Wednesday, January 28, 2009
Zayyad Yang BOTAK !!!
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 2:16:00 PM 0 Korang Kate...
Labels: ZayyadRaziq
Cukur Jambul
Sempena cuti raye cina, kami amik keputusan balik ke kg hubby kat Lipis. Kami mmg plan nak wat majlis cukur jambul Zayyad kat sane coz family hubby tak pernah ade majlis macam tuh. Family aku dah selalu. Maklum laa, cucu² abah ramai. Hehe! So, pagi Sabtu kami gerak balik.
Setelah berbincang, kenduri diputuskan pada hari Isnin. Ahad tuh, aku n hubby ke bandar utk cari ape² barang yg patut. Zayyad tinggal kat umah jek. Oleh sebab last minute, kami tak berjaya cari bunga telur coz semua kedai kat Lipis tuh tutup. Tinggal pasaraya n beberapa kedai runcit jek yg bukak! Adeeeehhhhh.... Menyesal tak beli awal² kat KL.
Ape pun, Alhamdulillah. Majlis pd hari Isnin tuh berjalan lancar. Walaupun abah n mak uda tak dapat dtg atas sebab komitmen lain, tp takpe. Coz, tanpa disangka² malam Selasa tuh kami balik jugak umah abah kat Triang. Tak plan pun nak balik sane. Ingatkan alang dah balik Johor ahad tuh. rupe nye, dia ade sampai Selasa n petang Isnin tuh dia baru giau tak jadi balik Johor lg. Oleh sebab dia tak penah jumpe ngan Zayyad lg, kami usahakan jugak balik ke sana. Hehe!
So, ni laa serba sedikit gamba di sekitar majlis cukur jambul Zayyad yg dapat aku share ngan korg :
Gambar sekitar majlis cukur jambul - Isnin, 26/01/2009
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 2:11:00 PM 0 Korang Kate...
Labels: Aktiviti, ZayyadRaziq
Wednesday, January 21, 2009
Zayyad @ 3 Months
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 4:44:00 PM 2 Korang Kate...
Labels: ZayyadRaziq
Me @ Training
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 4:10:00 PM 0 Korang Kate...
Labels: CeritaCeriti, ZayyadRaziq
Friday, January 16, 2009
Zayyad Demam
Nie laa 1st time Zayyad demam. So, in future kalo dia demam lg (mama tak mintak ye, sayang... tp "in case"), aku tau laa ape nak buat. Hehe! Bila 1st time nih, mmg kelam kabut laa sket kan. Semua nya bermula pada hari Isnin malam Selasa lepas. Balik dari nursery, Zayyad ok jek. Senyum2, main2. Sampai umah, cam biase aku lapkan aje badan nye sebab dah comot2 minum susu. Masam dah bau nye. Lepas bersih, aku susukan dia then dia tido. Mase dia tgh tido, adik aku pegang tangan dia. Dia kate "Tih, sejuk nye tangan Zayyad nih. Sian dia..." Aku pun rase jugak. Ermmm.. aku terus masukkan tangan dia dalam selimut. Maybe sebab angin kuat kot. After a few minutes, aku rase semula, OK! Dah normal. Tak lame tuh, dia terjaga n nangis2 nak susu.Mula2 adik aku pujuk2 dia. Dia kate kat aku, panas plak badan Zayyad nih... Aku pun angkat Zayyad dari bouncer n pangku dia, A'ah laaa! Badan dia panas semacam. Aku dah mula rasa risau tp aku biarkan aje dulu. Lepas menyusu, aku peluk dia cam selalu kasi sendawa. Masa kepala dia dekat ngan muka aku, aku rase berbahang. Terus aku cakap kat hubby yg badan dia panas lain macam. Tak pernah camni. Hubby diam aje mula tuh. Tak lame tuh aku dah takleh saba. Aku yakin dia mmg demam. Aku desak hubby ajak pegi klinik malam tuh jugak! Aku call Sue and tanye klinik mane yg bukak 24 jam. Dia maybe tau sebab Ajeem pun ade demam b4 this. At last, Man bg direction kat hubby macam mane nk pegi Klinik Rakyat yg 24 hours kat SS3.
Terus aku n adik siap2. Hubby pun sama. Berpusing2 gak laa kami cari tempat tuh sebab tak pernah pegi. Berkali2 hubby call Man tanye direction and finally, kami jumpe jugak klinik tuh. Thanks to Sue n Man. Bila jumpa doktor, dia kate Zayyad mmg demam tp tak tinggi sangat. Then, dia pun kasi ubat demam n antibiotik. On the way balik, aku mintak hubby cari cool fever kat mane2 7-E, kot2 ade but unfortunately tak ade. Takpe laa... Balik umah je, terus aku bg Zayyad makan ubat. Menangis2 dia tanak makan tp aku sumbat gak.. Hehe! Lepas menyusu, aku lap2 kan kepala dia dengan kain basah. Tak lame pastuh, dia pun tido. Malam tuh aku n hubby tido lewat jugak laa, nak jaga dia takut2 dia menangis ker... Tp Alhamdulillah, anak mama baik. Tak meragam sangat pun. Every 2-3 hours aku bangun susukan dia dan rase suhu badan dia. Still panas... Sampai laa keesokan nye tuh iaitu hari Rabu, aku bangun dalam pukul 6:30am n test suhu badan dia, still around 39-40'celcius. Aku pun terus sms Fizah bgtau yg aku nak EL ari tuh. So, sehari suntuk laa aku dok umah jage dia, tak ke mane2.
Bila malam, aku dapat rase kan yg suhu badan dia tak akan turun menjelang ari esok. Sebab takde tanda2 yg demam dia nak kebah. Aku mula laa risau, camane nak gi keje kan kalo dia tak sehat lg? Tp, aku still tunggu hari esok. And, akhirnya jangkaan aku mmg tepat. Pg tuh aku bangun, rase badan dia n test guna termometer, mmg still 39' celcius lg. Nak tak nak, aku sms Fizah lagi mintak NPL. No choice... Aku tak sanggup nak hantar dia pegi nursery dalam keadaan demam camtuh. Lagi plak, takut berjangkit ngan budak2 lain plak nanti. So, seharian laa lagi aku duduk kat umah n jaga anak kesayangan aku tuh.
Dan Alhamdulillah, pg td bila bangun dari tido, aku rase badan dia dah tak panas lg. Bile test guna termometer, dah normal semula suhu badan dia. Dia pun dah ceria nampak nye. Aku pun yakin laa sket nak anta dia ke nursery sekaligus pegi keje.
Mase demam, Zayyad baik je... Tak banyak ragam. Takde susahkan mama n ayah sangat. Alhamdulillah, harap2 Zayyad sehat selalu lepas nih. Dikurniakan kesihatan yg baik dan akal yg bijak. Demam2 sket nie lumrah laa bg budak2 kan... Kalo tak demam langsung kang, pelik plak! Hehe!
Ok laa, that's all for now. See ya!
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 3:00:00 PM 2 Korang Kate...
Labels: ZayyadRaziq
Monday, January 12, 2009
He's My Angel...
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 5:15:00 PM 0 Korang Kate...
Labels: ZayyadRaziq
I've been tagged...
Bz punye pasal, mgu nih takde mase lgsung aku nak bukak blog. Update ape tah lagi. Baru laa hari nih ade kelapangan sket. Bile bukak blog, of course laa aku view blog2 n fp kengkawan dulu. Suddenly bile view blog Sue, rupe nye aku antara org yg telah di tag oleh dia. Huhu! tag nye bertajuk :
16 Perkara Rawak.
Terms and Conditions :
1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh, ataupun hala tuju hidup anda.
2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda diperingkat awal.
4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.
So, untuk tidak menghampakan permintaan, aku cuba laa menjawab nye. Hehe! Dan jawapan aku adalah seperti berikut :-
(1) Aku adalah anak mak n abah aku, adik kepada 3 kakak aku, akak kepada 3 org adik aku, isteri kepada suami aku dan ibu kepada anak lelaki aku. Hehe!
(2) Fakta dan pengaruh no 4 dalam hidup aku :
Aku adalah anak ke-4 dalam family. Masa aku form 4, arwah mak pergi tinggalkan aku pada tarikh 24hb 4, pada hari ke-4 (khamis) dan minggu ke-4 bulan tuh. Mak pergi tepat jam 4:30pm. Dan 4 hari selepas tuh, aku ade exam kat sekolah yg akhirnye. dpt result yg hancur sebab aku mmg tgh DOWN giler mase tuh. Kebetulan kan?!!...
(3) Aku seorang yang simple dalam bershopping. Sebab org yg follow aku shopping tak perlu berpenat lelah menunggu aku memilih n meng'compare' harga barang, kualiti or so ever sebab aku tak buat semua tuh. Coz, before aku shopping, aku dah pikir ape yg aku nak beli n bila sampai kat tempat yg dituju, aku just look n pick ape2 yg perlu n ape yg aku nak sahaja. Mende2 lain yg aku amik selain ape yg aku pikir kira extra. Hihi!
(4) Kalo aku dah suka sesuatu mende tuh, aku tak amik 'port' pada mende lain dah. Mende lain jd tak menarik lg pada aku dan aku akan cuba dapatkan mende yg aku nak tuh selagi boleh. Tak kira laa barang ke, orang ke...
(5) Semenjak ade Zayyad, dia lebih penting dari diri aku sendiri. Kalo bershopping pun, aku mesti nak belikan barang utk dia jek. Standard laa kan kalo org dah ade anak... Hehe!
(6) Org boleh panggil aku dgn 8 gelaran @ panggilan. Tak termasuk lagi panggilan from hubby and nick name bile chatting tuh. Hehe!
(7) Aku peminat seni. Dari dulu lagi mmg aku suke mende2 seni nih. Hobi aku kalo boring or bad mood ialah melukis and menyanyi. Cuma aku mungkin salah amik bidang pengajian dulu so tak dapat lah nak kembangkan bakat. Haha!
(8) Dalam banyak2 mende yg bernombor, aku paling susah nak hafal no plat! Tak kire laa moto ke kete, mmg aku cukup susah nak ingat. Aku cuma ingat no kete aku jek. Kete abah aku pun aku tak ingat no plat nye. No IC org, nombor² tepon & no akaun bank senang plak aku nak ingat tuh!
(9) PINK ialah warna fav aku masa aku single. Lepas kawen, tambah satu lagi kaler, PURPLE. Bila dah ade anak, up lagi satu kaler, HIJAU..
(10) 2 sifat aku yg agak tak baper bagus :
Tak bape penyabar n konfiden.Aku nie jenis yg tak berapa penyabar sangat, especially sejak lepas beranak nih. Nasib baik laa aku ade hubby yg sangat penyabar dan sentiasa menyabarkan aku bila aku dah hilang sabar. Hehe!And aku jugak seorang yg tak konfiden pada diri sendiri. Aku tak konfiden yg aku mampu buat sesuatu mende baru tuh sampai laa aku berjaya, baru laa aku konfiden.
(11) Hubby kate aku suke membebel. Erm... Tah laa. Tp aku akan bising selagi mende yg aku suruh tuh tak dilaksanakan. Maybe sebab tuh hubby rase aku nih kuat membebel kot.. Hik! Hik!
(12) Aku suke pendam perasaan. Kalo aku marah, kecik hati, sedih or frust, aku akan simpan sorang2. 'Makan dalam' laa bak kate org. Walaupun aku sorok, semua tuh org boleh gak tau dari memek muka aku. Tapi, kalo aku hepi mmg aku takleh sorok. Rase cam nak gitau semua org mende yg menghepikan aku tuh. Hehe!
(13) Aku sangat takut tido sorg2. Dari kecik lagi aku tido berteman, samada dengan akak atau adik aku. Kalo aku sorg, aku akan letak bantal sebanyak yg boleh kat keliling aku n cuma tinggal sikit je ruang utk aku baring. Kalo tak wat camtuh, mmg tak tido laa aku sampai pagi.
(14) Aku tak memilih makanan. Tak kisah ape pun, aku telan jek. BUT, aku mmg tak makan ulam2 dan sayur mentah macam kacang botol ke, pucuk pegaga, petai, jering dan yg sewaktu dengan nye. Yarrkkk! Mmg tak leh nak telan...
(15) Aku selalu berangan kalo laa aku ade kedai runcit dan perniagaan sendiri, kan seronok? Sebab aku mmg harap satu hari nanti aku akan ade sebuah kedai (runcit or restoran) / perniagaan sendiri. Ye laa, takkan laa selama nya nak keje makan gaji kan?...
(16) Harapan dan impian aku, semoga kebahagian dan kegembiraan yg aku kecapi skrg berkekalan selamanya. Semoga kami sekeluarga sentiasa diberkati dan dilindungi oleh-Nya dari segala perkara2 yg tak diingini. Amin...
That's all. Harap jawapan2 nie dapat memenuhi piawaian dan akta org yg meng'tag aku. Hehe! And, coz dalam syarat yg termaktub, aku perlu menghasut org lain, aku akan hasut org2 seperti di bawah:
- Cham
- Fizah
- Diyana
- Lily
- As
Nie jek yg mampu aku tag. K la, selamat menjawab kepada kelima2 mangsa. That's all for now. See ya!
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 12:34:00 PM 3 Korang Kate...
Labels: Tag
Minggu Yang BZ!
Minggu lepas merupakan minggu yg bz buat aku kat opis. Mane tak nye, dah laa team aku nie tak ramai. 4 org jek. Tolak Team Leader sorg (sbb dia tak wat keje upload-mengupload nih dah), tinggal laa 3 org. Normally, we will divide all the daily task that we receive everyday to 3, means buat sorg sket laa di samping keje2 lain like project, review or whatever. Tup-tup, kitorg dpt order bahawa both KBase system (VADS-TMIS n TM-TMFL) will be merged as one and we will share the server. Walla weyyhhhhh! Ape lg?? Some of us have to stand by @ Menara Cygal to repair all the link for our system coz when the system being transfer from our server to their server, all the current link will be broken. Huhu! Keje yg sangat leceh. Luckily, i'm not the one who have to do all that coz Din n Sya was selected for that task, but unfortunately, i'm the one who left here and need to do all the daily task, ALONE... HUwaaaaaaaaaaa!!! Imagine laa, keje 3 org tp sorang jek yg kene settlekan. Tak ke mampos?? Nak tak nak, TL aku tolong laa jugak wat sket2 mane yg urgent n aku tak terkejar nak wat. Thanks Fiza, coz aku tau ko pun sangat BZ dgn keje2 ko n being chased by the "hanjing' which always want everything ASAP. Hehe!
And Alhamdulillah, aku berjaya mengharungi minggu yg bz itu dgn kejayaan 99%. Hihi! 1% lg tuh untuk mende2 yg aku ter miss pandang, terlambat upload n tak paham samada kene upload ke tak... Hik! Hik!
And very soon, as we have being informed, we all have to transfer tmpat keje. My team n i have to move from PV to Cygal and be as one team there under Puan. The best thing is, we don't have to work under that "hanjing" anymore. Yuhuuuuuuuuuu!!! But, when we move there, aku tak sure samada aku boleh pickup Zayyad dari nursery seawal skrg lg atau tak. Coz, paham2 aje laa Federal Highway tuh bile weekdays ni kan... Maybe i have to take the train LRT to avoid traffic jam and at least tak laa lambat sgt kan aku amik Zayyad nanti kalo nak compare kene harung jam kat Federal tuh. Zayyad plak pandai sangat merajuk kalo lmbt amik dia. Penah sekali aku terlambat amik dia, tu pun tak laa lmbt mane. Selalu nye amik dia dalam kul 5.45-5.50. But that day, aku n hubby singgah makan dulu sebab lapa sangat. Then, dalam 6:30pm laa baru aku sampai nursery. Dia punye merajuk, sikit pun dia tanak pandang muke aku mase aku pegang dia. Kalo tak, selalu tuh dia siap senyum2 lg kalo aku panggil dia. Merajuk nye panjang sampai ke rumah. Bila nak menyusu, baru laa dia pandang aku. Tuh pun tanak senyum lagi. Huhu! Adik...Adik... Kecik2 lg dah pandai majuk2 ngan mama ye. Ape2 pun, mama tetap sayang adik. Hehe!
Hubby plak akan start keje baru. Alhamdulillah, lepas interview last week, hubby have been selected for the new job. New year, new job! Training nye kat Menara Celcom starting next Monday and after a month, he will be transfered to AHP @ TTDI. Sedih nyeeee.... Bile hubby dapat keje kat TTDI, aku plak kene move from TTDI. Huwaaaaaaaaaaaaaa!!! Kalo tak, kan dah senang nak gi keje? Tp, tak kisah laa. Compared to Menara Celcom, TTDI is better. Kalo tak, lg jauh laa...
And, malam td sebelum tido, macam biase aku n hubby akan main2 ngan Zayyad dulu kalo dia berjaga. Hubby mmg suke layan Zayyad n Zayyad yg mmg suke tersengih lebar2 kalo org agah2 dia. Dia sengih jek beria tp tak kuar suara nak gelak. But last night, kami happy sangat2 coz our baby dah mula ketawa. Berair2 mata kami ketawa sambil layan dia sebab seronok sangat coz Zayyad dah pandai ketawa dgn mengeluarkan suara. Alhamdulillah, tuh satu lg perkembangan Zayyad yg terbaru. Semoga adik sentiasa sihat n happy, OK!
That's all for this entry. See ya!
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 12:32:00 PM 0 Korang Kate...
Labels: CeritaCeriti
Tuesday, January 6, 2009
Selamat Tahun Baru 2009
Salam Tahun Baru 2009, Salam Maal Hijrah 1430M buat semua. Semoga tahun baru bakal menjanjikan kehidupan yg lebih baik dan diberkati buat kita semua.
Dah lame nak update entry tahun baru, tp bz punye pasal, baru skang sempat taip. Tahun baru nie, umo aku pun dah meningkat setahun lg. Makin tua dah aku nih. Huhu! Rase2 nye baru jek masuk form 5 semalam. Tup-tup rupe nye dah ade anak sorg. Hik! Hik! Hik!
2008 yg lalu telah memberi aku byk pengalaman dan kenangan, pahit dan manis. Alhamdulillah setakat nie, hampir semua yg aku impikan telah tercapai. Cuma ade laa 1-2 mende yg tak termakbul tuh. Biase laa, tak semua benda yg kite nak dalam dunia nih kite akan dapat kan... Namun, syukur aku panjatkan kepada Yang Maha Esa atas segala kurniaan dan rezeki yg Dia limpahkan buat aku dan keluarga.
Terima kasih Ya Allah, dengan izin-Mu aku memiliki sebuah keluarga yg bahagia sekarang. Seorang suami yang penyayang dan dikurniakan juga seorang anak lelaki yang comel. Semoga kebahagian dan kegembiraan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin...
Buat hubby, thanks for everything. Terima kasih atas kesudian hubby menerima diri ini sebagai seorang isteri. Terima kasih juga atas segala pengorbanan, perhatian dan kasih sayang yg dicurahkan buat kami berdua (me n baby). You are such a great husband for me and a perfect dad for our son. Semoga hubby sentiasa diberkati oleh Allah Taala, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Luv u forever and ever and ever and ever... Hehe!
For my little prince, Zayyad... Mama harap adik akan sentiasa gembira dan sihat, juga dewasa sebagai insan yg berguna. Doa mama sentiasa mengiringi kehidupan adik, semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, otak yg cerdas dan jadilah anak yg soleh dan patuh pada mama n ayah, ok! Semoga rezeki adik semakin dan sentiasa bertambah sebagaimana maksud nama adik. Mama dan ayah akan cuba mendidik adik sebaik mungkin dan memberikan yg terbaik buat adik. InsyaAllah... Semoga Allah Taala kurniakan yg terbaik buat Zayyad mama. Mama luv u so much!
Buat saudara mara, rakan taulan, sahabat handai... semoga gembira di tahun baru. Kepada bakal2 pengantin, bakal2 ibu/ayah, bakal2 tunangan org - CONGRATULATIONS! Wish all the best for of u.
Thanks and Good Bye, 2008...
Happy Wishes and Welcome, 2009!
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 2:01:00 PM 0 Korang Kate...
Labels: CeritaCeriti