Followers

Friday, December 6, 2013

Kifarah atau Peringatan, hanya DIA yang tahu...

Pernah seseorang berkata pada aku...


"Anak ko selalu tak sehat, sakit-sakit... Cuba ko pikir balik, mesti ade mende2 tak elok (dosa) yang ko penah buat dulu. Tuhan nak tunjuk kat ko melalui anak ko lah tu. Cuba ko buat solat sunat taubat, istighfar banyak-banyak. Muhasabah diri tu sket..."

Camtu lah lebih kurang percakapan nye waktu tu.

Hurm... Tak tau la dia cakap tu sebab marah pada aku masa tu ker atau mmg dia berniat nak kate camtu ker. Wallahualam bi sawwab...

Dan aku takkan pernah lupe setiap baris percakapan dia tuh, setiap riak wajah n memek muka dia masa tu sebab hati aku sangat terguris dengan setiap bait perkataan yang dia tuturkan pada aku saat tu. Jujur aku katakan, untuk setiap tuduhan yang dia lemparkan pada aku, aku masih tak dapat nak maafkan sampai sekarang.

Marah lah aku, kritik lah aku, betulkan aku sekiranya aku salah. Aku tak kesah langsung kiranya aku di hentam dengan perkara yang berkaitan antara dia dan aku. Marah dan tegurlah aku dengan berhemah. Bukan dengan cara mengorek rahsia peribadi dan rumahtangga aku lalu memalukan aku, merendahkan martabat seorang ibu dan dengan mengaitkan anak-anak aku dengan so-called 'ceramah' tak bertauliah dia tu.

Kalo kau bukan seorang ibu, jangan sebut pasal pengorbanan ibu. Ibu dan ibu saudara jauh bezanya. Walau tetap darah daging tapi bukan kau yang tanggung sakit melahirkannya.

Kalo rumahtangga kau jua tak terjaga, jangan di kritik rumah tangga org lain. Usah pandai nasihat percuma kira nasihat itu tak pernah kau guna.

Kalo penampilan muslimah kau dah cukup sempurna, maka sempurnakanlah juga peribadi, pertuturan dan akhlakmu. Biar sama rata dan lebih berhemah hendaknya.

Mungkin ilmu agama mu lebih tinggi dariku, begitu juga dengan amal jariahmu. Namun itu bukan lah tiket untuk kau mengadili takdir hidupku.

Fikirlah, apa hak kita sebagai manusia dan hamba-Nya untuk menjatuhkan hukuman kepada manusia lain?

Aku tak menolak kira benar apa yang terjadi itu satu kifarah. Mungkin benar seperti katanya yang Allah nak tunjukkan pada aku dosa-dosa lama melalui anak aku. Tapi tak terfikirkah dia, mungkin jugak ianya satu peringatan buat aku? Peringatan supaya aku tak terus lalai dan terus selalu mengingati-Nya. Terus mengadu dan jangan pernah tinggalkan Dia? Tahukah dia bagaimana perjalanan hidupku dan amalanku selama ini?

Betul kata orang, memang senang untuk bercakap tapi cuba lalui dulu, baru tau langit tu tinggi atau rendah. Aku percaya, Allah pilih kami sekeluarga untuk diuji kerana Dia masih sayangkan kami. Dan aku tau, Allah takkan menguji hamba-Nya melebihi dari apa yang mampu mereka tanggung.

Kenapa sekarang baru nak update ye? Ahah! Tadi aku ade blogwalking kat satu blog kakak ni (Kerna Kasih Kita), sangat tersentuh dengan entry dia yang satu ni. Di mana dengan tenangnya dia menjawab komen seseorang yang sangat sarcastic hanya tentang gelaran yang dia berikan pada anaknya, Semoga akak sentiasa tabah dan sabar, ye kak... 

Berbalik kepada tujuan asal aku... Aku tertarik dengan satu kenyataan yg akak ni buat kat entry dia tu. Macam ni bunyi nya....

"Pada saya senang, jangan melihat penyakit itu sebagai kifarah semata, sebagai beban semata. Penyakit juga perlu dilihat sebagai peringatan. Untuk kita orang-orang di sekeliling mereka juga. Seperti kata seorang teman sekasut, "Sebelum tibanya anak-anak kita ini, kita kenal tuhan. Setelah adanya anak-anak kita ini, kita lebih kenal tuhan..""

Aku sangat suka dan tertarik dengan ayat2 ni. Dan bagi aku pulak, tak kisahlah ianya kifarah mau pun peringatan buat kita, sebagai hambaNya kita haruslah selalu bersyukur dan redha dengan setiap ujian yang datang. Terus percaya bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jika bukan kita, mungkin kenalan kita yang mendapat ujian. Sebagai manusia biasa, kita perlu sentiasa mendoakan mereka bukan menjatuhkan hukuman semata-mata.

InsyaaAllah, jika kita selalu ingat kan Dia, pasti Dia juga selalu ingat pada kita. :)

1 Korang Kate...:

hazlina azmi said...

Hai dear..suka baca blog awk,bersabarlah dengan setiap ujian Allah swt...very nice blog..jemputlah follow ke blog saya dan bertukar link

http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/