
Banyak tak berubah?
Banyak tak berubah?
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 3:25:00 PM 2 Korang Kate...
Labels: ZayyadRaziq
Hari nie aku sangat kecewa.
Pagi² lg dah rase frust sesangat.
Mood down giler!
Rase nak balik sekarang.
Ketidakadilan mula dirasai.
Sebelum2 nie ok jek tp kenape tak tahun ni?
Aku marah, rase cam nak cekik org!
Aku sedih, rase cam nak mengadu.
Aku kecewa sangat sampai tak terkata..
Akhirnya, macam nie lah...
Bila ape yang kita buat, tak pernah dihargai.
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 9:34:00 AM 3 Korang Kate...
Labels: Luahan
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 4:54:00 PM 3 Korang Kate...
Labels: Perhatian
Konon² Sabtu lepas nak join laa selamatkan dunia dari kepanasan global. Hehe! Tepat kul 8:30pm, kami pun tutup semua lampu kat umah. Terus berlari ke balkoni rumah, nak tgk keadaan. Tp, nampak cam takde apape perubahan pun? Cuma beberapa buah rumah jek yg join tutup lampu. Jalanraya pun terang benderang jugak! Yg kami nampak dari ketinggian rumah kami tuh ialah bangunan KLCC, yg lampunye ditutup bermula dari tingkat teratas sampai laa yg bawah. So nice! Yang lain, no changes! Hmmm... Tap takpe laa, mende tuh bukan wajib pun kan? Cuma nak tunjuk kite support jek usaha untuk menyelamatkan bumi kita yg dah 'sakit tenat' nih.
Mase lampu umah kami di tutup, Zayyad tgh syiokkk tido. Sebab tuh leh tutup lampu nye. Lps lebih kurang stgh jam, di kala konsert AF baru nak start, Zayyad pun dah menguit², tanda nak bangun ler tuh. Dia bukak jek mata, nampak gelap terus dia bukak kelas vokal. Hehe! Terpakse laa mama pendekkan mase Earth Hour yg sepatut nye sejam tp jadi setengah jam... Hehe! Jadi laa, ye... At least, aku support gak program selamatkan bumi tuh walaupun tak sepenuhnya. Lgpun, kalo Zayyad tak bangun, maybe aku akan teruskan sampai sejam. Anak bujang ku itew takut gelap! Muahahahaha...
K laa, nak sambung kije. See ya!
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 10:00:00 AM 1 Korang Kate...
Labels: CeritaCeriti
FRIDAY, MARCH 27, 2009
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 9:44:00 AM 1 Korang Kate...
Labels: CeritaCeriti, Luahan
Sekali aku kene tag daaaa... Wahai ummie ajeem, 'terima kasih' laa sebab menge'tag' aku. Huhu!
Kene jawab laa nampak nye nih...
RULES:
1. Put your iTunes, Winamp, Windows Media Player, etc. on Shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4. Tag 25 friends. (Tgk la list kat bawah tuh, x cukup kira aci la...)
5. Everyone tagged has to do the same thing.
6. DO NOT CHEAT & Have Fun!
1. IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?
---> You and Me (Lifehouse) = MOTIF? Tah laa... Tp lagu nie wat aku ingat kat Hubby. :x
2. HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
---> Hit me baby one more time (Britney Spears) = Hoh! Erm... Berani laa nak pukul² aku! Wekekekeekekee.....
3. WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
---> Bukan Di Sini (Sofaz) = Bukan di sini tempat nye nak explain. Hihihi!
4. HOW DO YOU FEEL TODAY?
---> Ooh! La! La! (KRU) = Ye ke? Tp rase cam pening pale jek... Hehe!
5. WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
---> Ratuku (Awie) = Errr.... Nak explain ape nih?
6. WHAT'S YOUR MOTTO?
---> Tapi Bukan Aku (Kerispatih) = Hoh!
7. WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
---> Dang Shin Eun... Na Neun Ba Bo - Stay (Korean Song) = Tak pasti laa ape maksud sebenar nye..
8. WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
---> Pelangi Petang (Sudirman) = Mungkin aku indah macam pelangi di mata diorg, walaupun pada org lain tidak. Alhamdulillah...
9. WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
---> Andai Ku Tahu (Ungu) = Ye laa, andai ku tahu jadi macam nie, mesti aku pilih solution yg satu lagi. Selalu gak pikir camnie...
10. WHAT IS 2 + 2?
---> Rehab (Amy Winehouse feat Jay-Z) = Hmmm... Mungkin laa kot?!!
11. WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
---> I'm Yours (Jason Mraz) = YES! My hubby is my bespren mase study dulu and now... I'm Yours........ Huhu!
12. WHAT IS YOUR LIFE STORY?
---> Larut (Dewa) = Hehe! Luv u, hubby...
13. WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
---> Wake Up Call (Maroon 5) = Cam tau2 jek aku keje customer service dulu... Pepagi dah call org tanye internet connetion dah ok ke lom? Macam wake up call gak laa... Haha! Sib baik skang tak wat keje2 tuh dah.
14. WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
---> Siapa Yang Rampas Cintamu (UK's) = Hoh! Ape nih?
15. WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
---> Mengenangmu (Kerispatih) = Haha! Takde makne nyeee...
16. WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
---> Di Luar Kemampuanku (Ukays) = Isk! Isk! Isk! Cam perli jek... Dah mati, mmg laa tak mampu. Huhu! Harap² diorg sedekahkan ayat2 suci wat aku, boleh buat bekal.
17. WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
---> Taman Astakona (Slash) = Mungkin yg dimaksudkan di sini adalah "Lepak-lepak kat Taman KJ"... Haha!
18. WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
---> Seperti Waktu Yang dulu (Ungu) = Sejarah silam... Maybe.
19. WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
---> Cinta Yang Sempurna (6ixth Sense Ft Noe Letto - Cas) = Oucchhhh!!!
20. WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW
---> Air Mata Syawal (Siti Nurhaliza) = Tanak! Tanak!
21. WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
---> Hidup Sederhana - Basikal Tua (Sudirman) = Kengkawan ku... Sape ade beskal tua weh??!!! Haha... Mari laa kawan², kita hidup secara besederhana.
22. WHAT WILL YOU POST THIS AS?
---> Why? "Full House OST" - (Rain) = Why? Why me? Why i've been tagged? Gitew ler...
Tag Friend--sila ambil perhatian kepada nama yang tersenarai
- Linda
- As
- Cham
- Diyana
- Lily
- Fizah
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 10:39:00 AM 0 Korang Kate...
Labels: Tag
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 11:26:00 AM 0 Korang Kate...
Labels: ZayyadRaziq
Excited! Excited! Finally, kami sekeluarga dapat gak jenguk ke rumah alang di Johor. Dah lama promise nak dtg umah dia tp tak berkesempatan. At last, nak kene tunggu alang wat kenduri jugak la baru nak datang. Hehe! Bukan tanak dtg, tp jarak, masa dan duit tak mengizinkan. Haha!
So, setelah plan dari last month, Jumaat lepas aku n hubby sama² amik leave semata² sebab nak gi kenduri kat umah alang di Johor. Mula² plan nak gerak pagi Jumaat tuh but tiba² hubby ubah fikiran n ajak kami bertolak Khamis malam. Bagus jugak coz hubby abis keje awal that day. One more thing, dapat laa kami sampai umah alang awal sket, rehat². Tak perlu nak rushing².
Lepas maghrib kami bertolak, singgah umah along dulu, amik Pazol (anak ke3 along) wat wakilkan dia. Dia tak dapat pegi coz Ayoi (anak ke2 along) tak bape sehat so dia wakilkan jek sorg anak dia. Lame gak lepak umah along. Sempat makan nasik bagai... Muahahahahaha! Dalam kul 10++ gak laa baru gerak dari Senawang.
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 5:25:00 PM 0 Korang Kate...
Labels: ZayyadRaziq
Masuk lambat lg ari nih! Bawak Zayyad pegi klinik pg td. Amik cucuk utk 5 bulan. Erm... Actually Sabtu nih baru genap 5 bulan tp dah kene cucuk. Kuat gak anak bujang mama nih! Tak nangis pun kene cucuk. Mase nurse cabut jarum td jek Zayyad merengek sket. Pastu, Zayyad siap senyum² lagi. Hehe! Timbang ari nih, berat Zayyad dah capai 7.36kg. Alhamdulillah... Tinggi?!! Bebudak tuh tak ukur plak. Trainee Nurse ramai kat klinik td. Yg timbang Zayyad td pun, trainee jugak...
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 1:49:00 PM 0 Korang Kate...
Labels: ZayyadRaziq
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 1:03:00 PM 0 Korang Kate...
Labels: Aktiviti, CeritaCeriti
Petang itu seperti biasa, aku menemani mak berehat2 di halaman rumah. Cuma itu yang mak mampu buat memandangkan dia tidak mampu berjalan atau berbuat apa-apa, selain duduk di atas kerusi roda ehsan dari felda buat mereka2 yg kurang upaya di kampungku.
Sedari pagi inginku suarakan sebenarnya, bimbang kalau² mak lupa tarikh dan hari itu namun hasrat itu tetap ku simpan dalam hati. Aku berlari² di halaman rumah, kekadang berlari ke rumah jiran dan berpatah semula. Namun larianku tidak jauh. Cuma di sekitar kawasan yg hampir dengan mak, bimbang kalau2 mak membutuhkan bantuanku untuk sesuatu.
Kadang2 kulihat mak terlelap dan tersengguk2 di atas wheelchair itu namun rutin itu sudah menjadi kebiasaan buatku. Tidak hairan kerana pasti mak letih memandangkan sepanjang masanya dihabiskan di situ. Sehingga petang, tiada apa2 tanda yang menunjukkan mak ingat akan tarikh itu. Akhirnya, setelah kepenatan mungkin, mak memanggilku...
"Tih, tolong bongkokkan mak..."
Aku berlari2 anak ke arah mak. Menurunkan tangan mak dari penyandar lengan kemudian menolak sedikit badan mak ke depan supaya mak dapat membongkok. Ku tunggu di sebelah mak, hanya melihat. Selepas beberapa saat, aku bantu mak duduk semula. Ku naikkan tangan nya seperti biasa.
"Jangan main jauh sangat" kata mak.
"Ye lah..." aku menjawab seada nya.
Sememangnya niat ku tak mahu ke mana2 selepas membantu mak tadi sebab ingin ku suarakan hasratku yg ku tahan sedari pg td. Melihat mak sudah kembali segar dan betul duduk nya, aku bersuara...
"Mak, ari nih ari jadi Ana. Mak ingat tak?"...
Mak menoleh ke arahku. Dengan lagak biasa, mak menjawab...
"Mak ingat..."
Jawapan mak mematikan ayatku. Mak ingat rupanya... Ade keharuan dalam perasaanku ketika itu. Tapi, naluri keanak2an membuatku meminta lebih...
"Mak tak ucap pun kat Ana?" Kata ku menunjukkan sedikit kekecewaan pada mak.
"Ye laaahhh... Selamat hari jadi. Semoga panjang umur, murah rezeki" ucap mak sambil tersenyum.
Aku tersipu² di sebelah mak. Masih mengharapkan sesuatu.
"Mak tanak kasi Ana apape ke?"
"Ermmm... nak ape?" Kata mak.
"Hehe! Mak belanja Ana air gas lah!" Balasku dengan hati yang berbunga.
Naluri kanak2 ku tak pandai meminta lebih. Permintaan yang ku buat ketika itu ku rasakan paling hebat pernah ku buat. Ini kerana aku tak pernah dimanjakan dengan jumlah wang yang besar². Sekadar 20 sen sehari untuk berbelanja, baik sekolah kebangsaan mahupun sekolah agama. Harga sebotol air gas waktu itu sama jumlah nya dengan belanja harianku selama seminggu.
Mak tersenyum lagi. Sambil berusaha menggerakkan sedikit badan nya ke depan, mak berkata...
"Ambil la seringgit. Pegi beli..."
Segera aku meloloskan tangan kecilku ke dalam poket di belakang wheel chair mak dan mencapai beberapa keping syiling. Ku kira sehingga cukup jumlah nya. Setelah itu, dengan senyum melebar, ku pandang wajah mak lalu berlari² ke kedai Cik Minah di belakang rumah. Dengan bangga ku hulur syiling² di tangan kepada tuan kedai sambil berkata...
"Cik, nak air gas satu!"
Botol yg air nya berwarna hijau ku pilih lalu air nya di bungkus. Aku berlalu dari kedai sambil tanganku menjinjing 'hadiah' yang kubeli sebentar tadi sambil menyanyi2 kecil. Riang hatiku tidak dapat digambarkan. Bangga kerana 'hadiah' itu hanya buatku.
Setelah itu, aku kembali pada mak dan bertanya...
"Mak nak?!!..." Sambil terus menghirup air dari penyedut yg tersedia.
"Minum lah..." kata mak lagi.
Aku tersenyum. Tanpa terus bertanya, ku usung ke hulu ke hilir 'hadiah' itu sambil bermain. Setitis pun tidak aku berikan buat org lain walau adikku sendiri. Malah kurahsiakan daripadanya tentang ada nya 'hadiah' itu.
Kini, 'hadiah' itu sudah tiada... Begitu juga dengan mak. Namun, memori yang tercipta ketika itu merupakan kenangan terindah dan hadiah terbesar dari mak buat aku. Selain hadiah terhebat nya kerana melahirkan ku, itulah hadiah hari lahir yang paling berharga darinya buatku. Dan kenangan itu, akan tetap terpahat di ingatanku sampai bila² walau kini sudah hampir 12 tahun dia pergi menghadap Yang Maha Mencipta.
Dalam kerinduan yang menggunung kala ini, aku teringat akan sesuatu. Mungkin kerana keghairahan atau naluri keanak²an ku ketika itu, aku terlupa. Dan andai mampu ku undurkan waktu ke saat itu, hanya satu yang inginku luahkan...
"Terima Kasih mak... Terima kasih atas hadiah, dan kenangan itu. Terima kasih...."
*Al-Fatihah buat arwah mak yang tercinta...
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 4:07:00 PM 0 Korang Kate...
Labels: CeritaCeriti
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 11:44:00 AM 0 Korang Kate...
Labels: CeritaCeriti
Mase Zayyad sembelit ari tuh, perut dia sentiasa kembung.Sian dia, jadi moody disebabkan tak sedap perut. Antara petua² or cara² yang aku cuba untuk hilangkan kembung tuh :-
(1) Cam biase, kerap sapukan minyak Yuyi kat perut, tapak kaki dan ubun² kepala dia.
(2) Tiarapkan dia kat peha or dukung pada bahu sambil tepuk² belakang badan dia.
(3) Junjung n letakkan bahagian perut dia kat atas kepala (Ni petua mak uda aku nih.. Hehe!)
(4) Tuam sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan dia - Yang nie memberi kesan yg agak cepat laa jugak!... (Yang nie petua akak aku...)
(5) Bagi ibu yg beri susu badan pada baby, elakkan makan makanan yang org tua2 kate "angin" dan "sejuk" - Yg nie mmg susah laa aku nak ikut, kan...
Erm... Tadi, aku try search2 kot ade petua lain then aku jumpe petua nih kat sini :
"Apabila anak kecil menangis kerana kembung, pertama sekali yang perlu dilakukan ialah hentikan tangisannya..kerana tangisannya akan menambahkan lagi angin dalam perutnya..sebaik2nya dukunglah dia..untuk menghilangkan kembung perut, ambil 2-3 biji lada hitam dan ditumbuk..masuk ke dalam pusat bayi..Biarkan dan tepuk belakang badan bayi..
Sebaik-baiknya ialah kita elakkan masalah kembung terjadi pada bayi kita..”BURPING” adalah penting untuk bayi selepas bayi makan atau menyusu..ia juga sebagai tanda yang bayi sudah kenyang..
Satu lagi petua yang saya gunakan ialah apabila tali pusat bayi sudah jatuh, saya akan memasukan 2-3 biji lada hitam yang ditumbuk ke dalam pusatnya..Alhamdullillah saya tidak menghadapi masalah bayi kembung..Ini adalah petua kampung yang saya perolehi dan amalkan untuk dikongsi bersama anda.."
Haaa... Yang guna lada hitam nih aku tak try lagi. Boleh laa cuba nanti kalo Zayyad kembung lagik! Hehe...
Ok laa... See ya!
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 12:30:00 PM 0 Korang Kate...
Labels: ZayyadRaziq
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 1:02:00 PM 0 Korang Kate...
Labels: ZayyadRaziq
Anak bujangku ini sekarang, tido punye laa lasak!Kalo malam mama letak elok jek atas bantal, lurus²...Pagi esok nye tgk lah! Kepala ade kat pinggang mama, kaki plak kat perut ayah... Haha!Syarat utama, mesti ade bantal utk peluk n tutup muka.Then, puting wajib bersumbat kat mulut. Hehe...Ape-ape laa Zayyad. Asalkan tak meragam, sudah.....
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 12:46:00 PM 0 Korang Kate...
Labels: ZayyadRaziq