Followers

Wednesday, October 21, 2009

Happy 1st Birthday, Zayyad Raziq !

Alhamdulillahi Rabbil Al'amin... Dengan izin NYA, genap laa setahun umur Zayyad hari nih. Selamat Hari Lahir di ucapkan buat anak kesayangan mama & ayah nie... Semoga Zayyad sentiasa sihat dan ceria selalu, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, menjadi anak yg soleh, membesar dengan sempurna serta berada didalam lindungan dan keberkatan Allah selalu. Tiada yg lebih bermakna dalam hidup mama selain melihat Zayyad gembira, sihat dan tersenyum selalu... Semoga mama dan ayah mampu mendidik Zayyad untuk menjadi seorang anak yg berguna dan bertanggungjawab kepada ibu bapa, bangsa dan agama. Percayalah, kasih sayang mama dan ayah untuk Zayyad melebihi segala apa yang ada di dunia ini. Jadilah anak yang mengenang jasa dan taat, ok!

Terima kasih kpd family dan kawan² yang wish utk Zayyad tak kira lah dengan cara apa sekali pun. SMS, YM, Facebook, Blog, Friendster, Call....etc. Thank you so much, ok! Walaupun maybe Zayyad tak paham pon setiap ucapan tuh sekarang, insyaAllah satu masa nanti dia akan tau dan paham semua tuh, bahawa ramai auntie², uncle² dan kawan² yg ingat besday dia dan sayangkan dia.

Merasai sendiri bagaimana rasanya menjadi seorang ibu, mengandungkan, melahirkan dan membesarkan, membuat aku lebih mengerti makna sebuah kehidupan. Bahagia... Kehadiran Zayyad setahun lepas mmg memberi sebuah pengalaman baru dalam hidup aku dan hubby. Melihat sendiri bagaimana dia lahir dan membesar depan mata kami, membuatkan hidup kami rasa sempurna. Terima kasih Ya Allah, atas kurniaan terindah dariMu buat kami suami isteri. Sesungguhnya, tak dapat aku bayangkan hidup kami tanpa kurniaan ini. Perasaan sayang mmg tak dapat nak dizahirkan dengan kata-kata. Hanya ALLAH yang tahu segalanya...

So, buat permata hati mama dan ayah, doa kami segala yang terbaik buat Zayyad. We love u so much, sayang... So0o0oooooo0oooooooooooooooo much!
Mmmmmmmmmuuuuuuuuuaaaaaaaaahhhhhhhhhh.......................

0 Korang Kate...: