Followers

Wednesday, February 4, 2009

Kisah Last Week n Weekend.

Last week, Zayyad meragam lg.. Tak sehat. Kali nie lebih teruk ragam nye. Kalo demam ari tuh dia baik jek tp kali ni dia terlebih baik sampai tanak main n tanak minum susu. Aku dah perasan dia macam tak sehat since pagi rabu tuh, dalam kul 3-4am. Dia bangun nak menyusu tp tak berapa nak minum. Dia tengok jek muka aku tp bila aku agah² dia, tanak gelak pun!


Aku masuk keje cam biase Rabu lepas (siap update blog lg kan? Hehe...). B4 gi keje, aku dah gitau adik aku yg aku n hubby maybe akan balik lmbt sket coz hubby abis training lewat. Adik kate OK! Then, hari tuh berjalan seperti biase laa. Lunch tuh, aku siap wat video call lg ngan adik, borak² ngan Zayyad.


Dalam kul 5.45pm, aku lepak kat dalam opis lg mase tuh sementara tgu hubby abis keje kul 6.30pm. Suddenly adik call. Mase dia call tuh, aku dgr Zayyad tgh menangis menjerit² kat belakang. Adik kate dia dah menangis dekat sejam lebih dah, tatau nape. Tanak susu, tanak tido. Aku mase tuh berderau darah, kelam kabut sampai menggeletar. Aku pesan kat adik, cuba pujuk dia kejap or dukung dia sementara tgu aku balik. Terus aku rushing kuar opis, tutup pintu opis pun dah menggigil². Aku call hubby berkali² tp hubby tak angkat coz dia mmg silent fon time keje. Air mata aku dah bergenang mase tuh, wondering why Zayyad jd camtuh. Aku dah nekad nak tahan teksi dan balik dulu. Tp, mase tuh laa plak teksi tak lalu. At the same time, aku still try call hubby. Tah bape byk miscall aku wat pun aku tak pasti. At last, aku gamble jek call no member hubby yg ade dalam fon tuh. Luckily, dia boleh tlg carikan hubby. Terus aku ajak hubby balik. Lepas mintak izin dr trainer dia, hubby n aku pun terus gerak balik. Dalam kete, aku kol adik lg. Zayyad still macam tuh, menjerit²! Aku cuak, mintak adik cuba jugak pujuk. Terasa perjalanan yg 10-15 minit tuh terlalu panjang macam 10 jam. Alhamdulillah, jalan pun tak stuck.


Dalam kul 6:30pm lebih kurg, kami sampai umah. Mase masuk, Zayyad dah senyap. Adik kate dia baru tertido. Adik dah tanggalkan semua pakaian dia, tinggal pampers jek! Bila adik bergerak sket jek, terus dia menjerit semula. Hubby plak serta merta angkat Zayyad dari pangkuan adik. Hubby bwk pegi balkoni umah and dia senyap. Aku turut ikut hubby sambil pujuk² Zayyad. Mase tuh aku nampak ade bintik² merah kat badan dia. Actually aku dah perasan since balik dr kg lg tp mase tuh cuma ade 2-3 aje. But this time, dah bertambah. Aku gitau hubby then hubby terus kate nak bawak pegi klinik.


Sampai kat klinik, nasib takde org. Terkejut budak yg register tuh coz semalam tuh jek aku baru dtg, tp mase tuh aku just mintak ubat batuk n selsema Zayyad jek. Bila masuk, aku tgk bukan doktor yg biase aku jumpe tuh bertugas tp doktor lain yg aku tak penah jumpe selama aku kunjungi klinik tuh. Doktor perempuan. Bila aku cerita masalah nye, dia just tgk n pegang Zayyad sket², then going to make and assumption "Anak u nie MUNGKIN alergic".. What?? MUNGKIN?? Aku siap tanye dia lg "Are u sure, doc?" Coz, Zayyad mane ade makan apape lg, just minum susu jek. Dia kate Zayyad kene alergic atas sentuhan. Ermm... maybe laa coz mase kenduri cukur jambul tuh, ramai sangat yg pegang dia. Dia pun bg ubat gatal (krim sapu n sirap). Balik tuh, lepas Zayyad mandi, aku bg makan ubat n sapu krim pd bintik² merah tuh.


Esoknye, aku EL lg coz nak jaga Zayyad. But, aku tgk takde perubahan pada Zayyad. Dia still murung n bintik merah tuh plak dah bertambah! Each time dia menyusu, dia akan muntahkan semula ape yg dia minum. And bile tgh hari, dia demam plak! Aku makin risau. Aku gitau hubby ptg tuh. Hubby kate, tgk dulu esok camane. Maybe sehari tak nampak kesan ubat tuh lg. Aku akur. Malam tuh Zayyad tido dalam pukul 11pm. Kul 5am baru dia bangun nak menyusu. Mungkin sebab haus, dia minum dengan banyak nye. Lepas minum, dia tertido. Bila aku nak letak aje dia atas tilam, dia batuk n tersedak, suddenly dia muntah sampai keluar ikut hidung! Aku cemas n menjerit!! Aku kejut hubby n dia pun terkejut. Aku tepuk² belakang Zayyad, n dia pun tido semula. Aku menangis mase tuh jugak.


Jumaat tuh, aku still tak keje n Zayyad pun still the same. Muntah, moody n demam. Aku dah tak tahan. Aku gesa hubby pergi klinik pakar kanak². Tgh hari tuh kami pegi tp klinik dah tutup n akan bukak semula kul 7pm. Then lps hubby balik keje, kami sekali lg pegi ke klinik kanak² tuh. Lepas doc tu check, dia kate tekak Zayyad merah. Dah luka and jd tonsil sebab dia batuk. That's why dia tak lalu nak minum susu. Bila tak lalu nak minum susu, dia takde mood n tenaga nak main. Perut pulak masuk angin. Bila dah masuk angin, that's why dia asik muntah jek. Doc bg ubat batuk, flu n antibiotik.


Alhamdulillah, menjelang hari Ahad, Zayyad dah kembali ceria semula. Dah mau ketawa semula walau tak beria macam dulu. Tp, mulut dia bertambah petah berleter, suaranye plak makin kuat. Badan dah mula nak mengereng ke kiri, ke kanan. Sebab dia dah agak sihat, so bila Sue n Man ajak kami pegi Putrajaya, aku pun setuju. Ye laa, dok umah pun tak wat ape. Bwk Zayyad kuar, boleh dia rase angin and udara luar. Dalam kul 5pm, kami pegi. Mujur dia tak meragam kat sane. Bawak dia pusing² dalam stroller, kadang² dukung dia. Sambil² tuh, layan Ajeem yg dah semakin ligat ke sana sini. Bila dah Maghrib, kami pun gerak balik. Nasib laa Isnin aku cuti (sempena hari Wilayah). Dapat laa relax n jaga Zayyad lg. Hehe!

Jalan-jalan kat Putrajaya

0 Korang Kate...: