Followers

Wednesday, May 27, 2009

Surprise!!! Hepi Besday Bos...

Ari nih celebrate besday bos, En. Nazmi.The date suppose to be on Monday (25/05/2009) tp aku baru tau ptg semalam. Tuh pun, En. Nazmi yg inform sendiri mase ikut dia ngan Kak Rose amik kunci umah kat parking lot semalam.Then, pg td aku inform kat Wana pasal besday En. Nazmi nih. Dia pun tatau rupe nye. At last, tanye kat Man n Ramesh for confirmation. Mmg betul la isnin lepas tarikhnye. On the spot, kami collect duit sorang sket, terus pegi Secret Recipe kat Menara n beli kek, Chocolate Indulgence. Kebetulan En Nazmi takde mase kami dok plan semua nih. Dia kuar pi hospital visit staf yg sakit. Mula2 plan nak letak je atas meja dia kek tuh. Tp, tgu punye tgu, tak balik2 plak! Wana pun angkat n simpan dulu kek nye. Suddenly, dia pun balik. Ces! Terpakse wat gimik lain.

Mase Wana dok borak2 ngan dia kat meja, aku ngan Nuarsham sebok pasang lilin kat kek. Saje aku suh Wana lama2 sket kat meja En. Nazmi tuh. Settle pasang lilin, terus aku bwk ke meja dia di iringi bebudak lain. Terkejut gak laa En. Nazmi mase tuh, then dia senyum jek. Kami pun nyanyi lagu besday kat dia then dia blow the candle. Lepas tuh, ape lg? Makan laa... Haha! And rupe nye, bos kami tuh tak makan kek. Bukan kek jek yg dia tak makan... Coklat, Aiskrim, Keropok and all the junk food mmg dia tak sentuh, kate Kak Ros (wife dia).

So, to bos @ En. Nazmi, Happy Belated Birthday, yg ke-43. Hik! Hik! Wish you best of luck, panjang umo, murah rezeki, dan segala yg baik2 lah. Bcoz En. Nazmi adalah seorang bos yang baik. Hehe! Chow...

Aksi² Zayyad

Syok nye tido... Sampai ternganga! Muahahahaha....
Main nyorok² bawah selimut.. (i luv this pic!!! :x)
Intai mama kat belakang ayah...
Baru kebah demam. Gelak² sambil main torchlight.

Monday, May 25, 2009

Introducing... Zayyad's New Cousin

Rabu lepas (20/05/2009), Angah selamat bersalin anak nye yg ke-4 kat Hospital Kuala Pilah, N9. Alhamdulillah, penantian dia berbaloi. Selapas lame menunggu dan selepas dapat 3 org putera, akhirnya.... seorang puteri selamat dilahirkan pada pukul 11pm.

Farah Syazwani binti Azhar.

Ni laa sepupu baru Zayyad. Hehe! Bertambah lagi sorg anak sedare aku. Including Zayyad, cucu abah skang dah 12 org. 9 hero, 3 heroin. Hehe! Anak along 3 boys 2 girls, angah 3 boys 1 girls, alang 2 boys n aku 1 boy. InsyaAllah, di masa2 akan datang, di harap ade pertambahan pada jumlah 'girls'... Hehe!

Demam Teruk!

Dah lama Zayyad tak demam. Mungkin sbab dah lame tuh laa, demam dia kali nih agak teruk! Bermula ari Jumaat 15-05 ari tuh, balik je dr skul, Zayyad muntah2 sampai lembik longlai. Menggigil mama tgk Zayyad jadi camtuh! Mase kat skul tuh, Zayyad muntah sket aje. Masuk jek kete, Zayyad muntah melambak, abis satu seat depan tuh penuh ngan muntah Zayyad. Mama pun dah mcm mandi muntah dah mase tuh. Tak kesah laa tuh... Sampai aje kat umah, mama terus bersih kan diri sambil ayah pujuk2 n dodoikan Zayyad kat atas bouncer. Lepas mandi, mama tgk Zayyad tak tido lg tp asik merengek aje... Mama pun buatkan susu utk Zayyad. Maybe perut Zayyad dah kosong n lapar lepas muntah byk td. Tgh mama bg Zayyad minum, tiba2 Zayyad tersedak, batuk dan lambakkan semula semua susu yg Zayyad baru minum td! Allahuakbar... Sian nye anak mama. Sekali lagi Zayyad muntahkan mama. Mama tepuk2 belakang Zayyad. Abis muntah, Zayyad nangis. Ayah pun terus amik n dukung Zayyad bawak pegi beranda. Still ade sisa2 nak muntah tuh mase mama amik Zayyad dari ayah. Mama bwk Zayyad kat tilam, tepuk2 belakang. Zayyad terus lentokkan kepala kat peha mama. Mama baringkan Zayyad atas tilam kasik rehat. Terus Zayyad tertido, dalam keadaan lembik longlai tuh. Menitik air mata mama mase tgk Zayyad macam tuh. Terus mama gesa ayah, bawak Zayyad pegi klinik. Mase sampai klinik tuh, kami patient pertama diorg utk ptg tuh. Doctor pun lom sampai lg. Huhuhuhu.. Sambil2 tgu doctor, mama peluk Zayyad yg melekap aje kat dada mama. Kalo sehat, jgn mimpi laa Zayyad nak dok camtuh. Elok je doctor datang, terus dia panggil masuk. Lepas check2, doctor masukkan ubat montot kat Zayyad utk elak muntah. Then, dia kasik susu isomil sebab dia kate dalam keadaan skang, jgn kasik Zayyad minum susu lembu. Bagi susu soya. Balik umah, mama kasik Zayyad susu+ubat. Menjelang tgh malam sket, Zayyad dah ok. Alhamdulillah...


Ari Selasa, mama perasan batuk Zayyad makin teruk. Mama dah plan ngan Ayah, ari Rabu tuh nak mintak masuk keje lambat sket. Cadang nak bwk Zayyad pi klinik dulu, check batuk tuh. At last, pagi2 rabu tuh lg mama rase badan Zayyad sangat panas! Nafas pun berbunyi2 n tak selesa di dgr. Mama kasik ubat demam pun, Zayyad tak kebah. Mama bgtau ayah. Bwk pi klinik, check and doctor kate Zayyad mmg demam n kahak byk. Doc cuma kasik ubat demam, kahak n ubat untuk nafas zayyad yg berbunyi2 tuh. And on that day, mama n ayah terpaksa 'ponteng' keje. Ingatkan esok nye tuh Zayyad boleh sehat. Tp yg mama perasan, even makan ubat demam pun, demam Zayyad tak bebetul kebah. Badan still panas lg. Cuma Zayyad akan ceria sket jek n tak melepek berbanding kalo tak makan ubat lgsg. Sudah nye, Khamis pun mama tak dapat pegi keje sebab demam Zayyad berbalilk2. Kene depends ngan ubat jek. And Zayyad pun asik laa meragam. Tak leh lekang langsung. Nak berkepit jek. Tinggal kejap jek pun, raung nye bukan main. Malam2 mama letakkan air asam jawa kat kepala Zayyad. Lap2 kan bdn Zayyad ngan air supaya tak overheat. Tp Zayyad nih jenis yg aktif. Kalo rase badan ok sket jek, mula laa nak berguling ke sane sini. Bile kesan ubat tuh dah ilang, mula laa merengek balik. Huhu!


Jumaat lepas, even Zayyad still demam lg, mama terpaksa jugak anta Zayyad pegi skul sebab mama kene datang keje utk submit time sheet. Hati mama mmg tak bes n sedih nak tinggalkan Zayyad kat org lain dalam keadaan tak sehat camtuh. Tambahan plak, Zayyad tak nampak makin sehat. Sama jek condition nye even dah masuk 3 hari demam. Bila kat opis, dalam kul 10++, mama kol Cikgu Nor. Dia kate, badan Zayyad panas semula. Mama takleh nak wat keje. Terus inform ayah. Both of us terus EL hari tuh n amik Zayyad bwk balik umah. Nafas Zayyad makin teruk berbunyi2 sampai nak minum susu pun sesah sebab hidung dia tersumbat n susah nak bernafas. Batuk tak usah cakap laa. Tiap kali batuk, Zayyad mesti nangis. Kadang2 dia tak dapat tido sebab batuk. Huuuuhuhuuu! Sian nye anak mama. Lepas semayang Jumaat, mama n ayah bwk Zayyad pi klinik lg. At last, doctor bagi Zayyad gas utk cairkan kahak n bukak rongga pernafasan. Sebab kahak yg terlalu pekat n Zayyad tak pandai nak buang, doctor terpakse bg Zayyad gas sampai 2 kali. Mula2 ok laa dia. Tak sampai 5 minit, dia dah mula rimas. Menangis2 dia. Lepas settle semuanya, mama bwk Zayyad balik. Tak sempat abiskan susu, Zayyad dah tido. Penat sangat laa tuh!


Sabtu pun Zayyad still demam lg tp dah tak sekuat sebelumnye. Tak payah nak makan ubat setiap 4-6 jam utk elak demam berulang. Zayyad pun dah mula aktif semula. Cuma, batuknye aje belum reda sepenuhnya. Nafas still berbunyi2. Mama risau Zayyad semput aje. So far, kami takde history yg macam tuh. And semalam, lepas ayah pakse Zayyad makan ubat direct dari picagari, nampak batuk Zayyad dah ok sket2. Demam pun dah takde. Alhamdulillah... Mama bersyukur sangat! Demam Zayyad kali nih betul2 wat mama cuak dan risau. Tak pernah Zayyad demam seteruk nih. Mungkin betul Zayyad demam nak besar tp mama harap, lepas nih Zayyad tak demam macam tuh lagi. Huhu!

Friday, May 22, 2009

Zayyad @ 7 Months

Semalam...
Genap umo Zayyad 7 bulan. Walaupun demam, Zayyad tetap tunjuk perkembangan terbaru. Skang nih, anak mama....

- Dah seberat 8.3kg (last timbang Jumaat lepas)
- Dah makin lasak dan aktif!
- Dah tumbuh 2 batang gigi, kat gusi bawah! Haha...
- Dah semakin laju bergerak dalam keadaan meniarap, ke depan, ke belakang n berpusing2.
- Suka capai apa2 aje yg ade kat depan dia (mentang2 dah pandai gerak ke depan)
- Dah pandai campak2 n baling2 barang merata2.
- Suka cakap "Atteteh!" kuat2 dan suka kalo ayah n mama ajuk cakap dia.
- Dah pandai nak ikut kalo nampak mama n ayah siap2... Mula laa menangis kalo org tak angkat or tak pedulikan dia bila dah pakai lawa2. Hehe!
- Makin suka manja².
- Suka cakar muka mama n ayah kalo geram or terlampau suke.
- Suke gelak n gedik tak pasal2 especially kalo dah mengantuk!

Ni laa antara perkara baru yg tentang Zayyad. Byk lg mende yg unexpectable yg dia wat yg mama tak larat nak taip kat sini. Hehe! So, semoga anak mama cepat kebah dari demam. Mama sentiasa doakan yg baik2 aje wat anak mama nie... Yang penting, mama n ayah sentiasa cuba berikan yg terbaik buat Zayyad. We love you so much!!!... Mmmmuuuaaahhhhhhh!

Tuesday, May 12, 2009

TAG... TAG... TAG...

Dapat TAG dari MAMA_NINA...

1.Bekas kekasih saya adalah :
Seorang lelaki. Hehe!

2.Saya sedang mendengar:
Matahari - Agnes Monica

3.Mungkin saya patut :
berjimat cermat. Hehe!

4.Saya suka :
Berjalan-jalan bersama my dear hubby and lovely baby. Ke mane2 saje asalkan nama nye "jalan-jalan". Hihi!

5.Sahabat-sahabat baik saya :
adalah mereka yg tak pernah lupakan saya.

6.Saya tak paham :
bile org suke pusing² cerita. Citer direct sudah ler...

7.Saya kehilangan :
IBU tercinta sejak 12 tahun lepas. :(

8.Ramai yang berkata :
"Ape kate ko masuk rancangan Jangan Lupe Lirik?"... Wekekekekeee!

9.Makna nama saya :
Tak diketahui. Puas cari tp tak jumpe. Huhu!

10.Cinta itu adalah:
Persahabatan. (bercakap melalui pengalaman... Hehe!)

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
bertarung nyawa utk melahirkan seorang lagi umat Rasulullah S.A.W.

12.Saya akan cuba :
berikan yang terbaik untuk keluarga saye.

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
Forever. Haha!

14.Telefon bimbit saya :
sekarang ialah Nokia N76. Bertukar² ler tepon saye nih. Kejap Sony Ericson, kejap Nokia.

15.Bila saya terjaga dari tidur :
I will look at my both HERO first especially yg tecit tuh to make sure dia OK n tak menangis. Luv them so much! Mmmmuuaaaaahh!

16.Saya paling meluat apabila :
tgk kaki bodek! Ergghhhhhhhh...

17.Pesta/Parti adalah :
Keramaian.

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
Tatau nama nye hape tp saye tgk dia kat Zoo Lipis. Cumel gilak! Mata nye besar... Weeeeee!

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
sepanjang umur saye. Sebab setiap peringkat ade kenangan indah dalam hidup saye.

20.Hari ini :
saya bawak bekal. Hehe!

21.Malam ini saya akan :
wat preparation utk interview esok...(kot!)

22.Esok pula saya akan :
cuba nasib pegi interview new job.

23.Saya betul2 inginkan :
ketenangan.

24.Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini :
saya tak pikir apape sebab nak cepat.

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan? :
Biase nye pi Giant jek untuk shopping n pi Taman KJ utk bwk Zayyad lepak² n jalan².

26.Makanan Barat atau Jepun? :
Suke lamb chop tp benci Sushi. Yarks! Tak leh nak telan lah...

27.Bilik yang terang atau gelap? :
Tak bape nak terang atau gelap. Susah nak tido kalo terang sangat n susah nak uruskan zayyad kalo gelap sangat.

28.Makanan segera adalah :
Beli n makan.

29.Ayat terakhir yang sy katakan pada seseorang?
Ok lah, Bye!... (pada hubby sebab dia baru kol td)

30.Siapa yang sy nak Tag?
as_comei, chamnuramin, linda, diyahasahid, ly_yosh n yg baca n tak wat lg tag nih.

Berenang-renang ke tepian...

Huh! Full schedule aku last Saturday. Full sebab berjalan²... Hehe! Bukan senang hubby nak dpt cuti weekend. So, sekali sekala dapat cuti sama, Byk laa plan nye.

Start dr pg, kitorang dah kuar umah menuju ke shah alam. Ade HAL sket... Hehe! Sampai petang kat sane, dalam kul 2.30pm baru sampai umah semula. Dah siap2 beli barang nak masak kat Giant coz ptg tuh dah promise ngan geng² kat kota damansara nak wat gathering. Sampai umah, relax² jap. Dalam kul 4pm, aku start goreng bihun. Masak, berkemas, bersiap (aku n zayyad), tup...tup... dah kul 5:30pm. Terus gerak ke D'Rimba.

Sampai sana, dah ade yg menanti. Cham, Kak Nor n Wawa awal² lg dah berendam. Hubby plak, ngan tak bwk baju salinan, nak berendam sekali. Mujur Kak Nor n hubby dia bwk seluar spare. Dia pun bg hubby pakai .Thanks to Kak Nor. Hehe! Aku mmg tak plan nak mandi even teringin bebeno nak mandi, tp terpakse laa tahan. Huhu! Keadaan tak mengizinkan. Oleh yg demikian, Zayyad cuma dapat berenang2 ngan ayah aje walaupun baru jek lepas mama mandikan sebelum datang... Hehe! Tak sangka anak bujang aku itew sgt excited bile masuk dalam air. Dengan menggunakan pelampung Abg Danish, Zayyad pun berenang² ke tepian dan ketengahan bersama ayah, uncle² n auntie². Haha! Bes jek dia. Tersengih² bile org tolak dia ke sana sini. Mase tgh memasing swim² tuh, auntie Fizah nye datang diikuti auntie Yan tak lama lepas tuh. Mak buyong 2 org tuh lambat sket. Hehe!

Bile agak² dah penat n lapa, semua org naik untuk isi perut. Aku pun pakaikan Zayyad baju semula sebab angin kuat and sejuk, then bg dia minum susu. Agak nye sebab kepenatan berenang², Zayyad minum sikit jek. Sambil makan santapan yg disediakan (cewaaahhh!) aku letak Zayyad kat dalam stroller. Gilir2 laa ngan hubby, take turn jaga Zayyad sementara memasing mengisi perut yg dah kekosongan. Hehe!

Siap jek makan, Zayyad dah merengek2 mintak di angkat. Aku pun angkat laa dia, bg makan sumi jelly sebab mende tuh aje yg dia boleh makan setakat nih. Hihi... Suke plak dia makan mende tuh! Pastu aku try suap2 kan kek SR yang auntie Wawa bwk jugak. Pun dia suka... Maybe coz mende2 tuh agak manis. Favourite dia laa tuh.
Duduk2, borak2, tak sedar jek dah Maghrib. Lps packing2 barang, kami pun bersurai. Masa tuh lebih kurang dalam kul 7.45pm laa.. Janji ngan Ila nak gerak gi umah Sue kul 8pm. Sempat balik umah sat rehat2 n wat ape yg patut. Then bile Ila n Loq sampai, kami kuar semula pegi Bukit Jalil umah baru Abg Ajeem. Sampai sana, konsert AF baru nak start. Tak lama lepas tuh, Baby Akil pun sampai. Kami borak2, minum2, makan2 sambil tgk AF. Abis jek konsert, lepas pengumuman AFMasuk Si Aril tuh, kami pun pakat2 nak gerak balik. Sebab Zayyad dah nampak penat sangat. Dia mmg takkan tido kalo ramai2 tuh. Tambahan plak, esok nye tuh hubby kene keje. Masuk jek dalam kete, aku bg zayyad susu then dia pun terus lena sampai umah. Aku angkat dia bwk naik ke rumah dari dalam kete pun dia tak sedar. Selalu nye, mmg dia takkan tido kalo aku dok dukung dia. Kali nih, maybe sebab terlalu penat, sehari suntuk berjalan, dia 'pengsan'! Hehe... Kami pun ke'pengsan'an jugak sebaik sampai umah. Tp tgh malam sket dalam kul 3am kot, Zayyad bgn meragam. Maybe sebab terlalu penat n keadaan cuaca yg agak panas. Lepas tukar pampers n minum susu, aku biarkan Zayyad tido semula dengan hanya memakai pampers. Wekekeke! Panas seh... Sian dia.

Then ari Ahad tuh, merupakan hari berehat sepenuh nye buat aku n Zayyad sebab kami lepak kat umah jek, tak pi memane. Sian hubby kene keje. Hehe! Begitu ler kesah nye weekend kami last week.

Monday, May 11, 2009

2 Lagu buat IBU...

Syurga Di Telapak Kaki Ibu
Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderitaHingga entah bila
Sungguh besar pengorbananIbunda berikan

Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu

Mawar Putih Untuk Mama

Kau sinaran bulan
Menyerikan bitang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi

Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu

Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu² di seluruh dunia. Buat kali pertamanya ucapan tersebut di tujukan buat diri aku sendiri oleh org yg teramat aku cintai... Terharu sungguh rase nye. Thanks my dear hubby... Kerana aku memahami dia jd ucapan itu sangat besar maknanya buat ku... Thanks once again.

Teristimewa buat arwah mak yang tercinta (Sukarti bt Jakarsi), my beloved step mom (Noraini bt Nordin) and my loving mother in law (Asiah bt Abd. Karim), juga buat Along (Faizah), Angah (Fazidah) n Alang (Fazilla).........

"SELAMAT HARI IBU"

Wednesday, May 6, 2009

His 1st Teeth...

Mase tgh main² ngan Zayyad Sabtu lepas, aku perasan sesuatu. Zayyad mmg suka gigit² tgn aku but on that day mase dia gigit aku rase sakit n ade mende tajam dalam mulut dia. Terus aku intai kat dalam mulut dia n rase bebetul. Hoh!!!! GIGI??? Waahhhhhh... Anak mama dah tumbuh gigi. His very 1st teeth. Alhamdulillah... Macam tak caye plak. excited betul rase nye.

Then bile hubby balik, terus aku inform dia pasal gigi Zayyad. hubby ape lg.. Terus rase gusi Zayyad n of coz dia org paling excited selain aku. Zayyad yg tak paham apape cuma tau sengeh2 jek bila kitorg gomol2 n kiss dia.

A day before, kitorg ade kat kg hubby @ Lipis. Mase kat kg. aku perasan gigi tuh takde lg. But bile balik KL, tetiba dah tumbuh. Hik! Hik! Seronok nye... Lepas nih, boleh laa Zayyad makan something else yg lebih pejal besides nestum and biskut cam skang nih. Hihi...

Skang pun Zayyad dah makin aktif n lasak. Tah bape kali dah tergolek atas lantai kat umah agaknye... Baru jek mama tinggalkan tak sampai 5 saat, Zayyad dah berubah tempat. even dia cuma pandai berpusing2 setempat jek mase meniarap or bergolek² utk pergi ke tempat yg lain, tp dia laju. Sekelip mata jek dah ade kat celah sofa kekadang tuh. Haha! So, mmg tak leh tinggalkan dia sesorang skang nih especially bila atas boucer. Kalo tak, tah lepas ke mane tah agak nye nanti coz time tido pun dia boleh berpusing. Bukan tak penah tergolek dari atas bouncer ke atas lantai. Sib baik ade toto. Tuh pun dia dah pandai angkat badan n montot dia kadang2. Kalo meniarap, baru boleh bergerak ke depan sket² jek. Tak laju lg. Sebab tuh dia cuma berpusing or bergolek2 jek utk bergerak. Hehe!

Setiap hari ade jek mende baru yg Zayyad buat. Lagu terbaru Zayyad bunyi nye camni "Ngang Ngang Ngang" "Ateteteh" "Ayayayayayay" "Mememememem"... Wekekekekeke! Macam2 laa anak mama nih. Makan pun dah banyak. Hehe!

Semoga anak mama sentiasa sehat, bijak dan ceria selalu. InsyaAllah...

Zayyad with his new shirt bought by Ayah@Lipis...

Late update

Banyak mende yg aku tak sempat nak update since ujung bulan lepas. Keje melambak² sampai tak cukup kakitangan aku nak buat. Tak terkejar dah rase nye. Sampai blog nih pun aku tak sempat nak update. Aku dah suruh bos aku tambah staff baru, baru laa fair n square. Mane tak nye, info dari berpuluh2 department, dilambakkan kepada 1 department yg staf nye cuma ade 4 org. Tuh termasuk TL aku yg tak bape rajin nak wat keje tuh! Kalo ikut kan, yg bebetul wat keje 3 org aje laa... Especially bile ade new product launch bertubi². Menanah rase nye nak siapkan! So, ari nih cam ade mase sket. Email pun tak byk lg pg nih. Boleh laa nak update sket². Hehe...

*Note:
24-Apr : Genap 12 tahun mak pergi. Rase baru sangat peristiwa tuh berlaku. Semoga arwah mak sentiasa tenang dan ditempatkan bersama org2 yg soleh & solehah. Al-Fatihah...