15-11-2009...
Genap 2 tahun usia perkahwinan kita. Tak sangka, dah 2 tahun kita hidup bersama. Mengharungi susah senang, kecewa dan bahagia bersama. Walau dugaan datang bertimpa-timpa, Allah Taala tetap mengirimkan ruang bahagia dalam rumahtangga kita. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah atas setiap nikmat kurniaan Mu itu...
15-11-2007 : Saat diijabkabulkan...
Paling membahagiakan, kehadiran putera sulung kita yang semakin lincah dari hari ke hari. Dia lah penawar suka dan duka kita, pengikat yang mengeratkan lagi cinta dan kasih kita. Dialah permata hati yang menyinari hari-hari kita. Terima kasih sekali lagi Ya Allah di atas keindahan kurnia itu.
Walau tiada sambutan yang meriah, walau tiada hadiah berbalas, namun ketahui lah bahawa tarikh itu sangat bermakna... 2 tahun lalu, tiada yang lebih membahagiakan dari saat terlafaznya akad yang menyatukan hati kita. Tiada yang lebih menggembirakan dari saat termeterainya kita sebagai suami isteri yang sah. Saat itu, hati ini hanya untukmu. Tertutup sudah pintunya buat yang lain.
Abang... Maaf kerna kadangkala hatimu terluka. Diri ini tidaklah sempurna. Bukan jua yang terbaik di dunia. Dalam mencuba kadangkala tersasar juga. Namun, harapan tetap di bina, moga sekurang-kurangnya di matamu diri ini seorang isteri yang sempurna.
Abang... Terima kasih atas setiap curahan kasih sayang mu, atas setiap pengorbananmu, atas bimbinganmu, atas bibit kemaafanmu, juga kerana masih sudi menerimaku dalam hidupmu. Terima kasih atas segalanya. Semoga hubungan kita akan kekal bahagia dan gembira selamanya. Moga bertambah teguh cinta kita. Moga kita dikurnia lagi anak-anak yang comel seperti putera kita, Zayyad dan moga mereka terasuh dan menjadi anak yg taat, berguna dan soleh/solehah.
Buat abang,
HAPPY 2nd ANNIVERSARY my DEAR...
I will always love you, for the rest of my life.
Love you so much!
0 Korang Kate...:
Post a Comment