Followers

Showing posts with label ApeApeAje. Show all posts
Showing posts with label ApeApeAje. Show all posts

Thursday, March 20, 2014

Sekian Lama...

Huh! Syuuuhhh... Syuuuuhhhh... Byk nye spider kat umah ni! Bersarang2 sane-sini.

Hehe... Menandakan dah sekian lama aku tak menjengah dalam rumah ni. Lawat kawasan ade la... Tinjau jiran2. Tu pun tak masuk rumah. Usyaaaa jek! Hahaha....

Walhal, byk nye laa mende berlaku dalam hidup aku sepanjang mase ni. Sedang membina ketabahan diri dan kekuatan hati sekarang ni.

Buat ringkasan je lah!

Personal life: 

  • 5-Feb : Birthday hubby - Which is hubby start demam, sakit2 sendi dan lemah badan. Dah lama dia tak kene demam. Starting from that, dia berterusan demam tak kebah2. Memaksa aku mengambil 2 hari EL pada hari berikutnye. Weekend, dia nampak makin OK but suddenly Sabtu malam ahad, demam dia dtg balik sekali menggigil2! Rushing to Hospital KKB ari Ahad tu and that's it!... Dia kene Denggi. Hurm.. So, he warded on th 9th Feb, 12th baru discharge. Seminggu laa aku amik cuti time tu, ulang alik rumah-hospital-rumah-hospital. Abah sempat datang melawat on 11th.
  • 20-Feb : Addad plak demam berlarutan lebih 4 hari. Terpaksa bawak pi HSB and amik darah. Ade jangkitan kuman sket kat paru2 but Alhamdulillah bukan denggi n dia tak semput. Cuak gak pas kes ayah dia ari.. Huhu!
  • 10-Mac : Anak-anak start dok ngan maklong kat Senawang. Insyaallah, untuk sementara. Bukan sengaja, tapi terpaksa. Bermula episod kami sebagai weekend parents. Hubby and me, penguat semangat masing2. Rindu toksah cakap lah. Aku usahakan utk kol dorg hari2. Aku? Akan ke Senawang setiap hujung minggu. Hubby? Ntah laa, sbb cuti dia tak menentu. Huhu!
  • 13-Mac : Alhamdulillah, berganjak setahun lagi usia aku. Besday kali ni, perasaan bercampur baur. Ade seronok, sedih, hepi & macam2 lg. Yang pastinya, aku sangat bersyukur atas setiap kurniaan Allah dalam hidup aku ni. Kawan2 plak wat seprais kat opis... Hehe! Terubat sket hati ni dgn usaha dorg tu.
  • 18-Mac : Permulaan baru untuk hubby. Moga ianya adalah permulaan yg baik buat kami dan semoga Allah Taala sentiasa memberkati apa yang kami lakukan ni.
Professional life:
  • Aku nyaris2 buat 24 hours resign. Siap taip surat dah, standby... Namun, aku cuba bertahan dulu, selagi mampu. Selagi Allah kurniakan SABAR itu buatku. Dan selagi DIA kata rezeki itu masih buatku dan anak-anakku.
  • Kawan2.... Ade yg memahami. Maybe ade yg paham tapi tak peduli. Tp masih ada yang paham, mendalami dan sentiasa menyokong. Terima kasih, sahabat semua.... Kepada yg sekadar melahirkan simpati tp kat belakang dok kata itu-ini, terima kasih. Aku tak mintak jadi macam ni, dan aku tak akan mintak utk korg alami ape yg aku alami sebab peritnya hanya Allah Taala yg tau. Korg tgk org angkut guni beras tu berat kan? Tp org yang mengangkut tu pastinye terlebih-lebih rase beratnye... Moga korang semua dilindungi.
Waktu-waktu macam ni lah, baru dapat kenal sape kawan, sape lawan. Sape sahabat, sape musibat...

Mungkin sekarang kami teruk! Jatuh terduduk, sampai tak boleh bangun sebab injured yang teruk. Tapi, insyaallah... Kami pasti bangkit kembali... Demi anak-anak, demi keluarga dan sahabat2 yg memahami.

Mereka2 ini kekuatan kami. Terima kasih semua kerana tak putus2 membantu kami, mendoakan kami dan menyokong kami.

Nauzubillahiminzalik... Aku tak pernah bersangka buruk denganMu, Ya Allah. Astaghfirullahalazim.

Ujian ini banyak hikmahnya. Moga segala yang terjadi, menjadi iktibar buat kami. Terima kasih, Ya Allah. Kerana membuka mata dan minda kami. Aku sentiasa percayakan Mu... Kerana, KAU adalah Maha Segalanya dan sebaik-baik perancang.:)

Friday, December 6, 2013

Kifarah atau Peringatan, hanya DIA yang tahu...

Pernah seseorang berkata pada aku...


"Anak ko selalu tak sehat, sakit-sakit... Cuba ko pikir balik, mesti ade mende2 tak elok (dosa) yang ko penah buat dulu. Tuhan nak tunjuk kat ko melalui anak ko lah tu. Cuba ko buat solat sunat taubat, istighfar banyak-banyak. Muhasabah diri tu sket..."

Camtu lah lebih kurang percakapan nye waktu tu.

Hurm... Tak tau la dia cakap tu sebab marah pada aku masa tu ker atau mmg dia berniat nak kate camtu ker. Wallahualam bi sawwab...

Dan aku takkan pernah lupe setiap baris percakapan dia tuh, setiap riak wajah n memek muka dia masa tu sebab hati aku sangat terguris dengan setiap bait perkataan yang dia tuturkan pada aku saat tu. Jujur aku katakan, untuk setiap tuduhan yang dia lemparkan pada aku, aku masih tak dapat nak maafkan sampai sekarang.

Marah lah aku, kritik lah aku, betulkan aku sekiranya aku salah. Aku tak kesah langsung kiranya aku di hentam dengan perkara yang berkaitan antara dia dan aku. Marah dan tegurlah aku dengan berhemah. Bukan dengan cara mengorek rahsia peribadi dan rumahtangga aku lalu memalukan aku, merendahkan martabat seorang ibu dan dengan mengaitkan anak-anak aku dengan so-called 'ceramah' tak bertauliah dia tu.

Kalo kau bukan seorang ibu, jangan sebut pasal pengorbanan ibu. Ibu dan ibu saudara jauh bezanya. Walau tetap darah daging tapi bukan kau yang tanggung sakit melahirkannya.

Kalo rumahtangga kau jua tak terjaga, jangan di kritik rumah tangga org lain. Usah pandai nasihat percuma kira nasihat itu tak pernah kau guna.

Kalo penampilan muslimah kau dah cukup sempurna, maka sempurnakanlah juga peribadi, pertuturan dan akhlakmu. Biar sama rata dan lebih berhemah hendaknya.

Mungkin ilmu agama mu lebih tinggi dariku, begitu juga dengan amal jariahmu. Namun itu bukan lah tiket untuk kau mengadili takdir hidupku.

Fikirlah, apa hak kita sebagai manusia dan hamba-Nya untuk menjatuhkan hukuman kepada manusia lain?

Aku tak menolak kira benar apa yang terjadi itu satu kifarah. Mungkin benar seperti katanya yang Allah nak tunjukkan pada aku dosa-dosa lama melalui anak aku. Tapi tak terfikirkah dia, mungkin jugak ianya satu peringatan buat aku? Peringatan supaya aku tak terus lalai dan terus selalu mengingati-Nya. Terus mengadu dan jangan pernah tinggalkan Dia? Tahukah dia bagaimana perjalanan hidupku dan amalanku selama ini?

Betul kata orang, memang senang untuk bercakap tapi cuba lalui dulu, baru tau langit tu tinggi atau rendah. Aku percaya, Allah pilih kami sekeluarga untuk diuji kerana Dia masih sayangkan kami. Dan aku tau, Allah takkan menguji hamba-Nya melebihi dari apa yang mampu mereka tanggung.

Kenapa sekarang baru nak update ye? Ahah! Tadi aku ade blogwalking kat satu blog kakak ni (Kerna Kasih Kita), sangat tersentuh dengan entry dia yang satu ni. Di mana dengan tenangnya dia menjawab komen seseorang yang sangat sarcastic hanya tentang gelaran yang dia berikan pada anaknya, Semoga akak sentiasa tabah dan sabar, ye kak... 

Berbalik kepada tujuan asal aku... Aku tertarik dengan satu kenyataan yg akak ni buat kat entry dia tu. Macam ni bunyi nya....

"Pada saya senang, jangan melihat penyakit itu sebagai kifarah semata, sebagai beban semata. Penyakit juga perlu dilihat sebagai peringatan. Untuk kita orang-orang di sekeliling mereka juga. Seperti kata seorang teman sekasut, "Sebelum tibanya anak-anak kita ini, kita kenal tuhan. Setelah adanya anak-anak kita ini, kita lebih kenal tuhan..""

Aku sangat suka dan tertarik dengan ayat2 ni. Dan bagi aku pulak, tak kisahlah ianya kifarah mau pun peringatan buat kita, sebagai hambaNya kita haruslah selalu bersyukur dan redha dengan setiap ujian yang datang. Terus percaya bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jika bukan kita, mungkin kenalan kita yang mendapat ujian. Sebagai manusia biasa, kita perlu sentiasa mendoakan mereka bukan menjatuhkan hukuman semata-mata.

InsyaaAllah, jika kita selalu ingat kan Dia, pasti Dia juga selalu ingat pada kita. :)

Monday, August 5, 2013

Salam Syawal 1434H - Selamat Hari Raya Aidilfitri


Monday, June 3, 2013

Chicken Pox @ Cacar Air

Berkesinambungan dari entry Demam Berpanjangan yg lepas....

Mama nampak another 2 same 'dotted' kat belakang telinga kanan Addad... Aduiyai! Mama dah saspek. Memang mama tak sedap hati dan mintak ayah terus bawak kete menuju ke klinik. Bila jumpe doktor, ye..... Sah lah Addad dah kene Chicken Pox @ Cacar Air. Wuwuwuwuwuwuwuuuuuuu!!! Mama dah terbayang kene cuti keje another 1 week. Adoi!!! Maka hari tuh pon, mama terpaksa EL. Begitu jugak ngan Ayyad sebab dia nampak tak bape sehat ari tuh. Tp menjelang tghari, Ayyad OK. Addad pulak makin banyak dinaiki bintik2 campak dia tuh. Huhuhuhu...

Bile Taska dapat tau, mama ingat dorg tak nak bg hantar. But, sebaliknya dorg tak kesah kalo mama nak anta Addad ke situ sebab dorg kate budak2 kat situ semua dah kene Chicken Pox ni. And dorg pon boleh kuarantinkan Addad. Tp ye laa, mama pulak yg tak sedap ati. Takot mak pak budak lain marah plak nanti kan? Dah tau anak kene chic pox, lagi mau anta kan...

Tp dalam keterpaksaan, hari Jumaat tu mama ayah kene jugak tumpangkan Addad kt Taska sebab ada urusan keje yg wajib dibereskan. Tp waktu tuh, chic pox Addad still terkawal. Naik area badan jek sket. So tak risau sangat. Lgpon, sehari tu jek nak anta. Sabtu Ahad mama jaga kat umah dah...

So, bermulalah episod cacar air si Addad... Huhuhu! Sabtu Ahad kat umah, adik mmg melepek je laa. Dengan badan penuh bintik2 plus demam lagi... Haih!



Nak tak nak, Isnin Selasa pon mama terpaksa teruskan ngan EL sebab Addad masih perlu dikuarantin walaupon cacar nye dah mula mengering, tp still ade yg baru tumbuh kat area kaki n tangan.




Alhamdulillah, ari Rabu tu mama dah kompiden sket nk anta adik ke Taska. Sebab rase dia dah ok n cacar dia pon dan makin kering n berkurang. 

Skang pon actually parut2 adik masih ada lh kat dahi sket, n selebihnya kat badan. Abg Ayyad jek yg belom kene apape, measles or chic pox. Huhuhu! Risau jek berjangkit ari tuh. ALhamdulillah, antibodi si abang agak kuat. Hehehe!

And finally mama terpikir, adik demam teruk2 ari tuh agaknye sebab nak dapat chicken pox ni laa agak nye kan? Kan symptom dia adalah demam dulu sebelom kene... Hurmmm, mebi lah kot!

Tuesday, May 21, 2013

Demam Berpanjangan

Bulan April lepas, Addad kene demam berpanjangan dengan suhu badan yg agak tinggi... Around 38'C to 40'C each time buat check-up. Demam dia on-off, started on 10th April. Tp mama mmg anggap demam biase je la. Fllow up ngan ubat demam yg ade kat umah jek pon coz Addad just macam nak demam...Selsema n batuk dia mmg dah berlarutan more than 2 weeks on that time. But Alhamdulillah, dia tak sempot. Cuma mam agak pelik laa sebab demam dia datang n pergi. And kadang2 badan dia terasa dedar jek!

Tp pagi Isnin (15th April), mama dapat rase badan Addad panas giler n dia nampak menggigil sikit bila bangun tido. Memang mama terpaksa batalkan lah niat mama nak pi keje hari tu and terus bawak Addad ke klinik. Esok nye pon sama, Addad still demam dan panas sangat. Badan dia lemah jek... Asik baring dan nak berpelok ngan mama. Mama decide nam MC that day demi menjimatkan cuti yg dah tak seberapa tinggalnye tuh. Esoknye tuh, ingat kan dapat la pi keje tp rupanya Addad makin tak sehat dan akhirnya memaksa mama bawak dia ke hospital memandangkan dia dah start demam lama. Macam biase kat HSB agak lama... Siap amik darah semua dan Alhamdulillah Addad masih tak nampak sempot. Malah dia nampak agak sehat yg membuatkan mama agak berani nak anta dia ke Taska esoknye tu walau pesan dan amanat yg ditinggalkan berjela2. Hahaha! Tp tak sempat ptg, Kak Sal (nenek di Taska) & Kak Zila (Owner Taska) kol mama, bgtau yg dorg terpaksa emergency bawak Addad ke klinik 1Malaysia sebab Addad dah sempot & penat! Mama dah berderai air mata, ditenangkan oleh unTy Sya, terus kol ayah ajak balik. Maka keesokannye nescayalah mama EL lagi sebab kali ni Addad dah dapat pakej dia; demam + batuk + selsema + sempot. O yeahhh!

Tp Alhamdulillah, next week nye tu Addad dah fully recovered. Sempat la pegi Senawang n balik kg atok wan kat Triang dulu laa ujung bulan April lepas. Sebab on PRU13, mama kene balik kg ayah plak kat Lipis sebab ayah nak mengundi. Siap amik AL lg sehari (isnin) sebab takut jem nak balik KL ahad tu. Hahaha... Mama? Owhhh... Hehehe! Bawah umo. Ekekekekekeee!

Gamba mase balik kampung atok kat Triang...

Balik dari Lipis, Addad OK jek. Sempat mama pi koje 2 ari. Tp malam 8th May tuh, mase tukarkan pampers Addad, mama perasan cam ade gelembung air kat celah kangkang dia. Tak suspek apape pon sebab before this penah nampak lbh kurg camtu jugak laa tp it's just kinda allergic or ruam akibat lambat tukar pampers. Addad pon ok jek! Aktif melampau... Haha! Cuma abg Ayyad agak dedar sikit badan nye. And dalam pukul 2am at the same day, Ayyad terbangun tgh malam, menangis n merengek2. Bila mama pegang, badan Ayyad panas sangat! Mama terus bg dia makan ubat demam, then dia pon tido balik cam biase.

Esoknye tuh, bgn pagi mama terus rase badan Ayyad dulu. Alhamdulillah, dah tak demam lagi. Terus mama siap2 nak pi keje cam biase. Tp mama perasan badan Addad agak berbahang masa mama dukung n angkat dia bgn tido tu Mama bg jugak dia ubat demam, takut berjangkit dari abgnye. After that, terus kuar umah and naik kete. Bile kete dah jalan & benti depan Taska, ayah teringat yg dia terlupa nk amik baju sekolah Ayyad. U-turn balik... Huhu! Sementara tgu ayah amik baju, mama terpandang cam ade something kat area bawah pipi Addad. Mama ingat habuk or ade something melekat. Bila mama tepis2, mende tu tak hilang, malah tak gerak langsung... Bile mama belek2, mama nampak macam gelembung yg sama mama nampak kat celah kangkang Addad malam td. Uih!!! Mama dah panik. Apsal plak ade lg yg sama nih? Tergerak hati nak belek2 muka Addad... Dan, "Hoih!....." 

(Bersambung later....)

Monday, April 1, 2013

ALFALFA SHAKLEE: SUPPLEMENT FOR MAMA

Tak penah lagi pakai supplement sepanjang hidup. Atas sokongan kawan2 dan peningkatan umur yg menampakkan tanda2 penuaan, (hahahaha!) aku mulakan pengambilan supplement nih, bermula hari ni selepas lunch td!

Ye, aku dah amik mende ni dari si Liza since Rabu last week lg but di atas sebab2 kebizian dan permasalahan kesihatan Addad yg melanda, aku menundakan permulaan pengambilan mende nih. Aku amik bile aku betul2 dah ready. Yesss....


Org kate nak tau keberkesanan nye, kene laa tgu some times kan? So, kite tunggu aje lah ape kesan nye nanti. Hehehe!

KEMBALI KE SITU

Dah lame rase nyee... More than a year. Last ke sane and bermalam kat situ last year, 20hb - 24hb Januari 2012. Tiba-tiba tahun ni, kene ke sana lagi. But mujurlah tak lama kali ni. Masuk Jumaat malam sampai pagi Ahad jek...

It's been a year adik tak kene serangan athma yg teruk. Since last Sunday (24th March), Addad mmg dah start ade heavy flu but he still active as usual. Isnin, tak pasal2 mama kene EL sebab kul 4.30am Addad menangis2 time tido sebab susah nak bernafas. Selsema dah block hidung dia sampai dia naik semput. Sejuk2 tangan kaki dia buat mama cemas dan terus ajak ayah ke SP Care utk amik neb. And of coz mama kene EL isnin tuh sebab nak jaga Addad. 


2nd neb session on Monday night @ SPCare


Selasa mama start hantar Addad n Ayyad ke Taska, menjelang kul 5.30pm, owner Taska kol n inform kat mama yg Addad demam tiba2. Suhu badan dia panas. Mama pulak lupe bekalkan ubat demam kat cikgu dia. Sib baik ade ubat demam budak lain. Addad pakai sementara mama ayah sampai. Tp mase mama sampai, mama nampak Addad ceria jek walaupon cara pernafasan dia agak membimbangkan. 

Another neb session pas balik Taska on Wednesday @ SPCare


Rabu, mama tetap anta Addad n Ayyad ke Taska. Dan no prob sampai petang. But pg Khamis, mase mama kejut Addad bangun nak ke Taska, badan Addad nampak menggigil. Mama dah cuak! Ayah kate, m



Another neb session @ AMC & Wong Singh

ebi sebab dia bangun tido mengejut tp mama tak yakin. Mama tau anak mama. There must be something wrong. Nafas dia pon makin kuat bunyi nya. Mama n ayah singgah taska dan ayah turunkan abg Ayyad. Tp mama tak yakin nak tinggalkan Addad. Walau dah lewat nak ke opis, mama gesa ayah bawak Addad ke klinik dulu. At least dapatkan neb utk dia. Finally ayah ikut jugak...

Sampai kat klinik, Addad mmg nampak ok jek. Aktif macam biase tp dia bernafas dah macam penat sangat. Bile jumpe doktor dan explain everything, doktor bg neb and mintak mama ayah refer hospital terus coz suspected pneumonia lagi. Hurmmmm... But, mama ayah mmg degil. Bukan ape, kami kalo boleh tanak sampai dok wad. Selagi ada usaha, kami cuba. Bawak pulak Addad follow up neb kat Aniza Medical Center. Malam tu, Addad still boleh tido lena.


Jumaat, ayah pegi keje tp mama tetap tak sedap hati nak tinggalkan Addad sebab mama mmg dah rase Addad sangat tak sehat ari tuh. And yes, belom pon sempat ayah sampai kat tempat keje, mama terpaksa kol sebab Addad dah start batuk tak berhenti walopon lepas makan ubat n pakai inhaler. Tp masalah nye, ayah kene keje jauh plak ari tuh. Nak tak nak, mama cuba sedaya upaya supaya Addad dapat bertahan. Walau dia dah semput2 tp dia tetap aktif! Puas mama umpan macam2 mintak dia duduk diam2... Sampai satu mase dalam kul 10am, Addad dah nampak penat sgt sebab batuk non-stop. Mama terus kuarkan stroller dari dalam bilik, angkut Ayyad n Addad ke klinik 1Malaysia amik neb. Alhamdulillah, Addad nampak ok sket walau still ade batuk2.


Anyway, mama awal2 dah prepare barang2 in case kene dok ward lg nanti. Sebab mama dah mintak ayah balik secepat mungkin coz keadaan Addad mama dah tak boleh kontrol lagi.


Lepas solat Jumaat, baru ayah dapat gerak balik. Bagi ayah rehat sekejap dan kami masih berfikir2 samada nak ke hospital atau follow up neb aje. But menjelang Maghrib, Addad mula batuk tak berhenti semula. Selesai solat, mama ayah terus rush bawak Addad ke HSB. Mula2 ke zon kuning and lastly warded. Memang mama ayah dah jangka pun. Takpe lah, asal Addad boleh sehat semula.


Ke sini akhirnya...

Alhamdulillah, tak sampai 2 hari Addad dah ok semula. Walaupon batuk2 masih ada tp at least pernafasan dia dah nampak macam biase. Ari ni, mama terpaksa tinggalkan Addad kt Taska jugak dengan amanat yg berjela. Harap2 Addad ok. 

"Ya Allah, aku bermohon Kau lindungi anak-anakku sepanjang tiadanya aku di sisi mereka. Sesungguhnya aku hanya percaya pada kekuasaanMu. Maka Kau tunjukkanlah... Amin."


As usual, lepas Addad dah ok, mesti dia pass baton kat mama. Ari nih mama terpaksa ke klinik amik ubat sebab rase tak larat sangat! Moga2 mama pon cepat sembuh. AMin.... :)

Tuesday, March 26, 2013

BERUBAH DAN PERUBAHAN

Hari ni, anak-anak dah start duduk kat Taska. Harap-harap diorg mudah menyesuaikan diri dengan tempat baru. Abg Ayyad, insyaaAllah mama tak baper risau sebab dia memang sangat independant orgnye dan cepat mesra. Cuma Addad jek yg mama agak concern sebab dia tuh kan sensitif sket bab kesihatan nih. Lagi pulak, dari kecik mama dok anta dia tinggal ngan pengasuh, dok taska sekejap jek dulu. Lepas dia kerap jatuh sakit, doktor advise no more Taska for him! But, bila Addad makin besar, mama nampak Addad makin 'kuat'. So, mama nak expose sket Addad ngan kawan2 dan aktiviti pelajaran. Mama awal2 dah mintak ayah amikkan injection pneumococcal sbg protection utk Addad. InsyaaAllah, mama dah berusaha sebaiknya untuk Addad, selebihnya Allah Taala punye kuasa kan? :)

Kenapa dah tak dok ngan pengasuh lagi? Hurmmm... Tah laa. Banyak alasan nye. Cuma yg pasti, mama nak kan yang terbaik buat anak-anak mama. Moga Allah Taala permudahkan segalanya. Drastik kan? Memang... Sebab mama takmo tunggu lagi. Dah sampai masanya kot utk perubahan. Semua kat dalam dunia nih berubah kan? Manusia juga berubah. Jadi, terima kasih kepada mereka2 yang sangat concern pada keluarga kami. Tak dapat kami balas kebaikan anda melainkan Allah Taala juga yg menentukan segalanya.

Takmo panjang2kan cerita, yang penting mama perlu amik preventive action secepatnye. So, itulah yg mama buat. Percaya atau tak ape yg didengar, itu belakang kira. Apapepon, baik atau buruk, hanya ALLAH Taala yg Maha Mengetahui, Dan biarlah DIA buat kerja DIA, bukan hak mama utk menentukan natijahnye.. Mama serahkan segalanya pada Yg Maha Esa sebab mama tau DIA mmg tahu segalanya dan pasti memberikan yg terbaik kan?

Terima kasih kepada semua yg pernah berjasa kepada kami. Anak-anak mama, moga hepi ngan environment baru ye!

Sampai jumpa lagi... Da daaaaaaaaaaaaaa!!!

Thursday, March 21, 2013

+1

13-March 2013

ALHAMDULILLAH Masih diberi peluang dan kesempatan oleh Yang Maha Esa utk menghirup udara di muka bumi ini, utk menatap wajah2 kesayangan, juga utk meneruskan usaha dan amanat yg diberikan buat ku. Syukur yang tak terhingga kerna masih dikurniakan kesihatan yg baik dan pemikiran yang waras.

Bertambah setahun usia. Moga pertambahan ini sentiasa menjadi permulaan yang baik buatku dalam menempuhi hidup ini. Moga aku sentiasa dirahmati dalam setiap amalan dan perlakuan, diberkati bagi setiap rezeki dan ganjaran... Dikurniakan tahap kesabaran yang tinggi dalam melaksanakan setiap amanah di dalam rumahtangga mau pon kerjaya. Moga aku mampu menjadi pembimbing yg baik, dan diredhai oleh Allah Taala. Harapan - Semoga aku dikurniakan kebahagian dunia dan akhirat... Amin Ya Rabb.

Nothing special happened, no celebration either. Enough for me - Semua ingatan dan ucapan dari kawan2 dan ahli keluarga. My first wisher of coz, dear hubby... Pagi2 bute, celik2 mata terus dapat ucapan Hepi Besday dari dia. Love him so much! :D

Thanks all yg wish on my special day. Korg memang d best!

Thursday, February 7, 2013

HAPPY BIRTHDAY, MY LOVE...

On 05th FEBRUARY 2013...


A Week Without My Other Half

Balik dari kampung last week, directly hubby check-in kat Palm Garden Hotel @ IOI Resort, Putrajaya. Dia kene attend training selama seminggu and stay there! Huwaaaaaaaaaaa... How do I live without you???? Ekekekekeee... Emosi plak aku. :p Bukan pe, selain mase dalam pantang, aku tak pernah pon ade sehari tanpa dia. TAK PERNAH, occay! So, agak serabut gak laa kepala otak aku ngan dia time tuh. Tp we have no choice. Nak tak nak, terpaksa jugak lalui. Lepas check-in, kitorg balik umah dulu utk packing baju hubby for a week. Then, aku tumpangkan anak-anak kat umah Kak Ida jap petang tuh sebab nak anta hubby ke stesen KTM Komuter Rawang. Dia kene naik public transport ke sana sebab aku kene guna kete dalam mase dia kat sane nanti untuk ulang alik ke tol utk naik bas pegi keje.

So, Ahad malam tuh, bermula laa kehidupan aku anak beranak tanpa hubby menemani. Rindu seyhhhh! Setiap ari, balik keje, anak-anak mesti tanye, ayah mane? Tetiap ari jugak laa aku kene menjawab mende yg sama, "Ayah work"... Hurmmm... Tak termasuk drama² yg anak² buat utk express rindu kat ayah dorg lagi... Memang menitik ayor mate mak nih, haaaa.... Huhuhu!

Memang rase agak susah tanpa hubby kat sisi. Aku tak dapat bayangkan macamane laa keadaan org² yg jadi wiken hubby-wify tuh... Aduhaiiii...... Sekurang² nye, me & hubby rase nih once in a blue moon jek. Jadi, bersyukur lah... Alhamdulillah.

And insyaAllah, by today hubby nak balik. Yeay! Yeay! Yeay! Hehehehe... Cuma td dia kol, ade masalah transportation plak. Huh! Harap² jgn laa tak jadi... Isk! Isk! Isk!

Sampai sini dulu... Later update lagi... Da daaaaaaa!

Monday, February 4, 2013

Addad's 2nd Birthday: Celebration kat kampung atok

Last week, kami sekeluarga balik umah abah. Lame nye tak balik sane. Rindu sangat! Walaupon byk sangat concern nye, kami tetap balik jugak. Selain menjenguk abah n mak uda, aku dah janji nak celebrate birthday Addad kat umah abah kali nih. Hehehe! 

Memandangkan aku mmg cuti Jumaat lepas (Hari Wilayah), aku guna laa kesempatan tuh utk prepare Addad punye birthday cake utk di bawak balik nanti. Ni laa rupa kek untuk birthday Addad yg ke-2. Tak seberapa pon. Simple jek. Hehehe!


Alhamdulillah, ini merupakan kali ke-3 aku buatkan sendiri kek birthday utk anak-anak. Hehe! Walaupon tak secantik, semeriah or sesedap kat kedai atau org lain buat, tapi aku puas hati. Sekurang-kurangnye usaha aku yang tak seberapa tuh, biasenye sangat dihargai oleh anak-anak aku sendiri. Hihi!

Kali pertama percubaan aku ialah masa 1st Birthday Addad, RAINBOW CAKE. Kali kedua pulak, masa Zayyad's 4-years Birthday celebration, CHOCOLATE SPONGE CAKE. Dua² pon tahun lepas punye citer. Hehe!

So, utk Addad kali nih, mama prepare PANDAN SPONGE CAKE with buttercream pulak lah... Hehe! Asik cekelat jek kang, boring pulak kan... Lagipon, mase mini celebration ari tuh, mama dah prepare VANILLA SPONGE CAKE. Kali nih, kite tukar k! Hehehe...



Makanan lain, kami just prepare simple² jek. Thanks mak uda atas bantuan. Hehehe! Aku tertido sampai kul 4.15pm. Padahal jemput budak² dtg kul 4.30pm. Mampos! Hahahaha... Bangun² tgk mak uda dah preparekan bihun goreng and kopok. Sumi pon dah siap² letak dalam bekas. Air sarsi pon sama. Tinggal nak hangkut ke depan jek. Hahahahampeh! Ape laa mama nih kan, dik. :p




Mula² dah cuak dah. Ingatkan takde budak² yg datang sebab dah kul 4.30pm pon, still takde org yg menjenguk. Pak uda nye pulak tido, kejut suh bangun n panggil kengkawan dia punye laa susah. Haha! Mak uda pon pegi remind cucu² cik Ali suh datang. At last, dalam kul 4.40pm camtuh, Alhamdulillah... Dah start ramai budak datang.



Bile dah siap semuanya, kami pun hidang makanan kat depan and atok mulakan majlis dengan bacaan doa selamat utk Addad. Time kasih, atok... Hehehe!


Selesai baca doa, terus wat upacara potong kek.


Addad ready...


Nyanyian lagu Hepi Besday!

Abg Ayyad enterprem...

Get set!


Yeahhh! Hepi besday Addad.... Hehe!


Hehe! Selamat sudah di potong.

Budak-budak yang datang memang kejar kek dulu. Bihun makan kemudian. Alhamdulillah, laku kek mak. :p Yang datang kemudian tuh, sempat laa merasa sket sorg. Cuma tak cukup nak simpankan utk kawan mak uda yg nak rase kek yg aku buat tuh. Next time lah ye... Hehe!

Rupa isi dalam kek... Separuh lg dah hadam dalam perut budak² yang datang. Hahaha!

Alhamdulillah, berjaya jugak mama preparekan a simple birthday celebration utk Addad. Walaupon tak semeriah mane, at least Addad tau org celebrate dia. Hehe! InsyaaAllah, mama akan cuba prepare mane yg termampu every year utk anak-anak mama. Walau takde parti besar-besaran, mama tetap akan buatkan birthday cake utk abg & adik setiap tahun, insyaaAllah... :)

Sampai sini dulu.... Da daaaaaaaaaaaaa!!!

Addad's 2nd Birthday: Mini Celebration

Masa birthday Addad yg ke-2 ari tuh, mama tak dapat nak celebrate betul² coz ayah keje and bajet ciput. Tp, untuk sambut jugak pada tarikh yang sama, mama dah pun prepare a simple and small cake yg agak² kami sekeluarga boleh kasik perabih. Hehehe! Ye laa, nak wat beso² kang membazir plak kalo tak de sape nak makan kan? So mama buat aje laa cake dalam setengah kg kot. Dapat laa jugak kasik jiran² merasa.

So, sempat laa jugak ayah snap a moment masa Addad cutting the cake. Hehe! Layan aje laa gamba² kat bawah ni ye...

-The Cake-

- Addad ready to cut the cake. Abg Ayyad dah ready pegang mangkuk nak makan... Huhu!-

-Mama enterprame sebab Addad dah sempat cucuk kek tuh kat atas. Erk!-

-A birthday song time by Ayah, Mama & Abg Ayyad-

-Yeah! Cut the cake now...-

- HEPI BESDAY MY DEAR BABY-

Sebelom dipotong....

VANILLA SPONGE CAKE yg dah kene lantak!

- Abg & Adik shows their happy & smiley face-
Luv u both, sweetie!


.:: Sekian utk entri Mini-Birthday-Celebration ::.



Friday, January 25, 2013

2013

Assalamualaikum....

Sedar tak sedar, dah masuk tahun 2013. Alhamdulillah, 2012 lebih cool dan relax untuk aku berbanding 2011 yg penuh dengan dugaan dan ujian.

 Memoir 2012... 

Dari segi kerjaya, 2012 banyak mengajar aku pengalaman berharga dan cara menjalankan tanggungjawab dgn lebih baik sebagai seorang ketua dan pekerja. Thanks to Puan Boss. Walau banyak makan hati sebab asik kene bambu pada mulanya, tp Alhamdulillah aku jenis yg mudah adapt dgn keadaan² yg macam tuh. Telan aje laa kalo betul tuh salah kite. Sebab aku admit bahawasanya kehadiran boss baru mmg banyak membuka mata aku utk bekerja dgn lebih dedikasi. Sekurang²nya aku tau kerja aku dan ape yg perlu dibuat berbanding dulu. Hehehe! Masih perlu banyak belajar dan akan terus belajar. Semoga Allah sentiasa membantu aku dan mempermudahkan segalanya... Amin. :)

Keluarga, Alhamdulillah.... Masih cuba memantapkan ekonomi keluarga. 2012 mungkin ada getirnya bg kerjaya hubby tp insyaa-Allah ia juga merupakan permulaan baru utk kami terus meningkatkan tahap kestabilan ekonomi keluarga kami. Doakan kami, ye! Anak-anak... Syukur. Zayyad memulakan sekolah di usia 4 tahun di Tadika Ikhlas cemerlang awal tahun lepas. Banyak peningkatan pada dia. Syukur Ya Allah, KAU kurniakan kami cahaya mata yg terang hatinya dan mudah menerima ajaran. Walau tetap ada nottinya, tp biasa laaa... Budak². Hehehe! Addad, Alhamdulillah... Tak lagi sakit² macam dulu. Sikit² tu ade laa tp kesihatan dia mmg makin improve. Sekali tu aje laa (mase awal tahun lepas) dia warded sebab sakit dia tuh then lepas tuh tak ada lagi. Insyaa-Allah, mudah-mudahan dengan izin Allah Taala, Addad akan terus makin sehat. Cuma ada laa sikit masalah sembelit yg dia hadapi sampai sekarang. Hopefully yg tuh pon Allah Taala akan izinkan untuk sembuh. Amin... Dia pon makin aktif dan bijak bercakap. Semoga anak-anak mama sentiasa dan terus  membesar dengan hepi dan sehat, soleh dan taat ye!

 Permulaan 2013... 

Tahun 2013 nih, me & hubby sedang cuba berubah ke arah yg lebih baik. Insyaa-Allah, moga Allah Taala membantu kami utk tekadkan hati meneruskan usaha kami ini. Januari 2013 ini juga merupakan permulaan yg baik utk kerjaya aku. Alhamdulillah, akhirnya posisi ini dah pun pasti milik aku. Namun masih ade yg perlu aku usaha dan buktikan utk mendapatkan yg lebih baik dalam 6 bulan akan datang. Moga Allah Taala permudahkan segalanya buat aku. Amin... Hubby pun dah makin serasi dengan kerjaya baru dia skrg. Alhamdulillah, agak murah rezeki dia utk permulaan ini (dan moga sentiasa berterusan begitu). Cuma dalam usaha memperbaiki ekonomi, kami masih agak tersepit. Mudah-mudahan 2-3 bulan akan datang menjadi makin mudah buat kami. :)

Zayyad dah memasuki usia 5 tahun. Tahun nih, insyaa-Allah kami nak stresskan sket pelajaran utk dia. Tahun lepas kami tak terlalu tekankan pelajaran. Hantar dia ke sekolah sekadar utk mengenalkan dia dengan alam persekolahan, biasakan berkawan dan mengenal huruf serta bacaan. Dan syukur usaha itu memang menampakkan hasil bila tahun ni, dia sangat teruja utk sekolah dan mudah adapt dengan suasana sekolah, rakan dan guru walaupon di tempat baru dan agak ketinggalan pelajaran. Kenapa ketinggalan? Yesss... Sebab sekolah lama dia ade problem, jadi awal Januari ari tuh kami tak dapat nak masukkan dia ke sekolah lagi memandangkan agak kesuntukan masa nak cari sekolah baru utk dia. Tp Alhamdulillah, dia dah pun mula kan sesi persekolahan nya semula pada 22hb lepas di sekolah baru, Tadika Generasi Bestari. Cuma tahun nih, Ayyad tak lagi dihantar ayah ke sekolah. Sepenuhnya akan naik transport sekolah, pergi dan balik. Mama cuma siapkan Ayyad pagi² jek then mintak tolong Mama Iecha tunggukan kereta utk jemput dan hantar dia hari². Moga Ayyad akan rajin sampai abis sekolah, ye sayang? :)

Addad pulak, insyaa-Allah bakal genap 2 tahun Ahad nih. Tp tergendala nak celebrate kat umah mak long esok sebab hubby terpaksa kerja pulak gantikan org! Huhuhu... Tp, mama dah ade plan nak celebrate ngan wan n atok next week kat kg mama pulak. Hahaha! Dah ade plan pon nak wat kek ape utk adik. Hopefully jgn spoil lagi lah kali nih... Huhu! Adik Alhamdulillah makin elok kesihatannya. Kalo batuk selsema pon dah tak melarat² lagi. Tp still mama akan pantau kalo terjadi sebab masih risau keadaan berulang. Masalah sembelit belum hilang tp setakat ni mama memang ada cara utk bantu adik. Dan masih cuba nak ajar adik poo-poo everyday kat toilet so that boleh avoid masalah sembelit tuh kan... Sangat berharap Allah Taala membantu mama dalam hal nih dan permudahkan segalanya. Amin Ya Rabb... Adik makin petah, aktif dan buas. Lasak boleh tahan. Kerap jd mangsa buli abg tp kerap jugak membuli abg! Huh... Setakat bergusti berdua tuh, mmg hari² laa mama kene jadi referree. Haih! Baru ade 2 hero mama dah jadi singa. Kalo lebih, kompem jadik naga! Hahahahaaa....

Kesimpulannya, permulaan yang baik utk 2013 nih. Moga tahun nih lebih baik dari tahun lepas. Insyaa-Allah, mama ada target sesuatu menjelang hujung tahun nih. Target utk kami sekeluarga.

"Ya Allah, bantulah aku utk merealisasikannya. Aku nak buat demi keluargaku. Sesungguhnya, tiada yg akan terlaksana melainkan dengan izin-Mu sahaja. Jadi, izinkanlah aku utk memelihara keluarga ku dari segala segi dan moga KAU permudahkan segalanya buat kami. Amin, Ya Rabbal Al-Amin....."

SELAMAT TAHUN BARU 2013 SEMUA!!!

Monday, December 24, 2012

PANDAN BUTTER CAKE

Dah lame tak membako... Nampak resepi nih kat blog Kak Ita Masam Manis, terus semangat nak membako tuh datang balik. Hehehe! Sebab teringat hubby yg suke makan kek² jenis butter n marble nih. Dia prefer yg camni rather than yg ade icing² or karamel² tuh. Ekekekekee...

So, dgn gigihnye Sabtu lepas, aku teruskan usaha murni nak buat kek ni sebab since Zayyad nampak Kek Karamel Pelangi yg aku buat utk Fizah selasa lepas (refer SINI), dia dok tuntut bile plak aku nak wat kan kek utk dia. Huhuhu...

Moh kite ke dapo....


KEK MENTEGA PANDAN
By : Chef Zubaidah
Rujukan : Buku Resepi Jamuan Kek
Refer to: fromintankitchen.blogspot.com

Antara bahan-bahan yang diperlukan...

270 gm mentega
230 gm gula kastor (Aku kurangkan jadi 200 gm shj)

5 biji telur
60 gm santan
1 sudu besar pes pandan (Aku guna Pandan Coconut Emulco)

1 sudu teh pewarna hijau epal 
240 gm tepung naik sendiri
30 gm kelapa parut kering (Aku tak pakai yg nih sbb takde dlm stok... Haha!)

1/2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla

Loyang 9" yg dah di gris dan di alas kertas kek, beserta oven yg sdg dipanaskan.

Sediakan loyang 9 inc
Sapukan sedikit mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek
Panaskan oven pada suhu 170C

Cara-caranya:-

1) Pukul mentega dan gula kastor hingga sebati dan berkrim

Mentega dan gula kastor disatukan dan dipukul besama


2) Masukkan telur satu persatu dan teruskan memukul
3) Kemudian masukkan  esen vanilla, kelapa parut , pes pandan dan pewarna hijau
Oleh sebab aku pakai pandan coconut emulco, kalernye mmg dah sedia hijau. So, aku kurgkan penggunaan kaler hijau disini - tambah sekadar nak cantikkan warna saje. Hehehe!

Sudu pink kecik utk 1tsp & sudu pink beso utk 1tbsp.

4) Masukkan tepung naik sendiri berselang seli dengan santan

Hasil selepas selesai semua campuran bahan...

5) Tuangkan adunan ke dalam loyang 9 inc

Adunan yg dah dituang dalam loyang.



6) Bakar pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek dimasak sempurna

Kite bako jeeee!!!!

Hasil akhir... Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa........!!!!!!!!!
.
Kek mentega pandan yg sangat GEBU lagi LAZAT! Nyummmyyyyyy...........

So, Selamat mencuba pada yg nak mencuba! Hehehe... Dadaaaaaaaaaaaaa!

Thursday, December 20, 2012

Special Request Order


Special Request Order from Fizah Rauf on Selasa lepas.
Suh aku buat, nak bg akak dia rase katenye...
Harap² menepati expectation laa ye, kawan!
And again, thanks sebab sudi order pada saya-budak-baru-blaja ini....
Hehehhee!

Friday, December 14, 2012

STUCK??!!!

Kredit to Sya for the picture

Tarikh/Hari: 14-Dec 2012 (Jumaat)
Masa: Around 3.10pm
Mangsa: 17 org
Kejadian: Stuck in the elevator!!!Lalalalalalalaa...


Ye kawan-kawan... Saya sangkut dalam lif hari ini selama lebih kurang 20 minit sebelom bantuan sampai. Huhuhuhu! Seb bek ade geng kat dalam tuh... Kalo idak, ontah... 

Al-kesahnye, mmg dari pg td lif kat opis nih dah wat hal. Aku sampai opis pg tadi, cuma 2 dari 5 lif aje yg boleh pakai. Seb bek maintenance bg access utk guna lif bomba. Menjelang tgh hari, lif still rosak. Kejap boleh pakai 2, kejap kang satu jek. Then, time turun lunch td pon masih ade problem yg sama.

Aku ngan Sya teruskan ngan aktiviti lunch kitorg. Mase nak naik opis semula tuh laa, lif yg OK dah tinggal 1. Plus 1 more laa, lif bomba tuh. Nak tgu lif sampai dah 1 hal. Org plak punye laa penuh dah kat lobi tuh.

Bile lif sampai lepas menunggu about 15 minit, aku ngan Sya still tak lepas naik sebab dah penuh. Tp aku terus tgu depan pintu lif laa lepas tuh coz kalo lif sampai semula nanti, aku lepas nak naik. Dalam pada tunggu tuh, kami dengar lif bomba tuh dah sampai bawah. Malas laa nak naik coz kat situ pon dah penuh org. Kami tunggu lagi.

Tiba-tiba, kami dengar bunyi loceng kecemasan dari arah lif bomba. "Haaaaaaa!!!! Sangkut dah..." Kate salah sorg pakcik yg tgh tgu lif sama ngan kami tuh. Huhuhu... Then Sya pon cakap kat aku.. "Jangan lif yg nih pon sangkut jugak kang, sudah lah..." Hehehe.. Kami gelak² aje laa. Terpikir, jenuh gak nak turun or naik tangga. Huhuhu!

At last, lif sampai. Aku ngan Sya antara yg terawal masuk. Padat!!! Ade 5 org jek pompuan dalam tuh. Yg lain semua lelaki. Bila kira², semuanya dalam 17 org laa. Pelbagai saiz! :D Mula², lif gerak cam biase. Suddenly mase display screen menunjukkan tingkat 5, lif macam menjunam jatuh and berhenti kat tgkt 1. Huh!!! Aku dah berdebar dah mase tuh. Then, lif gerak balik... Sampai laa tgkt 10. Zupppp!!! Terus jatuh ke tgkt 6. Mak aihhhh!!! Mujur tak terjerit aku. Huhuhuhu! Mase tuh, lif terus stop dan tak gerak² dah... Kompem! Kami stuck dalam tuh.

Line fon kebyakkan semua Emergency Call. Mujur laa ade 2-3 org brader ni, fon dorg ade sikit² coverage. Kol maintenance, tah bape kali nak verify. Kol 999, pon same jugak... Sebok tanye ade yg pengsan ker tak? Huhuhu... Mujur laa lampu still terpasang dan ade jugak kipas penyejuk kat dalam lif time tuh. Kalo tak, mau pengsan or muntah dah aku. Padat dan sendat!! Tak leh nak gerak ke mane²...

Lepas kol sane-sini, roger semua orang, dalam 20 minit, baru laa sampai bantuan. Rupanya lif kami stuck in between 6th and 7th floor. Huh! Ngeri nyeeee mase nak kuar tuh. Dorg siap amik kerusi dan bantu kami 'turun' dari lif tuh utk kuar ke tgkt 6. Ye... Kami kene turun dari lif sebab lif tuh berada separuh saja dari tgkt 6 itu. Perghhhh!!!

Aku terus masuk toilet and suddenly puan boss kol aku...

"Nana! Nana! Nana dah kuar lif kerrrr???"
"Errr... ye kak. Ye. Saye baru jek kuar dari lif. Jap lg kene naik tangga plak nih nak balik opis"
"Nana ngan Sya OK? Takde apape???"
"Alhamdulillah kak, kitorg ok jek..."
"Ok2! Alhamdulillah... Takpe², pegi laa naik dulu"

Huh! Concern betul dia. Thanks for that, boss. Tp persoalannye, camane dia leh tau kitorg terlibat dalam lif sangkut nih? Hahaha... Sape laa yg roger dia agaknye. Sebab bile sampai opis, Linda kate dia kol Linda n tanye kami mane dalam keadaan yg sangat cemas. Huhu...

Tp, mmg terbaek lah kitorg terpaksa 'panjat' ke tingkat 15 dari tgkt 6, guna TANGGA. Yeeee!!!! Menggigil kepala lutut mak nak menyampai ke atas, noq! Huhuhu... Dan dengar citernye, tangki air bocor kat atas bangunan sampai a few floor kat bangunan nih effected samada banjir, licking or black-out. Tp, opis kitorg ok jek. Hehehe!

Tu laa peristiwa hari nih. Harap² tak berlaku lg laa lepas nih. Uhuk! Dah rase cam naik solero or roller coaster kat Genting dah time lif jatuh tuh. :-s

Daaaaaaaaaaaa!