Followers

Thursday, February 26, 2009

Zayyad Sembelit!

Selasa lepas, aku MC. Sebabnye? Anak bujang aku tuh tak sehat plak... Sembelit. Sian Zayyad... 2 hari dia tak lena tido. Malam Isnin tuh aku ingat Zayyad kembung perut biase aje. Zayyad nangis² sampai kul 3:30pg, baru tido. Tuh pun, kejap² bangun... Kejap², bangun. Akibatnye, aku pening pale pegi opis ari Isnin tuh sebab tak cukup tido.

Malam Selasa tuh plak, aku tgk perut Zayyad kembung lg. Nak tido jek, Zayyad start meragam. Aku tatau ape punca nye lg mase tuh. At last, tgh malam tuh dalam kul 2.30pg, aku tgk Zayyad asik terkentut and meneran² macam nak poo-poo. Cam biase, aku akan tunggu Zayyad teran abis² dulu sambil usap² perut dia. Bila agak² dia dah settle, aku pun bukak pampers dia, nak cuci. Bila bukak, uiks! Tak de isi pun?... Aku pakai kan semula pampers sebab baru tukar jek sebelum tuh. Then, Zayyad start meragam. Aku bagi dia puting n baringkan dia mengiring sambil tepuk², suh tido. Mata dia nampak sangat mengantuk tp mulut asik merengek jek. Bila dia dah terlelap, aku pun start baring. Tiba² dia menjerit lagi... Tiap kali dia kentut n meneran, dia mesti nangis jerit². Then i realize that dia nak poo-poo tp tak lepas... Erghhh!!! Sian nye anak mama... Aku paham perasaan dia coz aku biase alami masalah tuh. Patut laa 2-3 ari nie Zayyad kurang menyusu n tak baper nak main.

Malam tuh, Zayyad asik menangis sampai laa kul 6pg, baru Zayyad betul2 dapat tido. Kalo tak tuh, dia tido kejap, then bangun n nangis lagi... Aku pun, baru laa betul2 dapat lelap kul 6 tuh. Kalo aku pegi keje gak ari tuh, kompem aku pitam kat opis sebab tak cukup tido. Lagi plak, takkan aku nak tinggal jek anak aku yg tak sehat tuh utk pegi keje kan? On that time, aku decide nak MC ari tuh.

Kul 7:30pg, Zayyad bangun n nangis jerit² semula. Aku pujuk² n bagi susu, kul 8pg Zayyad tido semula. Luckily hubby cuti hari tuh. Aku pun exlpain kat dia problem Zayyad. Lepas mandi, bersiap n Zayyad pun dah bangun semula, dalam kul 9:30pg, kami pun bawak Zayyad pegi Klinik Kanak² Cheng (sebelah KJMC). Lepas explain masalah nye n doktor dah check, Zayyad di beri ubat fiber n angin, utk di minum. On the way balik, masa dalam kete, Zayyad meneran² lg. Kali nie dia merengek² aje, tak nangis kuat². Lepas tuh, dia ttido. Sampai umah, aku biarkan Zayyad tido dulu. Bila aku nak mandikan dia lepas tuh, aku tgk dia dah poo-poo tp sangat sikit dan keras. Sian nyeee,,, Tp dia nampak ok sket lepas tuh. Tgh hari tuh, sekali lagi Zayyad mengamuk. Berpeluh² dia meneran. Alahai.... At last, kuar laa lg sket poo-poo dia. Pun keras! Aku dah tak tahan. Pg td aku mintak ubat air sumbat montot tuh kat Dr. Cheng, dia kate tak perlu. Ubat fiber tuh akan bantu dia. Tp, aku tgk takde perubahan. Mungkin ade, tp terlalu lambat! Aku dah tak sanggup tgk Zayyad sakit camtuh. Aku ajak hubby gi Mediviron plak kat Giant.

Lepas Maghrib, kami ke klinik tuh and on the spot doktor tuh letak ubat air tuh kat montot Zayyad. Tak sampai 5 minit, Zayyad menangis n terus poo-poo!! Bila doktor tgk, dia kate mmg Zayyad dah lama tak poo-poo kan? Aku setuju sebab mmg Zayyad dah lame tak 'membuang'. Maybe, that's why. Semua nya dah terkumpul n tak kuar², at last dia berkumpul n jd keras. Susah nak kuar. malam tuh, Zayyad tido dgn lena nye... Aku pun dapat tido dgn selesa n senang hati jugak...

Cuma aku rase, Zayyad still tak betul² recover lg. Perut dia still kembung n dia tak bape nak main lg. Sian anak mama... Dah laa batuk, selsema, kembung perut, sembelit plak tuh! Macam² penyakit Zayyad dapat. Takpe lah, nak besar... InsyaAllah, mama akan cuba sedaya upaya supaya adik sihat semula dan ceria cam selalu, ye sayang! Mama rela sakit, asalkan adik sihat selalu.

Huhu! Rindu lah kat Zayyad. Setiap hari camtuh... K lah, aku tepek gamba dia yg terbaru. gamba mase baru lepas balik dari klinik ari Selasa ari tuh. Enjoy!!!

0 Korang Kate...: