Followers

Monday, October 17, 2011

LAYER CHEESE CAKE

Yang nih plak, projek makan² aku utk ari Ahad. Hehe! Actually, makan jek ari Ahad but still kene buat ari Sabtu utk memastikan aku dah boleh makan terus pada ari Ahad tuh. Hehe! So, lepas kuar beli bahan² yg diperlukan ari Sabtu malam ari tuh tuh, balik umah jek terus aku mulakan projek. So, jom laa join sekali... Thanks to ITA dan jugak pemilik asal resepi nih, RYO. Sori laa, aku tukar nama nya sebab nama yg Ryo bagi tuh gempak sangat laa segempak kek dia yg cantik itew. Memandangkan bentuk dan rupa fizikal kek aku, selayaknye aku taruk nama layer ciskek aje ler... Hehe!


Resepi asal : Kek Lapis Cheese Persona
Oleh : RYO

Bahan2: (Saiz 9x9)

A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
500 ml susu segar,dipanaskan

B:
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus

Caranya :

Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati

Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair

Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan

Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.

Panaskan susu segar,padamkan api.

Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)

Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan

Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi

Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.

Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)

Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.

Simple je!

Note: For me, utk permulaan nih, aku buat setengah adunan jek. Semua bahan² aku guna half dari list brg² di atas. Dan, ianya memang tak mengecewakan! Hehe... Bak kate Zayyad "Ermmmmmm.... Sedap laa Mama!!"... *wink!

Selamat mencuba...

3 Korang Kate...:

Pretty Ryna said...

aku nk try la resepi hang ni

AyyaD ArieyannA said...

Try laa kak rina. Sonang yo!!!

mommyosh said...

mcm simple jek nana..nk try la hiiihiii