Followers

Showing posts with label Luahan. Show all posts
Showing posts with label Luahan. Show all posts

Tuesday, October 21, 2014

Happy 6th Birthday, Zayyad RaziQ!

My dear sweetie,

I might be fierce,
I always nagging,
I might be too protective,
And maybe I'm not the best...

But I do it to show you my love,
To show you I care,
To protect you,
And to guide you in your life,

Because you are the first to me,
Thought me a lesson to learn,
On how to be a MOM,
On how to love a son...

To feel the pain,
To feel the joy,
To feel the honored,
And to feel blessed...

And today,
As time goes by,
You are a big boy,
And a big brother,
That grows up with cheer,

My Love,

Whatever happen,
I will always be by your site,
As your supporter,
As your adviser,
As your friend forever,
And of course, as your mother...

Just remember, I'll always love you as no other...

"HAPPY 6th BIRTHDAY, MY DEAR ZAYYAD RAZIQ"
May you be a pious and obedient son to Mama and Ayah, a good brother to Addad and having successful life now and hereafter ...

LOVE YOU, MY SON...

Thursday, March 20, 2014

Sekian Lama...

Huh! Syuuuhhh... Syuuuuhhhh... Byk nye spider kat umah ni! Bersarang2 sane-sini.

Hehe... Menandakan dah sekian lama aku tak menjengah dalam rumah ni. Lawat kawasan ade la... Tinjau jiran2. Tu pun tak masuk rumah. Usyaaaa jek! Hahaha....

Walhal, byk nye laa mende berlaku dalam hidup aku sepanjang mase ni. Sedang membina ketabahan diri dan kekuatan hati sekarang ni.

Buat ringkasan je lah!

Personal life: 

  • 5-Feb : Birthday hubby - Which is hubby start demam, sakit2 sendi dan lemah badan. Dah lama dia tak kene demam. Starting from that, dia berterusan demam tak kebah2. Memaksa aku mengambil 2 hari EL pada hari berikutnye. Weekend, dia nampak makin OK but suddenly Sabtu malam ahad, demam dia dtg balik sekali menggigil2! Rushing to Hospital KKB ari Ahad tu and that's it!... Dia kene Denggi. Hurm.. So, he warded on th 9th Feb, 12th baru discharge. Seminggu laa aku amik cuti time tu, ulang alik rumah-hospital-rumah-hospital. Abah sempat datang melawat on 11th.
  • 20-Feb : Addad plak demam berlarutan lebih 4 hari. Terpaksa bawak pi HSB and amik darah. Ade jangkitan kuman sket kat paru2 but Alhamdulillah bukan denggi n dia tak semput. Cuak gak pas kes ayah dia ari.. Huhu!
  • 10-Mac : Anak-anak start dok ngan maklong kat Senawang. Insyaallah, untuk sementara. Bukan sengaja, tapi terpaksa. Bermula episod kami sebagai weekend parents. Hubby and me, penguat semangat masing2. Rindu toksah cakap lah. Aku usahakan utk kol dorg hari2. Aku? Akan ke Senawang setiap hujung minggu. Hubby? Ntah laa, sbb cuti dia tak menentu. Huhu!
  • 13-Mac : Alhamdulillah, berganjak setahun lagi usia aku. Besday kali ni, perasaan bercampur baur. Ade seronok, sedih, hepi & macam2 lg. Yang pastinya, aku sangat bersyukur atas setiap kurniaan Allah dalam hidup aku ni. Kawan2 plak wat seprais kat opis... Hehe! Terubat sket hati ni dgn usaha dorg tu.
  • 18-Mac : Permulaan baru untuk hubby. Moga ianya adalah permulaan yg baik buat kami dan semoga Allah Taala sentiasa memberkati apa yang kami lakukan ni.
Professional life:
  • Aku nyaris2 buat 24 hours resign. Siap taip surat dah, standby... Namun, aku cuba bertahan dulu, selagi mampu. Selagi Allah kurniakan SABAR itu buatku. Dan selagi DIA kata rezeki itu masih buatku dan anak-anakku.
  • Kawan2.... Ade yg memahami. Maybe ade yg paham tapi tak peduli. Tp masih ada yang paham, mendalami dan sentiasa menyokong. Terima kasih, sahabat semua.... Kepada yg sekadar melahirkan simpati tp kat belakang dok kata itu-ini, terima kasih. Aku tak mintak jadi macam ni, dan aku tak akan mintak utk korg alami ape yg aku alami sebab peritnya hanya Allah Taala yg tau. Korg tgk org angkut guni beras tu berat kan? Tp org yang mengangkut tu pastinye terlebih-lebih rase beratnye... Moga korang semua dilindungi.
Waktu-waktu macam ni lah, baru dapat kenal sape kawan, sape lawan. Sape sahabat, sape musibat...

Mungkin sekarang kami teruk! Jatuh terduduk, sampai tak boleh bangun sebab injured yang teruk. Tapi, insyaallah... Kami pasti bangkit kembali... Demi anak-anak, demi keluarga dan sahabat2 yg memahami.

Mereka2 ini kekuatan kami. Terima kasih semua kerana tak putus2 membantu kami, mendoakan kami dan menyokong kami.

Nauzubillahiminzalik... Aku tak pernah bersangka buruk denganMu, Ya Allah. Astaghfirullahalazim.

Ujian ini banyak hikmahnya. Moga segala yang terjadi, menjadi iktibar buat kami. Terima kasih, Ya Allah. Kerana membuka mata dan minda kami. Aku sentiasa percayakan Mu... Kerana, KAU adalah Maha Segalanya dan sebaik-baik perancang.:)

Friday, December 6, 2013

Kifarah atau Peringatan, hanya DIA yang tahu...

Pernah seseorang berkata pada aku...


"Anak ko selalu tak sehat, sakit-sakit... Cuba ko pikir balik, mesti ade mende2 tak elok (dosa) yang ko penah buat dulu. Tuhan nak tunjuk kat ko melalui anak ko lah tu. Cuba ko buat solat sunat taubat, istighfar banyak-banyak. Muhasabah diri tu sket..."

Camtu lah lebih kurang percakapan nye waktu tu.

Hurm... Tak tau la dia cakap tu sebab marah pada aku masa tu ker atau mmg dia berniat nak kate camtu ker. Wallahualam bi sawwab...

Dan aku takkan pernah lupe setiap baris percakapan dia tuh, setiap riak wajah n memek muka dia masa tu sebab hati aku sangat terguris dengan setiap bait perkataan yang dia tuturkan pada aku saat tu. Jujur aku katakan, untuk setiap tuduhan yang dia lemparkan pada aku, aku masih tak dapat nak maafkan sampai sekarang.

Marah lah aku, kritik lah aku, betulkan aku sekiranya aku salah. Aku tak kesah langsung kiranya aku di hentam dengan perkara yang berkaitan antara dia dan aku. Marah dan tegurlah aku dengan berhemah. Bukan dengan cara mengorek rahsia peribadi dan rumahtangga aku lalu memalukan aku, merendahkan martabat seorang ibu dan dengan mengaitkan anak-anak aku dengan so-called 'ceramah' tak bertauliah dia tu.

Kalo kau bukan seorang ibu, jangan sebut pasal pengorbanan ibu. Ibu dan ibu saudara jauh bezanya. Walau tetap darah daging tapi bukan kau yang tanggung sakit melahirkannya.

Kalo rumahtangga kau jua tak terjaga, jangan di kritik rumah tangga org lain. Usah pandai nasihat percuma kira nasihat itu tak pernah kau guna.

Kalo penampilan muslimah kau dah cukup sempurna, maka sempurnakanlah juga peribadi, pertuturan dan akhlakmu. Biar sama rata dan lebih berhemah hendaknya.

Mungkin ilmu agama mu lebih tinggi dariku, begitu juga dengan amal jariahmu. Namun itu bukan lah tiket untuk kau mengadili takdir hidupku.

Fikirlah, apa hak kita sebagai manusia dan hamba-Nya untuk menjatuhkan hukuman kepada manusia lain?

Aku tak menolak kira benar apa yang terjadi itu satu kifarah. Mungkin benar seperti katanya yang Allah nak tunjukkan pada aku dosa-dosa lama melalui anak aku. Tapi tak terfikirkah dia, mungkin jugak ianya satu peringatan buat aku? Peringatan supaya aku tak terus lalai dan terus selalu mengingati-Nya. Terus mengadu dan jangan pernah tinggalkan Dia? Tahukah dia bagaimana perjalanan hidupku dan amalanku selama ini?

Betul kata orang, memang senang untuk bercakap tapi cuba lalui dulu, baru tau langit tu tinggi atau rendah. Aku percaya, Allah pilih kami sekeluarga untuk diuji kerana Dia masih sayangkan kami. Dan aku tau, Allah takkan menguji hamba-Nya melebihi dari apa yang mampu mereka tanggung.

Kenapa sekarang baru nak update ye? Ahah! Tadi aku ade blogwalking kat satu blog kakak ni (Kerna Kasih Kita), sangat tersentuh dengan entry dia yang satu ni. Di mana dengan tenangnya dia menjawab komen seseorang yang sangat sarcastic hanya tentang gelaran yang dia berikan pada anaknya, Semoga akak sentiasa tabah dan sabar, ye kak... 

Berbalik kepada tujuan asal aku... Aku tertarik dengan satu kenyataan yg akak ni buat kat entry dia tu. Macam ni bunyi nya....

"Pada saya senang, jangan melihat penyakit itu sebagai kifarah semata, sebagai beban semata. Penyakit juga perlu dilihat sebagai peringatan. Untuk kita orang-orang di sekeliling mereka juga. Seperti kata seorang teman sekasut, "Sebelum tibanya anak-anak kita ini, kita kenal tuhan. Setelah adanya anak-anak kita ini, kita lebih kenal tuhan..""

Aku sangat suka dan tertarik dengan ayat2 ni. Dan bagi aku pulak, tak kisahlah ianya kifarah mau pun peringatan buat kita, sebagai hambaNya kita haruslah selalu bersyukur dan redha dengan setiap ujian yang datang. Terus percaya bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jika bukan kita, mungkin kenalan kita yang mendapat ujian. Sebagai manusia biasa, kita perlu sentiasa mendoakan mereka bukan menjatuhkan hukuman semata-mata.

InsyaaAllah, jika kita selalu ingat kan Dia, pasti Dia juga selalu ingat pada kita. :)

Friday, November 15, 2013

The 6th Anniversary - Happy Anniversary, dear Hubby!

** How come I forgot about today??? Haiyaaa... Semalam dah ingat but pagi ni, langsung hilang ingatan. Hubby first wish me via SMS. Uhuk! Tiba2 rasa syahdu...

"HAPPY 6th ANNIVERSARY to my dear Hubby"

It was a 6 happiest and toughest year in my life.
Macam2 dugaan, macam2 ujian, macam2 cabaran...
Tak lupe kegembiraan dan kebahagian kurniaan Allah Taala buat kite.

Dikurniakan 2 org putera yg comel dan bijak, membuatkan mama bersyukur tak terhingga dan lupa akan segala sengsara yg pernah kita lalui dan hadapi.

Semoga kita lebih matang lepas ni..
Lebih tabah, lebih sabar, lebih stabil, lebih gembira dan bahagia.
Moga hubungan kita akan berkekalan hingga ke syurga Allah.

Jika ada kesilapan dan kekhilafan mama, mohon maafkan lah...
Jika terkasar bahasa mama, mohon ampunkan lah...
Jika ada kekurangan mama, mohon terimalah seadanya...
Jika ada kesalahan mama dalam hubungan kita, mohon bimbinglah.
Moga kita sentiasa diberkati dan berada di jalan Nya...

Mungkin desakan hidup merubah sikit sebanyak sikap mama.
Namun sentiasalah percaya....
Mama sayang ayah sepenuh hati.
InsyaaAllah dulu, kini dan selamanya.

Monday, June 3, 2013

DEMI ANAK-ANAK...

Lepas satu...satu dugaan yg datang... 

Kata orang, Allah tak akan timpakan sesuatu dugaan terhadap hambaNya jika hambaNya itu tak boleh menghadapinya. Dan pasti ada hikmah di sebalik semua ujian itu.... Hurm, ye lah.. Bukan tatau bersyukur. Cuma kadang2 rasa tak tertanggung.

Ye.. Mungkin mmg salah aku. Khilaf, kadang2 lupa dan lalai akan tanggungjawab terhadap diri, keluarga dan Maha Pencipta. Peringatan buat aku... Jadi aku tak boleh mengeluh.

Cuma dikala ujian yg tak putus2 ni, macam2 keputusan drastik yg kadang2 kite terpaksa buat. Aku perlu istikharah! Semoga apa yang kami suami isteri rancangkan ni, mendapat keberkatan dan keredhaan Allah. Semoga Allah Taala bantu kami utk tentukan yg terbaik buat kehidupan kami sekeluarga. Hubby macam setuju ngan keputusan aku ni tp kami perlu consider byk mende... And kene make sure everything is stable. InsyaaAllah, dengan niat kerana Allah, aku lakukan demi anak-anak, moga Allah Taala sentiasa mempermudahkan jalan buat kami.

Doakan apa yg kami rancangkan ini berjaya ye, kawan2! :)

Tuesday, March 26, 2013

BERUBAH DAN PERUBAHAN

Hari ni, anak-anak dah start duduk kat Taska. Harap-harap diorg mudah menyesuaikan diri dengan tempat baru. Abg Ayyad, insyaaAllah mama tak baper risau sebab dia memang sangat independant orgnye dan cepat mesra. Cuma Addad jek yg mama agak concern sebab dia tuh kan sensitif sket bab kesihatan nih. Lagi pulak, dari kecik mama dok anta dia tinggal ngan pengasuh, dok taska sekejap jek dulu. Lepas dia kerap jatuh sakit, doktor advise no more Taska for him! But, bila Addad makin besar, mama nampak Addad makin 'kuat'. So, mama nak expose sket Addad ngan kawan2 dan aktiviti pelajaran. Mama awal2 dah mintak ayah amikkan injection pneumococcal sbg protection utk Addad. InsyaaAllah, mama dah berusaha sebaiknya untuk Addad, selebihnya Allah Taala punye kuasa kan? :)

Kenapa dah tak dok ngan pengasuh lagi? Hurmmm... Tah laa. Banyak alasan nye. Cuma yg pasti, mama nak kan yang terbaik buat anak-anak mama. Moga Allah Taala permudahkan segalanya. Drastik kan? Memang... Sebab mama takmo tunggu lagi. Dah sampai masanya kot utk perubahan. Semua kat dalam dunia nih berubah kan? Manusia juga berubah. Jadi, terima kasih kepada mereka2 yang sangat concern pada keluarga kami. Tak dapat kami balas kebaikan anda melainkan Allah Taala juga yg menentukan segalanya.

Takmo panjang2kan cerita, yang penting mama perlu amik preventive action secepatnye. So, itulah yg mama buat. Percaya atau tak ape yg didengar, itu belakang kira. Apapepon, baik atau buruk, hanya ALLAH Taala yg Maha Mengetahui, Dan biarlah DIA buat kerja DIA, bukan hak mama utk menentukan natijahnye.. Mama serahkan segalanya pada Yg Maha Esa sebab mama tau DIA mmg tahu segalanya dan pasti memberikan yg terbaik kan?

Terima kasih kepada semua yg pernah berjasa kepada kami. Anak-anak mama, moga hepi ngan environment baru ye!

Sampai jumpa lagi... Da daaaaaaaaaaaaaa!!!

Thursday, March 21, 2013

+1

13-March 2013

ALHAMDULILLAH Masih diberi peluang dan kesempatan oleh Yang Maha Esa utk menghirup udara di muka bumi ini, utk menatap wajah2 kesayangan, juga utk meneruskan usaha dan amanat yg diberikan buat ku. Syukur yang tak terhingga kerna masih dikurniakan kesihatan yg baik dan pemikiran yang waras.

Bertambah setahun usia. Moga pertambahan ini sentiasa menjadi permulaan yang baik buatku dalam menempuhi hidup ini. Moga aku sentiasa dirahmati dalam setiap amalan dan perlakuan, diberkati bagi setiap rezeki dan ganjaran... Dikurniakan tahap kesabaran yang tinggi dalam melaksanakan setiap amanah di dalam rumahtangga mau pon kerjaya. Moga aku mampu menjadi pembimbing yg baik, dan diredhai oleh Allah Taala. Harapan - Semoga aku dikurniakan kebahagian dunia dan akhirat... Amin Ya Rabb.

Nothing special happened, no celebration either. Enough for me - Semua ingatan dan ucapan dari kawan2 dan ahli keluarga. My first wisher of coz, dear hubby... Pagi2 bute, celik2 mata terus dapat ucapan Hepi Besday dari dia. Love him so much! :D

Thanks all yg wish on my special day. Korg memang d best!

Thursday, February 7, 2013

HAPPY BIRTHDAY, MY LOVE...

On 05th FEBRUARY 2013...


A Week Without My Other Half

Balik dari kampung last week, directly hubby check-in kat Palm Garden Hotel @ IOI Resort, Putrajaya. Dia kene attend training selama seminggu and stay there! Huwaaaaaaaaaaa... How do I live without you???? Ekekekekeee... Emosi plak aku. :p Bukan pe, selain mase dalam pantang, aku tak pernah pon ade sehari tanpa dia. TAK PERNAH, occay! So, agak serabut gak laa kepala otak aku ngan dia time tuh. Tp we have no choice. Nak tak nak, terpaksa jugak lalui. Lepas check-in, kitorg balik umah dulu utk packing baju hubby for a week. Then, aku tumpangkan anak-anak kat umah Kak Ida jap petang tuh sebab nak anta hubby ke stesen KTM Komuter Rawang. Dia kene naik public transport ke sana sebab aku kene guna kete dalam mase dia kat sane nanti untuk ulang alik ke tol utk naik bas pegi keje.

So, Ahad malam tuh, bermula laa kehidupan aku anak beranak tanpa hubby menemani. Rindu seyhhhh! Setiap ari, balik keje, anak-anak mesti tanye, ayah mane? Tetiap ari jugak laa aku kene menjawab mende yg sama, "Ayah work"... Hurmmm... Tak termasuk drama² yg anak² buat utk express rindu kat ayah dorg lagi... Memang menitik ayor mate mak nih, haaaa.... Huhuhu!

Memang rase agak susah tanpa hubby kat sisi. Aku tak dapat bayangkan macamane laa keadaan org² yg jadi wiken hubby-wify tuh... Aduhaiiii...... Sekurang² nye, me & hubby rase nih once in a blue moon jek. Jadi, bersyukur lah... Alhamdulillah.

And insyaAllah, by today hubby nak balik. Yeay! Yeay! Yeay! Hehehehe... Cuma td dia kol, ade masalah transportation plak. Huh! Harap² jgn laa tak jadi... Isk! Isk! Isk!

Sampai sini dulu... Later update lagi... Da daaaaaaa!

Friday, January 25, 2013

2013

Assalamualaikum....

Sedar tak sedar, dah masuk tahun 2013. Alhamdulillah, 2012 lebih cool dan relax untuk aku berbanding 2011 yg penuh dengan dugaan dan ujian.

 Memoir 2012... 

Dari segi kerjaya, 2012 banyak mengajar aku pengalaman berharga dan cara menjalankan tanggungjawab dgn lebih baik sebagai seorang ketua dan pekerja. Thanks to Puan Boss. Walau banyak makan hati sebab asik kene bambu pada mulanya, tp Alhamdulillah aku jenis yg mudah adapt dgn keadaan² yg macam tuh. Telan aje laa kalo betul tuh salah kite. Sebab aku admit bahawasanya kehadiran boss baru mmg banyak membuka mata aku utk bekerja dgn lebih dedikasi. Sekurang²nya aku tau kerja aku dan ape yg perlu dibuat berbanding dulu. Hehehe! Masih perlu banyak belajar dan akan terus belajar. Semoga Allah sentiasa membantu aku dan mempermudahkan segalanya... Amin. :)

Keluarga, Alhamdulillah.... Masih cuba memantapkan ekonomi keluarga. 2012 mungkin ada getirnya bg kerjaya hubby tp insyaa-Allah ia juga merupakan permulaan baru utk kami terus meningkatkan tahap kestabilan ekonomi keluarga kami. Doakan kami, ye! Anak-anak... Syukur. Zayyad memulakan sekolah di usia 4 tahun di Tadika Ikhlas cemerlang awal tahun lepas. Banyak peningkatan pada dia. Syukur Ya Allah, KAU kurniakan kami cahaya mata yg terang hatinya dan mudah menerima ajaran. Walau tetap ada nottinya, tp biasa laaa... Budak². Hehehe! Addad, Alhamdulillah... Tak lagi sakit² macam dulu. Sikit² tu ade laa tp kesihatan dia mmg makin improve. Sekali tu aje laa (mase awal tahun lepas) dia warded sebab sakit dia tuh then lepas tuh tak ada lagi. Insyaa-Allah, mudah-mudahan dengan izin Allah Taala, Addad akan terus makin sehat. Cuma ada laa sikit masalah sembelit yg dia hadapi sampai sekarang. Hopefully yg tuh pon Allah Taala akan izinkan untuk sembuh. Amin... Dia pon makin aktif dan bijak bercakap. Semoga anak-anak mama sentiasa dan terus  membesar dengan hepi dan sehat, soleh dan taat ye!

 Permulaan 2013... 

Tahun 2013 nih, me & hubby sedang cuba berubah ke arah yg lebih baik. Insyaa-Allah, moga Allah Taala membantu kami utk tekadkan hati meneruskan usaha kami ini. Januari 2013 ini juga merupakan permulaan yg baik utk kerjaya aku. Alhamdulillah, akhirnya posisi ini dah pun pasti milik aku. Namun masih ade yg perlu aku usaha dan buktikan utk mendapatkan yg lebih baik dalam 6 bulan akan datang. Moga Allah Taala permudahkan segalanya buat aku. Amin... Hubby pun dah makin serasi dengan kerjaya baru dia skrg. Alhamdulillah, agak murah rezeki dia utk permulaan ini (dan moga sentiasa berterusan begitu). Cuma dalam usaha memperbaiki ekonomi, kami masih agak tersepit. Mudah-mudahan 2-3 bulan akan datang menjadi makin mudah buat kami. :)

Zayyad dah memasuki usia 5 tahun. Tahun nih, insyaa-Allah kami nak stresskan sket pelajaran utk dia. Tahun lepas kami tak terlalu tekankan pelajaran. Hantar dia ke sekolah sekadar utk mengenalkan dia dengan alam persekolahan, biasakan berkawan dan mengenal huruf serta bacaan. Dan syukur usaha itu memang menampakkan hasil bila tahun ni, dia sangat teruja utk sekolah dan mudah adapt dengan suasana sekolah, rakan dan guru walaupon di tempat baru dan agak ketinggalan pelajaran. Kenapa ketinggalan? Yesss... Sebab sekolah lama dia ade problem, jadi awal Januari ari tuh kami tak dapat nak masukkan dia ke sekolah lagi memandangkan agak kesuntukan masa nak cari sekolah baru utk dia. Tp Alhamdulillah, dia dah pun mula kan sesi persekolahan nya semula pada 22hb lepas di sekolah baru, Tadika Generasi Bestari. Cuma tahun nih, Ayyad tak lagi dihantar ayah ke sekolah. Sepenuhnya akan naik transport sekolah, pergi dan balik. Mama cuma siapkan Ayyad pagi² jek then mintak tolong Mama Iecha tunggukan kereta utk jemput dan hantar dia hari². Moga Ayyad akan rajin sampai abis sekolah, ye sayang? :)

Addad pulak, insyaa-Allah bakal genap 2 tahun Ahad nih. Tp tergendala nak celebrate kat umah mak long esok sebab hubby terpaksa kerja pulak gantikan org! Huhuhu... Tp, mama dah ade plan nak celebrate ngan wan n atok next week kat kg mama pulak. Hahaha! Dah ade plan pon nak wat kek ape utk adik. Hopefully jgn spoil lagi lah kali nih... Huhu! Adik Alhamdulillah makin elok kesihatannya. Kalo batuk selsema pon dah tak melarat² lagi. Tp still mama akan pantau kalo terjadi sebab masih risau keadaan berulang. Masalah sembelit belum hilang tp setakat ni mama memang ada cara utk bantu adik. Dan masih cuba nak ajar adik poo-poo everyday kat toilet so that boleh avoid masalah sembelit tuh kan... Sangat berharap Allah Taala membantu mama dalam hal nih dan permudahkan segalanya. Amin Ya Rabb... Adik makin petah, aktif dan buas. Lasak boleh tahan. Kerap jd mangsa buli abg tp kerap jugak membuli abg! Huh... Setakat bergusti berdua tuh, mmg hari² laa mama kene jadi referree. Haih! Baru ade 2 hero mama dah jadi singa. Kalo lebih, kompem jadik naga! Hahahahaaa....

Kesimpulannya, permulaan yang baik utk 2013 nih. Moga tahun nih lebih baik dari tahun lepas. Insyaa-Allah, mama ada target sesuatu menjelang hujung tahun nih. Target utk kami sekeluarga.

"Ya Allah, bantulah aku utk merealisasikannya. Aku nak buat demi keluargaku. Sesungguhnya, tiada yg akan terlaksana melainkan dengan izin-Mu sahaja. Jadi, izinkanlah aku utk memelihara keluarga ku dari segala segi dan moga KAU permudahkan segalanya buat kami. Amin, Ya Rabbal Al-Amin....."

SELAMAT TAHUN BARU 2013 SEMUA!!!

Tuesday, October 23, 2012

ZAYYAD RAZIQ - 4 YEARS


21-10-2012: Alhamdulillah, genap 4 tahun usia putera sulong mama. Sekejap sangat rasenye masa berlalu. Tiap kali besday abg, tiap kali tuh laa mama terbayang semula saat melahirkan abg. Hepi sangat-sangat time tu. 1st time dapat anak dan bertukar title laa katakan... Hehehe! Ayah pon same. Excited & teruja!

Semenjak itu, mama bertekad dalam hati, walau ape pon yg terjadi, walau sesusah mana pon yg mama perlu hadapi, mama berjanji dan insyaAllah, mama hanya bagi yg terbaik aje buat anak mama. Mama susah takpe! Mama sakit pon mama rela asalkan anak mama sentiasa hepi, sehat dan bahagia...

Bile Ayyad dah jadi abg, kegembiraan mama berganda. Walau pada mula kelahiran adik macam-macam mama & ayah di duga, tp Alhamdulillah berkat kesabaran, doa dan usaha, skang semuanya ok. Sikit² dugaan tuh adat ler... Itu tandanya Allah sentiasa ingat kat kita. InsyaAllah sayang, mama & ayah masih mencuba meningkatkan taraf hidup kita. Semoga lepas nih, Allah tunjukkan hikmahnya pada kita sekeluarga... Amin. :)

Namun demi Allah dan dengan izin-Nya, mama berjanji akan menjaga anak-anak mama dengan sebaiknya. Kerana kamu berdua adalah amanah daripada-Nya. Semoga kamu sentiasa berada di bawah lindungan dan keberkatan Yang Maha Esa. Gembira dan sihat sejahtera. Ketahuilah, bahawa tiada yg lebih bernilai dalam hidup mama selain kamu berdua, sayang... Dan dah tentu lah ayah kamu juga sebahagian darinya. :) Semoga keluarga kita sentiasa mendapat keberkatan daripada-Nya.

Sempena birthday abg Ayyad nih, mama doakan moga abg akan mendapat segala apa yang diingini dan dihajati. Semoga abg Ayyad menjadi anak yg soleh dan taat pada mama ayah dan agama. Moga abg sentiasa didampingi perkara-perkara yg baik sahaja. Moga Ayyad dilimpahi rezeki yg berganda-ganda seperti makna nama yang kamu bawa. Moga jadi anak yang bijak dan bakal mengharumkan nama keluarga. Semoga menjadi abg yg baik dan bertanggungjawab utk adik(²) nanti. Dan, semoga satu hari nanti abg Ayyad bakal membuatkan mama & ayah bangga kerana kejayaan mu, nak... Amin, Ya Rabbal Al-amin...
Gamba malam tadi. Time dah masuk bilik nak tido... Hehehe!

SELAMAT HARI LAHIR KE-4, SAYANG...
Mama, Ayah & Adik Addad sayang Abg Ayyad sangat-sangat!

Wednesday, October 10, 2012

SABAR...

Kadang-kadang rase tak larat,
Mental fizikal semua pon dah jadi penat,
Sampai pernah rase hilang semangat,
Bile pikir keadaan macam dah sangat tenat...

Tapi kene berbalik pada Yang Satu,
Bila di uji sikit, terus nak jadi haru-biru,
Padahal semua tu nak duga kita jek tu,
Jadi teruslah mohon pada Allah, minta berkat dan restu.

InsyaAllah, sabar banyak² ye Nana...

Friday, October 5, 2012

RINDU DATANG LAGI....

Satu malam hujung minggu lepas, aku mimpikan dia. Kami berjumpa dalam kawasan hospital tp kat situ aku bukan lg dtg utk melawat atau menjaga dia macam dulu. Aku nampak dia datang dekat pada aku, tersenyum... Pakai baju kurung kaler light blue dan tudung bawal, macam dulu²...

Dia nampak cantik sangat! Muka dia berseri dan tersenyum manis, dan paling penting dia nampak sangat sihat... Kami tak bercakap, malah langsung tak bertegur sapa tp kami tetap memandang dan tersenyum antara satu sama lain. Hilang rindu sekejap rasenye. Tp bile aku nampak dia mcm nak pergi, aku terfikir dan terus bertanya dgn cemas...

"Eh! Dia dah ok ker tuh? Tak sakit lg dah ker??"

Tp bukan dia yg jawab soalan aku tuh. Someone else yg aku tatau sape yg bg jawapan pada aku...

"Eh... Dia dah OK dah. Dah sehat! Tak sakit lg dah..."

Dalam lega aku tetap bertanya...

"Dia makan ubat tak tuh?"

Lalu dgn pertanyaan tuh, aku terus terjaga. Hmmmm....

Lately aku lebih kerap rindukan dia. Maybe sebab tuh kot aku dapat jugak nampak dia walau dalam mimpi. Ya Allah, moga dia terus bahagia di sana. 

Atih dah rindu sangat pada ko, Acik...  :((

Al-Fatihah....

Thursday, September 13, 2012

RISAU~~~

Lately Addad kerap sangat sembelit. Naik risau aku dibuatnye. Ye, mmg aku sedia maklum yg Addad mmg akan menghadapi masalah tuh since dia penah operate kat usus mase lahir dulu kan... Doktor sendiri mengesahkan perkara nih pada kami lepas selesai surgery dia tahun lepas. Hurmmm... Tp lately nampak merisaukan sangat pulak! Meraung, berpeluh, merah² muke tiap kali meneran poo-poo. Aku sama-sama menangis bila tgk dia menangis tiap kali dia nak meneran. Huhuhu!

Aku ade rase nak bawak dia jumpe pakar kat Paed HKL semula utk check masalah nih. Pernah bawak pegi Hosp Sg Buloh and explain kat doktor condition dia nih, but at last ubat sembelit ngan pam air jugak yg dorg kasik. Huh! Sekarang nih, sampai tahap aku kene 'tolong' dia tiap kali nak membuang. Korek pun korek laa asalkan adik boleh buang seme mende tuh. Anak punye pasal, tahan aje laa bau nye...

Paling menakutkan ialah malam kelmarin. Beria-ia dia meneran sampai meraung² tp sket poop pon tak kuar. Tp bile aku check, macam kuar darah sket kat montot dia. Ya Allah!! Cuak nye aku mase tuh... Terus terfikir hospital time tuh jugak. Muke hubby dah serabut. Aku plak, toksah cakap laa.. Tgh mkn time dia nak meneran tuh, pas nampak darah camtu, terus patah selera. Sebu perut tiba-tiba. Huwaaaaaaaaa! But, at the time kitorg decide nak bawak dia pi sepital, dia cam OK jek plak... Siap baring guling² tgk TV sambil makan roti. Huhu...

Semalam, aku dok monitor keadaan dia. Kejap-kejap aku dok kol abg napi n kak ida tanye pasal dia. Tp Alhamdulillah, semalam dia ok jek! Cuma malam td dia ade meneran lg. Aku dah neves! Tp bile check, takde ape yg kuar. Berdarah pon tak. Lega sket di situ. Tp still masalahnye skrg, nak bg dia membuang. Masuk ari nih, dah 6 hari dia dok peram t**k tuh kat dalam. Haiyooo... Adik, tolong laa mama. Jangan buat mama susah ati selalu. Isk! Isk! Isk!

Ade org cakap tak sesuai susu. So, me n hubby skang dalam proses menukarkan semula susu dia kepada susu soya. Seems like mase dia minum susu soya time kecik² dulu, problem ni takde. Dan dari pembacaan aku jugak menunjukkan serat banyak terhasil dari kekacang dan sayur-sayuran hijau. So, aku plan nak tukar susu dia kepada ISOMIL semula memandangkan MAMEX takde rumusan soya utk 1 tahun ke atas (ker ade n aku yg tataw? Huhuhu...). Isomil kan soya, soya adalah kekacang dan kekacang ade banyak serat. Hehehe! Skang pon Addad banyak makan sayur.. Dan nasik dia pon aku wat lembik² jek! Takut dah nak bagi keras² coz dia 'malas' mengunyah... Ape yg masuk dalam mulut dia, dia main telan terus jek! Tak kunyah langsung. Huh...

Ya ALLAH, moga masalah Addad ni tak berpanjangan. KAU lindungilah anak-anakku, Ya Rabbi. Moga mereka sentiasa sihat, gembira dan terpelihara dari perkara² yg tak diingini. AMin... Biar mama sorang aje laa yg ade masalah sembelit nih, dik... Adik tak yah follow laa. Huhuhu!

Wednesday, September 5, 2012

ADAM & HAWA

Huwaaaaaaaaa....!!! Demam drama adaptasi novel kembali. Bile aku dah start tengok, mmg tak leh nak stop. Tambahan pulak tgk kat saluran HD. Gamba cantek, suara clear. Terbaekkk!!!

Bile kuar ura-ura kate nak ade drama based on novel nih, aku dah start gugel. Rase cam dah penah bace tp ala-ala lupe gitew... Mula laa aku sebok nak cari semula novel dia. Huhuhu! Eksaited sangat coz aku punye prediction bg drama adaptasi novel nih sangat laa tinggi. Tambahan pulak bile di amik dari antara novel terlaris kannnn... 

Pic ehsan incik Gugel: Cover novel asal.

Pelakon nye? Mebi sbab skang Aaron tgh hit, so dia terpilih lagi utk pegang watak Adam Mukhriz plak kali nih. For me, it was OK. Selagi pelakon tuh mampu membawak watak dgn sebaik mungkin dan tak lari dari jalan citer asal, takde masalah pada aku kot! And watak heroin pon bagus. For me, Nadya Nissa was the best for watak Ain Hawani. Tak perlu pilih pelakon yg terlalu popular dan cantik, asalkan karakter tuh kene ngan watak dalam novel kan? Hehehe... Berlakon pon mantop jek memasing. :D


So, on 27-August ari tuh, start laa drama nih kat saluran 134, Astro Mustika HD. Aku dah jadi antara follower tegar nih. Ekekekekekee! Nak tak nak, en hubby terpaksa terjebak sekali sebab bila kul 10pm jek, aku dah kontrol remote. Hahaha! Ayyad pon tak leh mintak tgk citer dia time tuh. Kompem tak dapat punye... Muehehehehee!


Dan setakat 6 episod yg aku dah tonton nih, sangat lah TIDAK mengecewakan. Memang terbaekkk! Watak Am dan Ain dalam drama mmg best sesangat... Haiyooo! Mama dah mula laa nih. Angau melayan watak Am yg ensem n si Ain yg sweet tuh...


OST drama pon terbaekkk! Muara Hati by Dato' CT & Hafiz. Alahai... Sangat laa merdu, bes, sedap dan menusuk jiwa. Dengar sekali-dua, terus hapal noks! Hahaha...So, pasni aku dah ade citer untuk di follow dari ari Isnin sampai Khamis setiap minggu. Jenuh gak nak mengabis kan  80 episod tuh gamaknye.. Muehehehehee!

p/s: Harap-harap kali nih aku tak kuciwa lagi macam time aku follow drama Bicara Hati dulu. Huhuhu! Terus 'lari' jalan cerita nya dari novel! Hampeh... Hopefully kali nih, biarlaa follow sebijik-bijik dari novel... Hehe! And mebi macam tu laa coz dengarnye Aisya Sofea takmo jalan citer dari novelnye tuh di ubah langsung! Syabas Aisya... Hehehe! I loike... :p

Thursday, August 16, 2012

Salam Aidilfitri - Maaf Zahir & Batin

Esok dah start cuti. Yeayyyy!!! InsyaAllah, kalo takde ape aral, malam nih pas berbuke kami sekeluarga akan gerak balik ke kampung aku. Hehehe...

So, di kesempatan ini aku nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFIRI buat semua sahabat-handai dan kenalan serta ahli keluarga. Ampun maaf di pinta atas segala salah silap dan keterlanjuran. Semoga lebaran ini dapat disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Hati-hati dalam perjalanan. Semoga perjalanan kite semua dipermudahkan dan dilindungi... Selamat pergi dan selamat pulang.


Maaf Zahir & Batin...

Wednesday, August 15, 2012

Macam-Macam Hal...

Ramadhan dah kat penghujung. Raye pulak dah makin mendekat. Abes mood dah melayang belaka. Badan jek yg pi koje, hati dah tertinggal kat merata-rata... Hahaha!

Isu tumpang-menumpang tiap kali nak balik beraye nih mmg dah jadik perkara biase bg aku. Tetiap tahun aku kompem tumpangkan anak-anak sedare aku especially anak-anak along yg opkos tak muat nak balik sekali dalam satu kete comel dorg tuh. Kete aku pon bukan laa besO, aeroback biase aje pon but sket-sebanyak boleh laa tolong dorg memudahkan cara utk balik ke kg kan? Hehehe...

Tp tahun nih ade tambahan story-line plak. So, tertimbul lah isu di situ td. Dan sebagai org tgh, aku sangat stress!!! Kalo boleh, ye! Memang aku nak tolong hangkut belaka... Tp, haih.... At last, ade laa jugak penyelesaian nye walopon tak laa bape selesai sangat. Huhuhu!

Then, ade lagi plak isu lain datang. Tp bile berkaitan dengan Ringgit Malaysia nih, mmg tak leh nk wat apa laa kan? Hahaha... Isu biase tp jadik luar biase bile tibe nye musim perayaan macam nih yg memerlukan kami mempunyai jumlah Ringgit Malaysia yg mencukupi.Uhuk! Tersedak... Alhamdulillah, masih boleh dan dapat diselesaikan...

Suddenly, hubby gitau yg Kak Ida (pengasuh anak-anak) bakal kene masuk wad for observation before bersalin on the next 2 weeks. Adoiiiyyyyaaaaaiiii!!!... Apakah??? She suppose to deliver on September tp tau aje laa kan bile si ibu ade prob diabetis, kompem kene pakse bsalin awal punye lah... Aku sebenarnye still tak ade solution macam mane nak manage bebudak nih sepanjang tempoh dia berpantang. Menurut dia ari tuh, aku still boleh anta anak-anak kat dia coz dia akan amik pembantu utk jaga dia sepanjang berpantang. Mak dia pon akan tolong sket² laa... Tp, aku tertanye-tanye, logik ker aku nak anta anak-anak aku utk dia jaga walhal dia dalam pantang? Haiyoooo........

Salah satu solution yg kami boleh pikirkan setakat nih ialah, menumpang kat umah along. 1 or 2 weeks mebi ok but 2 months a.k.a 60 days? Errr.. Aku dah dapat bayangkan kepenatan nye... Tinggal kulit jek laa aku nanti! Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa..........

Isu nih kene diskas lg ngan en hubby balik kang. Apepon, yg penting ari nih aku nak iftar dkt  Perangsang Templer Golf Club with Ubai & family.. Hehehe! Buffet uols... (Aku kah yg jakun coz tak penah makan kat buffet Ramadhan. Hahahaha!)

Apape pon, moga aku ketemu penyelesaian terbaek utk semua isu² nih... Amin. :)

p/s: Congratulations buat Mr & Mrs Kitty kite (Puan Sya & En. Mael) atas kelahiran puteri sulong a.k.a Baby Kitty dorg pada pukul 2.20pg td. Kelahiran adalah secara normal. Moga both, mama & baby sehat² selalu. Selamat berpantang my pren! 
:: Seb bek ade berita tambahan yg menggembirakan ari nih.. Muehehehee!

Thursday, July 19, 2012

SALAM RAMADHAN 1433H

Alhamdulillah... Ramadhan bakal bertamu lagi. Bulan yang dinanti, bulan yang dirindui. Moga kedatangannya kali ini memberi seribu makna dan keberkatan dalam hidup kita. Tingkatkan ibadah, perbanyakkan jariah. Semoga kita mampu melaksanakan tanggungjawab di bulan mulia ini dengan sempurna, insyaAllah...


 "AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN" 

Tuesday, June 5, 2012

FINALLY 'DIA' KEMBALI... HEHE!

Lama dah tak jumpe ngan 'dia'...
Lame sesangat rasenye sampai rase kekok plak bila 'dia' tiba² datang semula.
Last jumpe 'dia' rasenye around May 2010 kot!
Sebab aku perasan 'dia' tak lg dtg melawat sejak Jun tahun yg sama.
Tp bila 'dia' start tak dtg that time, ianya satu berita gembira buat aku.
Dan untuk 9 bulan seterusnya tuh, memang 'dia' tak mungkin datang.
Sampaikan saat kelahiran si Addad on Januari 2011, 'dia' memang tak menjenguk langsung!
Alhamdulillah... Itu menandakan Addad selamat & sehat in mama's womb.
Cuma 'adik-beradik dia' wajib laa dtg time bersalin tuh kan... Hehe!
Then, aku start breastfeed Addad sebaik aje dia menjengah dunia.
Mula-mula rasa pelik sebab 'dia' still tak dtg.
Sebulan, 2 bulan, 3 bulan .... Dan bulan-bulan yg seterusnya.
Ade jugak rase cuak kat situ.
Tambah² lagi bile aku ade rase tak sehat & demam² pada satu masa tuh. Huhu!
Bukan laa rindu sangat kat 'dia' pon cuma kedatangan dia selalu mengesahkan sesuatu.
Org lain yg seangkatan ngan aku kebanyakkan nye semua dah di lawat semula...
Still have positive thinking coz aku mmg nak 'rehat' dulu selepas adenye Addad.
Mujur laa takde apape yg berlaku walopon 'dia' tak datang² melawat aku.
Breastfeeding journey masih tetap diteruskan...
And of coz, perisai wajib disediakan. Hehe!

Selepas 1 tahun 3 bulan dan 27 hari kelahiran Addad;

Tiba-tiba 'dia' muncul semula!
Lebih kurang pukul 6 pagi, 24-5-2012 hari Khamis,
'Dia' kembali lagi....
Melawat aku yang telah terlalu lama ditinggalkan.
Agak terkejut jugak pagi tuh mase aku lihat kedatangan 'dia'...
Hehe! Rase kelako ade, neves pon ade gak.
Kekok bile dah lame tak berjumpe...
Luckily ade spare 'baju lama' utk 'dia'...
Tu pon rasenye arwah adik yang punye.
Pakai aje laa dulu sementara nak beli 'baju baru' yg beso sket. Hihi!

Syukur Alhamdulillah 'dia' dah datang semula..
Itu bermakna diri ni masih ade fungsinya. ;)
Cuma lepas nih kene lebih berjaga-jaga.
Perisai dah tak boleh guna ikut suka.
Kene selalu berwaspada dan ikut aturannya..
Kalo tak, HARUS ade yang ketiga!!! 
Haha!

Thursday, May 31, 2012

IT'S BEEN A YEAR...

I really miss the moment that we've spend together.
Chatting, joking, cooking, playing, singing, reading, crying and everything.
Not to forget, arguing...

You are really stubborn but i always love you...
Can't stop worried about you if you're home late without telling me.
Of coz! You are my only lil sis that i've ever had in this world.

If I could turn back time...
I wish you could tell me earlier that day, that you're sick! Really sick...
I wish we could reach hospital before you stop breathing.
I wish I force you to get treatment a day before that.
I wish I knew it,
And I wish we still could laugh together today...
I really wish...

I'm sorry... 
I should take extra care of you.
I should alert everything that happened to you.
I should always remind you.
I should know the way you telling me something without telling me.

I'm sorry... I know I've been too harsh to you sometimes but it's all because I love you.
Never meant to hurt you.

I'm sorry, I never say I love you even I do.
I really hope you just know that.

And, I'm sorry for everything, while we were together.
Be with you since our childhood time, live together with you in the same house, work at the same building with you...
It's hard for me to believe that you've already leave me.


Miss you so much, sis...


~ AL-FATIHAH ~
Siti Fairuz binti Mohamad Yusop
18.06.1985 - 31.5.2011