Followers

Thursday, April 21, 2011

Muntah Susu

Aku perasan kalo baby nih, mmg selalu muntah lepas minum. Setelah ade 2 anak, baru laa aku terpikir nak menggugel. Ekekekekeee! Sebab ape baru terpikir? Sebab rasenye mase Zayyad dulu, tak laa ketara sangat muntah susunye. Tp si Addad nih, sangat kerap muntah susu. Maybe sebab dia minum lg byk dari Zayyad dulu kowt… Hehe!

So, setelah aku gugel², aku jumpe laa satu fakta nih. Saje nak share ngan sesape yg ade masalah cam aku jugak laa… Jom kite baca:


Apa itu muntah susu?

Istilah perubatan pada masalah ini ialah gastroesophageal reflux. Ia tidak sama dengan muntah biasa. Muntah susu adalah masalah yang sangat kerap terjadi dikalangan bayi iaitu 40% pada bayi berusia kurang dari 1 tahun.

Apa yang menyebabkan muntah?

Ia terjadi kerana susu didalam perut termasuk balik kedalam salur esophagus ( saluran yang menyambungkan perut dan mulut). Bagi bayi yang lebih berusia, terdapat otot pada pangkal esofagus ini yang menghalang makanan dari perut masuk balik ke esofagus yang berfungsi seperti penutup satu hala atau 'valve'. Walaubagaimanapun, valve ini tidak betul-betul berfungsi sehinggalah bayi berusia 1 tahun ke atas. Itulah sebabnya ia lebih lebih kerap terjadi dikalangan bayi berusia kurang dari 1 tahun.

Gejala dan simtom

  • Keluar secara 'effortless'
  • Muntah terjadi sebaik minum susu
  • Muntah selepas sendawa
  • Susu keluar lebih banyak terutama setelah terlebih minum

Tip untuk kurangkan muntah susu

  • Sendawakan bayi dengan lebih kerap, semasa dan selepas menyusu
  • Kurangkan tekanan pada perut- jangan berbekung atau memakai lampin yang ketat.
  • Elakkan pergerakkan seperti membuai yang keterlaluan semasa dan selepas menyusu
  • Hindar dari minum susu terlalu banyak dalam satu masa
  • Baringkan bayi dalam kedudukan mengiring sebelah kanan semasa tidur
  • Tinggikan kepala bayi 30 darjah semasa tidur
  • Tegakkan badan bayi sebaik selepas menyusu.
  • Periksa samada terdapat “dribbling” pada mulut bayi semasa tidur. Lap sekiranya ada susu untuk mengurangkan iritasi.
  • Pastikan bayi tidak mengalami dihydrasi (kekurangan cecair badan) dengan memeriksa tanda-tanda dehidrasi seperti:
    • Lampin- sekiranya lampin kerap kering bayi mungkin mengalami dehidrasi
    • Periksa mulut: Lidah yang terlalu kering menunjukkan bayi dehidrasi
    • Kulit: sekiranya nampak kering dan berkedut, mungkin bayi mengalami dehydrasi.

Bila perlu jumpa doktor?

Kebanyakkannya akan hilang dengan sendiri selepas 12 bulan dan bayi membesar secara normal. Walaubagaimanapun, ada segelintir dari bayi yang muntah terlalu banyak sehinggalah ia tidak membesar sebagaimana yang sepatutnya. Sekiranya muntahnya keterlaluan setiap kali menyusu, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan.

TIP UNTUK MENYUSUKAN BAYI

  • Menyusu dengan kadar sedikit. Hadkan setiap susuan kurang dari 20 min sekiranya menyusu botol.
  • Sekiranya menyusu badan, susukan pada sebelah buah dada sahaja dan perah yang satu lagi.
  • Jarakkan susuan sekurang-kurang 2 jam kerana perut mengambil masa 2 jam untuk kosong semula.
  • Pakaikan lampin dengan lebih longgar
  • Susukan bayi dalam keadaan tegak sedikit
Thanks to alamhamil.com

Monday, April 18, 2011

UniFi vs B.yond

Last week adalah sesi meng’upgrade’ servis² yg ade kat dalam umah. Antara yg aku upgrade adalah perkhidmatan internet dan astro. Dua² tuh aku upgrade sebab aku dah tensen yg amat pakai ape² servis yg dah sedia ade.

UniFi

Previously aku gune broadband. Kalo dah nama nye BB, of coz ade limitation kan? Biasenye, pakai dalam seminggu jek (paling lama pon 2minggu laa…), connection dah jadik slow. Cannot upload or download anything sebab dah abis usage. Huh! Mmg sangat tertekan laa kan.

Pastuh, kalo nak view any video pon, Allahuakbar! Lembab nak mampos… Kalo nak dload or upload apape, kene piker byk kali and tgk size file dulu. Tgk U-Tube a few times pond ah guna separuh usage dia.

At last, kami pon upgrade pakai UniFi. Bukan sebab aku keje ngan company dia, tp sebab bosan ngan perkara² yg berlaku seperti di atas. Lgpon, kami register time ade promotion. FREE installation FEE! Ahaaaaa… Sape tanak kalo kate FREE kan? Ekekekeee… Nak register pon takyah susah². Semua adik aku settlekan! Ye laa, untung kat dia jugak kan? Dapat sale dari kakak sendiri. Hahaha!

And setakat nih, Alhamdulillah. Kami puas hati dgn servis yg kami dapat. WiFi dimane2 dalam rumah. Pakai tepon pon boleh surfing. Dapat plak DECT Fon ngan IPTV service. Walaupun aku takde laa tgk sangat pon HyppTv punye channel tuh, tp gamba dia agak cantik compared to gamba from Astro. HD Quality! Zayyad pon sekarang sangat hepi sebab dapat melayan atomen² dari U-Tube tanpa buffer… Sampai mama nak guna laptop pon susah skang nih. Uhuhu!

Astro B.yond

Utk kali keduanya, astro kat umah aku buat hal ari tuh. Hal macam mane? Kuali yg kat atas bumbung tuh bergerak so certain channel yg kami subscribe ilang! Bile pegi kat channel tuh, dia tulis “Service currently not available” macam time2 ujan plak! Mau aku tak sakit ati.

1st time kene ari tuh, dah panggil technician soh repair. Tak pasal2 kene charge RM50 utk keje bodoh sekadar pusing jek kuali tuh sket bagi dok cam sedia kala. Kalo laa boleh kami panjat sendiri kat atas bumbung tuh, dah lama kami buat. Malangnye technician yg malas tuh pasang kuali tuh setinggi² langit kat atas bumbung umah kami tuh. Kami mintak dia tukarkan ke bhgn depan sket (bhgn yg rendah sket laa) dia kate susah sebab takde ruang kayu yg dia boleh sangkut and paku mende tuh. Dia maleh nak drill la tuh! Mungkin jugak utk make sure kami panggil dia lagi utk repair mende tuh next time. Takde makne!!!

Aku mmg ade pasang niat nak upgrade ke Astro b.yond aje lepas kejadian ilang channel tuh berlaku utk kali kedua ari tuh sbb bile upgrade, takde laa aku bayar technician tuh sia2 kan? At least aku dapat something new. Suddenly, kami tiba2 dapat offer dari Astro utk pasang Astro B.yond kat umah, lagi sekali dengan “FREE installation FEE”. Ahaaaaa! Pucuk dicita ulam mendatang laa.. Ape lagi? Terus aku n hubby setuju. Hahahaha!

FINALLY, kami pakai jugak dua2 servis nih. Hehe! Kite tgk aje laa nanti camane coz setakat nih dorg takde lak ‘mintak duit’ lagi… Hopefully takde laa sampai bile2. Hehe!

Dadaaaaaaaaaaaaa….

Thursday, April 14, 2011

SAYS.my - Birthday Giveaway

Ahaaaaaaaa!!! Meh nak share.

Cam bes jek!

Td tgh syok2 berFB sambil melayan anak2, tiba2 dapat satu link nih kat someone’s profile.

Try klik sini:

- Join SAYS.my -


Bukan aku yg wat GA nih but SAYS.my yg buat.

Hadiah dia? Perghhh!!! KOrg tgk sendiri laa…

Memang masyuk laaaa!

So…. Tunggu ape lag? Join jek laa.

Bukan kene bayo pon. Hehehe!

Tp jgn lupe sign up dulu taw…

KLINIK; Kerajaan or Swasta?

Since last 2 weeks, we (me, hubby & anak²) keep on ‘ulang-alik’ ke klinik, gomen and swasta. Starting from 28/03/2011, Addad had his monthly check-up for 2 months baby at KK Komuniti KJ. After that, mama dok risaukan dia yg tak mo Poo-poo selama 3 hari, menyebabkan mama terpaksa bawak dia utk pemeriksaan. Kat klinik Mediviron plak on the next day. Lepas makan ubat, berjaya jugak dia Poo-poo on the next day. But, at the same day he successfully Poo-poo, cikgu kat Taska gitau yg ‘anu’ dia semakin bengkak & merah. Actually mama dah perasan a day efore lagik tp mase tuh tak laa teruk sangat. So conclusion nye, again mama bawak Addad ke Klinik Mediviron for another check-up. Unfortunately, dapat doctor yg berbeza plak. Terpaksa laa mama explain plak kat doc tuh sebab based on the report card history, dia dok ingat mama dtg bawak Addad pasal problem Poo-poo tuh lagik. Hehe! Then, doc inform mama Semua nih suspected berpunca drpd pampers Addad. Mama tau, kat Taska dorg mmg jarang tukar lampin. Selagi tak penuh or bb tak Poo-poo, mmg dorg akan bia jek pampers tuh. Sedangkan kalo mama jaga kat umah, tak kire laa pampers adik penuh ke tak, mama akan still tukar every 3-4 hours. That’s it! Terpaksa laa mama inform kat cikgu dia pasnih. Huhu! Suggested by doctor, mama tak boleh anta dia kat nursery for time being sebab Addad must be leave naked at home to make sure his ‘anu’ tuh tak bengkak makin teruk yg boleh menyebabkan melecet dan bernanah. So, mama has been given MC by that doc. Huhu! MC laa mama tak pasal² on the next day (khamis).

And pagi Jumaat, mama ingat nak anta laa Addad ke nursery semula but suddenly mama notice that his ‘anu’ mmg dah tak bengkak and merah pon dah kurg, tp ade plak timbul something like bintik² ulser kat tempat yg sama. Okei……..!!! This is not good. Terpaksa mama EL utk jaga Addad kat umah. Ptg tuh, ingat nak bawak Addad ke klinik Pakar Cheng but unfortunately mase kami datang, klinik tutup. Huhu! Tak boleh nak tunggu, sebab kami nak kene rush balik kg Lipis plak sebelum malam. Tawakkal aje laa mama jaga adik sepanjang wiken and Alhamdulillah, menjelang ari Ahad, ‘anu’ adik dah fully recover. Hehe!

So, Isnin 4/11 tuh, mama boleh pegi keje cam biase. Tp, Addad dah start batuk² mase tuh Cuma tak teruk. Menjelang ari khamis, cikgu Taska inform yg Addad batuk² sampai muntah. Huhu! Again on Friday (8/11), mama kene bwk Addad jumpe doc. As usual, mama akan try pegi KK dulu. So, doc kat KK just bg ubat cair kahak utk dimakan. Malam tuh jugak, mama tak dapat tido sebab Addad meragam teruk. Maybe sebab batuk yg agak teruk, sakit & gatal tekak menyebabkan dia meragam dan menangis tak henti². Puas mama ngan ayah pujuk tp dia Cuma berhenti nangis bile dia dah penat jek! Huh... Sangat cemas ok! Mama rase badan dia tak panas. Kot2 laa demam plak kan.... Bile mama sua kat mulut dia nak bg MEy, dia tak mo isap lgsg but just keep on crying. Ahhh.. Sudah! Nape plak laa nih? Bile dia dah penat nangis, dia benti n tertido terus. Mama risau sebab selalu nye Addad tak pernah tolak kalo mama bg MEy kat dia but this time... Bile dah lama dia tak isap, mama kene bengkak susu. At last, mama pam and try bg dia minum guna botol. Baru laa dia nak isap. Maybe, dia takmo MEy sbb tekak dia sakit. So dia malas nak isap beria. Kalo gune botol, tak yah isap beria pon, susu still akan mengalir.

Then, pagi² Sabtu tuh, mama ngan ayah bawak adik pegi Klinik Rakan Medik utk try ubat dr klinik swasta plak. Dapat laa 2 jenis ubat lagi, ubat batuk/kahak & ubat sakit perut/angin. For the whole day, mama terpaksa pam susu utk bg adik minum. Dengan 2 ubat td, mama bg jugak ubat demam kat adik, Alhamdulillah menjelang petang, adik dah mau MEy semula. Batuk aje laa tak bape ok lagik. Masih teruk cuma dah kurg compared dgn sebelom tuh.

Pg Ahad plak, suddenly mama rase badan Abg Ayyad panas mase dia bgn tido. Tp for a while aje laa… Menjelang tgh hari, dia dah OK. Tp malamnye mase tgh tido, suhu bdn dia naik mendadak. Panas betul badan dia. EL lagi laa mama pg Isnin lepas sebab nak bwk Abg Ayyad plak ke KK. Yg pelik nye, dia Cuma demam malam. Haihhh! Puas plak nak explain kat doc tuh sbb mase bwk dia dtg klinik tuh, ayah dia baru jek lepas bg Panadol Kanak-kanak kat dia. Mmg laa kebah demamnye mase tuh! Huhu… Then ptg tuh, again abg Ayyad demam. Lepas bg ubat, baru OK. So, sebelom tido malam, mama dah bg dia makan ubat siap². Selasa sampai ari nih, mama dah anta kedua² nya ke Taska semula walaupon dorg belom pon fully recover. Kelmarin, cikgu dorg gitaw mama yg si adik demam lepas bgn tido kul 10am tuh. Si abg plak demam semula menjelang ptg. Tp masa mama amik tuh, dua² pon dah kebah. Semalam, masing² nampak OK, Cuma batuk si Addad tak bape ok lagi. Pg ni td, Abg Ayyad dah tak demam. Adik pon sama cuma batuk dia tak ilang² lagik! Huhu… Hopefully by end of this week, anak² mama dah sehat sepenuhnye laa.

Addad yg baru nak recover, show his happy face. :D

Esok, mama nak kene bawak Addad ke HKL plak utk follow-up checkup surgery dia ari tuh. Hopefully, everything gonna be fine for him. Suke laa abg Ayyad tuh nanti sebab dapat jalan² pegi ‘L’ (read KL) walaupon cuma pegi hospital KL jek. Haha!

Huh! Banyak kali kan kami ulang alik ke klinik? Kejap klinik gomen, kejap klinik swasta. Ade org kate klinik gomen nih servis tak bagus. But for me, tak semua laa. Sebab sepanjang mama mgunakan servis KK Komuniti KJ nih, nampak ok jek laa... Tak teruk sangat & tak laa bagus sangat. So-so jek! Std laa kan.. What did u expect when u get everything for free? Even klinik swasta pon, not all of them are good. Sbb aku penah kene kat 1 klinik nih… Mentang² panel, dia ingat aku dtg semata² nak MC jek. Panel-panel pon, aku kene kuar cash dulu taw! Aku dah gatal² & miang satu badan sebab allergic, doc yg check tuh, sentuh aku pon tidak! Pandang aku cam geli² jek muke dia… Huh! Marah aku nih. Cepat² dia kate nak bg aku MC. Bajet aku mmg dtg sbb nak MC ler tuh! Kuang ajaq punye doctor! Sebab tak puas ati, aku pegi ke 1 lg klinik swasta yg lain, baru laa aku puas ati ngan servis nye.

Sebab tuh aku kate, tak semestinye yg FREE tuh tak bagus and yg ade FEE tuh excellent. Semua tuh atas penilaian dan cara masing² bekerja. Sebab mase aku bsalin kat hospital Temerloh dulu & mase Addad warded kat Pediatrik HKL dulu, servis dorg agak bagus. Staff² nurse dan jugak doktor² nye melayan pesakit dgn sabar walaupon ade jugak laa 1-2 org yg ‘kerek’. Hehe! So, nice job uolssss…

Tp, teringat cerite 1 of my opismate baru² nih. Ayah dia warded kat gov hospital, nak mintak transfer from 3rd class ward to 1st class ward. 2-3 org doctor cakap nak prepare transfer document tp dari tghari sampai ke ptg, dokumen tuh tak juagk siap². Even mase dia mintak drip ayah dia ditukarkan pon, dorg dok bertangguh2 sampai 2 jam! Padahal nak tukar drip tuh, tak sampai 5 minit pon… Yg paling bes, mase dia tanye 1 of d doctor pasal transfer document tuh, “Why it is so late?”, doctor tuh dgn selambe nye menjawab “Government hospital are always like this…!” Hoh… Menjatuhkan martabat sungguh. Ada ka patut???

So, kesimpulannye… Terpulang la pada korg nak pilih samada servis kerajaan atau swasta. Semua nye ade pro dan kontra. At last, it’s up to you to make ur own decision and choice.

Dadaaaaaaaaaaa…

P/S: After all, mama perasan yg Addad sangat behave. Dia takkan simply meragam kalo sesuatu tuh tak buat dia rase sakit atau tak selesa. He’s very good boy! :D Semoga anak² mama membesar dengan sempurna, sehat tubuh badan dan hepi² selalu…

Tuesday, April 12, 2011

Prihatin

Andai kata satu hari mase korg dalam public transport (eg LRT), tgh korg duduk bes² sambil layan lagu dalam walkman or henpon, tiba² sampai kat satu stesen, naik laa sorg mak buyong nih dengan perut yg memboyot, terkial² bwk diri ngan barang² kat tangan. Org dah laa sesak, ramai… Mak buyong td terpaksa berdiri jek sebab seat takde, dah penuh termasuk laa tempat duduk khas yg disediakan utk golongan² old citizen, OKU & pregnant ladies. Dia plak bebetul kat depan seat korg sambil perut dia yg besar tuh bebetul terhidang depan muka korg.

Agak² nye, ape yg korg akan buat?

(1) Terus jek layan lagu & kuatkan volume sambil pandang tempat lain

(2) Buat² tido, sampai terlentok²!

(3) Amik novel, bukak & baca dgn khusyuk.

(4) Capai benang kait dalam beg, terus mengait sampai ke destinasi yg dituju.

(5) Wat muke poyo & blur macam takde apape yg berlaku.

(6) Bangun & bagi seat kat mak buyong tersebut.

Erm… Pilih laa jawapan mane yg agak² sesuai or yg biase/pernah korg buat. Sebab ape aku wat soalan camnih? Sebab aku pengguna public transport. And mase aku pregnant dulu, Semua jawapan di atas mmg biase aku ‘dapat’ mase berada dalam public transport (especially LRT & feeder bus).

Terima kasih pada yg memilih jawapan no.6, jasa korg mmg aku takkan lupe kan walaupon aku tak kenal korg and tak dapat plak nak ingat muke tiap sorg tuh…

Yg aku heran, jawapan no. 6 tuh biasenye aku dapat dari Chinese & Indian girl, tak kire laa dalam LRT or feeder bus. Pernah laa dapat dari Malay girl 1 or 2 times but the rest mmg dari both yg td tuh. So…… Mane peginye ‘gentleman²’ kat luar sane? Wujud lagi tak dalam dunia nih? Sebab kebanyakkan lelaki nampaknye lebih suke memilih jawapan 1,2,3 dan 5 dari memilih jawapan no. 6. Yeah!!! Jangan tak percaya plak. Mmg aku tak cakap SEMUA lelaki but most yg aku jumpe sepanjang aku preggy dan naik tren nih, itulah mereka.

Tatau laa ape yg dorg nih pikir. Walaupon kadang² tuh dorg mmg duduk kat tempat yg sepatutnye dorg bagi kat golongan² ini tp dorg lebih rela buat² tak paham. Padahal kerajaan selalu war² kan, ‘Budi Bahasa Budaya Kita’ tp aku tgk memasing tak amik kesah pon. Mungkin dorg pikir, “Aphal plak nak bg dorg? Aku pon penat gak…” or “Sape cepat dia laa dapat!” atau yg paling bes “Ade aku kesah???”…

Mmg laa tak WAJIB pon bg seat kat golongan² nih tp prihatin laa sket. Cer imagine mende tuh terjadi kat adik-beradik, sedare-mare or even wife korg… Ape yg korg rase? Aku takde laa kate aku nih baik sangat tp at least aku ade inisiatif utk bg jawapan no. 6 tuh.

So, sama² laa kite ingatkan diri kite masing². Bukan susah pon nak buat baik. Cuma tunjuk sikit keprihatinan kite, org pon akan hargai ape yg kite dah buat tuh. Tp, jgn wat sesuatu mende tuh dgn niat nak TUNJUK BAIK plak! Buat laa dengan hati yg ikhlas... InsyaAllah, mudah-mudahan Allah Taala akan sediakan bahagian yg baik utk kite plak nanti... :D

Renung² kan dan selamat beramal!

Dadaaaaaaaaaaaaaa.......