Followers

Monday, January 12, 2009

I've been tagged...

Bz punye pasal, mgu nih takde mase lgsung aku nak bukak blog. Update ape tah lagi. Baru laa hari nih ade kelapangan sket. Bile bukak blog, of course laa aku view blog2 n fp kengkawan dulu. Suddenly bile view blog Sue, rupe nye aku antara org yg telah di tag oleh dia. Huhu! tag nye bertajuk :

16 Perkara Rawak.

Terms and Conditions :

1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh, ataupun hala tuju hidup anda.
2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda diperingkat awal.
4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.

So, untuk tidak menghampakan permintaan, aku cuba laa menjawab nye. Hehe! Dan jawapan aku adalah seperti berikut :-

(1) Aku adalah anak mak n abah aku, adik kepada 3 kakak aku, akak kepada 3 org adik aku, isteri kepada suami aku dan ibu kepada anak lelaki aku. Hehe!

(2) Fakta dan pengaruh no 4 dalam hidup aku :
Aku adalah anak ke-4 dalam family. Masa aku form 4, arwah mak pergi tinggalkan aku pada tarikh 24hb 4, pada hari ke-4 (khamis) dan minggu ke-4 bulan tuh. Mak pergi tepat jam 4:30pm. Dan 4 hari selepas tuh, aku ade exam kat sekolah yg akhirnye. dpt result yg hancur sebab aku mmg tgh DOWN giler mase tuh. Kebetulan kan?!!...

(3) Aku seorang yang simple dalam bershopping. Sebab org yg follow aku shopping tak perlu berpenat lelah menunggu aku memilih n meng'compare' harga barang, kualiti or so ever sebab aku tak buat semua tuh. Coz, before aku shopping, aku dah pikir ape yg aku nak beli n bila sampai kat tempat yg dituju, aku just look n pick ape2 yg perlu n ape yg aku nak sahaja. Mende2 lain yg aku amik selain ape yg aku pikir kira extra. Hihi!

(4) Kalo aku dah suka sesuatu mende tuh, aku tak amik 'port' pada mende lain dah. Mende lain jd tak menarik lg pada aku dan aku akan cuba dapatkan mende yg aku nak tuh selagi boleh. Tak kira laa barang ke, orang ke...

(5) Semenjak ade Zayyad, dia lebih penting dari diri aku sendiri. Kalo bershopping pun, aku mesti nak belikan barang utk dia jek. Standard laa kan kalo org dah ade anak... Hehe!

(6) Org boleh panggil aku dgn 8 gelaran @ panggilan. Tak termasuk lagi panggilan from hubby and nick name bile chatting tuh. Hehe!

(7) Aku peminat seni. Dari dulu lagi mmg aku suke mende2 seni nih. Hobi aku kalo boring or bad mood ialah melukis and menyanyi. Cuma aku mungkin salah amik bidang pengajian dulu so tak dapat lah nak kembangkan bakat. Haha!

(8) Dalam banyak2 mende yg bernombor, aku paling susah nak hafal no plat! Tak kire laa moto ke kete, mmg aku cukup susah nak ingat. Aku cuma ingat no kete aku jek. Kete abah aku pun aku tak ingat no plat nye. No IC org, nombor² tepon & no akaun bank senang plak aku nak ingat tuh!

(9) PINK ialah warna fav aku masa aku single. Lepas kawen, tambah satu lagi kaler, PURPLE. Bila dah ade anak, up lagi satu kaler, HIJAU..

(10) 2 sifat aku yg agak tak baper bagus :
Tak bape penyabar n konfiden.Aku nie jenis yg tak berapa penyabar sangat, especially sejak lepas beranak nih. Nasib baik laa aku ade hubby yg sangat penyabar dan sentiasa menyabarkan aku bila aku dah hilang sabar. Hehe!And aku jugak seorang yg tak konfiden pada diri sendiri. Aku tak konfiden yg aku mampu buat sesuatu mende baru tuh sampai laa aku berjaya, baru laa aku konfiden.

(11) Hubby kate aku suke membebel. Erm... Tah laa. Tp aku akan bising selagi mende yg aku suruh tuh tak dilaksanakan. Maybe sebab tuh hubby rase aku nih kuat membebel kot.. Hik! Hik!

(12) Aku suke pendam perasaan. Kalo aku marah, kecik hati, sedih or frust, aku akan simpan sorang2. 'Makan dalam' laa bak kate org. Walaupun aku sorok, semua tuh org boleh gak tau dari memek muka aku. Tapi, kalo aku hepi mmg aku takleh sorok. Rase cam nak gitau semua org mende yg menghepikan aku tuh. Hehe!

(13) Aku sangat takut tido sorg2. Dari kecik lagi aku tido berteman, samada dengan akak atau adik aku. Kalo aku sorg, aku akan letak bantal sebanyak yg boleh kat keliling aku n cuma tinggal sikit je ruang utk aku baring. Kalo tak wat camtuh, mmg tak tido laa aku sampai pagi.

(14) Aku tak memilih makanan. Tak kisah ape pun, aku telan jek. BUT, aku mmg tak makan ulam2 dan sayur mentah macam kacang botol ke, pucuk pegaga, petai, jering dan yg sewaktu dengan nye. Yarrkkk! Mmg tak leh nak telan...

(15) Aku selalu berangan kalo laa aku ade kedai runcit dan perniagaan sendiri, kan seronok? Sebab aku mmg harap satu hari nanti aku akan ade sebuah kedai (runcit or restoran) / perniagaan sendiri. Ye laa, takkan laa selama nya nak keje makan gaji kan?...

(16) Harapan dan impian aku, semoga kebahagian dan kegembiraan yg aku kecapi skrg berkekalan selamanya. Semoga kami sekeluarga sentiasa diberkati dan dilindungi oleh-Nya dari segala perkara2 yg tak diingini. Amin...

That's all. Harap jawapan2 nie dapat memenuhi piawaian dan akta org yg meng'tag aku. Hehe! And, coz dalam syarat yg termaktub, aku perlu menghasut org lain, aku akan hasut org2 seperti di bawah:

  • Cham
  • Fizah
  • Diyana
  • Lily
  • As

Nie jek yg mampu aku tag. K la, selamat menjawab kepada kelima2 mangsa. That's all for now. See ya!

3 Korang Kate...:

aS_c0mei said...

opsss..insyaAllah..nanti aku akan usahakan buat tag ye!aku busy lately.hehe...nak karang panjang2 tak smpt...:D

Anonymous said...

assigment ko telah aku sempurnakan..see my fp ye :P

Anonymous said...

wahhh...mls sunnguhla aku nk wat weh...tggu la time2 aku telebih rajin aku wat ;)