Followers

Friday, March 13, 2009

It's my day...

13 March?!!... Bertambah setahun lagi umurku. Alhamdullillah, syukur pada Yang Maha Esa sebab aku masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati hidup sampai ke hari ini. Diberi kesempatan mengecapi nikmat kebahagian, diselangi ujian² kecil bagi menambah perisa dalam rencah sebuah kehidupan. Juga dianugerahi dengan kurnia² yg tak terhingga hebatnye. Allahuakbar... Terima kasih Ya Allah. Terima kasih atas segala nya... Aku bersyukur atas segala pemberianmu. Baik mahupun tidak, aku terima segalanya sebagai satu kurniaan dan ujian dari-Mu.

InsyaAllah, akan ku cuba menjadi hamba-Mu yang taat, seorang anak yang boleh dibanggakan, seorang isteri yang solehah, seorang ibu yang mithali, seorang adik dan kakak yang baik dan sebagai seorang teman atau sahabat yang setia. Keampunan dan petunjuk juga ku pohon dari Yang Maha Segalanya agar dapat kulalui hidup dengan penuh ketabahan dan keimanan. Amin...

Buat Hubby, thanks for everything and love u always. Buat anak mama Zayyad, hadirmu menambah seri dalam kehidupan mama. Mama sayang adik, lebih dari nyawa mama sendiri. Tak lupa buat abah dan keluarga yg dikasihi, love u all so much! Teristimewa buat arwah mak, terima kasih kerana melahirkan, membesarkan dan mendidik aku walau cuma utk 16 tahun terawal. Cukup untuk aku jadikan panduan bagi meneruskan kehidupan hingga kini dan insyaAllah dimasa akan datang. Akhir sekali, buat semua yang mengingati, TERIMA KASIH. Tiada yang lebih bermakna dari ingatan yg kalian titipkan.

Happy Birthday to ME... Hope to become a better person in future. Wish me luck! See ya...

0 Korang Kate...: