Followers

Monday, May 14, 2007

Selamat Hari Ibu...

13th May 2007 - Happy Mother's Day to all mother in the world!

To all the person that we can call mother, mom, mummy, mama, emak, ibu, ummi, ma dan yg seangkatan dengan nye.. Jasamu tak terbalas, ketabahanmu jadi teladan, dikenang ke akhir hayat.

Especially dedidated to all my sisters; Along, Angah and Alang. Also my stepmother, Mak Uda. U are the greatest mom as long as i can see. Luv u all, really deep...

Tak dilupa buat arwah emak tersayang... Kasih sayang mak sentiasa tersemat di hati, terpahat di jiwa, tak pernah luput di ingatan, tak luntur di telan masa. Semoga mak sentiasa diberkati, dirahmati dan dipelihara di bawah lindungan Allah Taala hendaknya. Luv u always... And I miss u a lot, so much! :(

Dan jugak buat kengkawanku yg baru bergelar IBU (Suhana, Ani, etc) atau bakal bergelar IBU (Fyza, Sue and Julie), CONGRATULATIONS... Selamat menempuh alam baru. Wish u all the best! ;)

Daaaaaaaaaaaaaaaaa......

Bulan suka dan duka...

Bulan lepas (April), penuh memori buat diri aku. Banyak mende yg berlaku sepanjang bulan. Tp antara peristiwa2 yg perlu di ingati, adalah seperti yg tercatat di bawah. Yang lain, cuma sendiri2 punye hal jek.. Hehe!

~ 1st April 2007 - I was still at PD, for the 2nd day with all my friends for our happy2 day.

~ 10th April 2007 - Happy Birthday Alang!! Semoga panjang umur, murah reaeki dan diberkati selalu. Wish u happy always with your family. ;)

~ 13rd April 2007 - Happy Birthday Mak uda!! Semoga panjang umur, murah reaeki dan diberkati selalu. Thanks for everything for what you have done for our family. :)

~ 24th April 2007 - Genap 10 tahun emak pergi. Semoga roh mak dicucri rahmat dan diberkati. Dan berada dibawah lindungan Allah Taala sentiasa. Al-Fatihah...

~ 27th April 2007 - It was a 6th month of my engagement. Waiting for another 7 months for my big day. Harap2 semua nye berjalan lancar seperti yang diharapkan. Amiiinnnnn.....

Yang lain2 peristiwa tuh, sekadar menjadi kenangan, ingatan dan sejarah untuk diri sendiri jek. Tak perlu ditatap oleh sesape. Hehe! :p

K laaa, jumpe lagi. Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Tuesday, April 17, 2007

Mak...

Mak...
Org sedih nie... Tatau nape, tp rase nak ngadu kat mak. Rase nak cerita dgn mak.
Rase nak dengar nasihat dari mak, rase nak mak pujuk sambil peluk org.
Mungkin org rindu kat mak kot.

At least org tau, mak sayang org sepenuh hati.
Tak berbelah bahagi, dan org boleh bg sepenuh kepercayaan tuh pada mak.
Tp skang mak dah takde.. macam mane?


Mak, org rindu.... Rindu sesangat! Nape mak pegi cepat sangat..

:((

Monday, April 9, 2007

DiaRi PD - Chapter 2

HARI KEDUA - Ahad (1/4/2007) ...

Aku betul2 tersedar dalam pukul 8:00am. Hujan lebat gile kat luar. Nak mandi tp sejuk. Basuh muka ala kadar, kami pergi bersarapan kat kedai luar dalam kul 9pg. Abis bersarapan, kami balik ke chalet semula coz nak sambung terjun laut. Hehe! Tp, waktu kami turun tuh, air surut sesangat! So, terpaksa laa wat sesi bergambar. :p Lepas sesi photoshoot, Man ajak main galah panjang. Dia lukis petak nye dulu, sambil2 aku merakan aksi2 kengkawan yg lain. Abis melukis, 10 org dr kami join the game. My team (Aku, my dear, Zizi, Bob and Siti) V/S another team (Man, Atie, Pian, Izmah and Aril).

Game start, team aku jalan dulu. Sampai beberapa game, finally kami stop. Keputusan seri 0-0. Haha! After that, sambung main bola baling tp kejap jek sebab masing2 dah kepenatan. Lepas berpenat2, kami pun berendam dalam air laut yg surut tuh tp kejap jek sebab kami nak kene check-out dari chalet dah. Lebih kurg kul 1pm, kami balik ke bilik memasing, mandi2 and berkemas utk check-out. Lepas semua bersiap, kami bergambar kenangan bersama2 then beransur. Tapi tak balik terus. Berhenti kat main entrance PD Teluk Kemang utk lunch dan beli souvenir sket2. Still sempat bergambar n melawat pantai utk kali terakhir sebelum bertolak balik ke KL. Badan memasing dah keletihan. At last, dalam kul 4 baru laa kami berlepas dari PD menuju ke KL.

Sian my dear. Dia drive dari PD ke KL. Mengantuk, penat. Finally we arrived at KL dengan selamat. Lepas anta Huda ke stesen LRT Taman Bahagia, kami terus balik umah. Malam tuh mmg tido awal, layan badan yg ter'dera'.. Haha! Dan esok nye, kami semua 'kedapatan'. Badan lenguh, sakit2 akibat aktif sangat bersukan kat PD. Huhu! 2-3 ari gak laa baru ilang.

Anyway rase seronok sangat walaupun penat. Kenangan dengan kengkawan. Bila lagi dapat rase camni, ye tak? Memasing makin lama makin tua, dah ade tanggungjawab sendiri. Next time kalo ade lagi, insyaAllah aku akan usahakan utk pegi jugak! Hehe...

Huh! Penat dah menaip. Amik mase 3-4 hari baru dapat siapkan 'diari PD' nih. Hehe! Actually takde mase sangat sebab bz wat keje. Kalo free baru dapat taip. :p K laa, sampai sini dulu. Daaaaaaaaaaa!!

DiaRi PD - Chapter 1

HARI PERTAMA - Sabtu (31/3/2007) ....

Dalam kul 8:30am (spt yg dijanjikan) dah ade yg tgu kat Parking PKNS blok A. Berkumpul sebelum berkonvoi. Kalo ditotalkan, semua sekali dalam 19 org (10 lelaki, 9 pompuan) tp yg bertolak sekali pagi tuh tak semua coz ade yg bertolak lewat sket atas urusan kerja.Dalam kul 9:15am lebih kurg, barulah semua yg nak berkonvoi sekali sampai. Dan kami yg bertolak pg nih gerak beramai2 dalam kul 9:30am. Berhenti sarapan kat R&R Nilai. Tak sangka plak trafik jam teruk giler sepanjang highway ke PD!! Perjalanan yg sepatut nya cuma memakan mase dalam 1-2 jam jek akhirnya meleret2 sampai hampir 3 jam lebih. Finally we arrived at PD around 12 lebih, tgh hari. Amik angin sekejap then terus check-in. 2 rooms for guys and 1 room for ladies. Lepas settle angkut beg masing2 ke dalam bilik, kami pun siap2 nak pegi piknik kat pantai dan makan bekalan yg kami bwk n share.

Kami lunch with all our foods together tp tak makan kat pantai dekat chalet. Kami jalan jauh sket dan berpiknik kat sane. Hehe! Masing2 dah kelaparan. Nasik goreng, bihun goreng n kopok lekor Sue & Man jadi tumpuan dulu. Even masing2 lupa nak bwk tikar utk alas duduk, paper pun ok lah! Haha.. Dah separuh makan, baru dapat dok atas tikar yg Atan n Man beli. Sambil makan2, minum air sirap yg Asrie Jr. & Siti bwk and makan buah2an yg Loque & Beby provide. Atie & Pian pun tak ketinggalan bukak hidangan Fried Chicken Cocktail n nugget, ditambah lagi ngan karipap n popia goreng yg aku ngan Izmah sediakan. Sandwich Ain & Atan dah lama kami bedal dalam bilik sebab kelaparan. Last sekali, baru laa aku rasmikan kek yg My Dear & Ubai bwk. Huhu! Kenyang betul...

Lepas masing2 kekenyangan, dok berlegar2 lg kat situ sambil sepak2 bola yg bebudak nih baru beli. Nampak plak mamat sorg nih bwk Banana Boat kat tepi pantai. Pian n ubai pegi usya harga. Memula macam dah tak jadi nak naik. Tp bila aku, my dear and ubai wat keputusan nak naik, ramai laa yg jadik pengikut nye.. Hehe! Satu kepala RM10, 7 org sekali naik. Atan, Atie, Pian, Izmah, aku, m dear and ubai. Tu laa 1st time aku naik mende alah tuh, tak sangka lak seronok gile! Memula tuh mmg aku cuak+takut. Maklum laa, aku nih 'pakar' berenang. Hihi.. Bila sampai ke kawasan dalam sket, spt yg dirancang mamat tuh pun terbalikkan bot kami. Wuuuhuuuuuuuu!!! Mmg tertelan air masin ler jawab nye.. Haha! My dear la jadi mangsa, tmpat menumpang. :p Mamat tuh biar kami dok terkapai2 jap kat dalam air pastu baru dia panggil suh panjat bot semula. Dia bwk ke tepi pantai semula. Bila dah nak sampai kat pantai tuh, sekali lagi dia terbalik kan bot. Kali nih, kami kene berenang sendiri sampai ke darat. Huh! Seronok giler ah.. Bila baju dah start basah, plan nak gi mandi tp air kat area tuh tak bape cantik. So, kami pun amik keputusan balik ke chalet n mandi kat sane.

Sampai kat chalet tuh, tak terus pegi pantai. Nampak plak bebudak comel (Mukmin n Hakim nama nye) tgh berendam kat swimming pool kat depan tuh. Aku pun pegi laa borak2 ngan dia. Yang lain2 plak datang, terus terjun dalam kolam. Aku pun masuk laa jugak dalam tuh, bersih2 kan badan yg penuh pasir tuh. Lepas berendam kat kolam, kami pegi plak berendam kat pantai semula. Berenang sampai penat!! Bila dah petang, ari macam nak ujan. Ade lagi satu Banana Boat kat situ. Mase tuh, semua dah sampai dan berenang sesama. Nampak je banana boat, kami pun hasut bebudak yg lom naik tuh suh cuba. Kami yg dah cuba td pun naik sekali lagi. Huhu.. Syok betul. Bila ari dah petang sket dan hujan pun dah merintik, kami pun naik dan terjun dalam kolam sekali lagi. Finally, balik bilik utk mandi dan berehat. Penat giler badan rase nye.

Lepas mandi dan siap2, dalam kul 8:30pm, kami siap-sedia nak makan malam. Chalet provide seafood, byr dalam RM15 sorg jek. Tp, mase sampai tuh, makanan tak siap lagi. Lame laa kami melopong kat meja tuh sampai kul 9lebih, baru semua siap dihidang n kami dapat makan. Banyak dan puas hati laa.. Lepas makan, ingatkan plan nak gi lepak2 kat pantai even memasing muka dah lebam n mata dah rabak. Kepenatan. At last, kakak kafe tuh pelawa kami join karaoke free kat chalet tuh. Memula tuh cam ramai ngan yg nak nyanyi. Last2 memasing jadik pendengar jek. Yg nyanyi cuma Atan, Ain, Ubai, Loque n Man. Yang lain jadi tukang sorak. Tgh2 karaoke tuh, Zamani ngan Ikhmal muncul. My dear gi jemput diorg. Borak2, lepak2 and then Zamani bwk kami jejalan kat pantai even tak semua ikut coz dah tak larat sangat. Borak2 kat sane plak, sampai laa bih kurg kul 1, mata aku dah tak larat. Yang lain pun sama, aku rase. Kami pun bertolak balik dan dalam kul 1 lebih, aku dah tak sedar apape... Zzzzzzzzzzzzzzzzz!!!

New Update!

Semenjak dua menjak tak leh nak view blogspot kat opis nih, aku rase takde mood nak update blog. Byk cite nak dibentangkan tp sebab aku takde mood nak taip, apatah lg nak update, so blog aku pun dah terbengkalai. Hari nih aku update laa jugak even aku tak leh nak view pun ape yg aku taip dan org lain taip/komen.

Last weekend, finally our plan "Reunion Trip to PD" berjaya. Alhamdulillah... Kami semua selamat pegi and selamat kembali. Hehe! Seronok sangat, even tak laa ramai sangat yg pegi. Cuma dalam 20 org jek yg ade kesempatan dan peluang nak join. Lgpun, bukan wat reunion besar2an pun. Just ex-untar Pahang (even ade gak yg bukan dari unitar pahang join.. :p) kebanyakkan yg pegi tuh, semua dari batch aku tahun 1999. Ade jugak junior2 dan unitarian from another branch and batch. Ni laa antara catatan yang aku bleh buat utk trip tuh.

Joined Member :
Nana-Asrie
Sue-Man
Ain-Atan
Beby-Loque
Ayu-Zizie
Siti-Asrie Jr
Atie-Pian
Izmah
Huda
Bob
Ubai
Aril
DATE : 31st March 2007 (Saturday) - 1st April 2007 (Sunday)

Tuesday, March 27, 2007

Tensen Sungguh!

Ape laaa diorg nih... Blog pun diorg nak blocked ke? Site² video/mp3/meebo/ym/etc tuh tanak plak diorg sekat! Tah hape²... Blog macam nih pun nak sekat². Bukannye ade apape mende yg tak elok pun. Sekadar nak bace pun takleh. Nak update blh plak! Pelik sungguh...

AAaaaaaaaaAaaaaa!! Ilang mood aku... Kalo tak, blog² nie laa yg jadi rujukan time aku bosan², tempat aku nak update aktiviti² kengkawan aku. Aku pun tak paham ape yg menyebabkan diorg blocked site nih! Kalo nak block, block laa youtube ke, peekvid ke, metacafe ker, dan segala² P2P yg ade! Tau plak diorg tanak block... Nanti diorg yg takleh tgk. Huh! Pendengki sungguh...

Lantak korg laa.. Nasib laa ade laptop adik kat umah. Walau jarang ade ngan aku, sesekali blh gak aku amik dari my dear and surf internet free dari umah! Muahahahaha... >:) Kat situ tak kene block.

Anyway, semenjak meeting beramai² ari tuh, aku rase teruja nak follow trip ke PD. Even mmg aku dah plan nak pegi, but sebelum nie tak laa rase excited sgt. Seronok sebenarnye berkumpul semula jumpe member² satu unitar dulu.. Mesti byk mende nak ungkit. Ari tuh, dah bincang semua mende ngan diorg. So, tunggu hari nak bertolak aje laa..

And paling penting, aku harap dan berdoa semoga perjalanan kami semua selamat pergi dan balik. InsyaAllah, Amiiinnnnn.... :)

Sampai sini dulu... Daaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Friday, March 23, 2007

Member lama...

Rabu ari tuh, cam biase aku and my dear cuti. Kami pun plan pegi umah along kat Senawang, anta kain nak wat baju. Bertolak dari umah dalam kul 11:30am & sampai sane sejam kemudian, 12:30pm. Sampai2 jek, along tgh masak. Aku tolong laa sket2. Aku ade beli KFC utk anak2 sedare aku. Rupa2 nye sekolah dah bukak semula.. Hehehe! Aku ingat cuti sekolah lagi. :p Aku jugak ade belikan Barbie Doll untuk Mimi n gitar mainan utk Hakim. Adik lak ade pesan beg sandang, aku belikan jugak.

Siap masak, kami pun makan sesama. Lepas makan, pegi umah Kak Nor ngan along. Ukur badan nak wat baju. Mase lepak kat sane, hujan turun lebat giler! Tinggal my dear dgn anak2 sedare kat umah. Even umah Kak Nor selang satu jek dari umah along, tp sebab ujan lebat sangat, kami tak lepas nak balik.

Bile dah reda sket, baru laa kami berlari balik umah along. Lepas tuh, gi umah Kak Maria plak, ukur badan my dear kat sane, nak wat baju gak. Tp kat situ kejap jek. Lepas settle semua, kami pun beransur sebab ptg tuh my dear dah janji ngan Zamani nak jumpe. Dah lame sangat tak jumpe ngan dia. Our fren mase study dulu and he's my dear punye besfren merangkap housemate. Hehe!

Dari Senawang tuh, actually punye laa senang nak gi ke Seremban 2. Aku penah pegi sekali dulu, mase anta adik balik hostel dia. Tp, sebab jarang pegi n salah masuk jalan, kami sesat sampai ke Pedas n Linggi! Mujur tak sampai Rembau lagi. Haha! Kalo tidak, balik kg atuk terus laa kat Panchang, Lubok China. :p

Finally kami berjaya gak jumpe ngan Zamani. Dia tunggu kami lepas tol. Then follow dia dari blkg n pergi ke Restoran Siang Malam kat blkg Jaya Jusco, Seremban 2. Borak punye borak, sampai laa kul 10 lebih... Nasib laa khamis aku keje petang. Kami bertolak balik and sampai KL dalam kul 11 lebih. Gi makan then balik umah terus. Mengantuk+penat! Lepas mandi, aku terus masuk tido.

And, masuk hari nih, dah 2 hari blogspot takleh bukak kat PC aku nih. Tatau laa nape. Nak kate server diorg, tak mungkin sebab aku leh update blog nih. My dear pun kate yg dia boleh view my blog dari umah. Aku suspect admin kat sini dah blog laa site tuh for our server.. Wohohohoooooo!!! Tensen laa camni. :(( Teruk betul...

Dah laa 2-3 ari lepas, kitorg satu rumah tensen. Mau tak nye, tuan umah mintak naik sewa. Teruk laa, org patut nye makin lama duduk makin murah. Ini tidak! Makin mahal plak.. Dah laa maintenance rumah dia tak jaga. So, lepas discuss with another housemate, kami sepakat nak jumpe ngan En. Razali face to face. Nak wat perbincangan sket. Tgk laa nanti, ape hasil perbincangan tuh.

Erm, k laa.. Nak sambung wat keje. Nanti len kali citer2 lagi kat sini.
Sampai sini dulu... Daaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Sunday, March 18, 2007

Hari Bermalas2...

Mengantuk nye mataku ini..... (:

Nak kate tido lambat malam td, kul 12:00am dah terbongkang dalam bilik dah, walaupun tak tido terus... Huhu! Punye laa liat nak bgn pagi td. Terpaksa mintak Yana tolong loginkan. Guna PRB 15min. Sian kat Yana kene jaga kalo letak Auto In. Lagipun, console takde kat meja, aku simpan dalam locker.

Fariz wat meeting jap td. Ade problem pasal kes dalam pool yg melambak2, kate nye... Isytihar WAR la tuh! Erm... Jadi pressure kejap td bila kami disuruh berpindah2 tempat. Tensen laa. Dah biase seat skrg, dia suruh pindah ke seat lain plak! Mula2 tuh nak wat degil jek, tp dia dah sound suruh pindah juga... Nak tak nak, kene laa jugak ikut. Tp lepas lunch, kami berempat pindah balik ke tempat asal! Hik...Hik...Hik... Tak biase maa. Lagi plak, fail2 seme ade dalam PC. Camane nak berpindah-randah?

Erm... TL print out cases ari nie, tak kasik retrieve. Whatever laa, tp ari ahad selalu nye mmg jadi hari bermalas-malas aku. Bile dah dapat list case tuh, terpakse laa assign semua sekali. Nasib tak banyak, 25 cases aje. Hehe! Dia kate nak bagi list lain lepas lunch so we must finish it before 2pm. Tp sampai kul 3pm, baru aku dapat list baru. Tuh pun Fiefa pegi mintak kan. So, malas dah nak assign semua. Amik separuh aje.. Hehe! Takut tak sempat abis. :p

Actually, aku pon tak paham laa.. Report melambak2, rupe2 nya ade outage sana sini around Malaysia. Patut laa report dalam pool macam **** (Censored! Haha...). Dah 2-3 ari outage, baru nak kompem kan ari nih. Kompem plak time report dah macam tsunami kat dalam pool tuh. What the....??? Mase lunch td, discuss2 isu nie ngan 3 org member aku (Yana, Lin, Fiefa). Sebenarnye diorg perlu monitor problem nih dari 1st level lagi. Budak2 CSR 1st level skang nih manje2 sangat!! Kene marah sket ngan customer, bukak report. Kene tengking/herdik sket, bukak report. Kene maki sket, consult call. Tak check apape, tak troubleshoot apape. Nonsense !!!

Aku pon penah jd 1st level, bukan terus dapat duduk sini. Tp, seingat aku, aku tak laa se'manja' diorg.. Bukan aku nak kate semua, tp most newbies kat sane tuh mmg cam hampeh! Bukak report main sedap tangan jek copy paste. Itu takde, ini tak cukup. Bile incomplete report kene tutup, customer call balik n marah2, sape yg kene? Diorg gak kan.. Ape laa salah nye wat proper report. Kalo elok, kami proceed... Bukan laa kami kejam sangat! Macam consult call gak.. Sesuka hati jek nak transfer call. Report tak check, last session tak tgk. Customer jerit, terus consult. Bile kene marah, mula laa kate 2nd level rude laa, hape laa, bla..bla..bla.. Salah sape??

Tah laa... Pressure gak kengkadang tuh tp nak wat camane. Dah nama nnye pun KEJE. Nak tak nak kene hadapi laa kan? Bak kate my dear, "kite keje nih kene setia"... Hehe! Betul laa tuh. Kalo pressure sket nak berenti, pressure sket nak carik keje lain, susah laa... Mungkin aku tak selama nye kat company nih. Mungkin satu hari aku pun akan tuka keje lain, but at least for now aku bertahan. Carik pengalaman. Aku tak rase keje nie teruk. Duduk jek depan PC 8jam stgh. Tak pakai tenaga fizikal pon. Cuma mental jek, coz blh kate hari2 kene maki ngan customer. Sebab aku penah tempuhi keje yg lebih teruk n penat dari nih. ;) So, to all my dear 2nd Level frenz.......

"..CHAIYOK! CHAIYOK!.." Hehe...

Sampai sini dulu... Daaaaaaaaaaa!!!

Saturday, March 17, 2007

Intisari Rancangan, Meeting n Uptown

Jumaat, aku cuti. Lepak sesorang kat umah. Seme org keje. My dear pon keje. Bosan, aku tgk CD, tgk TV, layan my baby turtle makan and main2, sampai laa ptg. Nak pi bayar duit kete pon aku malas. At last, my dear gak yg pegi bayarkan. Hehe! Thanks, dear... Nasib baik ade dapur, blh masak bile lapa. Semua nye, malas nak kuar umah dan turun tangga punya hal.

Ptg sket, baru ade member yg balik dari keje and cite bes kat TV. Kalo tak, aku layan katun aje laa kat Channel9. Kul 6pm, tgk The Last Breakthrough kat
TV3. Kul 7 tukar channel ke 8TV, tgk citer Little Bride. Kul 8, tukar balik TV3 tgk Buletin Utama. 8:30pm set ke 8TV balik, tgk Princess Hours. Kul 9:30, stay tune with 8TV n watching American Idols. Tp, gilir2 tukar ke TV3 sebab ade citer Final Destination 2 semalam. Hehe! Begitu laa jadual aku semalam.

Dlm kul 9 lebih malam semalam, Sue sms aku. Kate nye, ade perjumpaan kat Restoran Jati,kul 11pm. Nak wat cabutan undi untuk main kutu next month. So, dlm kul 11pm waktu tempatan, kami (aku, iz and zira) pun menuju ke tempat yg ditetapkan. My dear last sekali sampai sebab dia baru balik keje, balik umah dulu n mandi kate nye. Bile seme dah sampai, barulah start cabutan undi. Ok la, my turn was right on time. Tuh pun sebab aku tukar ngan iz. Hehe! Bincang sket2 pasal our latest plan nak gi PD end of this month for our X-unitar re-union (not really but boleh laa dikatakan begitu).

After that, dalam kul 12 lebih, diorg ajak pegi Uptown Shah Alam jap kat Seksyen 24 rasenye. Aku yg tak sedar diri kene keje pagi esok nye nih, ikut laa jugak. Haha! Rase syok lak gi reramai ngan member. Yg pegi tuh tak seme. Kami konvoi dgn kereta memasing; My dear & I, Sue & Man, Ain & Atan also Loque & Beby.

Sampai sane, almost 1am. Jalan punye jalan punye jalan, dah dekat kul 2am. Singgah makan dulu, then borak2 sampai laa kul 3am. Mata aku dah berat. At last, my dear usulkan utk gerak balik. Maybe dia tgk aku dah semacam jek! Tambah plak aku kene keje pagi esok nye. Huhu! Sampai umah dalam 3:15am, tukar kostum and terus bammm!!!... tido. Haha!

Akibat nye, pagi nih aku rase mengantuk sangat. Tp, still boleh kontrol laa... Mau tak nye, tido dalam 4 jam aje. Memula nak request masuk ptg, tp rase malas plak nak call pool phone pepagi bute tuh. Takpe laa, balik kang tido ler puas2 (Hehe! macam laa dpt tido waktu2 camtuh! :p)

Zira kate ari nih mak dia nak dtg. Dtg ngan adik dia, Iekah. Hmmm.... Bes nye dapat jumpe mak. Aku?!! Sampai mati tak dapat jumpe ngan mak dah... Rindu nyeeeeeee!!! :(( Takpe la, zira pun tak dapat jumpe ngan ayah dia dah. Aku patut bersyukur dgn nasib aku sebab ade org lain tuh, langsung takde mak n ayah. At least aku still ade abah... :) Alhamdulillah...

Erm... K lah! Nak sambung keje. Baru lepas lunch nih. Makan kat Pizza Hut td ngan Lin, Yana n Fiefa. Ade 20 cases lg dalam pool aku tak settle nih! BMS lak wat hal tgh2 hari camnih. Huhu... Saba jek laa...

Sampai sini dulu... Daaaaaaaaaaa!!!

Thursday, March 15, 2007

Aktiviti Hari Cuti

Semalam is my off day, together2 with my dear. Memang selalu nye pun kami cuti sesama. My dear cuma boleh cuti sehari jek seminggu and he choose Wednesday. So, every week jugak aku akan cuba arrangekan one of my rest day to be the same day with him. It's also easy for us to do all the things together utk settlekan ape yg patut and spend our time together.

And this week plan is One1Utama to watch a new movie, "300". So, kami mulakan hari kami dengan pegi ke bank utk kuarkan duit. Plan nak bayar duit kete. After that, pegi potostat IC aku jap, abah call pagi tuh mintak aku faxkan ke pejabat felda. Then, pergi lunch kat Restoran Mama. Abis makan, gi BOC jap. My dear bank in kan duit utk Daus. Lepas tuh, pergi Secret Recepies jap, sebab mintak tlg my dear fax kan copy IC tuh utk abah. Settle seme mende tuh, baru laa perjalanan ke OU dimulakan. Hehe!

Ujan agak lebat mase pegi tuh. Sampai kat One1Utama dalam kul 3pm. Lepas parked kete, kami terus menuju ke TGV at 2nd floor. Tiket paling awal utk filem 300 ialah pukul 4:10pm. Lepas beli tiket, kami jalan2 kejap masuk Jusco and usya barang. Dalam kul 4:00pm, kami get ready kat TGV. On d way ke sane, terserempak ngan Muna with her friend, Hairie. Tp dia tak nampak kami. My dear cuba tegur dia tp dia dah turun escalator mase tuh. My dear kate kt aku, "Nape tak tegur Muna td? Kan kawan tuh... Tak tegur plak!" aku tatau nak cakap ape, tp aku pasti kalo aku panggil pun mesti Muna tak dgr even we are not too far on that time. So, aku diam je laa..
Sebelum masuk panggung, aku pegi beli jajan sementara my dear pegi smoking sebab sebelum tuh dia kate lapa. Aku beli 2 hotdog, 1 large popcorn and coke. Rupa2 nye my dear tak suke mkn hotdog. Dia tak bgtau, mane laa aku tau sebab dia selalu beli chicken sausage bun kat King's. Rase kecik ati and sedih gak coz dia macam tak bape lalu nak makan coz aku mmg beli makanan tuh utk dia. Tp, dia cuba gak abiskan. Anyway, thanks sebab sudi gak abiskan ye... Lesson to myslf, next time takyah laa beli hotdog lagi bile tgk movie. Utk diri sendiri, takpe! Hehe... :p

Waktu kami masuk dalam panggung tuh, dah agak ramai yg tunggu tp movie still tak start lagi. So, lepas jumpe seat kami just duduk2 and tunggu dulu. Dalam mase tuh laa aku nampak muna ngan kawan dia tuh tgh carik seat. Dia tak pasan aku and mase dia patah balik tuh, aku hulur tgn kat dia. Baru dia pasan and dia balas balik tp tak dapat borak2 mase tuh sebab kat dalam panggung.
Dalam pukul 4:20pm, baru movie start. Boleh dikatakan cite nih dari mula lagi dah menarik. Kalo korg tanye komen aku tentang filem nih, aku boleh kate "thumb's up!" Filem yang best, graphic superb, kesan bunyi bagus and jalan cerita yg menarik. Filem yang mengisahkan seorang raja berwibawa (King Leonidas), yang memimpin hanya 300 org tentera nya untuk berjuang melindungi negara mereka (Sparta) dari serangan dan jajahan Raja Dewa Xerxes yg memimpin beratus ribu tentera Parsi. Huhu... Hebat! Teknik berperang diorg mmg bagus. Tatau laa ape pendapat org lain, tp bagi aku citer nih mmg best! 4 from 5 stars. Hehe!

So, movie tuh abis around 6:30pm. Kami jumpe jugak Muna mase keluar dari panggung tuh. Borak2 kejap jek coz dia nak anta member dia balik dah. Lepas tuh, my dear and I pusing2 One1Utama sekejap. Gi jalan2, makan2 and beli barang sket. Aku beli 2 ekor baby turtles yg sangat comel. Haha! Dah lama aku idamkan.. Here it is...!


My new turtle babies...

Dan, kami jugak dah berjaya membeli sebuah mesin basuh untuk kegunaan kami in future. Tadaaaaaaa.... Hehe! Full auto washing machine. Lepas penat merayau, dalam kul 9 lebih kami pun beransur balik. Washing machine tuh kami tempatkan kat umah my dear jek. Senang, nanti takyah nak angkut2 dah. Letak situ terus! Kalo aku nak basuh pakaian, aku pos aje laa kat my dear.. Haha! :p

Balik umah, aku mandi siap2. Then bagi my new turtle babies makan. Belek2 diorg kejap sambil tgk TV. Tak sampai kul 12pm, mata aku dah berat. Aku abis kan jugak tgk Ripley's Believe it or Not, pastuh dalam kul 12pm, terus masuk bilik and tido. Huhu... And hari nih, aku tak larat and malas nak wat OT. Aku masuk sharp2 within my shift (kul 2pm). Sampai kat tempat keje plak, aku tgk console aku ilang. Rupe nye, Yana bagitau yg si Aaron tuh kutip console2 yg ade kat meja and starting now, semua console kene letak dalam locker, tak leh tinggal atas meja. Mane laa aku tau, dia tak informed sebelum nih. Siot tul laa mamat tuh!

K laa, aku nak wat keje plak! Td dah taip entry nih. Sekali ilang plak... Tensen tul. So, kene taip sekali lagi. Pada kawan2 yg berniat nak tgk wayang, tgk laa filem yg aku suggest nih. Anda pasti tak menyesal.. Chewaaahhh! Hahaha... :p

Sampai sini dulu laa ye. Daaaaaaaaaaa......

P/S : Thanks to Alang and Family (Abd AD, my niece Ijat and Is) coz still ingat maktih nye besday. Even wish lewat sehari, tp still ingat. Thank you very much!

Tuesday, March 13, 2007

(13th March 2007) It's MY BuzzDay...

Alhamdulillah, ari nie genap bertambah setahun lagi umur aku. Makin tua dah nie. Hehe! Terima kasih Ya Allah sebab masih sudi meminjamkan umur dan nyawa ni pada aku sampai hari nih dan memberi keizinan untuk aku menumpang hidup di dunia sampai saat ni.

Terima kasih buat kengkawan yang mengingati.. Zira (my besfren, u r d 1st person who wish to me), Huda (d 1st friendster's msg sender), Sue (my besfren too), Atie, John (TQ 4 the present even u just accidentally bought it.. Haha!), Cham (my pisces sister), Yann, Fieza, Irnie (even u all just know it today :p) dan yg lain2, thank you so much. Along, adik and my lovely anak sedara (Syamila, Ayoi, Fazol, Mimi n Hakim), thank you for the wish. Terharu sungguh rase nye bila diorg anta MMS bergamba tuh. Really appreciate it! :)

My lovely Niece (from left Hakim, Ayoi n my dear Mimi.. Luv u all)

And for MY DEAR, don't feel bad... Whatever you did, it's mean a lot to me. And the most important thing is, i really proud to have you by my side as my fiance on my birthday this year. Sebelum2 nih, status nye lain. Hehe! And hope my birthday next year, kite dapat tukar n jadikan status tuh lebih bermakna dari tahun ni, ok! ;)

Dan buat semua2 yg mungkin ingat tp takde kesempatan nak wish, atau yg ingat tp wat2 tak ingat coz takut aku mintak hadiah (hehe!) dan mungkin jugak ade yg nak wish lg lepas nie (belated or etc...) thanks in advance.Ingatanmu sangatlah dihargai. Haha! Boleh ke camtuh? :p

Erm... Dah nak abis keje dah nie. Tak saba nak balik. Esok cuti plak! Yeyeyeye... Ape laa plan esok ye? K laa, kalo ade cite menarik nanti aku update lagi k!

Daaaaaaaaaaaaaa.................

Monday, March 12, 2007

Birthday Celebration

Agency kami mmg rajin wat birthday celebration utk anak2 buah diorg. And Jumaat lepas, diorg combined birthday party utk 2 bulan, iaitu February and March. Dan aku salah seorang yang involved utk parti tuh.

Bukan laa parti besar sangat. Just suka2, diorg belanja kek from Secret Recepies dan tambah sikit Bihun and kuih-muih. Sambil2 bagi sijil utk compliment and best CSR. Ade gak wat funny game sket2.. Erm, the best part about the cake is; It's being wrote by my dearest. :x :x Here it is!!





Hehe! Nampak sedap kan? Memang sedap pun... =p~ Hape tah name nye, aku pon tatau. Kalo tak salah, Choc Banana and Bluberry Cheese. Kalo salah, sowi laaa.. :p Yang tak bes nye plak, selalu nye diorg akan provide hadiah utk Monthly Babies but this time takde plak... Huhu! Anyway, thanx laa jugak coz ingat kat kami.

Enough for today. Nak wat keje laa plak! OT nih. Hehe.. Len kali aku update lagi.


Daaaaaaaaaaaaaa............!!!

Sunday, March 11, 2007

Kemalangan Maut!

Rabu lepas, aku ajak my dear teman aku gi SS14 untuk 1 urusan. Mase pergi tuh, everything was great except kami tersilap tempat. Hehe! Maklum laa, 1st time pegi sane. But masa balik, Federal Highway jamm teruk disebabkan satu kemalangan yg aku rase telah meragut satu nyawa manusia. :-S

Mase kami bersesak2 kat highway tuh, kami dah acknowledge tentang kemalangan yg berlaku coz ade announcement kat digital board cuma tatau kenderaan ape yg terlibat. Tp aku dapat saksikan dalam kesibukan tuh, ambulans dan polis bersesak2 menuju ke tempat kejadian.

Aku ingatkan everything dah clear tp bila mendekati tmpt kemalangan, aku nampak byk motor yg parked dekat laluan motor. Aku nampak sebijik motor EX5 yg tertonggeng kat jalan besar dengan tayar depan yg remuk dan tayar belakang terangkat ke atas. Ade kain (maybe baju) yg tersangkut kat motor tuh, berlumuran darah. :-s My dear terus jugak bawak kete tuh and bila sampai depan sket, kami nampak sebuah lori yg agak besar berada kat tgh jalan. Aku teruskan memerhati and bila aku pandang kat bawah lori tuh... Ya Allah! Ade mayat!!! Aku and my dear terkejut sangat even mayat tuh dah bertutup ngan plastik, but ape yg kami nampak sangat mengerikan.. Kami nampak tempurung kepala that guy yg maut tuh bukan berada di kepala, tp disisi mayat nye.. Darah bertakung di sekelilingnya. Nauzubillah! Berderau darah, we are very shocked on that time, Allah jek yg tau perasaan kami. Lutut aku menggigil, lemah... Kalo mase tuh aku berdiri, sure aku dah terduduk and tak boleh bgn. My dear bwk kete mase tuh, dia pegang stereng menggigil.. Kami terdiam kat dalam kete, tak terkata apape sebab terkejut sesangat. For the whole day, aku tak boleh lupa until now. And last night mase kami lalu kat tempat tuh, aku still lemah semangat dan rase ngeri lagi. My dear pun sama.

That is my first time jumpe kemalangan ngeri yg meragut nyawa. I dont think that I can see such accident anymore coz I dont want to see it and I hope I dont see it. Bile ade kejadian macam tuh depan mata, rase insaf betul. Besar nye kuasa Allah. Kalo dia dah mentakdirkan sesuatu, kita nih sebagai hamba tak leh nak wat apape. Sekejap jek Dia boleh tarik balik segala nikmat yg Dia kurniakan. Contoh nye mamat yang meninggal tuh. Sekelip mata jek nyawa dia dah Allah ambik semula. Padahal sebelum tuh, elok jek dia menunggang motor dia, dalam keadaan sihat. :-/

Segala nya kuasa Allah. Kita ni hamba yg lemah. Cuma harapkan ihsan dan perlindungan dari NYA. Semoga Allah lindungi aku, dan org2 kesayangan aku dari bala bencana dan kesusahan. Aminnn....

Extreme Journey

Last Sunday (dah seminggu berlalu.. hehe!), aku bersama 2 housemate merangkap bespren aku (zira dan izmah) pegi pasar malam kat TTDI. Tak naik kete aku, tp naik kete iz. Hehe! (Congrates iz sebab dapat kete.. :D) Kancil tuh pak sedara dia kasik, suh sambung bayar lagi 2 thn jek, untung dia kan. Erm... That is d 1st time iz nak bawak kete dia jejalan kat highway coz dia pun baru jek dapat lesen. So, macam takut2 lagi laa kan nak bawak kat jalan besar. Selalu nye dia bwk kete tuh gi keje je even tempat kejenye just sekangkang kera.. Haha!

So, we decide to go together2 laa kan.. Hehe! Padahal semalam tuh pegi pasar malam gak ngan zira tp kat Glomac jek! :p Saje laa nak jalan2. Aku suh iz bwk even dia tak kompiden memula tuh. Aku cakap, "Bawak je laa. Aku tunjuk kan jalan nye." Then, she agreed.

At first, everything was great. Nak dijadikan cerita, sampai kat traffic light lepas terowong, aku pesan laa kat iz "Iz, slow sket sebab dpn nih ade traffic light". So, dia pun tekan brek tp tak bape kuat brek tuh. Aku cakap lagi "Iz, break!" coz aku dah nampak Honda City kat depan tuh dah menyala lampu break dia.. Aku cakap lagi "Iz, break!!" then iz kate "Dah tekan ni!" tp kete tuh tetap laju. We are very close dgn kete depan tuh and aku tawakkal je dah mase tuh, mmg bajet dah berdentum laa ni kang. Aku ngan zira, memasing dah tutup mata n telinga, tak sanggup nak tgk. Kete lak tgh banyak mase tuh. Maybe honda owner tuh perasan yg we are very closed, dan menyebabkan dia tukar ke lorong kanan dgn segera. At last, iz berjaya gak tekan break dan berhenti kat sebelah kete yg tgh line up kat traffic light. Fuuuhhhhh!!! Menggigil kami kat dalam kete mase tuh! Haha... Alhamdulillah, semua nya OK dan aku respect iz sebab dia tak gabra n cepat melatah. Kalo dia jenis yg cepat panic cam aku nih, habis laa... Haha! :)) Kami still teruskan niat kami nak berpoya2 kat pasar malam and balik tuh aku ngan zira cakap kat iz "Bersedia untuk satu lagi extreme journey".. Hehe! iz gelak je mase tuh. And today, aku harap takde lagi extreme journey cam minggu lepas coz nak gi sane lagi ptg nih kang tp maybe ramai sket yg ikut. Hehe! So for iz, CHAIYOK !!! ;p

Malam Sabtu ari tuh plak, my dear and I pegi jemput my future adik ipar (hehe) kat Shah Alam. Seminggu dia kat sane lepas kami hantar dia last 2 weeks punye Wednesday, dan dia dah start keje 2 hari. Dia suh jemput coz all her housemate nak balik kg, so dia tak berani nak tinggal sorang. Kami pun jemput dia and starting yesterday, she stay at my house but pity her coz dua2 hari nih aku kene keje so dia terpakse tinggal bersama my another housemate yg cuti. Nasib baik keje pagi, then malam aku ade laa kat umah utk membantu dia.. Chewaahhh! Takde laa membantu ape pun.. Hehe!

Rumah aku tuh dah sendat sebenarnye. Ye laa, rumah kecik 2 bilik.. Mane laa nak sumbat org ramai2. I've tried my best to comfort her and i hope she was satisfied.. Hehe! Tp sian dia malam td, tido sorg2 kat luar. Kalo aku tau zira n adik dia tak balik umah last night, aku dah ajak dia tido ngan aku sekali. Kesal nye... :( Sori ye Daus. Next time kalo datang, akak sediakan tempat yg more comfortable utk Daus. Haha! Comfortable 'habis' rumah tuh.. :p

And tonite, kami kene hantar dia balik ke Shah Alam semula coz esok dia keje. Erm, harap dia tak serik nak dtg lagi nanti. :) To Daus, thanx coz sudi dtg and len kali datang laa lg tp better time akak cuti. Baru laa blh bwk gi jejalan! :D Hehe...

So, wait for my another post utk satu kisah kemalangan maut yg aku nampak last Wednesday. Ergghhh!!! Ngeri... Until then, DAAAAAAAAAAAAAAAAA.....

Tuesday, March 6, 2007

My Celebrity Look-alikes

http://www.myheritage.com

Tuesday, February 27, 2007

Program seminggu...

Last 2 weeks (starting thursday), tiba2 aku di bagitau oleh Raff yg Is (1 of our TL) dah pilih 4 org dari kami (the choosen one (kung pow).. Haha!) termasuk aku utk involve dlm satu projek bersama TMNet dan SSC. Kami dipangil dan dipilih bg satu projek yg dibuat untuk menguji keberkesanan system BMS yg kami gunakan. Mula2 4 org including follow up team, then diorg nak Is pilih 4 org dari team yg sama so daripada Salis and Adaa, ditukar kepada Arab and Farid selain aku and Raff.

Projek tu dimulakan hari Jumaat (b4 TBC) dan diteruskan lagi sehinggalah semalam. Keistimewaannye, kami diberi tunjuk ajar lebih dalam, mengenai penggunaan system tuh dan jugak diberi kelebihan keje shift pg, cuti sabtu ahad. Actually, aku tak laa bape suke cuti weekend ni coz my dear cuti weekdays tp nak wat camane. So, last week kami tak dapat cuti sesama.

And semalam, kami dibgtau oleh En. Mad Syah tuh, diorg nak kami extend kerja2 tuh sampai Jumaat nih. Dan yg paling tak bes, dia mintak kami OT sampai kul 10pm everyday sampai Jumaat! Huhuhu... Tak larat aku. Semua macam tak rela. Ye laa, masuk kul 8 pg, takkan nak extend sampai 10 mlm. Gilo apo! Ingat tak penat ke? At last, kami kuarkan idea supaya kerja2 tuh diserahkan kepada bebudak permanent afternoon. Lagi senang coz diorg mmg kompem start keje ptg, kul 2. So, selesai laa sudah tugas aku bersama mereka... Hehe! Lega nye... Boleh laa aku cuti ari rabu semula.

And last Friday on 23rdFeb, balik kg aku jap. Coz Sabtu tuh nak gi kenduri kawen Pejay. Tak leh balik lama, even aku still cuti ari Ahad tuh coz my dear keje on that day. Sedih sangat... :(( Tp, nak wat camane. Balik pun dah ujung bulan. Sampai umah dalam kul 10pm, esok nye kul 1 dah kene bertolak ke umah Pejay. Nak patah balik, tak cukup bajet nak isi minyak. :p Tak sempat lepas rindu kat adik2 lagi. Diorg pun cam sedih jek aku balik kejap sangat. Takpe laa Fahmi n Fikri, len kali atih balik lagi. 2-3 ari ke, ek? ;)

Ari Sabtu tuh, pegi umah Pejay kat Mayam sekali ngan beberapa org lagi (Man, Apih, Ubai, KL, Zizi n his fiancee Ayu). Diorg dtg dr KL, kami bertolak dr kg aku. Kami jalan sekali dari simpang kerayong sampai laa ke umah Pejay dalam kul 2pm. Mase sampai, dah sunyi. Jemputan ramai dah balik kot. Pejay tgh sanding lg mase tuh. Lepas mkn, jumpe Pejay n wife sekejap. Cute jek wife dia, kecik. Lepas borak2, dalam kul 4pm camtuh, kami pun bertolak balik. Ari ahad, sempat laa aku mendobi and berehat kat umah lagi sebab still cuti. :p

And malam nih nak balik kg my dear plak. Jemput adik dia dari kg, dan antar ke Shah Alam coz dia nak keje sane, tinggal ngan member dia. Nak dok sini, takde tempat tinggal plak! Umah aku tuh dah macam tin sardin dah.. Nak sumbat tang mana pun tak tau.. Kalo ade ruang, mesti aku bagi adik dia tinggal ngan aku jugak. Ye la, rase tak bes plak kan. Erm, tgk laa.. Malam nie laa kitorg bertolak kot.

P/S : Nasib baik tak kene renjatan elektrik malam td. Tgh iron baju, tiba2 wayar seterika meletup! Short circuit, satu umah black out. Abis dia tendang kat suis utama. Huhuhu... Alhamdulillah takde apape. Kalo tak, masuk hospital laa aku.

Thursday, February 15, 2007

Today's Update...

Hari ni aku dok sibuk menghafal lagu Siti yang baru dari album Trankripsi (betul ker nih??!!!...). Actually, lagu nie mmg sejak dari first time aku dgr (waktu Kat perform on Siti's wedding), aku dah terjatuh chenta... Hehehe! Tah laa, tp aku rase bes sangat lagu nih. Lirik dia pun nice. Bih kurg gini laa lirik nye :

Lihatlah Langit Di Atas Sana
Tersenyum Melihat Tingkah Kita
Selalu Ada Peristiwa
Yang Membawa Pertengkaran

Maksudku Hanya Ingin Yang Baik
Untuk Kita Berdua Dalam Bercinta
Baiknya Aku Buruknya Aku
Terimalah Aku Apa Adanya

(Chorus)
Pastikan Kau Dengan Aku
Jangan Ada Cinta Lain
Tak Pernah Aku Terlintas
Niat Ku Untuk Berpaling
Maafkanlah Aku Sayang
Bila Belum Kau Bahagia
Sejauh Langit Di Atas
Kan Ku Kejar Bahagiamu

Biar Langit Dan Bumi Meruntuh
Biar Jasad Kita Tertimbun Di Sana
Tetap Bersama,
Tak Ingin Lepas
Mencintaimu Ku Jadi Begini

Hehe! Tapi aku akui, most of lagu2 yg made from indonesia nie byk yg menarik perhatian aku. Lagu n lirik diorg tuh mmg best! Bukan laa aku kate komposer2 kat Malaysia nih tak bagus cuma kebanyakkan lagu2 yg aku minat skang nih semuanya berasal atau made from there. :p Dan yg pastinya, lagu2 Siti mmg tak pernah gagal menarik perhatian aku sejak dulu lagi, from the 1st album until now.

So, for those yg tak pernah dengar, suka layan lagu2 jenis nih and paling penting, bukan anti-siti (hehehe!), sila laa dengar. Anda pasti takkan menyesal.. Cheewaahhh! Macam iklan laa plak.. :p

K la, nak balik dah. Daaaaaa....

P/S : Tak sangka betul2 dapat bunga semalam even tak celebrate the valentine's day. Walaupun sekuntum, tp besar makna nye sebab this is the 2nd time i got flower from him selepas my graduation day September 2005. Hik! Hik! Thanks, dear... :">

Monday, February 5, 2007

Terkunci...

2 hari lepas (Sabtu), aku keje shift pagi. My dear plak masuk lambat, kul 2pm. Dalam kul 1:45pm, aku sms my dear dan tanye samada dia dah masuk keje atau lom. At last, dia sms dan kate 'kal jap!'... Aku pun call la dia (guna tepon opis laa.. Hehe!).

Rupa2 nye, dia terkunci kat dalam umah. Hik! Hik! Kunci umah dia tinggal dalam kete. Housemate dia, Usop, kuar dan kunci gril rumah dari luar, assume that my dear ade kunci laa kot! Hehehe... Tak pasal2, aku kene kuar awal dan amik kunci kete dari dia (campak dari tingkap bilik.. :p), then pegi amik kunci umah dia yg tertinggal kat dalam kete tuh! Mujur laa opis aku dekat ngan umah.. Dalam 5 minit jalan kaki sampai laa. Hehe! Tuh laa, pesan aku tanak ikut. Bawak kunci tuh ke mane2, aku kate. Bila jadi camtuh kan susah. :p

Sebab dah alang2 lambat and lepas dia call kedai bgtau the problem, kami pun pegi lunch sesama kat kedai makcik kelantan. Sekejap jek laa. After that, aku follow dia gi Giant. Ade hal sket nak wat. Lagipun aku nye waktu lunch ade stgh jam lagi mase tuh. Lepas tuh, kami pun pegi keje macam biase.

Pengajaran nye di sini, selalu laa bawak kunci rumah ke mana2... Untuk keselamatan diri! Hehehe...
Daaaaaaaaaaaaaaaaaa............

Terima Kasih...

Terima kasih Ya Allah kerana menciptakanmu
Terima kasih ibumu kerana melahirkanmu
Terima kasih ayahmu kerana membesarkanmu
Terima kasih guru-gurumu kerana mendidikmu
Terima kasih takdir kerana menemukanku denganmu
Terima kasih kepada semua yang memberi restu
Terima kasih padamu kerana sudi menerimaku dalam hidupmu...

Untukmu yang teristimewa, semoga dirimu dilindungi selalu, bahagia sepanjang masa dan diberkati Yang Maha Esa.

Selamat Hari Lahir ke-26, buat insan tersayang...

Sunday, January 21, 2007

Sabarlah Hati...

Sebak nye hati nie tiba2... Rase macam ade yg tak kena. Bila aku cuba lakukan sesuatu yg boleh membetulkan keadaan, situasi nie kerap terjadi. Kenapa? Aku pun tak faham. Kenapa cuba lari, kenapa cuba nak elak? Berdepan aje laa secara dewasa. Atau aku yg terlalu beremosi..?


Bila diri rase tak dihargai, semua pengorbanan yg aku buat sebelum nie rase tak berbaloi. Macam cuma aku sorg yg bersungguh, bagaimana dgn pihak lain? Kenapa? Mungkin ini balasan setimpal atas setiap kesalahan yg aku lakukan. Mungkin hati aku akan tenang kalo aku tak lalai tentang tanggung jawabku terhadap-NYA.


Kala ini, air mata jadi terlalu murah. Pesan abah terngiang di telinga, nasihat mak berkumandang di hati. Kenapa aku mudah benar lupa? Kesal sungguh rasanye, membiarkan diri dibuai alpa. Waktu2 begini, alangkah damai andai ada yg sudi membimbing, melontar kata semangat bagi mengundang ketabahan hati. Mungkin dah sampai masa nya aku berubah. Menjadi diriku yg dulu, serba sederhana, tulus dan jujur pada diri sendiri. Biarlah dikata, asal hatiku lega.


Namun, kerap kali bila hati ingin berubah, diri ingin dibimbing, saat itu juga imanku di cabar. Hati, nafsu dan perasaanku mudah benar digoda. Syaitan pastinya bersorak gembira kerana adanya hamba Allah yang sepertiku ini. Oleh kerna itu aku perlukan bimbingan dan sokongan, agar nafsu tak mudah tercabar, agar hati tak bisa tercalar, agar perasaan tak mudah terbakar. Sekurang-kurangnya aku mampu bertahan.


Tuhan... Tabahkanlah hatiku, kuatkan semangatku, tetapkan imanku, cekalkan keazamanku, agar bisa aku menempuh dugaan mu, biar sekuat mana, biar besar cubaannya, aku butuh petunjukMu, Ya Allah... Bantulah aku, hamba-Mu yang kerdil ini dalam menempuh ranjau hidup.


Sabarlah hati, akan ku cuba bimbing mu semula ke jalan yang di redhai... Amin.

Friday, January 12, 2007

Nian Di Hati

Masa tgh wat keje td, suddenly macam terngiang2 kat telinga aku lagu Siti nie, dan sekaligus menggamit memori aku (cheeewwaaahhh!!! :p) mase blaja kat Pekan dulu. Sesape yg minat, kenal atau mengikuti perkembangan artis no.1 tanah air nih, mesti tau lagu nih. Lirik dia macam nie :

Suburnya nian sukar dimadah
Mekar jiwa dilamar mimpi
Kasih sepantun tulisnya sudah
Hanya rindu ikatan hati
Berlumpur intan seri masih bertandang
Bagai bulan dipagar bintang

Angin berderu ombak mengalun
Melambai daun sedang rimbun
Sarat di hati rindu ditanggung
Airmata ku tak terbendung
Dikau ku sanjung cinta suci terulung
Di jiwa ku semakin ranum

( korus 1 )
Terpadamlah gundah di hati
Setenangnya air di kali
Hilanglah resah terpancar naluri
Janji yang diikat teguh... berdiri

( korus 2 )
Lafazlah sejujur hatimu
Setulus halusnya budimu
Damaimu sesudah gerimis
Bawa daku bersama meniti pelangi

( korus 3 )
Ku yakin di sana menanti
Mahligai kencana abadi
Disaluti sutera asli
Selimut cinta aroma harum kasturi

( korus 4 )
Kasihmu beraja di hati
Kasihku bertahta di jiwa
Walaupun tiada di mata
Cintamu tetap sebati

Sungguh bererti kasih dan sayang
Seribu sumpah kau tunaikan
Cinta berkurun kasih berzaman
Kerana sayang ku turutkan
Guruh di laman umpamanya gurindam
Mengusap di hati yang rawan

( ulang korus 1, 2, 3, 4 )

Bila aku amati, hayati dan fahami lirik lagu nih, terasa sedih plak hati nie. Tah laa, aku nak explain tak baper nak pandai, korg pepandai sendiri laa kalo nak paham makne lagu nie.

Sekian...

Monday, January 8, 2007

Al-Kisah....

Dah lame tak singgah blog sendiri. Blog org lain rajin lak aku singgah! :p Banyak gak mende sebenarnye nak story, but i really2 malas nak menaip. Hehe! So, ari nie aku cuba laa gak menaip sebab tak dapat nak wat keje. System down, so nak wat case pon tak dapat. Ni laa dia, kalo bekerja ngan system. Kalo OK, mmg sangat BZ tp kalo down, ape pon tak leh wat! Hmmmm....

Last week on my day off (rabu n khamis) aku amik kesempatan balik ke kg with my dear selepas hampir 2 bulan tak jengah muka kat sana. Hehe! Raya haji ari tuh aku dpt cuti tp tak berani plak nak drive sesorg balik kg. Maklum laa, jauh. Makan mase 4 jam gak laa kalo nak sampai. My dear pon tak kasik, dia kate tak percaya kalo nak lepaskan aku sesorg drive jejauh coz selalu nye kami balik sesama. Even aku sdiri pun tak percaya pada diri aku, nie kan plak dia! Haha... Dan satu lagi, mungkin jugak dia nak ajak aku teman dia kat sini sebab dia kene keje pd hari raye tuh. Hehe! But, what is the point kalo aku teman dia pon coz dia ngan housemate aku tuh keje dr pg sampai mlm, dah tu takkan aku nak menonggok sesorg kat umah dgr takbir raye? Mau meleleh gak air mata ni. Hehe! So, pada hari raye tuh, drpd dok sesorang kat umah, aku pon beranikan diri drive ke Seremban, pegi umah along. Ke sane tak jauh sangat, sejam drive dah sampai. Lagipun kete tak banyak dan dah tau jalan, sebab tu aku berani. :D My dear pon yakin sket kalo aku pegi sane. So, dalam kul 10:40am aku bertolak, sampai sane dalam kul 11:45am. Lepak2 kat sane, makan nasik impit, makan nasik, gurau2 ngan my niece, borak2 ngan along sampai laa ptg. Dalam kul 5:40pm, aku bertolak balik semula and sampai KL dalam kul 6:50pm. Ok laa jugak, at least terisi gak mase aku pada hari raya, walau bukan dgn whole family but still with my family member. Lagipun, aku mmg lebih rapat ngan along sejak arwah mak takde.

So, sebab tak balik kg mase raye tuh, last week aku ajak gak my dear balik kg and dia pun agree jek nak balik. Actually aku nak antar peralatan sekolah adik2 aku, maklum laa sekolah dah bukak. Aku belikan diorg nye stationary and beg sekolah. Tambahan plak, Fikri baru jek masuk tadika so macam excited sket nak belikan brg2 dia. Bertolak ari selasa malam rabu (lepas my dear abis keje) lebih kurg kul 12 malam, kami balik ke kg aku dulu coz aku nak kene anta brg2 sekolah adik aku sebelum diorg masuk sekolah. Ari rabu tuh diorg dah masuk sekolah so sebab tu balik ke kg aku dulu. Sampai umah dalam kul 3:30am, abis seme org terjaga. Dalam kul 4am baru masuk tido lepas bahagi2 kan peralatan Fahmi n Fikri. So, seharian kat umah aku sampai laa lepas makan malam, dalam kul 10:30pm, bertolak ke kg my dear plak. Sampai sane dalam kul 3:00am (sebab salah masuk jalan! :p). So, seharian plak kat sane, sampai laa lepas makan malam jugak, kami bertolak balik KL dalam ku 11pm. Sampai KL dah dekat kul 2am. Nasib laa aku mintak tuka shift utk ari Jumaat tu, aku mintak masuk ptg. So blh tido lama sket, tak laa aku mengantuk nanti.

Mase kat kg my dear, aku dapat SMS dari Niesha, one of my closed friend mase kat 1st level. Dia bgtau aku yg Farah (one of my closed friend jugak) dah bersalin! Dapat baby girl. Aku terkejut gak sebab beberapa ari lepas mase keje, aku ade dpt consult call dari Farah. Dia kate, kandungan dia baru masuk 7 bulan. And aku suspect, mesti dia deliver tak cukup bulan coz before this dia pernah kene tahan kat wad sebab ade masalah kesihatan. Tak silap aku, dia pernah terjatuh mase mengandung ari tuh! :-s But, Alhamdulillah... Mama n Baby, dua2 pun selamat. Walaupun bukan bersalin secara normal (means operation), tp dua2 sihat walafiat. Aku takde kesempatan lagi nak call dia. Nanti laa, bagi dia rehat dulu skrg. 2-3 hari lagi aku call la dia. Tak saba gak nak dgr cite dari our new mama! Hehe...

2-3 miggu lepas, before balik kg, ade satu insiden berlaku. Boleh laa dikatakan sebagai eksiden jugak! :D Satu malam tuh, me and my dear nak kuar minum. dalam kul 11 lebih laa mase tuh. Sampai kat satu simpang 3, kami just nampak kancil jek nak masuk dari sblh kiri. Sebab kancil tuh jauh lagi, my dear terus je laa masuk simpang. Rupa2 nye, ade moto kat sblh kanan tuh dgn lampu depan yg sangat malap! Tah macam mane kami boleh tak nampak... Selalu nye salah seorg dari kami akan alert tentang kehadiran kenderaan lain. Bak kate org, kalo dah nak kene tu, elak laa camane pun tetap kene. My dear sempat elak sket jek, at last kene gak langgar motor tu, sipi2 kat sebelah kiri kereta. Alhamdulillah, budak tu tak cedera. Cuma motor dia terbarai abis laa... Hehe! Esok nye tuh, kitorg kasik kat budak tuh duit, suruh dia repair sendiri jek motor dia. Nak anta kan ke workshop, my dear takde mase nak tunggu. Budak tuh pon OK jek bile kitorg kate nak kasik dia duit sebyk tuh. Settle! Yg tak settle nye, our car. Sampai skang tak repair lagi. Tak teruk sangat la tp cermin lampu signal kiri tuh pecah, ade calar sket and dkt bonet depan tuh ade lekuk sket. Nanti2 laa baru repair. :p

Mase balik kg ari tuh, aku tgk abah dah siapkn bilik utk majlis aku nanti. Erm... Preparation. Satu ape pun aku tak wat agi! Risau gak, but my dear kate nanti kite settle one by one. Beli barang sket2. Tarikh pun lom tetap lagi. Abah kate tanak bulan 12, so tarikh sebenar nye tak dapat ditentukan lagi. Takpe laa, nanti dah confirm baru laa senang sket nak wat ape2. Wat mase skang, beli ape2 yg patut dulu. Yg lain, settle sket2. ;)

Hoh! Nampak nye, tak wat keje laa aku ari nih. System tak up2 lagi dari pagi td sampai malam nie. Mampos gak nak follow up semua nya esok! Huhu... Takpe laa. Anyway, aku cuba gak wat mane yg boleh. Selebih nye, aku sambung esok laa! Hik.. Hik.. Hik..

K laaa, jumpe lagi. Mmmuuuaahhhh!! :-*

Emergency!!!

Ahad, lepas balik keje kul 11:30pm, aku decide nak tido awal sebab isnin nye aku kene masuk keje shift pagi. My dear jemput aku balik keje and then dia pon agreed laa nak kasik aku tido awal (means no date that night). Kebetulan his friend ade kat tabung haji, nak pegi tanah suci kate nye. So, dia amik laa kesempatan yg ade tuh utk jumpe member dia dan borak2 setelah lama tak jumpe. Aku pon dgn senang hati nye melepak-lepak dalam bilik, siap berselimut lg! Sebab that night ujan. Bes betol kalo dapat tido... Hehehe!

Pukul 1:38am. Tgh syok layan mata yg dah separa tertutup tuh, tetiba my dear call,"Turun jap, tgu kat kete nie..." dia kate. Suara dia mmg kedengaran cuak sket. Aku pon dgn mamai2 menjawab,"OK, tgu jap laa..." Bersiap ala kadar, pakai suar trek ngan sweater aje, aku pon turun. Berpayung dalam ujan, I can see someone inside the car too. Sampai je kat kete, aku tanye,"Nape nih?" Then my dear cakap "Gi klinik jap. Tangan member nie kene kipas!"

HAAAHHH???!!! Dgn cuak nye aku pon terus masuk dalam kete and my dear drive. On that time, jam dah menunjukkan pukul 1:45 pagi lebih kurg. Dalam kete, semua senyap. Sekali sekala dgr member tuh (his name is Taufiq, housemate my dear) mcm menahan sakit. And no choice, klinik terawal yg dijumpai masih beroperasi mase tuh adalah KJMC. Terus drive ke situ, hantar Taufiq masuk dan kami registerkan dia. Nurse tuh terus bawak dia pegi cuci luka kot. At the same time, ade sorg abang tuh tgh tgu someone, might be his wife yg mungkin nak bersalin mase tuh... Hehehe!

Dalam mase Dr merawat Taufiq, my dear cerita yg jari Taufiq kene kipas masa dia nak tukar baju. Kipas siling kat umah mereka rendah, n Taufiq nih kind of tall man, same as my dear. Hehe! Tuh laa punca nye... After that, aku ajak my dear balik sekejap amik duit coz sorg pun tak bawak duit mase tuh! Kalo ade pon, setakat ape yg ade dlm wallet je laa. Dikhuatiri caj nye mahal sebab klinik tuh swasta, aku pun dengan rela hati bagi guna duit aku dulu yg mmg aku ade simpan kat umah coz semua ATM Machine (yg kitorg jumpa) dah out of service mase tuh. Maklum laa, dah kul 2pg, ATM pon dah tak beroperasi.

Bila sampai semula kat KJMC, that nurse cakap kat my dear yg luka Taufiq tu dikhuatiri serius. Dr kat situ tak leh nak jahit coz dia kate might be urat kat jari tgh tgn kanan yg kene kipas tuh putus!! OMG... Aku rase ngeri n ngilu gile mase tuh. Dr kat situ dah cuci, bius dan balut jari Taufiq mase tuh and advised us to refer to HUM/UMMC for further assistant. Might be kene tahan wad sebab kalo bebetul urat tuh putus, kene wat minor operation sket utk sambung semula, kate nurse tuh.. Huh! Cuak kitorg mase tuh. Dia pon kasi surat reference pada kitorg untuk dirujuk pada Dr kat UMMC nanti.

Lepas informed pada family Taufiq, kami pun terus menuju ke UMMC dan yg kelaka nye, sorg pon tatau jalan ke sana sbnr nye! Hahaha... Aku cuma ingat Abg Sidi penah cakap yg jalan ke SS2 tuh adalah menuju ke HUM. Aku pon bgtau my dear supaya ikut jln tuh. Seperti yg kami biase buat, kami akan cari sign board yg bleh membantu dan Alhamdulillah, kami selamat jugak sampai ke sana around 2:30am. Lepas parking, ade sorg pembantu hospital tunjuk pada kami tempat yg mane kami perlu tuju setelah ditanya. Sampai kat unit Trauma dan Kecemasan, kami nampak ade sorg patient tgh terbaring kat atas stretcher dgn bdn berlumuran darah dan tgn nye di gari. GuLP!! Sure penjenayah tuh! Polis tgh awasi dia. Kat receptionist, kami terus registerkan Taufiq. Lepas tuh, kami disuruh tunggu kat depan Bilik Konsulasi untuk pemeriksaan. Kat situ punye laa ramai org yg tgh tgu turn utk dipanggil. Ramai gak org sakit pepagi bute nih ek! Hehe... Tunggu punye tunggu punye tunggu, dalam kul 3am baru laa nama Taufiq dipanggil. Lepas tuh kami disuruh tunggu lagi, punye laa lame nak tunggu sampai aku dah naik mengantuk dah. Baper kali my dear and Taufiq kuar gi smoking, tak sampai2 gak turn Taufiq lagi. Dah laa tmpat tuh sejuk nak mampos macam peti ais. Nasib baik laa aku pakai sweater! :p
Dalam pada menunggu tuh, ade 2-3 patient lagi yg dtg. Chinese girl tuh, aku nampak dahi di benjol and muka dia pucat. Dia dtg ngan her friends. And another case, ade 1 lagi kes jenayah berlaku dimana ade kakak dan abg ni jd mangsa ragut (aku dgr diorg borak kat blkg.. Hehe!). At last, diorg gak yg tolong peragut tuh (dgn bantuan polis) utk dihantar ke hospital slps abg tuh amik tindakan nekad utk langgar mereka. Muka peragut tuh sesorg macam indon jek aku tgk! Tuh laa, takde ke keje lain yg lagi berpekdah drpd buat jenayah? Bile dah jd camni, kan ke menyusahkan seme org! Erm, tah laa... Dan ade laa lain2 pesakit yg dtg dgn penyakit masing2 dan aku dah tak amik peduli sebab aku tgh pikir larat ke aku nak keje pagi sok nie. Sebelum tuh aku ade call John mintak Pool Phone number in case aku perlu tukar ke shift ptg atau get an EL.

Kul 4 lebih... Lama sgt tunggu, aku jln2 ngan my dear, tgk gamba2 eksiden yg dipaparkan, it give a lot of lessons to us, then gi minum2 kat kantin. Terpaksa laa kami tinggalkan Taufiq tgu turn sesorg sebab kami dah tak larat tahan ngantuk dah. Lepas minum2 air panas kat kantin, kami carik Taufiq balik dan nampak nye dia dah dapat turn dia. Dia takde kat kerusi luar th dah. Ngintai kat dalam, mmg dia ade. Lepas tuh, kami teman dia ke bilik X-Ray plak. Pusing sane, pusing sini, kuar masuk bilik konsulasi, akhrnya Dr sahkan bahawa jari Taufiq OK, cuma perlu dijahit jek... Alhamdulillah. Pada masa yg sama, rase tertipu oleh Dr sebelumnye kat KJMC yg membayangkan seolah2 kecederaan tuh sgt teruk! Damn...

Lepas jahit luka dan diberi injection, wat pembayaran kat kaunter dan amik ubat, ngam2 jek azan subuh berkumandang. Pergh! aku tgk muka my dear mase tuh dah bersepai tahan mengantuk. Dia lagi kesian! Dah laa Ahad tuh keje full, Isnin pun kene full gak! Then malam tak dpt tido lak sebab ade emergency case macam nih. Sian dia.. Tp takde laa nak salahkan sesape, cuma rase kesian laa kat dia. Dia mmg tak kisah, kawan punye pasal! Hehe...

Settle semua benda dalam kul 6:30am/6:45am, kami pun bertolak balik. Sampai kat umah dah almost 7am. Erk! Nampak nye, mmg aku kene call office mintak tuka shift ari nih. Kul 8 aku call office utk gitau yg aku nak tukar waktu keje and allowed by TL Kabir. Aku pun ade chances utk tido lagi dan bgn semula utk gi keje kul 1:30pm! Haha... Kesian my dear, he have no choice. Still kene masuk keje kul 11am gak!

Dan hari nih, aku keje dgn rase tak larat yg amat sangat! Tp, sebab case dalam pool melambak and demi my productivity, aku usahakan jugak wat keje. Hehe! Esok kene keje pagi plak! Mampos laa...

K laa, nak balik dah nie. Jumpe lagi nanti. Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..................... (:

Demam..


Starting early of this week (Monday night i think...) my dear become tak sihat. Memula tuh ingatkan demam cam selalu tu je, means demam sehari then esok tuh elok la tp rupe nye berlarutan plak!

Selasa tuh jadi tak OK gak, pastu elok sket sebab mkn panadol. Then Rabu pon sama, kene telan panadol baru OK... Bak kate my dear "hidup ni dah bergantung ngan ubat dah rase nye"... Hehe! But then Rabu tuh seems like OK sket laa, cuma tak laa fully recover cuma kepanasan suhu badan dia dah kurg laa. Tp sebab malam khamis tuh kitorg bantai merayau n lepak kat Jambatan Seri Wawasan (betul ke nama nie?) kat Putrajaya, dgn angin malam yg sejuk tuh, berembun plak, sampai kene halau baru balik.. Hehe! Esok nye tuh (means Khamis) demam dia become worst!! :(( Uhuhuhu... Sian my dear. Fortunately aku cuti hari tuh! At last dia terpakse laa menurut kata aku yg sejak dari hari Selasa lagi actually dah memaksa dia pegi klinik.

Dlm kul 11, aku drive dia bwk pegi Klinik Mediviron kat Giant sebab klinik ni Dr dan ubat dia bagus sket compared to another panel clinic of my company kat Giant lama tuh.. Huh! Muka dia dah merah melambangkan suhu bdn dia mmg tinggi. Ramai gak org, dkt2 kul 12 baru sampai turn dia. Abis check up, duduk balik kat luar tunggu ubat. Sesambil tunggu tuh, my dear cakap "Dr tuh sakit gigi, dia nak gi amik MC".. Hehe! Sian Dr tuh, Dr lagi susah nak dapat MC.. :p But, he's a very2 nice and kind Dr. (sebab pernah dirawat.. :D)

Lepas selesai amik ubat, kitorg pun balik. My Dear dpt MC ari nie.. After that, pegi Giant kecik, beli lauk2 n sayur2 sket, wat stok. Cdg nye nak masak gak tp my dear dh lapa sgt so terus laa kitorg gi tapau makanan kat restoran tepi Giro tuh. Nak makan kat situ penuh org plak, maklum laa lunch hour.. Then, after that kitorg pun balik ke rumah memasing.

My dear SMS, gtau dah makan ubat then advised him to get rest. Sebab tak jadi masak, aku pun get rest laa jugak! Haha.. Nak membasuh tp malas. Petang sket tuh, dia dah OK kate nye... Alhamdulillah.
Tp rupa nya dia plan nak masuk keje plak dalam kul 7pm. Tension betul aku dgr. Aku mmg paham tentang keje dan tugas dia yg agak penting but not now, means waktu sakit pun nak keje ke? Dapat MC plak lagi tuh! Sakit gak hati ni tp nak wat camane.. Kalo dia dah kate nak keje, i can do nothing. Tp mmg aku boleh agak yg demam dia tuh akan datang balik coz demam tuh kebah sebab dia makan ubat tgh hari tuh je, but he's not fully recover yet! But, he already decided...

Dan ape yg aku jangka tuh mmg terjadi. Balik keje, mase dia dtg amik makanan yg aku masakkn, dia gitau bdn dia panas semula and it's even worst! Muka dia jd merah semula.. Erm, dah agak dah kan.

Sampai hari ni, demam dia still tak kebah lagi. And I hope dia akan sihat cepat sebab i feel bad bile tgk dia tak sehat camtuh! :( Tp, macam mane nak sehat kalo asik keje jek dr pg sampai malam, tak rehat2? Hmmm..... Tah laaa.

SUATU MASA DULU...

Suatu masa dulu,
Tangan itu membelaiku,
Membelaiku dgn penuh kasih yg jitu,
Tanpa terpalit rasa ragu,
Hanya penuh kasih dikalbu...

Suatu masa dulu,
Suara itu selalu berlagu,
Melagukan kasih di telingaku,
Namun tak pernah ku dengar dia mengadu,
Walau keringat tercurah laju...

Suatu masa dulu,
Mata itu sentiasa memandangku,
Pandangan kasih seorang ibu,
Yang tak mungkin akan layu,
Seumur hidupku dilupa tak mampu...

Suatu masa dulu,
Senyum terukir di bibirmu,
Buat penguat semangat anak-anakmu,
Namun ku tahu kau lindung deritamu,
Walau tak pernah kau ungkap wahai ibu...

Suatu masa dulu,
Tawa kita sering berpadu,
Gurau senda dan celotehmu,
Ku dengar, ku lihat tak pernah jemu,
Sehingga kini sering ku rindu...

Suatu masa dulu,
Tangisan itu sungguh sayu,
Dikala kau pendam derita hatimu,
Yang mmg tak pernah kau hurai padaku,
Namun ku mengerti siksa jiwamu...

Kini semua itu telah berlalu,
Jika di ingat mengundang sayu,
Untuk dilupa aku tak mampu,
Kedap tersimpan di sanubariku,
Sebagai kenangan ketika bersamamu...

Andai aku diberi waktu,
Ingin sekali lagi ku rasa belaian itu,
Jua mendengar suara itu berlagu,
Sambil melihat lirikan matanya padaku,
Disamping senyuman dibibir itu,
Juga tawa kita bersatu,
Tanpa ada lagi tangisan deritamu,
Walau hanya sekejap waktu,
Sudah cukup memadai buatku,
Agar terlerai segala rindu,
Agar terubat segala sendu,
Padamu wahai ibu ku,
Walau ku tahu itu sesuatu yg mustahil akan berlaku...

Problem dan Kawan...

Banyak betul masalah akhir2 nih... Kalo setakat masalah kat tempat keje je aku tak laa kisah sangat. Tp, bile masalah aku tuh melibatkan ahli keluarga sendiri, mende kecik pun akan jadik besar! Susah betul nak jaga hati org nie terutama family sendiri. Seme serba tak kene. Tolong salah, tak tolong salah.. Kalo tolong kang, aku dapat masalah baru. Tp kalo tak tolong... Huh!

Dan kadang2 aku sedar dari mane kesilapan ini bermula dan kesedaran tu membuatkan aku berfikir dan tegas mengingatkan diri sendiri tentang kesilapan2 yg dah aku lakukan. InsyaAllah, aku akan cuba sedaya upaya mengingatkan diri aku supaya membaiki kesilapan itu selepas ini. Sebab, ade cara yg sangat mudah untuk membantu aku melepasi segala masalah ini sebenar nye, setiap masa. Pokok pangkal nya, hati...
Sometimes, aku rase untung tinggal dengan kengkawan, sebab mereka selalu nye boleh membantu bile masing2 dalam kesusahan. Tp, kawan pun ade jenis2nya jugak. Tak semua kawan macam tuh, sebab aku juga punyai kawan yg cuma mendamping bila senang dan bile susah semua nya lari dan mementingkan diri sendiri. Dia lupa sape yg pernah tolong dia mase dia susah dulu. Juga ada kawan yg tak boleh kawan nye lebih baik dari dia. Dari sudut positif mmg bagus, tp kalo negatif? Juga kawan yg jenis mengungkit. Haa... Kawan jenis nie memang hampeh, mcam tolong tak ikhlas. Kawan yg tikam dari belakang? Yang suka memburuk2kan kawan dia sendiri? Harus dijauhi kawan yg macam nih!

Dan sejak bersama kawan2 baru nie, aku semakin sedar kepentingan berteman. Aku lebih mudah dapat mengenali antara sahabat dan kawan... Mereka byk membimbing, membuatkan aku kembali percaya tentang kepentingan sebuah persahabatan. Dan aku takkan sia2 kan kepercayaan yg mereka letakkan pada aku. Selagi mereka sudi menerima aku sebagai kawan, aku akan cuba menjadi sahabat terbaik buat mereka..
For all my dear friends and fellow, old and new, thank for being my friends and accept me as ur friend.. Don't know how to say but i really appreciate all of u guys and luv u all so much!

Kisah Instinct dan Rindu...

Kadang2 tu aku ade rase tak percaye pada instinct but it's make me believe on it! Bukan ape, mende yg kite tanak pecaye atau pikir sangat, tp bile kite sendiri alami nye, baru laa kite rase "A'ah laa...","Eh! Betul laa..","Ugh! Unbelievable!", and something like that laa..

Cite pasal instinct nie, ade byk kali laa mende nih terjadi pada aku. Especially bile relate to someone i really2 love (means family and my dear laa... hehe!) and most of the time, mende tuh terjadi bile aku rase teramat2 rindu pada diorg.

For example, bile aku tgh lepak2 kat umah sambil tgk TV, hati aku terdetik "Eh! Rase macam nak hantar message laa", then suddenly mase aku tgh taip message, 1 message dah sampai from org yg aku nak anta message tuh! And on that time, i feel "Ugh! macam mane blh dia anta dulu dari aku ni? Time aku tgh taip untuk dia plak tuh! " Hehe... That's 1 example. Another eg is, ade satu mase tuh, aku send kat dia and dia pun send kat aku! The same message at the same time and contains ayat yg sama "Hai! Wat pe tu".... Haha! Then after that rase macam kelakar sgt coz macam janji2 plak. Hihi... 1 lg contoh is quite amazing for me. Satu malam tuh, mase aku tgh lepak2 sambil tgk TV ngan Iz (housemate aku), aku tergerak hati nak pegang fon aku sambil teringat kat my dear (coz i feel like missing him so much! :p). At the moment aku sentuh jek fon tuh, lampu dia menyala dan 1 message masuk, and it's from my dear! Iz pon terkejut dan gelak sambil cakap "Ko tau ke message tuh nak masuk?".. Hahaha! Kitorg pun sama2 tergelak.. Kekadang tuh, cukup laa sekadar terlintas kat fikiran aku ttg seseorg then suddenly i received a call from that person, on the dot!

Tp, tu laa... Mende nih tak laa kerap sangat terjadi tp dah byk kali laa aku lalui. And most of the insident tu relate to my dear and my family.

Satu lagi mende yg mmg semulajadi ade dalam diri aku nih, kalo aku teramat2 rindu kat someone tuh, it can make me cry! Pernah mase aku keje kat KL sentral dulu, mase tuh aku dah terlalu lama tak balik kg. More than 3 months i think.. Tiba2 timbul rase rindu yg teramat sangat kat dalam hati aku nie pada abah, adik2 dan family yg lain. Sampai la satu ketika tuh mase aku call diorg, dgr suara diorg pun blh membuatkan aku rase hiba n menangis! Hahaha... Then, the solution is very simple! aku amik cuti 2-3 hari, then aku balik kg. After that, everything is come back to normal. Hehehe!

Then when my dear amik cuti dan balik kg about 2-3 days, that's also can make me cry by my own coz i'm gonna miss him so much when i feel so FAR from him.. :">

Tp, rase rindu yg satu nie tak pernah terubat, which is rase rindu pada arwah mak. Everytime i think about her, air mata aku mesti bergenang. Even at this time mase aku tgh taip entry nie pun, air mate dah bertakung kat kelopak mate ni. :( Rase rindu yg dah 9 tahun aku simpan, tak pernah ilang malah makin bertambah. Semakin bertambah bile aku melawat kubur dia, aku siram pusara dia, bersihkan sambil sedekahkan al-fatihah buat dia. Lepas sembahyang, of course aku akan sedekahkan ayat2 suci wat dia. Aku selalu menangis sebab terlampau rindukan dia. Rindu pada wajah dia, belaian dia, suara dia n everything about her. Selama 16 tahun aku hidup dgn dia, dia byk menderita. Menderita kerana kesihatan dia. Walaupun macam tuh, aku tetap bahagia dan bangga ade ibu yg sentiasa membimbing aku suatu ketika dulu sehingga aku mampu berjaya macam skrg nie. Tak pernah dia naikkan tgn nye pada aku walau macam mane marah sekali pun dia pada aku selama hayatnye. Walau cuma dgn suara dia mengajar dan mendidik kami adik beradik, tp alhamdulliah kami terdidik dgn asuhan dia. Dia sangat tabah. Aku pun tak setabah dia. Kalau laa aku diberi peluang, seminit pun jadi laa, teringin sangat aku nak peluk dia, cium dia dan bgtau yg aku sangat sayangkan dia, dunia dan akhirat. Semoga dia tenang selama nye di sana... Amiiin.

Happy Time...

Pagi, 28/10/2006 (Hari Raya Ke-5)

Aku bgn seawal mungkin, tp ade org yg bangun lagi awal dr aku upe nye... Hehe! Ingat dah awal habis dah.. :p Aku intai kat luar umah, org dah mula bertandang sket2. Dalam umah, luar umah, org asik bergerak jek.
Aku wat persiapan terakhir.. Touch up hantaran, yg mane tak complete lagi tuh aku completekan. Masak brkfast ape yg patut. Org makin ramai dtg. 8 dulang dah settle! Tinggal satu lagi hantaran tak siap. Tunggu dihantar sebab abah order dr jauh, dr umah mak ngah kat Sungai Kelamah. Hehe!

Alang tolong aku kemas bilik. Pasang cadar, susun hantaran, sapu sampah and etc. Lebih kurg dlm kul 8.45 - 9am, Maryati (satu-satu nye member aku yg datang ari tuh..) sampai. Mase tuh, aku ni mandi pun tak lagi. Semua org membebel kat aku.. Hehe! Leks arr, Lipis ngan Triang kan jauh... My Dear suddenly call about 8:45am, gitau yg diorg seme dah bertolak dr Lipis lebih kurg kul 8am td. Seme sekali 7 kereta!! Mak aihh... tu dia! Hehe. Ok! ade dalam 3 jam lebih lg utk sampai. Aku terus gi sarapan ngan adik beradik mak uda + Maryati. Org makin ramai bile menjelang kul 10. Aku amik keputusan gi mandi sebelum lebih ramai org datang dan membebel kat aku sebab tak siap2 lagi.

Suddenly, mase tgh mandi (about 10:15am) my dear call lagi. Dia gitau yg diorg dah almost sampai kat Temerloh. Along yg angkat. Mase tuh mula laa menggelabah! Ye laa, Temerloh ngan Triang bukan jauh pun, about 45 min jek kalo jalan tak sesak. Aku pun ape lagi! Kelam kabut bersiap, pakai baju, pakai tudung and pakai make up. Dah laa make up sendiri.. Takde org make upkan pon! Hehe.. Nasib baik laa ade gak bakat terpendam sket2, walaupun tak laa cantik mane. :p Dibantu oleh Maryati, hasil nye .... boleh laa tahan. Sebab aku nie jenis yg jarang make-up2 so, nampak laa lain sket! Hahaha... (At least ade gak anak sedare aku yg puji.. "Wah! Cantik nye maktih..." :"> Hik! Hik!)

Lebih kurang dalam kul 11:30am, aku dah completely siap! Sempat laa wat sesi fotografi bersama anak2 sedare aku yg seramai lebih kurg 10 org tuh. Tak campur adik2 aku lg! Hehe... Bergambar dgn sedare mare, ngan hantaran. Mak ngah pun dah sampai mase tuh, bawak hantaran terakhir and complete laa 9 dulang hantaran balas semua nye.. :) Tp menjelang kul 12pm, still rombongan tak sampai2 lagi. Abah dah sibuk2 tanye aku. Mane laa aku tau! :p Hehe... Abah suh aku call dan tanye dah sampai kat mane. Aku pun try call (gune tepon adik coz suddenly dr malam sebelum tuh, line maxis takde coverage plak! Sakit tul hati aku.. Time nak gune ni laa dia wat hal..) Bile call, my dear kate dah almost sampai dah sebab dah melepasi bandar Triang. Aku pon inform abah aku. Dalam kul 12:30, tak sampai gak sebab sepatut nye dah sampai. Abah suh call lagi. Bile aku call lagi, my dear aku kate "ade 2 kete sesat! Kene pusing balik carik diorg.." Hoh! sesat laa plak... Tensen betul. Abah pun kompius camane leh sesat coz mmg tak logik sesat kalo follow betul2. Sebab dah dekat sangat dah mase tuh. My dear dan 4 kereta lagi dah sampai kat Felda sebelah dah pon! Terpakse laa my dear patah balik kuar ke simpang besar nak carik kete yg sesat td. :-<

Tunggu punye tunggu punye tunggu, kul 1pm. Tak sampai jugak! Aku call lagi. My dear kate dah gerak dan dah nak masuk Felda. Then dlm kul 1:10pm, my dear informed yg diorg nak benti kat masjid dulu semayang zohor. Aku pon informed abah. Abah tu bukan ape, org yg nak tolong dia sambut rombongan tuh ade appoinment lain jugak! Tu yang dia kalut sket tuh... Sian abah! Hehe..

Dah dekat 1:30pm, aku call lagi dan mase tuh my dear dah nak gerak ke rumah kami dah. Finally, diorg sampai jugak lebih kurg kul 1:30pm tuh... Huh! Berpeluh dah aku tunggu, cair make up seme! Terpakse touch up balik.. Haha! Mau tak nye, berkapuk aku tunggu dr kul 11 lebih, sampai kul 1 lebih baru muncul. :p
Mase diorg sampai, aku cool jek.. Tak rase apape. Discuss2, sampai lebih kurg kul 2, discussion tamat. Upacara sarung cincin n tukar hantaran, tujuh berbalas sembilan dulang hantaran. Aku dipanggil naik ke atas rumah (tmpat discussion) sebab nak sarung cincin. Aku pun dgn rilex nye naik laa after semua hantaran dah dihantar ke atas. Bile naik jek, tu dia.... Punye laa ramai org rupe nye! Lupe plak aku yg dtg tuh 7 kete. Haha! Tetibe angin kus kus aku dtg. Rase cam artis pun ade! HikHik... ramai tul org amik gamba aku. Mase sarung cincin tuh, tgn aku ketar laa plak.. Hehe! My future mother in law yg perasan. Tp aku maintain, wat muke selambe jek. Senyum sehabis manis laa mase tuh sebab ramai ngat yg nk ngambik gamba. Hehe! Selesai sarung cincin, sesi fotografi laa plak. :p Lepas settle seme, pihak lelaki dijemput hadiri jamuan means turun makan laa... Nmpk my dear tgh ambik lauk kat kanopi luar. :D

Lepas my dear abis makan, kitorg bergamba laa bersama hantaran. Byk gak amik gamba mase tuh! Ermmm, dalam lebih kurg kul 2 lebih ke pukul 3, rombongan bertolak balik. Selamat laa sudah aku dengan rasmi nye menjadi tunangan org. Hehehe!

Lepas semua selesai, sedare mare dah balik, akak2 aku pun dah bertolak balik, baru laa rase penat sangat sebab byk benda kene kemas sebelum balik KL keesokan hari nye. Bertungkus lumus la aku bersama mak uda dan adik aku mengemas rumah nampak nye.. Hehe!

Alhamdulillah, untuk majlis ni, semua nye berlangsung dengan baik. Tp, persediaan yg lebih besar perlu aku hadapi lepas nie. :-s

So, chaiyok! chaiyok! for my self... Hehe!

Cerita Hari Raya...

Hari raya thn nie agak meriah buat aku. Bukan laa sebab aku byk berjalan2 raya ataupun dpt byk duit raya, tp sesuatu yg bermakna dlm hidup aku berlangsung di bulan mulia ini. Cewaaahhhh! bes gak ayat aku nih... Hehe! Selain tuh jugak, thn nie, semua ahli keluarga aku (means all my sisters) have their turns untuk berhari raya pertama di rumah abah. So, rumah aku dipenuhi oleh anak2 sedara aku yg seramai lebih kurg seploh org tuh, tak termasuk adik2 aku dan adik2 tiri aku lagi. Fiuuuhhh..! Tp thn nie kesian diorg. No duit raya untuk yg besar2, just utk yg kecik2 aje.. Haha! Bajet lari maaa...

2 hari sblm raya aku dah berada kat umah, means hari ahad tuh aku dah sampai kat umah laa. Actually aku dah bertolak balik hari sabtu malam tuh lagi dgn my dear but for some reason, aku terpaksa bermalam di kg my dear dulu. Then keesokan nye, dgn rase konfiden nye my dear tlh hantar aku blk ke rumah mak bapak aku (ye ke dia hantar aku? ataupun aku yg menghantar diri aku sendiri memandangkan aku yg kene drive dr lipis ke triang.. haha!) Walaupun dia punya lesen in progress, tp dia tetap berani hantar aku balik. So, thanks for that, honey... :">

Smpai umah, family aku tgh mengecat. Habis semua bertukar jd warna biru! Anak2 along mandi cat semua nye.. Hehe! Means, rumah tak siap kemas lagi laa tuh. Malam tuh sampai laa malam raya, aku ngan adik mengemas rumah dgn bersungguh2. Lemang tak wat raya pertama thn ni memandangkan raya ke-4 tuh kitorg akan bertungkus lumus melemang plak bersama org kg!

Raya Pertama. Tak byk beza ngan thn2 sblm nih. Bgn awal, kemas rumah, bersiap2, salam abah, mak uda n akak2, bg duit raya kat anak2 sedara yg kecik dan beraya bersama akak2 ke rumah jiran terdekat dan paling baik ngan family kami, Cik Yah. Sejak arwah mak ade lagi, dia lah jiran terbaik yg kami ade.

Raya kedua. Sambung beraya kat rumah family2 mertua akak2 aku, family angkat dan beberapa rumah lain. Tak byk sgt. Tak lupa di pg raya kedua, yg paling pilu adalah melawat kubur arwah mak yg dah meninggalkan aku lebih 9 thn yg lalu. Walaupun dah lama, tp setiap kali ke situ, rase sebak menusuk2 kat hati ni. Air mata murah je mase tuh. Rindu yg mmg selalu berkurung kat hati ni mula laa nak menghambur2 keluar.. Kami bertahlil beramai2 kat kubur dgn org kg. Al-Fatihah utk mak tersayang.

Raye ke-3 takde ape sgt. Tp bila masuk raya ke-4, family dah mula bz. Dari pg lg org dah start bertandang, menolong ape2 yg patut. Tgh hari, abah and the geng pegi kebun, sembelih lembu akikah. Ptg sket, kami mula melemang. lebih kurg 40 btg lemang gak laa yg kami masak ari tuh. Yang lelaki melemang, yg pompuan merendang (eh! ade ke istilah tuh? :p) Dalam kul 5, sedare mare dr kg belah abah (n9) sampai.

Aku pun, sejak dr pg bertungkus lumus bersengkang mata menolong ape yg patut. Walaupun sendiri punye majlis, tp takkan nak dok goyang kaki jek kan? Hehe... Dari memasak, mengemas sampai laa membasuh pinggan, seme aku buat. Malam tuh aku tido dgn nyenyak nye, menanti hari esok... hihihi!

Untuk cerita khas raya kelima, bace edisi seterus nye... Hehe! Daaaaaaaaaaaa.................

Membeli Belah Di Mydin...

Semalam cuti. Aku ngan bf aku, dedua pun cuti. Aku mmg biase amik cuti sama ngan dia. Maklum laa, dia cuti sekali jek seminggu. Kalo tak amik cuti sama, mmg takde mase laa kitorg nak bersuka ria bersama. Hehe! Nasib baik laa kat tmpat keje aku nie mmg cuti tak fixed. Asalkan 2 hari seminggu, ko pilih laa ari ape ko nak cuti.

Then, sbb semalam cuti dan takde ape nak wat, aku ngan bf aku pun amik keputusan nak melawat Mydin baru kat Subang tuh (Alaaa... dekat2 ngan Summit jek). Hehe! Mmg dah ade plan nak gi sebelum nie semenjak pembukaan ari tuh tp masa jek takde. Dan, kesempatan semalam kami amik utk cuba2 melawat tmpat tuh, kot2 laa ade brg yg bekenan di hati. Lgpun, mmg ade tujuan nak beli barang sket!

Bertolak dalam kul 2.30pm lbh kurg, lepas lunch kat kedai nasik campur makcik kelantan, kami sampai kat Mydin around 2.45pm. Tp, cari parking jek dah dekat stgh jam! Punye laa ramai org dan byk nye kete... Berebut2 org cari parking. Setelah berpusing2 untuk 2-3 kali kat parking lot tuh, akhirnya kami berjaya gak menempatkan diri kat celah2 kete disitu.. Hehe!

Masuk dlm bangunan Mydin, secara rambang blh dikatakan yg mmg nampak ngat nie pasaraya baru.. Susunan dia pun agak tak berapa konsisten lagi. Tp ok laa, cantik dan sejuk... Bf aku yg jarang2 ade perasaan sejuk tuh pun menggigil, ni kan plak aku yg mmg takde haba badan nih! Haha...

Pusing2 dalam tuh, rupa nye byk gak brg yg murah2. Aku naik tgkt 2 terus sebab menurut iz, brg2 yg aku nak carik tuh ade kat sane. Setelah round dan pilih brg2 yg diperlukan, kami pun turun tgk tgkt bwh plak! Tgk2 brg makan sket, then dah rase malas nak round. Lepas bayar, lepak kat luar sat, then balik.

Secara total nye, kami tak round abis pun tmpt tuh. Sebab penuh org sangat! Lain kali laa survey lagi. Tp, yg penting aku dah dapat separuh dr brg2 keperluan yg aku cari. Nanti, try suvey kat tmpat lain plak sbb tak cukup lagi tuh. Mase dah suntuk nih! :-s

K laa, kalo rajin nanti aku update lagi. Daaaaaaaaa......

Lirik Lagu yg sangat BessS!!!

DEALOVA - Once
aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
oh karena hati tlah letih

aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
tanpamu sepinya waktu merantai hati
oh bayangmu seakan-akan

C/O:
kau seperti nyanyian dalam hatiku
yg memanggil rinduku padamu
seperti udara yg kuhela kau selalu ada

hanya dirimu yg bisa membuatku
tenang tanpa dirimu aku merasa hilang dan sepi,
dan sepi repeat

C/O [2x]
selalu ada,
kau selalu ada
selalu ada,
kau selalu ada

P/S : Kalo bagi lirik ni kat someone, ok gak nih! :">