Buat Putera Mama, Zayyad RaziQ...
Alhamdulillah... Ari nih genap 2 tahun usia putera kesayangan mama. Kejap je mase berlalu. Sedar tak sedar, Zayyad dah makin besar, makin lincah & makin bijak... Dah nak dapat adik pon! :D Hehe... Selama 2 tahun nih, mama dapat tgk perkembangan Zayyad. Susah senang membesarkan Zayyad, semuanya pengalaman paling indah buat mama. Dan dah tentulah semua tuh makin indah bila ayah selalu bersama kita dalam ape jua keadaan.
Sesungguhnya, hadirnya Zayyad dalam hidup mama dan ayah adalah antara anugerah terindah dari Allah Taala buat kami. Sebab tanpa Zayyad, pastinya hidup kami kurang berseri. Syukur sentiasa mama panjatkan kehadrat Ilahi tatkala melihat Zayyad setiap hari. Semoga kehadiran adik Zayyad nanti, bakal menyerikan lagi kehidupan keluarga kecil kita nih kan, sayang...
Sempena hari nih, mama ucapkan Selamat Hari Lahir yg ke 2 tahun buat Ayyad. Semoga Zayyad sentiasa didampingi perkara² yg baik shj. Moga sentiasa dilindungi Allah Taala, Dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki. Semoga membesar dengan sihat sempurna selama usiamu... Jadilah hamba yg taat, anak yang soleh dan abg yg sentiasa melindungi adik² nya nanti. Selalulah ingat bahawa Mama dan Ayah sangat² sayangkan Ayyad...
P/S: Celebration will be postponed to next week. Ayah tak free laa syg... Hehe!
3 Korang Kate...:
happy birthday Ayyad!!
Happy Birthday Zayyad..semoga jadi anak yg soleh
TQ nina n ajeem... :D
Post a Comment