih kenal tuhan..""

Aku sangat suka dan tertarik dengan ayat2 ni. Dan bagi aku pulak, tak kisahlah ianya kifarah mau pun peringatan buat kita, sebagai hambaNya kita haruslah selalu bersyukur dan redha dengan setiap ujian yang datang. Terus percaya bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jika bukan kita, mungkin kenalan kita yang mendapat ujian. Sebagai manusia biasa, kita perlu sentiasa mendoakan mereka bukan menjatuhkan hukuman semata-mata.

InsyaaAllah, jika kita selalu ingat kan Dia, pasti Dia juga selalu ingat pada kita. :)