Followers

Friday, December 30, 2011

2011 comes to d END

Ni kesah ujung tahun. Mebi ini entry terakhir utk tahun nih. Ye laa, 31hb ari Sabtu. Wiken mmg aku tak bukak blog sebab kat umah takdok internet lg dah macam dulu. Huhu! So, kat opis nih laa mase aku nak update itu ini kat blog. Lagi plak, aku mmg akan jadi seorg yg bizi when it comes to weekend. Jaga anak, kemas umah, memasak. And esok tambah satu lagi task! Wat order apam angry bird utk ila for Suri Iman Rania's 1st birthday party. Hehe! Alhamdulillah... Rezeki lagi. Mudah²an pasnih ade lagi laa org nak order kat aku... (Ade kew?? Pasan lebeyyy... Ekekekekee!)
2011... Mmg tahun yg agak mencabar bagi aku. Suka, duka, pahit, manis... Semuanye complete. Kenangan manis terlalu banyak, tak kurang juga kenangan-kenangan pahit utk dikenang.

Kelahiran Addad, kenaikan pangkat, duduk rumah baru... Semuanya manis. Kehilangan org tersayang, jugak terselit di 2011.

Episod hospital bermula di Januari, namun peristiwa hospital di Disember semalam kuharap merupakan yg terakhir buat kami.Hopefully, that's the last time laa Addad warded. The closing of all hospital's series for this year and all the coming years ahead. Harap² semalam adalah penutup perkataan hospital utk Addad. Moga lepas nih, perkataan hospital bukan datang dalam bentuk kesakitan utk Addad, tp dtg dalam bentuk kerjaya. Haha! Boleh gitu?? Addad jadik doktor laa ye, nak? :p

2011, saksi kepada pelbagai peristiwa dalam hidup aku. Keriangan, kedukaan, kesyukuran dan kehilangan... Membuatkan 2011 terasa tahun yg panjang bagi aku, sekaligus merupakan tahun yg paling PADAT dalam hidup aku setakat nih. Semuanya bakal menjadi kenangan terindah dan pengajaran berharga utk aku tempuhi liku hidup yg mendatang. Semoga Allah Taala sentiasa membuka ruang dan menunjukkan jalan buatku utk menjadi hamba-Nya yg lebih baik selepas ini. Dugaan² ini, insyaAllah akan aku jadikan bekalan bg menempuh hari-hari baru di 2012. Terima kasih Ya Allah atas semua kurniaan-Mu ini. Aku bersyukur...
Selamat tinggal 2011... Kita tak mungkin berjumpa lagi namun kau pasti sentiasa ku ingati. :D

Dan, Selamat datang 2012!!! Be good to me, ok! *wink!

RENDANG AYAM

Selasa lepas punye lauk... Sempat plak aku merendang khen??? Ehehehee... Dah tatau nak masak ape sebenonye. At last, terpikir nak wat rendang. Then, here we go!

:: My Own Recipe ::

RENDANG AYAM

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
1 cawan santan pekat (dari 1/2 biji kelapa)
1/2 peket serbuk kari
1/2 cawan kerisik
1 helai daun kunyit(disiat)
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar:
2 labu bwg besar
3 ulas bawang putih
3 btg serai
1 inci lengkuas
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 sdt jintan manis
1 sdt jintan putih
10 tangkai cili kering
15 tangkai cili api

Cara-caranya:
- Satukan aje semua bahan² kat atas dalam kuali
- Masak sampai pekat atau biar berkuah sket kalo rase nak rendang yg basah² (aku suke kering2 jek! Hehe...)
- Bile dah cukup masak, tutup api, angkat dan hidangkan. Nak makan ngan ape pon boleh. Nasik, ketupat, lemang... kut korang lah!

Selamat mencuba! :D

KISAH HOSPITAL

Kisah hospital mmg dah sinonim ngan aku bg tahun nih. Mungkin sebab dah selalu sangat ‘jumpe’ hospital dalam 2011 nih, aku dah jadi macam biase ngan keadaan tuh. Serik mmg ade but aku tau bile sampai waktu tertentu, kite mmg tak leh nak elak utk hadapi mende² yg macam nih even kite mmg tak nak and mebi tak sanggup nak hadapi. Tp, itu kan salah satu ‘rempah’ hidup. So, redah aje ler… Cuma aku pikir positif aje laa… Tak semua org ade pengalaman macam kite. Tak semua org bertuah utk diberi ujian macam kita. J

Kali terakhir sebelum pindah ke Bukit Beruntung, Addad warded kat HKL. 2 Ramadhan bersamaan 2 Ogos 2011. Hampir 2 minggu (+-10 hari) jadi warga KK2, kami dibenarkan balik dgn macam² bekalan ubat dan tarikh appoinment utk follow up.

Dan semalam, selepas hampir 5 bulan berlalu, Addad warded lagi. For the same problem... Kali ni kami ‘bertandang’ kat Hospital Sg Buloh, tempat Addad lahir dulu. Hehe! But Alhamdulillah, dia cuma warderd selama 12 jam aje. 5am-5pm.. Mujur tak melarat batuk semput dia tuh. Terima kasih, Ya Allah...

Kisahnye…

Kul 3.30am meredah highway, gigih menuju ke bahagian emergency hospital sebab Addad punye semput tanak reda. Dia start batuk sket pg Rabu dan aku mmg kene EL laa kalo dia dah start batuk. Selalunye kalo dia batuk sket², dia akan lega lepas amik neb kat klinik and aku cuma follow up guna inhaler dia aje kat umah. But lepas 3 kali neb utk hari tuh, and bile semua mende tuh dah tak beri kesan positif kat dia, aku dah cuak! Mati akal… That’s make me decide to bring him to hospital. Lame aku pikir utk wat keputusan tuh semalam sebab aku tau, kalo aku bawak dia ke hospital, kompem WARDED! And it’s true. Tp demi anak, aku kuatkan semangat, cekalkan hati dan buat keputusan. Daripada terjadi apape yg tak diingini kat dia, aku rela bermalam kat hospital lagi. Aku pandang Addad yg tgh tak bape lena tidonye akibat gangguan batuk dan semput, aku tgk pernafasan dia yg dah laju semacam dan terhentak² bagai dipaksa, aku tak boleh tahan! Aku yg mmg dah tak tido dari awal terus kejutkan hubby… Kul 3am mase tuh. Hubby bangun pisat², terus aku cakap nak bawak adik ke klinik or hospital. Hubby yg mamai terkejut bile aku kate aku nak bawak sekarang! (at that 3am tuh laa) Aku cakap kat dia lagi, “Cuba tgk anak tuh… Macam tuh dia bernapas. Sanggup ker tgk??” Sementara hubby dok layan mata yg mamai and berpikir, aku dah siap² kan ape yg patut utk dibawak ke hospital. Pakaian dan kelengkapan aku n Addad utk 3 hari… Huhu! (belajar melalui pengalaman)

And when it comes to our own kids, nak tak nak mmg hubby terpaksa setuju ngan aku. Aku kol Kak Ida pepagi bute sebab terpaksa tumpangkan Ayyad yg tgh tido tuh kat umah dia. Cuak org tua tuh, ingat perkara serius berlaku. Huhu! But aku explain laa a true condition kat dia. Alhamdulillah, dia mmg baik sangat dan sudi menolong kami. Aku tinggalkan Ayyad kat umah dia pada pukul 3.30am dan bermula lah perjalanan kami ke hospital sg buloh.

Sampai kat Emergency, lepas register kami dibawak ke Zon Separa Kritikal. Ingatkan dorg nak bg neb terus. Rupanya Cuma test oksigen and amik darah Addad aje. Addad plak dah terjaga n merengek² time tuh. Dalam half 40mins kat situ, at last kami di arahkan masuk wad.

So, semalam EL lagi laa mama demi menjaga Addad kat wad. Alhamdulillah, Addad tak demam. Cuma batuk berkahak tu yg buat dia semput. Lepas wat 2 kali neb and makn ubat, petang semalam jugak kami dibenarkan discharge. Hepi dan terkejut gak mama namun bersyukur. Itu menandakan Addad tak ape² and nothing serious to be worried about. Hehe!

Hubby tak dapat jemput coz bos dia nak dtg. Kebetulan kak ida mmg tgh on d way nak dtg melawat. Dia dan suami (abg Napi) laa yg jemput kami anak beranak kat hospital. Siap bayokan bil lagik! Huhu… Mujur tak mahal.. <-shy->

Sampai kat umah, kunci plak takde. Hubby pegang and dia kat tmpt keje time tuh. Tgu lagikkk… Sementara tgu tuh, kami anak-beranak (me, ayyad n addad) lepak² kat umah kak ida dulu. Siap dia suh aku makan nasik kat situ lagi. Huhu! Addad plak tido time tuh. Dekat kul 7pm, baru hubby sampai umah. So, sambung aje laa medical treatment utk Addad kat umah. Hopefully anak mama cepat sembuh ye!

Malam td aku mmg melepek kepenatan. Seharian tak cukup rehat dan tido, mmg sangat meletihkan… So, malam td aku tido awal lah. Hehe! But today, still penat lagik. Seb baik dah ari Jumaat. Sok plak cuti. Bes! Bes! Cuma td hati masih tak tenang nak tinggalkan Addad ngan Kak Ida. Tp insyaAllah, kak Ida mampu jaga Addad sebaik aku. Aku percaya… J

Ya Allah, lindungilah anak-anakku dan semoga semuanya baik-baik saja selepas ini. Amin…

Tuesday, December 27, 2011

RAINBOW CARAMEL KEK lagik... Hehe!

Semalam, anak sedare aku nak balik ke Poli dah... So, plan nye nak laa wat kan kek utk dia makan or tapau bawak balik. Aku pon gigih laa prepare dari pagi (actually tak laa pagi sangat sebab kene kemas umah dulu.. huhu!) nak wat kek karamel macam dulu tuh.

Ngam² tgh bako dalam 50min, hubby cakap nak gerak dah anto si along. Erk!! Kek tuh kene tgu sejuk dulu baru leh potong. Tambahan pulak, baru sangat masak nye. Tak lekang dari loyang pon lagik! Sudah nye, tak merase gak budak tuh nak makan. Aku cakap kat dia, next time laa kalod ia dtg umah aku lagi, then aku buat semula utk dia. Hehe!

Lepas anto dia ke Behrang, on d way balik, beli durian pulak... Huh! Dalam 2 minggu nih, dah 2-3 kali aku beli and makan durian. Giler ah ketagih... Ekekekekee! Malangnye, Ayyad mmg TAK SUKE langsung ngan buah tuh. Malang kat dia laa... Haha! Mama mmg antu durian. :p

Balik tuh, hubby terus kupas durian. Alamaaakkk... Frust sket. Ade yg keras. But still, kami lantak sampai abes. Haha! Kek aku? Of coz mende pertama yg aku buat bile sampai umah time tuh, ialah menjenguk kek aku yg still kat dalam oven tuh. Hihi! Dah cantik lekangnye... Then terus laa aku kuarkan. Gigih! Tak sesabo tgu bebetul sejuk or masuk peti ais dulu, terus nak potong. Dah comot potongan pertama tuh. huhu!

Tp mmg terbaeekkk lah! Kali nih kek aku lebih kemas, gebu n sedap compare to previous one. Karamel pon tebal dan tak 'black-out'. Hehe! Kek pon ade xtra bancuhan. Actually aku try resepi someone else this time. It's same but ade tambahan dalam adunan dia.

Ni resepi kali nih:
KEK PUDING KARAMEL PELANGI
Resepi asal: E-naLovelyKitchen
Loyang 8 inci / 20cm

Bahan-bahan untuk Gula Hangus:
2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2 sahaja)
Loyang 8 inci / 20cm

Cara-cara:
Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair. Rujuk gambar 1.
Panaskan dengan api perlahan di atas dapur.
Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau.
Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang seperti gambar 2.
Ketepikan dan sediakan pula adunan puding. Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.

Sebelum bakar: Lorekkan selepas selesai melapis...

Bahan-bahan untuk Puding
400ml fresh milk / susu cair
3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
2 biji telur
140 gram gula castor
1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk kecil dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengandununtuk bahan kek adunan 1 (meringue) nanti..
Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih seperti gambar 4.
Kemudian satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi. Rujuk gambar 5.
Semasa memasukkan bancuhan puding, gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.
Tidak perlu dibakar dahulu adunan ini.Ketepikan. Sediakan pula lapisan untuk kek.

Bahan-bahan untuk Kek:

Adunan 1 (Meringue)
6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
70 gram gula castor
1 sudu kecil cream of tar tar

Cara-cara:
Pukul putih telur sehingga berbuih.
Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku.
Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah.
Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek.
Bakar secara bain marie dalam oven

Adunan 2:
3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
130 ml air
50 ml minyak masak
70 gram gula castor
140 gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Cara-cara:
Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang
Matikan mixer.
Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2 seperti gambar 8. Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.
Warnakan dengan warna pilihan anda.
Sudukan ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding seperti gambar 10. Adunan akan bergerak kiri kanan...bila sudah separuh adunan dimasukkan baru stabil.
Sudukan 4 sudu besar adunan purple, diikuti 4 sudu besar adunan hijau di tengah adunan purple, 4 sudu besar adunan merah diletak tengah adunan hijau dan buat 4 sudu lagi utk semua warna. (2 pusingan untuk 4 sudu setiap warna)
Kemudian 3 sudu besar adunan purple, 3 sudu besar adunan hijau diikuti 3 sudu besar adunan merah sebanyak 3 pusingan lagi.
Diikuti dengan 2 sudu besar setiap warna sebanyak 2 pusingan dan akhir sekali 1 sudu besar setiap warna sehingga adunan habis. Hasilnya seperti gambar 10.
Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti)
Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak di rak paling bawah dalam oven.
Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
Siap bakar: Kek dah lekang dari loyang

Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah.
Siap!!! Setelah diterbalikkan.

Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk.

Ermmm... Memang kene simpan lam peti ais dulu baru lebih sedap dan nikmat utk dimakan. Tak simpan pon boleh. Sedap jugak rasenye. Haha! Tp nak lebih nikmat, makan laa sejuk²! :p Nak potong pon lebih senang, cantik dan kemas slice nye... :D
Aku dah try 2 kali and mmg langsung tak menghampakan. Korang dah? Kalo lom, aku suggest korg cuba laa... Memang sedappp!!! Hehe...
Selamat Mencuba...........

AEON Jusco, Anggun Rawang (Jusco Rawang)

AEON Jusco, Anggun Rawang atau nama pendeknye Jusco Rawang (hehe...) telah pon dibuka secara rasminye pada 19hb Disember 2011 yg lalu.

My 1st J-Card eva... Ekekekee! <--- jakun. :p

Memandangkan grand openingnye itu adalah pada hari bekerja, maka kami tundakan plan lawatan kami ke ari Sabtu. Cheeewwwaaahhhh! Sebeno nye plan tuh dah lame. Dari sebelom² Jusco tuh siap lagi. Baru nampak banner kat Rawang, aku dah plan nak pegi bile.. Haha! Gigih nokssss...

So, kebetulan pulak anak sedare aku tumpang umah aku wiken ari tuh. And dia pun ade plan nak beli sport shoes baru, maka dah alang² menyeluk pekasam, biar busuk satu badan kan? Ekekekekeee... Kami pon pegi laa 'ukur tiang' jusco tuh satu persatu. Gigih beli itu ini. Beli kasut utk anak-anak dan mama nye sekali. Ayah dah beli awal2 kan? Hehe... kasut mama pon 'bijak'. Ngam² ari masuk gaji, dia pon putus!!! Huh... Nak tak nak, kene beli gak sepasang, walopon murah kan... :D

Sampai² Jusco jek, kami serbu tempat makan dulu. Lapo weyhhh... Sampai pulak ngam2 time lunch. Mmg penuh laa org. Mujur byk choice tempat makan. Hehe! So, So, the Chicken Rice Shop adalah pilihan kami. :D
Ber'cam-whore' before melantak!

Ni laa anak sedare aku... Syahrul Akram namenye. Anak sulong kak ngah aku. :D

Aksi-aksi si abg...

Aksi-aksi si adik pulak...

Lepas makan, baru laa larat nak bershopping n berjalan. Hah? Makan ape?? Aiiyooo... Tak sempat nak snap. Actually terlupe... Dah kebuloq sangat dowh!!! Wakakakakaaa.... Actually aku order Family Delight set sajork... Korg gugel laa sendiri yek! :p

Dari tghari sampai ke petang, baru laa kami kuaq dari Jusco tuh. Tp masyaAllah.... Ramai banget org!!! Maklum laa, tempat baru. Mebi next time kami akan datang lagi but on weekdays. Tak laa ramai sangat org kan? Hehe... Boleh laa abg Ayyad main kat Kids Zone tuh puas² nanti. Ngeee....

Kalo korg nak pegi, tempat tuh senang sangat nak jumpe. Kalo ikut highway lagi dekat! Ikut highway ke Ipoh (PLUS) tuh, then masuk simpang ke Rawang (Bestari Jaya) atau nama lamenye Batang Berjuntai. Then, tak jauh dah dari situ, byk signboard. Follow ajek laa... Haha!

Kesimpulannye, walopon tempat tuh cuma ade 2 tingkat tempat shopping aje, tp ianya sangat luas occay! Byk jugak kedai² menarik kat dalam tuh. So, sila laa pegi kalo nak pegi. Hehe!

K laa... Nak makan mekdi sat gi. Tak sabo dah nih! Dadaaaaaaaaaaaaaaa....

KEK KASTAD (Custard Teacake)

Wiken ari tuh, anak sedare aku yg baru masuk kat Politeknik Behrang tuh dtg lepak umah aku. Actually dia nak pip shopping kasut sukan baru sebab yg lame dah rabak katenye mase minggu orientasi tuh. So, Jummat tuh hubby pon amik laa dia kat Poli. Tak laa jauh sangat. Kalo tak jem, dalam 40min dah sampai. Ade laa peneman aku kat umah time hubby keje. Hehe!

Tiba-tiba satu malam tuh, (kalo tak silap, sabtu malam ahad lah...) kepingin banget nak try resepi kek kastad dari Mat Gebu nih. Macam sangat tertarik kekdahnye. Haha! (Padahal, perut kebuloq tgh malam walopon baru jek pas makan nasik.. :p) So, aku pon try laa... Rupa dia agak huduh di sini sebab aku tak pandai kontrol api gune oven gas. Ekekekekeee! Tp rasenye memanggg mabeles!

Jom tgk resepi...

CUSTARD TEACAKE
Resepi Asal: MAT GEBU DTS

BAHAN KEK :-)
125 gram mentega
1/3 cawan gula halus @ gula kastor
1 biji telur gred A
3/4 cawan teping naik sendiri (self raising flour)
1/2 cawan tepung kastard
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
1 camca besar tepung kastard
1 camca besar gula kastor
2/3 cawan susu segar (mat guna 70% susu sejat IDEAL + 30% air)
15 gram mentega (kurang lebih 1 camca teh)
2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.
Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat saiz 7 inci (mat guna acuan kaca macam dalam gambar). Ketepikan.
Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masuk telur dan putar hingga kembang. Tambah esen vanilla. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung naik sediri + tepung kastard sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
Masukkan 1/2 adunan ke dalam bekas yang telah disediakan, ratakan dan buat sedikit lubang ditengah2nya. Tuang kastard, ratakan dan tutup dengan baki adunan, ratakan dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.
Sejukkan sebelum dihidangkan. Jika suka boleh ayak gula aising atas permukaan kek sebagai penyeri...Selamat mencuba!!!


Tp bancuhan di atas dapat sikit jek laa. Aku gune loyang 8 inci kot so kek aku jadik leper sket. So, next time kalo nak wat lagik, kene gandakan adunan and guna oven letrik. Baru laa senonoh sket rupa dia kowttt... Haha!

Rupa huduh tp rase mabelesss!!

Selamat mencuba kengkawan!!!

Addad @ 11 Months

Diam tak diam, dah genap 11 bulan umo manje mama ari nih. Dan setakat nih, macam² pe'el Addad dah tunjukkan. Antaranya...

** Last month check-up, beratnye ialah 9.4kg. Itu last month laa. This month, tataw ler... Hihi! Mebi dah dekat 10kg kowt. Ekekekee!
** Buas and lasak! Tak reti nak duduk diam... Asek nak merayap n memanjat aje kejenye. Pantang lepas! Kompem ke dapo, or berdiri kat kusi meja makan, kat grill pintu, panjat sofa, berdiri kat tiang buaian or memunggah pakaian kat bilik. Hmmmm...
** Dah pandai babai, shake hand and goyang² tangan bile mama kate, "FINISHHHH..."
** Kalo bercakap, cuma dua dialog aje akan kuar. Kalo tak "Abaaaaaaaa... baa.. baa", mesti "Ataaa..ta...ta...". Tp resenye dialog 1st tuh lg kerap kowt! Mueheheheee...
** Kalo dengar lagu or any muzik, otomatik badan dia bergoyang² ke kiri -kanan, berjoget. Kalo tgh baring, kaki kompem bergerak² or dia melonjak² ala-ala nak berjoget sambil berbaring.. Erk!
** Paling suke makan! Ape saje, suap je laa kat mulut dia. Kompem nganga n telan. Cuma mama jek tak berani nak bg macam2 sangat kat adik coz adik mudah sembelit kalo makan bukan². Nasik pon mama still buat bubur blend lagi utk adik. But, mama suke jek bg adik rase seme mende. Kalo dia ok n tak semput... Boleh laa bg lg next time. Try n error, kate org! Hehe...
** Dah boleh minum air dari cawan. Walopon a bit tumpah², tp addad suke minum ari dr cawan. Hehe!
** Merangkak dah laju, bertatih dah kuat... Merata dalam umah dia susur. Ade gaye² cam nak berdiri sambil lepas tgn tp terSANGATlah penakutnye! Even kalo TERlepas n jatuh atas tilam pon, muka dia cuak sangat... Hehe! Takpe, take ur time, dear... ;)
** Fav show of coz Upin & Ipin. Boleh pulak dia gelak sorg² kalo tgk katun tuh kat tv?? Macam laa paham... :p
** Bile suh kiss, selalunye dia akan hantuk kepala or muke dia kat muke kite. Erk!! Atau dia akan nganga mulut dia n kiss pipi kite, then terus geget! Adehhhh...
** Sangat kuat menggigit! Pantang bersentuh ngan kulit org, sempat aje gigi dia tuh mengetap... Huhuhu!
** Suke memanjat atas badan org yg tgh baring. Hihi! Abg n ayah selalu jadik mangsa. Ekekekeee!
** Pandai marah kalo org amik barang dari tgn dia. Menjerit², menangis n merajuk selagi org tak pulangkan... Hui! Mmg terbaek laa... Suara dah laa kasar n kuat. Ekekekekee!
** Very behave boy. Jarang meragam kecuali badan dia tak sehat.
** Sangat takut ngan org! Maklum laa, duduk ngan pengasuh. Ayyad dulu kecik² dah dok taska so tak laa dia takut ngan org sangat. Addad nih, kalo org yg dia tak kenal, mmg dia takmo. Memilih sangat kalo org nak dukung dia, Kalo berkenan kat hati dia, ok laa. Boleh pegang tp pon tak leh lelama. Kalo tak berkenan, lgsung dia tak layan! Haha... Kadang², langsung takmo lekang dari mama/ayah. Uhuhuuu... Susah gak tuh!
** Dah pandai takut n majuk kalo kene marah. Kekadang sampai tersedu² menangis sebab kene marah. Padahal sesaje jek suke ngusik dia. Haha!
** Sangat..sangat...sangat....sangat... saaaaangggaaaaaattttt MANJA !!! Ayah nye selalu cakap "budak manje nih..." sebab dia mmg terlebih manje. Mungkin betol org cakap, budak kalo breastfeed mmg sangat manja. Hehe! Suke kene peluk², sandar and lentok² kepala kat dada org. Muka dia pon mmg muka manje. Hehe!
** Kalo dia dah start merengek² n wat bunyi ngengade tuh, then gesel² jek dekat-dekat ngan mama or bergulilng² tak pasal², hmmm... kompem dia nak mey ler tuh! Ekekekekeee...
** Memanjat katil n sofa? PASS!!... Turun??. Tak sure lagik. Haha!
** Pantang nampak mama ayah pakai lawa² n bersiap², dia mula laa tak tentu arah. Terus paut kat kaki mama suh dukung dia.. Takot kene tonggal laa tuh! Hehe...
** Paling penting, Addad still breastfeeding with mama. Luv it! Almost a year, but he still addicted to it. Hehe!
Banyak cabaran dan dugaan dalam membesarkan adik... Namun, adik seorang anak yang kuat dan bijak. Alhamdulillah, adik nampak makin sihat dan bersemangat sekarang. Semoga adik terus membesar dengan sihat dan gembira. Amin...

Mama sayang adik dan abang... For the rest of my life! :) Mmmmuuuaahhhh!!!

Friday, December 23, 2011

POT LUCK @15 (again)...

Pot luck again? Yeahhhh... Kami memang suke makan dan wat makan-makan. Hehe! So, sempena hujung tahun nih dan sekaligus awal muharram ari tuh, team kami gather-gather again and bawak makanan memasing sorg sket utk dikongsi bersama. Sempoi but sangat bes! Makanan seme agak ringkas jek but semua pon sedap-sedap belaka. Sampai time aku tulis nih pon, makanan tuh tak abes² lagi. Memasing dok ulang-alik pi amik makanan yg dah pon dipindahkan ke meja Wana (kebetulan dia EL ari nih so kami pon sepahkan meja dia. Sori Wana! Hehe...)

So, just enjoy a few pic yg aku sempat snap mase dalam meeting room td, before makan-makan bermula. Tgh makan, mmg tak sempat nak snap laa kekdahnye. Abes makan plak, terus berkejo ke surau utk aktiviti mengepam yg dah tertangguh. Haha!

Layaaaaaaaannnnnnnnnnn...
p/s:- Shepherd Pie Irah sangat sedap. Aku dok ulang makan mende tuh aje kejenye. Tp kene makan panas2 baru bes sebab ade cheese. Kalo sejuk, dia keras. Mmg aku dah salin laa resepi mende alah nih. Agak-agak ujung mgu nih nak wat tak? Hehe...

FIRE DRILL !!!!! - Ket0 kaki aku weyh...

Peristiwa semalam (10.40am):

Tgh syok² dok lam opis sambil mengunyah kudap-kudaan dan melayari internet (ayat skema? ok...), tiba-tiba loceng kecemasan bangunan berbunyik. Huh! Firedrill laa nih. (OK! It was not a surprise for me coz we do receive an earlier notification email regard to this matter). Hampeh kan? As for that, kami just relax² and chill without any rush. Jalan terkedek-kedek menuju ke lif sambil borak² n gelak².

Yang tak tahan nye, aku nih dok tingkat 15!!! Dah sah-sah laa lif tak boleh digunakan except for anyone with special case (OKU, preggy woman... etc). Gigih laa aku menuruni tangga sejauh 15 tingkat itew... Mujur TURUN tangga. Kalo NAIK tangga??? Mammmfffusssss laaahhhh.....

Mase 15 ke 5 tingkat ke bawah, it was ok for me. Fun k! Sebab bizi turun tangge reramai sambil cakap-cakap-cakap. But starting 5th floor till G, aku dah mula rasakan geratan pada betis kaki. Kelenguhan dah terserlah. Keletihan melanda. Nampak ngat lemak dah banyak dalam badan! Sampai jek kat bawah, kaki dah gigil. Menggeletar! Huhu... Time nih, teringat peristiwa mendaki dan menuruni gunung berlumut kat Johor time study dulu. Huh! Sempat pulak mengimbau kenangan khennnn... :p

Sampai kat bawah, kami pon disuruh berkumpul kat assembly area. Jauh plak tuh Dah nak dekat jalan kuar ke highway dah kekdahnye... Honestly, sepanjang 6 tahun aku keje kat sini, this is my 1st time involved in this fire drill training. Haha! Selalu nye terselamat jek... Kih! Kih! Kih!.
WITH WANA & SUWAIBAH
Eh... Aku tak gemok semula kan? Uhuh! <--- ayat tak leh terima kenyataan

Lame gak kami menonggok kat bawah tuh secara berjemaah beramai-ramai tanpa berbuat apape. Mula-mula syok laa as we got a chance to be out of office for a while. But, lama-lama boring laa pulak. At last, kami (aku, Wana, Miza and Suwaibah) decide nak pegi jalan-jalan n makan kat menara. Mmg bukan kami jek laa yg kesane. Most of people yg terlibat dalam firedrill tuh kebanyakkan nye semua mmg dah ade kat menara! Hahahahahammpeehhhh... :p Jam 12++pm, baru kami masuk opis semula. Hehe!

p/s: Time turun tangga beramai-ramai semalam, teringat peristiwa apartment bergegar time tsunami a few years back. Mase tuh dok kat Blok A, PKNS KJ. 8 tingkat aku berlari. Berlari OK, bukan berjalan lenggang-lenggok cam semalam. Siap panjat pagar kat G sebab tak de tangga utk turun ke LG floor dan tak berani nak naik lif. Huhu! Still terbayang² abg jiran sebelah umah yg berlari turun tangga sekali ngan aku. Berlari dgn memakai kain pelekat dan tanpa selipar! Err... Nak cemas ker nak gelak nih? :p

TQ IRAH...

Asalnye aku wat suke-suke jek... Takde laa terpikir nak wat meniage ker, hape ker. But suddenly aku dapat order dari sorg opismate, Irah. Katenye dia malas nak order dari org lain jauh-jauh. Memandangkan aku boleh buat katenye, dia nak order terus dari aku jek. Senang! Takyah dia pi ngambik order jejauh kekdahnye... Dia order pon takde laa byk macam nak wat kenduri kawen. Cuma utk celebrate besday anak sedare dia kat kg.

Dia nak mende tuh ari nih (Jumaat) sebab nak bawak balik kg terus katenye. So, dengan gigih dan besemangatnye aku telah bersengkang mata malam tadi sampai kul 2.30am utk menyiapkan mende alah nih. Actually, sepatutnye tak laa sampai lewat camtuh. Tp si tecit Addad tuh cam tak leh nak berenggang ngan mama nye nih sangat walopon ayahnye tertonggok menjaga kat depan muka dia (Thanks so much Chenta! Luv ya...). Lebih² lagi time dia dah ngantuk n nak tido. Cari mama aje laa sebab nak 'mey'... Hehe!

Kebetulan pulak ari nih pon budak² opis nih nak wat pot luck. Mmg aku tak dapat nak prepare mende spesel yg lain lah. Just guna ape yg dah mmg tersedia dari order ni sajork... Haha!

Ape yg irah order? Haaaaaaaaa.......... Ni laa dia!!!

vvvvv

vvvvv

vvvvv

vvvvv

vvvvv

vvvvv

vvvvv

vvvvv

vvvvv

vvvvv








-100 pcs Apam Angry Bird from Irah-

Tak laa cantek sangat but ok lor... hehe!



Thanks Irah sebab sudi order. Sori kalo ade apape kekurangan n kelemahan. Ko lah 1st customer aku. Hehe!

Anyway, hepi besday to anak sedare Irah.. (terlupe nama occay! :p)

Salam...........

Wednesday, December 21, 2011

SENTAP KEW???

Ko kutuk org blkg²and 'bahan'kan dia ngan geng ko yg lain, jgn ingat org tuh tak tau... Mebi org tuh tanak wat kecoh n panjang-panjangkan hal. But bile org tuh buat 'lawak kasar' ngan ko, jgn nak SENTAP tak pasal² pulak! Bertuah laa ko sbb org tuh tak wat kecoh kat satu dunia cuma di kalangan 2-3 kenalan rapat aje. At least, dia tak buat kat belakang ko. Siap include ko lagik! Kalo dia wat cam ko?? Kutuk and wat bahan secara berjemaah ngan org lain, pastuh gelak kuat²? Aku rase, mau ko commit suicide agaknye... Haha!

Kite manusia ade kelemahan masing²... Ko wat salah, org lain pon ade salah dia. Jangan kutuk org kalo ko tak tahan kene kutuk. Jangan 'bahan'kan org kalo ko sendiri rase tak sanggup nak jadik 'bahan'. Ko dan dia, masing² wat salah. Learn something, occay!

Pengajarannye, jgn mudah wat assumption kalo tak tau hal sebenar. Kite nih, tak sama... Mebi ko nampak org tuh hepi, tp ko tau ker ape masalah hidup dia???

Kadang², tak yah susah-susah pikir nak balas dendam... Allah tu Maha Adil. What you 'give', you get back! .... Terbaeeeeeekkkk!

Salam....

Wednesday, December 14, 2011

CREAM PUFF

Ahad lepas, disebabkan oven Kak Ida aku belom pulangkan time tuh, aku terpikir nak cuba wat Cream Puff. Mula-mula rase rajin nak wat custard nye. Last², letak butter krim aje sebab balance wat cuppies ari tuh ade semangkuk lagi kat dalam peti ais tuh!

Percubaan berjaya dan menjadi, cuma ada yg overcooked! Haha… Agak rentung sket kat bhgn atas. Haha! :p Nak cuba??? Tgk resepi kat bawah…

CREAM PUFF

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur(100g)
  • Cara-cara
  1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih bercampur.
  2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
  5. Masukkan telur, kacau cepat-cepat
  6. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
  7. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
  8. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
  9. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.

*UPDATE* Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer.

Zayyad sangat suka! Dia yg dok perabihkan semua cream puff tuh… Mama ngan ayah rase 2-3 ketul jek… Hehe!

Addad pon suka tp dia lagi suka cucuk-cucuk mende nih sampai kuar krim nye... Muehehehehee!

Selamat mencuba ye!

Ragam si Abang...

Zayyad sangat petah bercakap. And kadang-kadang, ayat yg kuar dari mulut dia tuh unexpected dan sangat kelakar... Contohnye:

Kisah 1

Satu hari, en hubby makan something dan lupe letak bekasnye kat dapo, lalu esoknye bekas tuh dah bersemut kat atas sofa...

Ayyad: Ayah, tgk nih...!!!
Ayah: Nape??
Ayyad: Nape tak simpan kat dapo mangkuk ni? Tengok!!!

sambil jari menunjuk² ke dalam mangkuk dan menyambung ayatnye...

Ayyad: Kan dah penuh nyamuk!!!
Mama, ayah: Hah?!! .............

Nyamuk yg dimaksudkan adalah semut... Erk!

Kisah 2

On d way ke Rawang, Zayyad terpandang sebuah lori yg mengangkut banyak kereta Perodua MyVi yg baru. Then tiba-tiba dia cakap…

Ayyad: Mama! Mama! Tgk tuh…

Sambil jari telunjuk mengarahkan ke arah lori.

Mama: Wow! Cantik kan?
Ayyad: A’ah… Cantikkkk!!! Kete baru kan?
Mama: A’ah.. Nape? Ayyad nak ker?

Zayyad menganggukkan kepala sambil tersenyum…

Mama: Suruh laa ayah beli.
Ayah: Haaaa… Nanti ayah beli! Ayah beli dua… Nak tak?

Hubby menyampuk. Ayyad pon angguk lagi.

Ayyad: Haaaa… Dua kan mama?
Mama: Iye lah… Ayyad nak wat ape banyak² tuh?
Ayyad: Ayyad nak jual!
Mama: ………

Haha! Kecik² dah otak bisnes. :p

Tuesday, December 13, 2011

KEK KARAMEL (black-out!!!)

Minggu lepas, gigih aku meneliti resepi kek kat blog Kak Azlita. Tp, dalam byk² tuh, satu kek nih laa yg paling aku teringin nak cuba n rase. Kek Karamel nih laa.. Tp masalah nye kek nih kene bako.. Tak leh kukus. And FYI, umah aku mmg takde oven lagik… Lom beli, occay! Ujung bulan nih akan aku usahakan. Haha! Gigih noks…
Setelah dipikir-pikirkan… Demi keinginan yg membuak-buak dan napsu makan yg tak terbendung lagi… Akhirnya, aku buat keputusan utk PINJAM OVEN KAKAK SEBELAH! Muahahahahaa… (Kalo tak jadi kek aku, mmg laa malu kan???)

So, malam sabtu tuh, dalam kul 10++pm dekat kol 11pm, (tak menyabo! :p), aku sms Kak Ida…

Yesss!!! Berjaya… Haha! Macam laa susah pon kan? :p Kompem² laa kak ida penah offer aku pinjam oven dia kalo nak buat kuih. Muehehehehee! Then, malam tuh aku tido dalam keadaan ketidaksabaran. Huh! (ß over!)

Esoknye, takde laa sesusah subuh pon aku dok hangkut oven tuh. Ptg jugak baru aku start mem’baking’. So, ini laa resepinye…

Gula Hangus

2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan

Bahan Karemel

1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.

Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )

Adunan Kek Bahan 1

70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Adunan Kek Bahan 2

140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.

Merinque

6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.
Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath

Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.

Huduh nye kek aku nih.. Comot!!!
Nak tau apsal jadik cenggini? Haha.. Ade kesahnye. Tgh syiok² membako kek tuh, dah ade laa dalam 40 min ++ mende tuh kat dalam oven, tiba-tiba….

Plappp!!!..............

Gelap… Senyap… Sunyi… Panas…

Hoiihhhhh!! Letrik takde???? Huwaaaaaaaaaaaaa… Segera ku intai kek yg still kat dalam oven. Perghhh! Dah cantik naiknye… uh! Uh! Cuak… Cuak… Terus aku roger kak ida utk kepastian…

“Kak! Black out ker??”
“A’ah Na… Tiba2 plak. Kek dah siap ker?”
“Tgh bakar laa nih kak… Dalam oven lagi! Seb baik dah lebih ½ jam!! Adoiiii…”
“Alaaa… ruginye. Sian laa. Membazir jek. Akak ade laa oven yg pakai gas tuh..”
“Hah!!! Boleh laa kak… Saye sambung kat situ aje…”

Adoiyyyaaaiii! Mujur laa wehhh… Tu pon jenuh nak tgu oven tuh panas plak. Dan Alhamdulillah, kek aku tak bantat! Masih cantik layernye, gebu dan sedap walopon rupenye agak huduh dan comot sedikit sebab proses pemindahan oven dal penyejukan kek berlaku dalam keadaan gulap-gulita... Takde hal lah! Asalkan sedap… Terbaeeeekkkk!! Hehe…

Next time, akan ku pastikan kek ku jadi lebih cantik n kemas dari yg ini. Haha! (Ayat nak buat lagi. :p)

Kawan-kawan, kalo nak cuba silakan… Pastikan buat lebih cantik n kemas dari aku ye! Dan yg paling penting, jangan buat kalo time black out!! Haha…

Selamat mencuba!!!

Tuesday, December 6, 2011

Aku dan Dia...

“Nak carikan jersi team Malaysia laa utk budak² nih, bang”… Dah lame aku suarakan mende nh pada hubby. Semalam baru jumpe saiz yg sesuai. Aku suke belikan anak² baju yg sama. Sebab si abg Ayyad nih suke nak pakai ape yg adik dia pakai. Biase laa budak-budak… Ade jugak laa 4-5 helai baju dorg yg aku belikan sama sebijik, cuma saiznya aje yg berbeza. Pampers pon kami pakaikan jenama yg sama. Sebab si abg dah pandai jeles kat adiknye… Hehe!

Bile pandang anak-anak pakai baju sama macam tuh, tiba-tiba air mata aku bergenang…

***

“Mak, dah beli baju raya Ana ker?” Aku bertanya pada mak di suatu bulan puasa, lama dulu…

“Dah… Abah dah belikan. Cuba tgk kat situ” sambil mak memuncungkan mulutnya menunjuk ke arah suatu sudut di ruang rumah…

“Cantik tak?” Mak bertanye lagi. Aku cuma tersengih-sengih sambil memegang dan membelek-belek kain pasang yg baru dibeli itu. Seronok barangkali kerana bakal dapat baju baru lagi.

Kain cotton, berbunga-bunga kecil dan berwarna cerah itu aku belek lagi.

“Adik punye???” Aku bertanya hairan sebab aku cuma nampak satu pasang itu sahaja.

“Laaa… sekali laa. Kan besar kain tuh. Atih ngan adik punye baju raye, sama…”

“Oooo…” Dan aku tersenyum lagi, sambil memandang adik yg tak berapa nak endahkan keadaan itu. Mungkin sebab dia masih kecil dan tak berapa memahami situasi ketika itu.

Setiap tahun, kami sentiasa dibelikan baju raye yg sama oleh mak abah… Setiap tahun. Baju kurung untuk aku, baju kurung juga lah untuk dia. Kalo aku dapat t-shirt dan jeans, ade jugalah habuan buat dia. Kami sentiasa dapat mende yang sama. Walau kadangkala tak laa sebijik sama warnanya, tp corak dan bentuknya pasti serupa.

Bile meningkat remaja sedikit, kami dah pandai ade rase malu, Tak mau lagi pakai sedondon kalo berjalan. Abah pon ubah keadaan, masih membelikan kami kain pasang cuma kami dibenarkan memilih sendiri warna dan bunganya. Aku tak banyak karenah biasenye. Ape yg abah beli, itulah yg aku ambil dan pakai. Kalau abah suruh pilih, aku akan mengalah. Biarkan adik yang buat pilihan dulu sebab aku tau dia sangat cerewet orgnya. Kalo tak berkenan kat hati dia, dia takkan mau pakai. Aku kakak jadi aku mengalah. Lagipon, aku mmg jenis tak kesah walau pernah hampir setiap tahun abah belikan kain pasang berwarna coklat cair utk aku cuma bunganya aje yg berlainan. Abah suke warne tuh, agaknye… Hehe!

Bile masing-masing dah bekerja, kami mula beli pakaian sendiri. Tak harapkan abah lagi. Namun aku dan adik masih suka berkongsi. Baju, seluar, t-shirt, tudung, malah ape saje… Walau kadangkala ade yg tak muat atau terlalu besar, kami guna ape yg boleh. Bila aku dah kawen, badan pon dah naik sket. Byk mende yg aku tak dapat nak share dengan adik lagi. Cuma kami selalu saling berkongs tudung.

Adik suka sangat beli baju. Tambahan lagi bila badan dia dah start susut. Byk baju lama dia yg dah longgar dipakai. Jadi, dia byk beli t-shirt dan baju kurung baru. Kadang-kadang aku dan along tegur jugak sebab dia suka beli tapi kalo dia rase tak bes nak pakai, dia akan biar aje baju tuh dan tak akan pakai lagi. Tapi kalo dia suka, boleh kate selang 2-3 hari dia akan pakai semula baju yang sama. Itulah adik… Perangai dia mmg macam tuh. Dan tak lupe, dia rajin belikan barang2 dan jajan utk anak2 sedarenye especially Zayyad sebab kami tinggal serumah. Jadi, tiap kali dia balik keje, dia akan belikan sesuatu utk Zayyad sebab Zayyad akan tgu dia balik dan mintak jajan padanya. Zayyad suke sebab aciknye melayan. Ape saje kehendak Zayyad, dia turuti selagi termampu.

Dan, bila dia tak ada… Baju, tudung dan kasut, kami tak perlu kongsi lagi. Dia bagi semuanya pada aku. Pada kami… Tanpa mintak balik. Rindu suasana itu. Rindu dia….

p/s: Zayyad dah ingat-ingat lupe pada ‘dia’. Mungkin sebab kami jarang mengingatkan Zayyad padanya. Bukan mau melupakan, cuma tak mau Zayyad kerap bertanya. Kalo dia mintak nak jumpe plak nanti, tak ke naya? Atau mungkin aku sendiri yg tak sanggup mengenangkan dia sebab tiap kali itu, air mata aku pasti gugur. Tp Alhamdulillah, bila kami tunjuk gambar dia, Zayyad masih tau… Itu ACIK dia.. J

Al-Fatihah…

PANCAKE

Asal wiken jek, laju jek laa kepala hotak aku memikio nak masak ape utk kudap-kudapan. Tambahan lagi kalo dok umah jek sepanjang 2 hari. Mula laa perut pon asek lapoooo jek! Lepas makan nasik, makan roti. Pas roti, bukak bekas biskut.

Last² ptg Sabtu ari tuh, teragak plak nak makan pancake. Tepung pancake tak berbeli… At last, capai henpon and gugel kat MyResepi cara-cara n bahan nak wat pancake. Haha! Mujur seme barang dah ade complete kat umah. Ape lagi???? Moh ke dapo…………………

PANCAKE
By: MyResepi

Bahan-bahan ( lebih kurang 8 biji )
115g Tepung Gandum
1 sudu kecil (5ml) Soda bikarbonat
1 sudu kecil (5ml) Krim tartar
25g Butter
1 biji Telur
150ml Susu Segar
1 sudu besar Gula
Secubit Garam

Cara-cara:

- Campurkan tepung dan soda & krim tartar - kalau rajin ayaklah (Along selalu nya gaul je, malas nak ayak)

- Rub in butter sampai berderai macam serbuk roti - jgn di gaul terlalu lama nanti berketul macam doh. Lihat lah gambar ni...

- Lubangkan tepung di tengah2 nya. Gaulkan telur (di pukul dulu sedikit) & susu. Gaul sebati. Lihat gambar adunan yg dah siap.

- Tuangkan sesenduk adunan ke atas kuali pancake yg panas & di lenser dgn sedikit minyak. Along guna kuali pancake bersaiz 5 inci diameter, so semua pancake Along sama besar.

- Masak sehingga ada buih2 udara & tunggu sehingga buih2 tu pecah baru di terbalikkan.

- Tengok ni betapa gebu nya texture pancake ni. Hidangkan dgn sirap favourite anda - maple syrup, honey, butter atau icecream. Makan panas2 lagi best.

Mula-mula Zayyad jual mahal, takmo makan n majuk sebab aku tak buatkan dia punye apam angry birds lagi dah… Aku cakap, “Nanti laa mama buat lagi” tp still tarik muke. Last² aku pakse dia rase sekeping. Haaaa!! Amek ko… Tak sabo² pulak dia tgu yg lain siap masak sebab sedap. Makan pulak ngan Nutella. Haha!!! Baru kao taw mama ko nih terer masak… Walopon hakikatnye still kene refer resepi each time buat kuih. Muahahaahahahaa!

Korg pon boleh cuba jugak resepi nih. Senang n sedap!!! Enak dimakan begitu saje. :p

Selamat Mencuba!!!

APAM POLKA DOT versi ANGRY BIRD

Dah lame terase nak buat apam polka dot, tp sebab rase agak leceh, aku tangguhkan dulu niat tuh. Tp last week, rase tak sabo dan keinginan nak buat tuh membuak-buak lepas aku tgk beberapa org telah membuat sedikit pengubahsuaian pada paras rupa apam tuh. So aku pon try laa… Resepi cam biase, follow aje apam polka dot punye jek. Decoration lain, sila laa lukis sendiri. Hehe!

Inilah hasil nye… Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

APAM POLKA DOT versi ANGRY BIRD

3 biji telur dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum 220 gm gula halus 150 ml susu segar/ susu cair 3 sudu teh baking powder 1 sudu kecil ovalette** 1 sudu kecil esen vanilla filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai pewarna

Cara-cara penyediaan apam polkadot

1. Masukkan telur dan gula ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain(masukkan susu, tepung dan last sekali ovelette. Then, masukkan esen vanilla) dan mix lagi sehingga sebati. 3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan. 4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag. 5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja). 6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan). 7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh. 8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.

HAHAHA!!! Zayyad sangat teruja sekali nampak mende nih. Sampai sayang nak makan. Bile aku suh makan and tunjuk ade byk lagi, baru laa dia masukkan dalam mulut. Kalo tak, di tatangnye aje mende alah tuh! Ekekekee… So, next maybe aku nak try lukis muke atomen pulak kat apam tuh. Jgn jadik raksase sudah lerrr!!! Muehehehehee…

So uols, Selamat Mencuba laa ye!!!