Followers

Wednesday, October 5, 2011

Kuih Puteri Ayu

Tiba² wiken ari tuh terover rajin laa plak nak membuat kuih-muih. Mmg niat tuh dah lame ade nak cuba resepi nih tp baru mgu lepas berjaya direalisasikan. Hehe! Dengan berbekalkan mixer yg aku pinjam dari Kak Ida, akhirnya aku berjaya menghasilkan kuih puteri ayu ini yg mane resepinye telah aku gugel dari internet kekdahnye...

Sumber Resepi: rosmarlina@jintanmanis.com
Bahan-bahan ( 25 - 30 biji )

3 biji telur
3/4 cawan gula ( blender halus)
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan santan@ susu segar
1 sudu kecil ovallete
1 sudu kecil baking powder
beberapa titik pewarna hijau

( nak letak pandan emulco atau esen pandan pun boleh)

Untuk dasar kuih puteri ayu - sedikit kelapa parut yang dicampur dengan tepung sagu ( guna tepung gandum pun boleh) dan garam.

Cara-cara

1. Keluarkan telur dari peti ais dan biarkan pada suhu bilik, kemudian pukul telur hingga berbuih, kemudian baru masukkan gula, pukul hingga betul-betul kembang dan putih.

2. Selepas itu masukkan tepung gandum dan santan berselang seli, kacau sebati. Biarkan adunan lebih kurang 20 minit sebelum di kukus.

3. Sementara itu, tekan kelapa putih dalam acuan, mampatkan betul-betul ke dalam acuan, tuangkann adunan dan kukus lebih kurang 7 minit.

Nota tambahan untuk menghasilkan puteri ayu yang gebu lembut:

Langkah yang paling penting masa pukul telur tu, pukul dulu telur hingga berbuih, baru masukkan gula, dan pukul lagi sampai betul-betul kembang, kemudian baru masukkan ovellete, bila masukkan ovalette tu pukul lagi sehingga ovelette tidak kelihtan dalam adunan, dan akhirnya baru masukkan bahan-bahan yan lain.

** Pastikan acuan di sapu dengan minyak terlebih dahulu.

** Pastikan kelapa tu dimampatkan betul-betul ke dasar acuan, setelah siap dikukus terus keluarkan puteri ayu perlahan-lahan dari acuan.

Nota: Kalau kukus kuih ni pastikan guna api sederhana ya, jangan guna api kuat sangat, dan masa kukus tu cuma 7 atau 8 minit sahaja.

p/s: Nampak gaye, kene beli mixer sendiri laa pasnih. Boleh ker, en hubby terchenta? **wink!

0 Korang Kate...: