Wednesday, January 29, 2014
Addad HaziQ - 3 Years Old
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 4:56:00 PM 1 Korang Kate...
Labels: Addad Haziq
Monday, June 3, 2013
Chicken Pox @ Cacar Air
Berkesinambungan dari entry Demam Berpanjangan yg lepas....
Mama nampak another 2 same 'dotted' kat belakang telinga kanan Addad... Aduiyai! Mama dah saspek. Memang mama tak sedap hati dan mintak ayah terus bawak kete menuju ke klinik. Bila jumpe doktor, ye..... Sah lah Addad dah kene Chicken Pox @ Cacar Air. Wuwuwuwuwuwuwuuuuuuu!!! Mama dah terbayang kene cuti keje another 1 week. Adoi!!! Maka hari tuh pon, mama terpaksa EL. Begitu jugak ngan Ayyad sebab dia nampak tak bape sehat ari tuh. Tp menjelang tghari, Ayyad OK. Addad pulak makin banyak dinaiki bintik2 campak dia tuh. Huhuhuhu...
Bile Taska dapat tau, mama ingat dorg tak nak bg hantar. But, sebaliknya dorg tak kesah kalo mama nak anta Addad ke situ sebab dorg kate budak2 kat situ semua dah kene Chicken Pox ni. And dorg pon boleh kuarantinkan Addad. Tp ye laa, mama pulak yg tak sedap ati. Takot mak pak budak lain marah plak nanti kan? Dah tau anak kene chic pox, lagi mau anta kan...
Tp dalam keterpaksaan, hari Jumaat tu mama ayah kene jugak tumpangkan Addad kt Taska sebab ada urusan keje yg wajib dibereskan. Tp waktu tuh, chic pox Addad still terkawal. Naik area badan jek sket. So tak risau sangat. Lgpon, sehari tu jek nak anta. Sabtu Ahad mama jaga kat umah dah...
So, bermulalah episod cacar air si Addad... Huhuhu! Sabtu Ahad kat umah, adik mmg melepek je laa. Dengan badan penuh bintik2 plus demam lagi... Haih!
Nak tak nak, Isnin Selasa pon mama terpaksa teruskan ngan EL sebab Addad masih perlu dikuarantin walaupon cacar nye dah mula mengering, tp still ade yg baru tumbuh kat area kaki n tangan.
Skang pon actually parut2 adik masih ada lh kat dahi sket, n selebihnya kat badan. Abg Ayyad jek yg belom kene apape, measles or chic pox. Huhuhu! Risau jek berjangkit ari tuh. ALhamdulillah, antibodi si abang agak kuat. Hehehe!
And finally mama terpikir, adik demam teruk2 ari tuh agaknye sebab nak dapat chicken pox ni laa agak nye kan? Kan symptom dia adalah demam dulu sebelom kene... Hurmmm, mebi lah kot!
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 2:52:00 PM 0 Korang Kate...
Labels: Addad Haziq, ApeApeAje, CeritaCeriti
Tuesday, May 21, 2013
Demam Berpanjangan
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 5:47:00 PM 0 Korang Kate...
Labels: Addad Haziq, ApeApeAje, CeritaCeriti
Monday, April 1, 2013
KEMBALI KE SITU
Dah lame rase nyee... More than a year. Last ke sane and bermalam kat situ last year, 20hb - 24hb Januari 2012. Tiba-tiba tahun ni, kene ke sana lagi. But mujurlah tak lama kali ni. Masuk Jumaat malam sampai pagi Ahad jek...
It's been a year adik tak kene serangan athma yg teruk. Since last Sunday (24th March), Addad mmg dah start ade heavy flu but he still active as usual. Isnin, tak pasal2 mama kene EL sebab kul 4.30am Addad menangis2 time tido sebab susah nak bernafas. Selsema dah block hidung dia sampai dia naik semput. Sejuk2 tangan kaki dia buat mama cemas dan terus ajak ayah ke SP Care utk amik neb. And of coz mama kene EL isnin tuh sebab nak jaga Addad.
Selasa mama start hantar Addad n Ayyad ke Taska, menjelang kul 5.30pm, owner Taska kol n inform kat mama yg Addad demam tiba2. Suhu badan dia panas. Mama pulak lupe bekalkan ubat demam kat cikgu dia. Sib baik ade ubat demam budak lain. Addad pakai sementara mama ayah sampai. Tp mase mama sampai, mama nampak Addad ceria jek walaupon cara pernafasan dia agak membimbangkan.
Rabu, mama tetap anta Addad n Ayyad ke Taska. Dan no prob sampai petang. But pg Khamis, mase mama kejut Addad bangun nak ke Taska, badan Addad nampak menggigil. Mama dah cuak! Ayah kate, m
Sampai kat klinik, Addad mmg nampak ok jek. Aktif macam biase tp dia bernafas dah macam penat sangat. Bile jumpe doktor dan explain everything, doktor bg neb and mintak mama ayah refer hospital terus coz suspected pneumonia lagi. Hurmmmm... But, mama ayah mmg degil. Bukan ape, kami kalo boleh tanak sampai dok wad. Selagi ada usaha, kami cuba. Bawak pulak Addad follow up neb kat Aniza Medical Center. Malam tu, Addad still boleh tido lena.
Jumaat, ayah pegi keje tp mama tetap tak sedap hati nak tinggalkan Addad sebab mama mmg dah rase Addad sangat tak sehat ari tuh. And yes, belom pon sempat ayah sampai kat tempat keje, mama terpaksa kol sebab Addad dah start batuk tak berhenti walopon lepas makan ubat n pakai inhaler. Tp masalah nye, ayah kene keje jauh plak ari tuh. Nak tak nak, mama cuba sedaya upaya supaya Addad dapat bertahan. Walau dia dah semput2 tp dia tetap aktif! Puas mama umpan macam2 mintak dia duduk diam2... Sampai satu mase dalam kul 10am, Addad dah nampak penat sgt sebab batuk non-stop. Mama terus kuarkan stroller dari dalam bilik, angkut Ayyad n Addad ke klinik 1Malaysia amik neb. Alhamdulillah, Addad nampak ok sket walau still ade batuk2.
Anyway, mama awal2 dah prepare barang2 in case kene dok ward lg nanti. Sebab mama dah mintak ayah balik secepat mungkin coz keadaan Addad mama dah tak boleh kontrol lagi.
Lepas solat Jumaat, baru ayah dapat gerak balik. Bagi ayah rehat sekejap dan kami masih berfikir2 samada nak ke hospital atau follow up neb aje. But menjelang Maghrib, Addad mula batuk tak berhenti semula. Selesai solat, mama ayah terus rush bawak Addad ke HSB. Mula2 ke zon kuning and lastly warded. Memang mama ayah dah jangka pun. Takpe lah, asal Addad boleh sehat semula.
Alhamdulillah, tak sampai 2 hari Addad dah ok semula. Walaupon batuk2 masih ada tp at least pernafasan dia dah nampak macam biase. Ari ni, mama terpaksa tinggalkan Addad kt Taska jugak dengan amanat yg berjela. Harap2 Addad ok.
"Ya Allah, aku bermohon Kau lindungi anak-anakku sepanjang tiadanya aku di sisi mereka. Sesungguhnya aku hanya percaya pada kekuasaanMu. Maka Kau tunjukkanlah... Amin."
As usual, lepas Addad dah ok, mesti dia pass baton kat mama. Ari nih mama terpaksa ke klinik amik ubat sebab rase tak larat sangat! Moga2 mama pon cepat sembuh. AMin.... :)
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 3:51:00 PM 0 Korang Kate...
Labels: Addad Haziq, ApeApeAje, CeritaCeriti
Monday, February 4, 2013
Addad's 2nd Birthday: Celebration kat kampung atok
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 1:32:00 PM 0 Korang Kate...
Labels: Addad Haziq, Aktiviti, ApeApeAje, CeritaCeriti
Addad's 2nd Birthday: Mini Celebration
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 11:45:00 AM 0 Korang Kate...
Labels: Addad Haziq, ApeApeAje, CeritaCeriti
Happy 2nd Birthday, Addad!
27 Januari 2013
Happy 2nd Birthday to my lil sweetheart, Muhammad Addad HaziQ. Semoga menjadi anak yg soleh dan taat pada agama dan ibu bapa. Semoga sentiasa cemerlang dalam kehidupan, dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kebijakan akal, memperolehi hati yang terang dan tenang, diberikan kesihatan tubuh badan serta diiringi oleh kegembiraan selalu. Mama sentiasa mendoakan yg terbaik buat Addad juga abg Ayyad. Mama, Ayah & Abang sayang Adik sangat²!
ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat Mu Ya Allah, pada tarikh di atas, genaplah 2 tahun usia hero kecik mama yg kedua, Addad HaziQ. Pelbagai pengalaman, pahit manis, suka duka sepanjang 2 tahun membesarkan Addad nih. Mama sangat² bersyukur dikurniakan anak-anak yg memberikan mama terlalu banyak pengalaman dalam usaha membesarkan dan mendidik zuriat kurniaan Allah.
ALHAMDULILLAH jugak, semakin hari Addad semakin bertambah sehat dari segala penyakit yang di alami masa kecik dulu. Masih ada lagi yg perlu mama usahakan supaya Addad terus-terusan sehat dan tak ada sebarang masalah lagi termasuklah masalah sembelit sekarang nih. InsyaaAllah, moga dengan izinNya, mama mampu lakukan itu jugak.
ALHAMDULILLAH masih mama panjatkan buat Yang Maha Esa, di setiap masa yg mama luangkan bersama anak-anak, dapat mama lihat perkembangan mereka yg semakin hari semakin bijak dan kuat celotehnya. Makin banyak ragamnya yang kadang² menguji tahap kesabaran mama dan kadangkala pulak berjaya menghilangkan stress kami suami isteri yg penat lepas balik kerja. Hehe! Semoga kami sentiasa dikurniakan kesabaran dan kekuatan dalam mendidik dan membesarkan anak-anak. Amin.....
Sekian dulu utk entri kali nih. Jumpe lagi lain kali, insyaaAllah... Da daaaaaaaaaaaa!!!
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 11:37:00 AM 0 Korang Kate...
Labels: Addad Haziq
Wednesday, November 28, 2012
Update Diri & Anak-Anak...
Alhamdulillah, semalam genap umur adik Addad 1 tahun 10 bulan. Maknanye, selama tu jugak lah mama dah berjaya breastfeedkan Addad walaupon bukan laa exlusive breastfeeding. But yes, still tak semua org berjaya breastfeedkan anak² dia macam tu kan? Even aku sendiri tak dapat bf kan abg Ayyad sampai macam tuh. Umo dia 6 months, dia dah stop sendiri. Takmo meymey lagik! Huhuhu... Tp ye laa, mase tuh pengetahuan tentang susu ibu lebih cetek dari skrg. Walaupon skrg aku tak laa sehebat org lain yg mampu me'bf'kan anak mereka secara ekslusif sampai umo 2 tahun, tp aku tetap mencuba mane yg mampu. Alhamdulillah... Hehehe!
Lagi 2 bulan, nak wean-off kan adik. Adehhh... Macam susah jek. Dia macam addicted to this mey-mey thingy. Ahaks! Memang laa kan. Dari kecik mende tuh laa dok disumbat dalam mulut dia. Even skang pon, dia bukan nak menghisap sangat kekadang tuh... Saje cam nak lepas rindu, pegang+cium+kiss+hisap sket²+asal dpt tgk!. Hahaha.. Ini macam pon ada ka?? Tambah² kalo nak tido. Selagi tak dapat, dia tak akan tido... Huhu! Ala² ubat tido gak laa mey-mey nih. Walopon dia dah mengantuk sesangat-sangat pon, dia NAK jugak isap walopon sesaat-dua jek... Haih! Adik.. Adik... :)
Macam mane laa nanti kalo nak putuskan susu? Sian kat dia... Huhu! Tp ye laa, takkan dia nak bergayut sampai beso plak kan? Skang pon susu mama tak laa banyak macam dulu. Cukup laa sekadar wat adik lepaskan rindu dia especially on weekdays. Nampak muke mama jek, mey-mey terus! Haha...
Mane tak nye, skang mama sampai umah dah makin lewat. Semenjak follow en hubby pi and balik koje naik kete nih. Oh! Pada yang tatau, en hubby dah tukar keje lain skang. Better offer and berlokasi agak jauh sket iaitu di Wangsa Maju. Everyday mama akan turun ke Wangsa Maju dulu dari opis via LRT utk balik sama² ngan en hubby. Bukan tak boleh nak naik bas dulu... Tp macam sama jek! Kalo awal pon, sikit laa.... Sebab dulu² kalo naik bas, en hubby akan pick-up mama kat tol jek bile dah sampai. Skang nih, kalo bas dah sampai BB pon, mama kene tunggu bas masuk ke taman perumahan pulak. Nak kene jalan kaki lagi dari tempat bas benti.. Huhu! Paling awal pon boleh sampai rumah rasenye dalam kul 8.30pm jugak laa...Itu paling awal. Kalo tak awal, dkt² kul 9pm gak laa kot... Huhu!
Kalo naik kete, mebi lewat lg sikit laa sampainye sebab gerak dari opis hubby pon dah dekat kul 8pm kan. Dalam kul 8.45pm - 9pm sampai laa. Tp kalo hubby kuar kul 7pm, lg awal dari tuh leh sampai. Dan paling penting, kalo jalan tak jem, memang boleh sampai awal. Haha... So, better mama follow en hubby sajok!
Perkembangan anak-anak;
Hurmmm... Skang nih Addad baru² nak banyak cakap. Macam² pkataan kuar dari mulut dia. Hehe... Semua yg org cakap, dia nak ikut. Ape org buat, semua dia nak tiru. Suke jugak tunjuk kelaku yg pelik² kekadang tuh. Haha! Garang nye bukan main lagi. Kalo tak dapat ape dia nak, ape yg ade kat tangan or berdekatan ngan dia, abes semua kene baling. Sampaikan henfon Samsung Galaxy SII mama tenat & 'masuk wad' laa disebabkan amukan adik. Hadoiii!
Bab makan Alhamdulillah, adik tak memilih. Semua pon dia boleh bedal. Asal nampak makanan, semua dia nak telan. Kalo dia suke, dia makan. Kalo dia tak suke, dia wat main. Hihi...
Time baik, baik sesangat... Diam aje, tak banyak bunyik. Time noti, kuar laa peel² pelik dia. Abis umah disepahkan. Time mengamok, semua nak dilembang! Cepat² laa selamatkan barang² berharga mase tuh. Tp time manje, alahai... cair ati mama ayah menengok nye... Hehehe!
Abg Ayyad pulak? Hehehe... Ensem boy nih dah beso. Dah 4 tahun lebih kan... Dia sangat bijak. Especially bab cari alasan and main game kat fon or tabby. Haha! Kepakaran dia tuh... Mulut sangat keletah, dan orangnye sangat aktif dan ceria. Kadang² wat mama naik darah, but at the same time can turn and being mama's sweetheart. Hehe! Favourite dia skang ialah "being ayah"... Ape ayah buat, dia nak buat. Ape ayah pakai, dia pon nak pakai. Setiap mende dia buat, mesti nak ade ayah. Ye laa, dah jadi big boy laa katekan. Kene laa follow ayah, tak gitu? Hehehe... Except time tido, still cari mama utk dodoikan. So sweet... :)
Adik menten jadik 'baby mama' yg comel sampai skang. Memang laa, 'candu' ade kat mama. Kompem laa kene follow mama sokmo kan. :p Kalo ayah offer "meh isap mey-mey ayah..." Cepat² dia jerit "Nanakkk!!!"... Hahahahahaa!
Adik suke rebut barang dari abg. Kekadang abg mengalah, tp kekadang dia menangis jugak. Abg jarang 'buat' adik tp kalo dia geram, mmg menjerit adik tuh dikerjakan. Time bergadoh, mmg boleh wat mama ayah stress. Tp time berbaik², sangat sweet sebab leh bergomol dan main sama²... Hehehe!
Tapi, dua-dua tetap anak yang manja. Walaupun saiz dorg agak besar compare to rakan sebaya yg lain, tp diorang still anak kecil yg sukakan perhatian. Bile abg nampak mama ayah lebihkan adik, dia akan cuba tarik perhatian kami supaya 'nampak' dia jugak. Same goes to adik... Bile mama ayah manjakan abg, terus cari cara supaya kami layan dia jugak. So, mama ayah selalunye akan bahagi² kan. Kalo mama kene layan adik lebih, ayah akan layan abg. Mcm tu jugak sebaliknye. Supaya dorg tak rase kurang kasih sayang dari kami. In Shaa Allah... :)
Keletah anak-anak sentiasa buat mama hepi walopon penat. Cuma mama kene lebihkan tahap kesabaran. Kekadang bile badan dan otak penat, perasaan memang susah nak dikawal. Semoga Allah Taala sentiasa berikan mama & ayah petunjuk dan kekuatan dalam membesarkan dan mendidik anak-anak... AMIN.
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 11:57:00 AM 0 Korang Kate...
Labels: Addad Haziq, ApeApeAje, Breastfeeding, CeritaCeriti, ZayyadRaziq
Monday, November 5, 2012
RAGAM ANAK-ANAK
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 11:23:00 AM 0 Korang Kate...
Labels: Addad Haziq, ApeApeAje, CeritaCeriti, ZayyadRaziq
Thursday, September 13, 2012
RISAU~~~
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 10:36:00 AM 1 Korang Kate...
Labels: Addad Haziq, Luahan
Friday, February 24, 2012
UPDATE TERLAMBAT: HEPI 1st BIRTHDAY, MY DEAR ADDAD HAZIQ..









Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 3:06:00 PM 0 Korang Kate...
Labels: Addad Haziq, Aktiviti, CeritaCeriti











































