Followers

Monday, March 23, 2009

Weekend @ Johor

Excited! Excited! Finally, kami sekeluarga dapat gak jenguk ke rumah alang di Johor. Dah lama promise nak dtg umah dia tp tak berkesempatan. At last, nak kene tunggu alang wat kenduri jugak la baru nak datang. Hehe! Bukan tanak dtg, tp jarak, masa dan duit tak mengizinkan. Haha!

So, setelah plan dari last month, Jumaat lepas aku n hubby sama² amik leave semata² sebab nak gi kenduri kat umah alang di Johor. Mula² plan nak gerak pagi Jumaat tuh but tiba² hubby ubah fikiran n ajak kami bertolak Khamis malam. Bagus jugak coz hubby abis keje awal that day. One more thing, dapat laa kami sampai umah alang awal sket, rehat². Tak perlu nak rushing².

Lepas maghrib kami bertolak, singgah umah along dulu, amik Pazol (anak ke3 along) wat wakilkan dia. Dia tak dapat pegi coz Ayoi (anak ke2 along) tak bape sehat so dia wakilkan jek sorg anak dia. Lame gak lepak umah along. Sempat makan nasik bagai... Muahahahahaha! Dalam kul 10++ gak laa baru gerak dari Senawang.


Sepanjang perjalanan, Zayyad tido jek. Tuh mmg hobi dia. Tido dalam kete! Hihi... Senang gak sebab kalo dia berjaga, nanti dia nangis² lagi pening pale. Aku pun kalo ikutkan sangat mengantuk tp aku gagah² kan gak mata nih supaya tak tertido. Bukan ape, sian kat hubby drive sorg². Mula² aku berjaya tahan tp at last, aku hanyut gak... hehehe! Mujur hubby jenis yg berjaga malam gak so dia boleh bertahan gak walaupun sorg².

Sampai kat tol Senai, abg AD dah tunggu sbb kitorg tatau jalan nak gi umah dia. So, bebetul sampai umah alang dalam kul 2 lebih laa. Lepak² kejap sambil minum then terus masuk tido. Tak larat! Zayyad pun takde mood nak main² dah tgh malam cenggitu.

Esok nye tuh, tolong² alang wat preparation utk kenduri lepas isya' nanti. Abah n mak uda sampai dalam kul 2pm. Mase tuh org dah ramai datang tolong alang masak. Menu nye agak menarik! Ayam goreng berempah, gulai nangka, sambal goreng johor,sambal tumis udang and timun cicah sambal belacan. Huhu! Ptg plak, ade org datang pasang kanopi. Lepas isya' jek, org dah bertandang. Majlis dimulakan dengan bacaan Yaasin diikuti doa selamat. Aku dapat join baca Yaasin kejap jek sebab Zayyad dah merengek2 nak tido. Dalam pada tido kan Zayyad, dgn aku² sekali hanyut. Penat punye pasal. Wakakakakakaa...

Bile tersedar, semua tetamu dah balik. Rupe2 nye, lauk² kenduri tuh licin! Tinggal gulai nangka ngan sambal goreng jek. Belacan pun tinggal sepiring kecik aje! Huhu... Yang sedih nye, tuan rumah tak makan lagi. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaa! Seb baik tgh hari tuh alang ade masak lauk lain utk org umah, asam pedas ikan patin n gulai ikan tenggiri. Lauk tuh la kitorg semua makan diiringi lauk2 kenduri yg tinggal. Lepas makan, rehat2 kejap sambil tgk tv then masuk tido, kepenatan.

Hari Sabtu, lepas makan tghari, abah and mak uda serta adik2 n anak sedare bertolak balik. Alang tak bagi aku ngan hubby balik lg. Di umpan nye kami ajak pegi pantai. Lepas abah gerak balik, kami semua pun terus siap². Naik van sekolah alang, kami semua escited gile nak pegi berkelah kat pantai. Mula² nak pegi pantai Desaru tp sebab ramai budak² kecik, alang kate kat situ bahaye sket utk bebudak. Pantai nye dalam. So, kami decide pegi pantai lain, kat Desaru gak tp pantai Batu Layar nama nye. Sebab ape nama pantai tuh camtuh? Sebab ade satu batu besar kat tepi pantai tuh yg berbentuk layar kapal (tak sempat lak nak amik gambo sebab tak parking kat situ).

Sampai jek situ, angin kuat gile! Air pun dah pasang sket. Lepas duduk2 kejap, terus kami berlari²an ke tepi pantai. Aku bawak sekali Zayyad mandi laut. Ingatkan dia nak nangis tp rupa2 nye siap gelak2 lagi! Huhuhu... Anakku. Tp aku tak leh berendam lelama coz bile angin sejuk dah makin kuat sebab nak ujan, Zayyad dah kesejukan. Terus aku naik and pakaikan dia baju then bagi susu. Kemain hepi lagi dia, tak nangis langsung!

Lepas memasing penat berendam, kami pun bersihkan diri n balik. Berenti makan dulu kat Kota Tinggi sambil shopping sket. Dalam kul 9pm baru sampai umah alang. Lepas mandi n siap2, kami pun gerak balik KL dalam kul 10pm. Sampai umah along, kul 2am. Anta Pazol. Gerak semula dalam 2.30am, so sampai KL kul 3:30am. Terus 'pengsan'. Huh! Penat tul badan...

So, next time kalo nak pegi Johor, kami dah tau laa jalan. Hehe! Tapi tu lah... Jarak dari KL ke Johor tuh wat aku pikir byk kali gak laa kalo sesaje jek nak pegi. Jauh gilak wooooooo... But, aku sure akan pegi lagi kalo ade rezeki dan masa. InsyaAllah...

Sampai sini dulu. See ya!

0 Korang Kate...: