Followers

Monday, April 25, 2011

Kau pulihkanlah dia, Ya Allah...

Currently, my lil' sis was in ICU HKL. Suffer from kidney disease problem. Sape sangka, dia yg selama nih nampak sehat walafiat, tiba² disahkan menghidap penyakit buah pinggang rosak. Semenjak warded di PPUM setelah disahkan menghidap penyakit tersebut last February, she seems like she can't accept the fact yg dia harus di dialisis 3 times per week. Kesian dia... Ye laa, dalam usia 26 tahun, sape yg sangka akan menghadapi masalah kesihatan yg kebanyakkannye dihidapi oleh warga emas?

Puas jugak nak yakinkan org yg dah putus harap nih. Tambahan plak dia nih bukan laa jenis yang mendengar kate. Suke ikut kepala sendiri jek! Tak makan nasihat... Kalo setakat kami, kakak² dia nih yg cakap, dia boleh buat 'derk' jek! Except abah yg bersuara, baru jalan. Tuh pon, sometimes puas jugak abah psiko² dia baru nak ikut cakap.

Mungkin jugak sebab dia tak boleh terima hakikat yg dia ade serius illness dalam usia yg muda nih, dia cuba tunjuk yg dia sehat macam org lain. Tak mau makan ubat, tak nak buat dialisis dan tanak dengar ape org cakap pasal penyakit dia. Hakikatnya, masalah dia tuh mmg serius! Dan akibat kedegilan dia tuh jugaklah, akhirnya last Thursday, dia terpaksa dimasukkan ke ICU setelah collapse kat rumah, sampai tak boleh bangun dan susah nak bernafas.

Aku tak salahkan dia, jugak tak menolak takdir Allah s.w.t... Tp bila dah jadi kejadian macam nih, abahlah org yg paling aku kesian. Aku paham perasaan dia bila melihat anak sendiri terbaring di wad kecemasan, dengan wayar melilit² keliling badan, tak berdaya, tak mampu bersuara. Hanya sekadar menggunakan mata dan isyarat tgn serta kepala utk berinteraksi. Sebagai kakak pon, aku sangat sedih dan risau akan keadaan dia. Abah apatah lagi! Riak wajah dia dah cukup menggambarkan betapa sedih dan risaunye dia.

HARI KEJADIAN

Aku sangat² bersyukur di waktu adik aku sakit tuh, aku dan hubby ade kat umah. Dan yg paling aku lega, hubby kebetulan OFF day ari tuh. Kalo tidak, aku pon mati akal! Dengan anak² kecik, dengan keadaan acik yg tak mampu langsung bgn dan melangkah mase tuh... Ntah lah! Ape yg aku akan lakukan agaknye kalo hubby takde. Thanks to hubby...

Hubby terpaksa dukung acik masuk ke kereta malam tuh. Meredah jammed di KL, hubby cub adrive secepat mungkin memandangkan acik mmg dah tak larat sangat masa dalam kereta. Aku terpaksa duduk seat belakang dgn dia, sambil dukung Addad sebelah kanan dan jd tempat berpaut dia di sebelah kiri. She can't breath perfectly! Nyaris² kami pusing ke PPUM bila dia dah macam separa sedar but luckily lepas dia muntah, she feel a bit OK but still susah nak bernafas.

Kami harung jugak jammed di KL menuju ke General Hospital. Sesampai di sana, terus kami tuju wad Emergency. Setelah didaftarkan, acik dibawa ke Zon Kritikal. Aku dipanggil oleh doktor utk sesi 'soal siasat'. Mase tuh, aku nmpak acik diberi bantuan air dan pernafasan. Then aku disuruh tunggu kat Waiting Room. Lepas beberapa ketika dan takde berita apape, aku jenguk ke tempat td. "Eh! Mane plak acik td?" sebab aku dah tak nampak dia kat mane² kawasan dalam tempat tuh. Aku terus pegi kat hubby, bgtau aku tak jumpe acik kat mane. Hubby plak masuk n tanye. Rupa² nya, patient yg berwayar² keliling muka tuh adalah dia! Astaghfirullah, terkejut sungguh aku mase tuh. Dia dah ditidurkan oleh doktor sebab tiub harus dimasukkan ke dalam kerongkong dia bg membantu pernafasan. Allah...

Aku diminta tunggu kat situ sampai diorang settlekan urusan wad. Dan aku diberitahu yg acik harus dimasukkan ke ICU. Terus aku inform pada ahli keluarga yg lain tentang keadaan dia. Mmg dari awal pon abah dan along dah tau acik dibawa ke hospital. So, jadi laa aku reporter tak bertauliah sepanjang acik berada kat hospital nih.

Hubby plak mintak tolong kat adik dia di Shah Alam, Daus dan Adi, utk datang ke hospital. Acik lgsg tak boleh ditinggalkan walau sekejap sebab doktor nak ade waris yg stay utk tanye dan di inform tentang apape maklumat oleh pihak hospital. So, plannye nak mintak Daus n Adi antar aku balik umah ngan anak² dulu sementara hubby stay kat hospital.

Tunggu punye tunggu... dan dipanggil oleh doktor dan nurse sekali-sekala... Akhirnya aku dah tak larat. Kesian kat anak² yg kepenatan, apatah lg si Addad tuh yg lgsg takmo lelap sebab puting dia tertinggal kat umah. At last, dalam pukul 1++am (almost 2am), aku mengalah. Demi anak², hubby suruh aku balik dulu dan dia tunggu kat situ. Mase tuh, Acik belum dipindahkan lg ke ICU.

So, Daus & Adi hantar kami balik umah dulu. Dalam kereta lagi, Ayyad dan Addad yg kepenatan dah tertido. Sian anak² mama... Bertapa lah hubby kat hospital sampai pukul 3.30am di bilik menunggu wad ICU... Setelah diyakini takde ape lg yg dia boleh buat dgn menunggu kat situ, aku suruh dia balik umah aje.

AHLI KELUARGA

Jumaat tuh, abah ngan mak uda datang umah aku. Along pon ikut sekali tp dia balik Seremban malam tuh jugak. Abg Sidi jemput. Abah, mak uda ngan Fikri bermalam di rumah aku sampai Ahad.

Setiap waktu melawat, kami akan jenguk acik kat ICU. Pantau perkembangan dia dari masa ke semasa. Dah laa parking susah! Terpaksa jalan kaki jauh sket bile parking terdekat dah full.

Ari pertama kat ICU (Jumaat), dia masih di'puasa'kan. Di dialisis utk bersihkan semula darah. Doktor bgtau kami, akibat tak dialisis, air dalam badan dia dah jd terlalu banyak sehingga masuk ke paru-paru dan menyebabkan dia muntah² dan sesak nafas. Dia masih tak boleh bercakap sebab tekak dia diletakkan tiub oksigen bg membantu pernafasan. Paginya, dia masih memerlukan fully support by machine (tahap tinggi) utk bernafas. Tp Alhamdulillah, bila petang, dia cuma menggunakan separuh bantuan mesin sahaja.

Sabtu pun, tak banyak perubahan. Cuma dia nampak kuat sedikit berbanding hari sebelumnya. Tapi masih tetap lemah. Dan semalam (Ahad), Angah dan family pon datang dari Bahau. Tp aku tak dapat pegi jenguk dia sebab hubby keje. Nak follow abah dan angah tak boleh plak sebab dorg terus balik kg lepas waktu melawat. Tp abah cakap, tiub oksigen dah dicabut dan dia cuma dipakaikan topeng oksigen biase utk bantuan pernafasan. Alhamdulillah... Perkembangan positif.

Ari nih, tatau laa camane aku nak pegi jenguk nih. Dah laa aku keje, hubby pon keje. Transport plak takde nak pegi sendiri. Abah dah pertanggungjawabkan aku utk menjaga dia kat sini dan menyampaikan apape saje perkembangan tentang dia kat hospital. Terpaksa laa aku mintak kuar awal sket ptg nih kang.. Hopefully hubby pon boleh mintak execuse sekejap ptg nih. Boleh laa pegi jenguk acik.

KASIHNYA AYAH...

Abah mmg tak pernah menunjukkan kasih sayang dia pada anak² dia secara directly. Samada dari segi perbuatan atau pon percakapan. Cuma cara dia mengambil berat yg menunjukkan dia sangat sayangkan kami adik beradik.

Tp, di saat adik terlantar macam tuh, terpamer jugak kasih sayang dia pada perbuatan. Semua yang aku lihat, telah pon berjaya menitiskan air mata aku. Sepanjang adik masuk ICU, aku tak menangis. Walau aku sangat risau dan sedih melihat keadaan dia, aku masih mampu utk tidak menangis.

Tp, waktu aku masuk melawat dengan abah ari Sabtu ari tuh, air mata aku bergenang jugak. Kenapa? Terpamer kasih seorang ayah saat anaknye terlantar sakit dan tak bermaya. Waktu kami bgtau acik yg kami nak balik dah ptg Sabtu tuh, aku pegang tgn acik dan diikuti oleh abah. Kemudian acik melambai², mungkin mengucapkan selamat tinggal sebab dia tak mampu nak bersuara. Tiba² aku lihat abah tak jadi bergerak, pusing balik dah pegang tangan acik. Dia kemudian mengusap kepala acik dan tiba²... dia mencium dahi adik aku. Sumpah! Aku tak pernah lihat abah buat macam tuh. Saat tuh jugak, aku terus pusing dan berjalan menuju ke pintu keluar sambil air mata bergenang kat mata. Dalamnya kasih seorg ayah pada anaknya...

Dan sebagai kakak, aku tetap mendoakan yang terbaik utk dia. Semoga dia cepat sembuh, diberi kekuatan dan semangat untuk kembali seperti sedia kala. Walau apapun yg berlaku sebelum ni, kedegilan mahupun karenah dia, dia tetap adik aku...

“Ya Allah, kau sembuhkan lah adikku semula... Kurniakan lah kesihatan kepadanya, agar kurang kegusaran dihati dia dan kami sekeluarga. Kuatkan semangatnya agar dia mmpu menjalani kehidupan seperti biasa. Kuatkan tubuh badannya agar dapat dia menyenangkan hati abah dan seluruh ahli keluarga... Sesungguhnya Kau maha mengetahui segalanya. Amin Ya Rabb...”

Salam...

2 Korang Kate...:

aS_c0mei said...

ya Allah..sedihnya.aku doakan semoga adik ko cepat sembuh k.be strong ya nana.tabahnya ko.....ko jaga kesihatan ko skali k.take care!

-mfa- said...

Amin...speechless...take care..InsyaAllah semuanya akan baik2 seperti selalu..