Dah lama Zayyad tak demam. Mungkin sbab dah lame tuh laa, demam dia kali nih agak teruk! Bermula ari Jumaat 15-05 ari tuh, balik je dr skul, Zayyad muntah2 sampai lembik longlai. Menggigil mama tgk Zayyad jadi camtuh! Mase kat skul tuh, Zayyad muntah sket aje. Masuk jek kete, Zayyad muntah melambak, abis satu seat depan tuh penuh ngan muntah Zayyad. Mama pun dah mcm mandi muntah dah mase tuh. Tak kesah laa tuh... Sampai aje kat umah, mama terus bersih kan diri sambil ayah pujuk2 n dodoikan Zayyad kat atas bouncer. Lepas mandi, mama tgk Zayyad tak tido lg tp asik merengek aje... Mama pun buatkan susu utk Zayyad. Maybe perut Zayyad dah kosong n lapar lepas muntah byk td. Tgh mama bg Zayyad minum, tiba2 Zayyad tersedak, batuk dan lambakkan semula semua susu yg Zayyad baru minum td! Allahuakbar... Sian nye anak mama. Sekali lagi Zayyad muntahkan mama. Mama tepuk2 belakang Zayyad. Abis muntah, Zayyad nangis. Ayah pun terus amik n dukung Zayyad bawak pegi beranda. Still ade sisa2 nak muntah tuh mase mama amik Zayyad dari ayah. Mama bwk Zayyad kat tilam, tepuk2 belakang. Zayyad terus lentokkan kepala kat peha mama. Mama baringkan Zayyad atas tilam kasik rehat. Terus Zayyad tertido, dalam keadaan lembik longlai tuh. Menitik air mata mama mase tgk Zayyad macam tuh. Terus mama gesa ayah, bawak Zayyad pegi klinik. Mase sampai klinik tuh, kami patient pertama diorg utk ptg tuh. Doctor pun lom sampai lg. Huhuhuhu.. Sambil2 tgu doctor, mama peluk Zayyad yg melekap aje kat dada mama. Kalo sehat, jgn mimpi laa Zayyad nak dok camtuh. Elok je doctor datang, terus dia panggil masuk. Lepas check2, doctor masukkan ubat montot kat Zayyad utk elak muntah. Then, dia kasik susu isomil sebab dia kate dalam keadaan skang, jgn kasik Zayyad minum susu lembu. Bagi susu soya. Balik umah, mama kasik Zayyad susu+ubat. Menjelang tgh malam sket, Zayyad dah ok. Alhamdulillah...
Ari Selasa, mama perasan batuk Zayyad makin teruk. Mama dah plan ngan Ayah, ari Rabu tuh nak mintak masuk keje lambat sket. Cadang nak bwk Zayyad pi klinik dulu, check batuk tuh. At last, pagi2 rabu tuh lg mama rase badan Zayyad sangat panas! Nafas pun berbunyi2 n tak selesa di dgr. Mama kasik ubat demam pun, Zayyad tak kebah. Mama bgtau ayah. Bwk pi klinik, check and doctor kate Zayyad mmg demam n kahak byk. Doc cuma kasik ubat demam, kahak n ubat untuk nafas zayyad yg berbunyi2 tuh. And on that day, mama n ayah terpaksa 'ponteng' keje. Ingatkan esok nye tuh Zayyad boleh sehat. Tp yg mama perasan, even makan ubat demam pun, demam Zayyad tak bebetul kebah. Badan still panas lg. Cuma Zayyad akan ceria sket jek n tak melepek berbanding kalo tak makan ubat lgsg. Sudah nye, Khamis pun mama tak dapat pegi keje sebab demam Zayyad berbalilk2. Kene depends ngan ubat jek. And Zayyad pun asik laa meragam. Tak leh lekang langsung. Nak berkepit jek. Tinggal kejap jek pun, raung nye bukan main. Malam2 mama letakkan air asam jawa kat kepala Zayyad. Lap2 kan bdn Zayyad ngan air supaya tak overheat. Tp Zayyad nih jenis yg aktif. Kalo rase badan ok sket jek, mula laa nak berguling ke sane sini. Bile kesan ubat tuh dah ilang, mula laa merengek balik. Huhu!
Jumaat lepas, even Zayyad still demam lg, mama terpaksa jugak anta Zayyad pegi skul sebab mama kene datang keje utk submit time sheet. Hati mama mmg tak bes n sedih nak tinggalkan Zayyad kat org lain dalam keadaan tak sehat camtuh. Tambahan plak, Zayyad tak nampak makin sehat. Sama jek condition nye even dah masuk 3 hari demam. Bila kat opis, dalam kul 10++, mama kol Cikgu Nor. Dia kate, badan Zayyad panas semula. Mama takleh nak wat keje. Terus inform ayah. Both of us terus EL hari tuh n amik Zayyad bwk balik umah. Nafas Zayyad makin teruk berbunyi2 sampai nak minum susu pun sesah sebab hidung dia tersumbat n susah nak bernafas. Batuk tak usah cakap laa. Tiap kali batuk, Zayyad mesti nangis. Kadang2 dia tak dapat tido sebab batuk. Huuuuhuhuuu! Sian nye anak mama. Lepas semayang Jumaat, mama n ayah bwk Zayyad pi klinik lg. At last, doctor bagi Zayyad gas utk cairkan kahak n bukak rongga pernafasan. Sebab kahak yg terlalu pekat n Zayyad tak pandai nak buang, doctor terpakse bg Zayyad gas sampai 2 kali. Mula2 ok laa dia. Tak sampai 5 minit, dia dah mula rimas. Menangis2 dia. Lepas settle semuanya, mama bwk Zayyad balik. Tak sempat abiskan susu, Zayyad dah tido. Penat sangat laa tuh!
Sabtu pun Zayyad still demam lg tp dah tak sekuat sebelumnye. Tak payah nak makan ubat setiap 4-6 jam utk elak demam berulang. Zayyad pun dah mula aktif semula. Cuma, batuknye aje belum reda sepenuhnya. Nafas still berbunyi2. Mama risau Zayyad semput aje. So far, kami takde history yg macam tuh. And semalam, lepas ayah pakse Zayyad makan ubat direct dari picagari, nampak batuk Zayyad dah ok sket2. Demam pun dah takde. Alhamdulillah... Mama bersyukur sangat! Demam Zayyad kali nih betul2 wat mama cuak dan risau. Tak pernah Zayyad demam seteruk nih. Mungkin betul Zayyad demam nak besar tp mama harap, lepas nih Zayyad tak demam macam tuh lagi. Huhu!
3 Korang Kate...:
>> get well soon zayyad sayang..
TQ auntie...
semoga sht sllu.........
Post a Comment