Followers

Thursday, November 17, 2011

15-11-2011: 4 tahun dah rupanya???...

It’s our 4th Wedding Anniversary. Diam tak diam, dah jejak 4 tahun usia perkahwinan kami. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana Kau telah kurniakan kami kebahagian ini. Walau kekadang banyak gak ujian, dugaan dan ranjau yg kami perlu tempuhi namun kerana semua itulah, kami rasa lebih tabah, cekal dan kuat dalam mengharungi kehidupan berumahtangga ini.

Syukur Ya Allah, kehadiran dua cahaya mata kesayangan kami menambah lagi seri di hati dan kehidupan kami suami isteri. Mereka lah penawar kami di kala duka, penghibur hati di kala lara. Alhamdulillah, Kau kurniakan kami kekuatan hati dan fizikal dalam menempuhi setiap dugaan dalam membesarkan mereka. Semoga mereka berdua membesar menjadi anak-anak yg berguna dan berjaya. Jua dengan izin-MU, Ya Allah…

Semoga jodoh dan perhubungan kami sentiasa direstui, diberkati dan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Semoga kami sentiasa bahagia dan gembira bersama di samping anak-anak. Semoga kami saling sayang-menyayangi dan mencintai sepenuh hati selamanya. Semoga kami dikurniakan kesabaran yg tinggi dalam menempuhi setiap dugaan dan cabaran yg mendatang. Semoga kami berjaya mendidik anak-anak menjadi insan mithali. Dan semoga hubungan kami sentiasa mendapat keredhaan Ilahi. Amin…

Buat anak-anak, mama akan sentiasa cuba buat apa yg terbaik utk kamu berdua. Susah senang hidup nih, kita hadapi sama-sama. Mama dan ayah akan sentiasa cuba membahagiakan kalian walau macam mana getir sekalipun keadaan kami. InsyaAllah…

Terima kasih abg, kerana sentiasa sabar melayani karenah isterimu ini. Terima kasih juga kerana saat diperlukan, abg sentiasa berada disisi. Terima kasih abg kerana sentiasa cuba melakukan segala yg terbaik utk mama dan anak-anak. Terima kasih abg kerana sentiasa sudi menerima diri ini. Terima kasih abg, untuk segala-galanya.

HAPPY 4th ANNIVERSARY, to MY DEAR HUBBY… Love you for the rest of my life. ;)

2 Korang Kate...:

eita said...

semoga kekal sehingga ke akir hayat dan di kurniakan anak2 yang soleh dan solehah...amin..
:)

AyyaD ArieyannA said...

Amin... Thanks a lot! Hehe...