Followers

Monday, November 30, 2009

Aidiladha

Ingatkan kene beraye kat KL tahun nih. At last Alhamdulillah, lepas gak kami balik ke kampung. Biar pun sekejap jek dok kat umah abah, tp at least tak laa kami kesunyian pagi2 ari raye tuh. Hehehe!

Dengan gaji yg tak masuk lagi on that day, kami gamble jek, pg² bute ari raye tuh kami gerak balik ke kampung. Kul 5.15am gerak! Hahaha... Gilos tul! Mula² dah nak gerak malam sebelum nye tuh but lepas mengemas rumah, masing² dah exhausted. Ade yg tertido kat highway kalo drive jugak malam tuh. Huhu! And fortunately kitorg gerak pg raye coz dengar cite malam raye tuh jalan jammed gile² kat almost semua tempat... Huhu! Ade member yg balik ke Perak dari KL, stuck sampai 4 jam lebih baru sampai ke destinasi. Pheewwww!

Sebab ikut short cut, so kami sampai kampung awal gak laa... Dalam kul 8.30am lebih kurang. Tuh pon byk benti² gak coz hubby mengantuk. Hehe! Balik kg pon, kami tak raye ke mane². 1st sebab masing² kepenatan. 2nd, nak raye umah sape pon. Member² ramai yg tak balik raye kat kg. Paling2 jauh pon lawat jiran² aje laa... (Lawat ker??? Haha...)

So, dapat laa lepak sehari kat umah abah. Ari Sabtu, pg² bute kami dah gerak ke umah along. Coz kitorg nak attend kenduri kawen anak Pak Ngah (adik arwah mak) kat Cheras. Dalam kul 7.30am kami gerak ke Senawang, sampai sane dalam kul 10am. Lepas breakfast, kami pun gerak ke Cheras. Puas gak pusing² highway cari jalan ke Kg Cheras Baru tuh. At last, abg long anak pakngah datang jemput kitorg kat Shell. Haha! Kalo tak, sampai ke petang laa kitorg dok pusing² kat Cheras tuh nampak nye. Hihi...

Lepas makan, tgu pengantin sampai. Lame gak laa kitorg lepak kat situ, sampai pening² kepale sebab ari panas. Dalam kul 2pm, baru pengantin sampai. Then after that kitorg pon mintak diri. Abah ngan along sefamily sempat laa singgah umah kitorg utk rehat². Dalam kul 5++ baru diorg gerak balik.

And semalam, adalah hari mengemas rumah. Mengemas dan berehat. Sempat gak masak sup tulang kegemaran hubby. Hehe! dapat bekalan tulang dan daging korban from abah. And malam nye, kitorg pi jalan2 kat giant KJ sat beli barang sket. So, ari nih dah start keje semula lepas 3 ari bercuti. Huhu! Tak puas rasenye. Maybe this week nak balik umah mak kat Lipis plak but still in our plan. Tak sure lg. Tgk keadaan dulu laa... Hehe!

Ok laa... Nak sambung keje. Gamba tak sempat nak transfer lg. Kalo dah transfer nanti, aku tepekkan laa kat sini. Hehe! K laa... Daaaaaaaaaaaa!

p/s: Zayyad baru 'dapat kaki'. Seronok sangat rasenye tgk dia berjalan ke sane sini. Aiseh! Rindu plak kat dak bucuk tuh... Huhu!

Wednesday, November 25, 2009

New Hair Cut

Ptg semalam, pas balik keje, cam biase gi pickup Zayyad kat skul. Then suddenly En Hubby told me yg dia nak potong rambut. Kat mane lg? Kat tempat favourite dia laa kat KJ tuh. "Ravi's Gunting Rambut". Sampai india yg potong rambut tuh pon dah kenal kami anak beranak. Ekekekee!

So, dah alang2 hubby nak potong rambut, aku suggest laa suh potong rambut hero kecik aku tuh sekali. Rambutnye dah panjang sampai mencucuk telinga. Yang belakang plak macam dah boleh diikat. Muehehehehe! Kusut plak aku tengok. Then, bile sampai turn Zayyad, hubby laa yg tolong pegang dia kat kusi tuh. Siap kene umpan ngan mainan lg! India kedai tuh laa yg bagi. Hihi! takut dia tak reti nak dok diam.

Tapi, rupa-rupanye baik jek dia dok atas kusi tuh. Takde laa meronta2 ker, menangis ker... Tp puas gak laa mama umpan dia kasik tak bosan. Haha! Sekejap jek india tuh gunting, dah ensem anak mama. :x :x

So, layan aksi2 Zayyad sepanjang proses memotong rambut dijalankan semalam. Hehe!

Redha aje laa rambut kene potong... Hehe!

Tuesday, November 24, 2009

Zayyad @ 1 Year 1 Month

Alhamdulillah... Sabtu lepas, umo Zayyad dah genap setahun sebulan. Banyak perubahan yg dapat aku lihat pada dia. Antaranya, skang zayyad dah:

1- Laju sangat berjalan! Tak reti dok diam langsung. Pantang letak kat bawah, terus meluru jek. Dia dah makin tegap... Tak mudah jatuh lg dah. Petang² kalo ari cuti, mama n ayah kene bwk round keliling umah jalan kaki.
2 - Pandai clap dah. Cikgu ajar kot! Dulu² kalo clap pon, tak bertemu pon dua2 tangannye. Skang dah makin pandai.
3- Tau wat flying kiss. Pon blaja kat skul. Tiba2 mase pickup kat skul last week, cikgu dia cakap "Ayyad dah pandai wat camni..." sambil tunjuk flying kiss. Hehe!
4- Pandai tiru gaya n cakap org. Even sebutan nye kadang2 tak kene langsung, tp tone tuh dah betul. Cuma pitching jek lari sket! Haha... Kalo Tom Tom Bak punye iklan, mmg dia tak berganjak laa, sampai lah Aznil sebut "Anmum Essential......... Tom Tom Bak!!!".. Pastuh, dia tiru laa dalam bahasa dia, siap ngan gerak tangan lagi tuh. Hik! Hik!
5- Pandai wat bunyi konon2 nak takutkan org. Kitorg wat bunyi nak takutkan dia, last2 dia pon wat bunyi camtuh jugak! Ekekekeeee....
6- Pandai panggil ayah walaupon bunyinya cuma "TAH"... Tp mmg camtu laa dia panggil ayah dia wat mase skang. Selagi ayah dia tak menyahut, dia akan panggil la. Kadang2 sampai terjerit2. Mama plak, dia jarang sebut tp sekali sebut tuh, betul laa "mama... Hehe! :X :X
7- Kenal 'CAT'. Binatang kegemaran dia. Pantang kuar umah, dia akan jenguk umah nenek sebelah sambil tunjuk2 n cakap "Teh! Teh!" Kalo nampak jek. punye laa dia excited. Kucing tuh plak yg takut ngan dia n lari, bukan dia. Haihhh... Ayyad... Ayyad...
8- Pandai sangat merajuk. Pantang laa kene marah sket, dia punye nangis tuh sampai tersedu2. Dia takkan berhenti sampai laa org yg marah dia tuh pujuk dia semula. Org lain pujuk tak leh! Hihihi...
9- Kurang makan semula. Dia paling suke pon biskut2, roti n some sweet or jelly. Puas mama wat macam2 nak bg dia makan nasik, tp setakat 2-3 suap aje laa dia makan. Pastuh, dia kuarkan semula. Camno tuh? Naik risau gak mama sebab Ayyad takmo makan nasik. Nak kene suap nestum semula nih! Huhu...
10- Pandai memberi kalo diminta, even dia tak redha pon nak kasi. Lepas bg, dia majuk lah! Hai laa, anak... anak...

Semoga anak mama yg sorg nih, semakin bijak dari hari ke hari... Sentiasa sihat dan ceria, dilindungi Allah selalu dan membesar dengan baik. Sebab seteruk mane pon hari yg mama lalui, semuanya akan hilang bila mama peluk Zayyad....

Luv you my baby...

p/s: Pic to be uploaded soon...

Tuesday, November 17, 2009

To my dear Hubby...

15-11-2009...

Genap 2 tahun usia perkahwinan kita. Tak sangka, dah 2 tahun kita hidup bersama. Mengharungi susah senang, kecewa dan bahagia bersama. Walau dugaan datang bertimpa-timpa, Allah Taala tetap mengirimkan ruang bahagia dalam rumahtangga kita. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah atas setiap nikmat kurniaan Mu itu...

15-11-2007 : Saat diijabkabulkan...

Paling membahagiakan, kehadiran putera sulung kita yang semakin lincah dari hari ke hari. Dia lah penawar suka dan duka kita, pengikat yang mengeratkan lagi cinta dan kasih kita. Dialah permata hati yang menyinari hari-hari kita. Terima kasih sekali lagi Ya Allah di atas keindahan kurnia itu.

Walau tiada sambutan yang meriah, walau tiada hadiah berbalas, namun ketahui lah bahawa tarikh itu sangat bermakna... 2 tahun lalu, tiada yang lebih membahagiakan dari saat terlafaznya akad yang menyatukan hati kita. Tiada yang lebih menggembirakan dari saat termeterainya kita sebagai suami isteri yang sah. Saat itu, hati ini hanya untukmu. Tertutup sudah pintunya buat yang lain.

Abang... Maaf kerna kadangkala hatimu terluka. Diri ini tidaklah sempurna. Bukan jua yang terbaik di dunia. Dalam mencuba kadangkala tersasar juga. Namun, harapan tetap di bina, moga sekurang-kurangnya di matamu diri ini seorang isteri yang sempurna.

Abang... Terima kasih atas setiap curahan kasih sayang mu, atas setiap pengorbananmu, atas bimbinganmu, atas bibit kemaafanmu, juga kerana masih sudi menerimaku dalam hidupmu. Terima kasih atas segalanya. Semoga hubungan kita akan kekal bahagia dan gembira selamanya. Moga bertambah teguh cinta kita. Moga kita dikurnia lagi anak-anak yang comel seperti putera kita, Zayyad dan moga mereka terasuh dan menjadi anak yg taat, berguna dan soleh/solehah.




Buat abang,
HAPPY 2nd ANNIVERSARY my DEAR...
I will always love you, for the rest of my life.
Love you so much!

Monday, November 2, 2009

Birthday Celebration Part II - Combination of 4!

Seperti yg dirancang, Alhamdulillah... Akhirnya kami berjaya merealisasikan impian untuk membuat besday party bersama² utk anak-anak kami. 'Kami' yang dimaksudkan disini adalahaku+hubby, sue+man, atie+pian & paa+liza. Kitorg dah plan mende nih dari last month lg. Risau plak tak jadi coz biase nye mende² yg beria2 sangat di rancang nih, tak menjadi. Hahahaha! Tu dari pengalaman aku laa... Ekekekeke... But Alhamdulillah kali ni, semua nya berjalan lancar.

Camane leh dapat idea nak wat combine celebration nih? Sebab semuanye bersalin dalam tarikh² terdekat between October n November. Alya lahir 17-10, Zayyad plak 21-10, then kuar laa Nina on 1-11 and lastly Ajeem on 19-11 (walaupun dia kuar dulu tp dia last on the list.. Hehe!). And after discussion, the most suitable date utk wat party nih ialah on Nina's birthday, 1st November 2009 bersamaan semalam. Lucky Nina! Hehehe... Dan celebration pon dibuat kat umah Nina merangkap umah Atie n Pian. Sebab? 1st, it's Nina's birthday and 2nd sebab kami nak terjun kolam lepas makan. Haha!

So, as per planned, majlis pon berlangsung dengan lancar semalam. A few frenz invited but not all can make it. Ade laa hal masing². But yg penting semua happy. Makanan pon cukup utk kami semua, siap berlebih2 lagi coz ade rajin masak makanan extra. Thanks all utk makanan yg sedap² tuh! Heaven gilak... Huhuhu! Nasik minyak+sup+acar+puding susu hidangan dari tuan umah, Puan Atie... Hehehe! Puan Liza plak buat ayam masak merah, kerabu epal n macaroni soup. Yummy! Puan Sue masak kurma daging and puding caramel. Wuhuuuuuuu!!! Aku jek masak bihun goreng. Simple nak mampos! Ekekekeeee... Nasib laa ade tugas lain iaitu menguruskan hal ehwal kek dan hiasan dalaman. Muahahahahaaa! Tp, tak laa terhias pon! Haha... Thanks to ayah² (Man, Pian n my lovely hubby) yg rajin tolong mendekorasi tempat sambutan & melayan anak² sementara mama² bz kat dapur. Even bahan dekorasinye sket (kang beli byk2 membazir plak kan... Ekekekekee!), tp korg berjaya mendekorasi dengan baik. Tahniah! Haha...

So, jom layan gamba² sekitar majlis...

The Cake!

Cake with candles...

The foods...

Kids with Dads.....

Kids with Moms......


Mak, Bapak n Anak-anak

Family picture...

Pool Time !!!