Followers

Thursday, February 26, 2009

Zayayd with his new Playmatt











Zayyad @ 4 Months...

Zayyad skang...


+ Dah capai 7kg beratnye mase timbang kat klinik time demam ari tuh.
+ Dah pandai mengiring ke kiri, ke kanan. Kadang² terlajak sampai tertiarap! Tido pun dah mengiring skang nie.

+ Sangat suka bercerita (dalam bahasa dia), complete dgn body language and memek muka sekali.+ Akan berleter dulu sebelum tido. Tu time baik. Kalo naughty, akan nangis jerit² dulu sampai penat, then baru tido.

+ Tido nak kene sumbat puting kat mulut. Kalo tak, tak bley tido.

+ Suka sangat peluk bantal especially time nak tido. Siap tekup muka lagi tuh! Kalo mama tarik (sebab takut dia lemas), Zayyad akan marah n tarik balik bantal tuh semula n tutup muka dia.

+ Tak suka baring² lg dah. Pantang nampak org kat depan muka dia, terus depang tangan sambil angkat² kepala, mintak dukung. Kalo org wat tatau, Zayyad guna kuasa VETO (Ape lagi, dia menjerit la...) suruh angkat jugak!

+ Dah pandai pegang barang, even tak bape kuat lg n asik jatuh. Zayyad akan pegang n tenung barang tuh lame², then dia bawak kat mulut dia. Hehe! Barang favourite, handphone n remote astro. Remote TV biase dia tanak!

+ Suka pegang botol susu sambil minum sampai tertido. Macam laa dah kuat... Kalo botol tuh jatuh atau susu abis, Zayyad mengamuk lah! Tuh laa asal nye macam mane Zayyad leh isap puting. Hehe!

Alhamdulillah... Zayyad dah 4 bulan sekarang. Semoga anak mama nie sentiasa gembira, ceria, cerdas dan membesar dgn sihat selalu. Semoga menjadi anak yg soleh dan taat pada mama n ayah bila dah dewasa nanti. Semoga Allah Taala kurniakan segala yg baik buat Zayyad.

Amin, Ya Rabbal A'lamin...

Zayyad Sembelit!

Selasa lepas, aku MC. Sebabnye? Anak bujang aku tuh tak sehat plak... Sembelit. Sian Zayyad... 2 hari dia tak lena tido. Malam Isnin tuh aku ingat Zayyad kembung perut biase aje. Zayyad nangis² sampai kul 3:30pg, baru tido. Tuh pun, kejap² bangun... Kejap², bangun. Akibatnye, aku pening pale pegi opis ari Isnin tuh sebab tak cukup tido.

Malam Selasa tuh plak, aku tgk perut Zayyad kembung lg. Nak tido jek, Zayyad start meragam. Aku tatau ape punca nye lg mase tuh. At last, tgh malam tuh dalam kul 2.30pg, aku tgk Zayyad asik terkentut and meneran² macam nak poo-poo. Cam biase, aku akan tunggu Zayyad teran abis² dulu sambil usap² perut dia. Bila agak² dia dah settle, aku pun bukak pampers dia, nak cuci. Bila bukak, uiks! Tak de isi pun?... Aku pakai kan semula pampers sebab baru tukar jek sebelum tuh. Then, Zayyad start meragam. Aku bagi dia puting n baringkan dia mengiring sambil tepuk², suh tido. Mata dia nampak sangat mengantuk tp mulut asik merengek jek. Bila dia dah terlelap, aku pun start baring. Tiba² dia menjerit lagi... Tiap kali dia kentut n meneran, dia mesti nangis jerit². Then i realize that dia nak poo-poo tp tak lepas... Erghhh!!! Sian nye anak mama... Aku paham perasaan dia coz aku biase alami masalah tuh. Patut laa 2-3 ari nie Zayyad kurang menyusu n tak baper nak main.

Malam tuh, Zayyad asik menangis sampai laa kul 6pg, baru Zayyad betul2 dapat tido. Kalo tak tuh, dia tido kejap, then bangun n nangis lagi... Aku pun, baru laa betul2 dapat lelap kul 6 tuh. Kalo aku pegi keje gak ari tuh, kompem aku pitam kat opis sebab tak cukup tido. Lagi plak, takkan aku nak tinggal jek anak aku yg tak sehat tuh utk pegi keje kan? On that time, aku decide nak MC ari tuh.

Kul 7:30pg, Zayyad bangun n nangis jerit² semula. Aku pujuk² n bagi susu, kul 8pg Zayyad tido semula. Luckily hubby cuti hari tuh. Aku pun exlpain kat dia problem Zayyad. Lepas mandi, bersiap n Zayyad pun dah bangun semula, dalam kul 9:30pg, kami pun bawak Zayyad pegi Klinik Kanak² Cheng (sebelah KJMC). Lepas explain masalah nye n doktor dah check, Zayyad di beri ubat fiber n angin, utk di minum. On the way balik, masa dalam kete, Zayyad meneran² lg. Kali nie dia merengek² aje, tak nangis kuat². Lepas tuh, dia ttido. Sampai umah, aku biarkan Zayyad tido dulu. Bila aku nak mandikan dia lepas tuh, aku tgk dia dah poo-poo tp sangat sikit dan keras. Sian nyeee,,, Tp dia nampak ok sket lepas tuh. Tgh hari tuh, sekali lagi Zayyad mengamuk. Berpeluh² dia meneran. Alahai.... At last, kuar laa lg sket poo-poo dia. Pun keras! Aku dah tak tahan. Pg td aku mintak ubat air sumbat montot tuh kat Dr. Cheng, dia kate tak perlu. Ubat fiber tuh akan bantu dia. Tp, aku tgk takde perubahan. Mungkin ade, tp terlalu lambat! Aku dah tak sanggup tgk Zayyad sakit camtuh. Aku ajak hubby gi Mediviron plak kat Giant.

Lepas Maghrib, kami ke klinik tuh and on the spot doktor tuh letak ubat air tuh kat montot Zayyad. Tak sampai 5 minit, Zayyad menangis n terus poo-poo!! Bila doktor tgk, dia kate mmg Zayyad dah lama tak poo-poo kan? Aku setuju sebab mmg Zayyad dah lame tak 'membuang'. Maybe, that's why. Semua nya dah terkumpul n tak kuar², at last dia berkumpul n jd keras. Susah nak kuar. malam tuh, Zayyad tido dgn lena nye... Aku pun dapat tido dgn selesa n senang hati jugak...

Cuma aku rase, Zayyad still tak betul² recover lg. Perut dia still kembung n dia tak bape nak main lg. Sian anak mama... Dah laa batuk, selsema, kembung perut, sembelit plak tuh! Macam² penyakit Zayyad dapat. Takpe lah, nak besar... InsyaAllah, mama akan cuba sedaya upaya supaya adik sihat semula dan ceria cam selalu, ye sayang! Mama rela sakit, asalkan adik sihat selalu.

Huhu! Rindu lah kat Zayyad. Setiap hari camtuh... K lah, aku tepek gamba dia yg terbaru. gamba mase baru lepas balik dari klinik ari Selasa ari tuh. Enjoy!!!

Monday, February 23, 2009

Zayyad Demam lagi...

Sabtu lepas - 21/02/2009, genap laa usia Zayyad 4 bulan. Macam tak percaya jek, rase baru jek bersalin semalam. Hehe! Bila tgk sendiri macam mane dia membesar, melayan ragam dia dari lahir sampai sekarang, rasa bersyukur sangat²... Sesungguh nya Allah Taala telah mengurniakan aku sesuatu yang tak ternilai. Sesuatu yang menyebabkan aku sangat gembira dan bahagia. Sesuatu yg membuatkan aku sanggup lakukan apa saja deminya, walau dengan nyawa aku sendiri. Terima kasih Ya Allah. Syukur Alhamdulillah...

Elok jek masuk 4 bulan, seawal tghhari Sabtu tuh,, Zayyad demam. Pg tuh elok jek! Siap turun breakfast kat Fariz lg ngan auntie Sue, Uncle Man, abg Ajeem, auntie iela n uncle Loq. Tup! Tup! Tgh hari tuh, lepas bgn tido, Zayyad merengek². Badan dia panas berbahang. No wonder laa Zayyad nampak tak larat n asik tido jek ari tuh. Mujur ayah cuti that day. Petang tuh, terus bwk Zayyad pegi klinik. Asal nye pun mmg plan nak bwk Zayyad ke klinik hari tuh untuk amik ubat batuk n selsema. Tetiba dia demam plak! Terus laa amik ubat demam sekali. Lepas pegi klinik, mama n ayah singgah Giant kejap, beli barang keperluan sket. Actually dari siang lg mama dah plan ngan auntie Sue nak kuar makan malam tuh, together with auntie Huda n Aida.Bila tgk Zayyad tak sehat, mama plan nak kenselkan aje tp ayah kate, takpe kot. Kite makan kejap jek, kate ayah.

Seperti yang dijangka, Zayyad meragam kat kedai. Maybe badan dia rase tak sedap n mata pun mengantuk. Nasib laa mama dah abis makan. So, mama mintak ayah idupkan enjin kete n mama tidokan Zayyad dalam kete. Biar ayah n acik abiskan makan dulu.

Dalam kul 11pm, kami sampai kat umah. Zayyad dah tertido dari dlm kete lg. Tp tak lama pastuh, Zayyad bgn semula. Terus mama kasik minum susu campur ubat. Pastuh, Zayyad tido balik. Bila terjaga tgh malam tuh nak susukan Zayyad, mama rase badan Zayyad dah tak panas sangat macam td. Alhamdulillah, demam dia dah kebah. Cuma tinggal batuk n selsema aje laa skang nih. Mujur Zayyad demam ari Sabtu, so semalam mama blh jaga Zayyad lg to ensure Zayyad tak demam semula.

Malam td plak, Zayyad meragam. Puas mama n ayah bergilir2 pujuk Zayyad. mama rase perut Zayyad kembung. Sebab tuh nangis sampai sedu2. Penat nangis, Zayyad tetido, bile tersedar, Zayyad nangis semula. Macam tuh laa berterusan dari kul 12 sampai kul 3:30 pg. Akibat nye, pg td mama overslept! Haha... Kelam-kabut bersiap. Mama tgk Zayyad dah OK pg td cuma nampak penat. Mungkin sebab tido lewat malam td, n kembung perut tuh still ade lg mama rase.Tp mama anta jek Zayyad pegi skul berbekalkan ubat-ubatan. Mama dah suruh ayah n acik amik Zayyad tgh hari nanti coz ayah keje lewat ptg ari nih. Tak dapat break cam ari tuh utk pick up mama n Zayyad. So, half day Zayyad kat skul, n the rest acik jaga sementara tgu mama balik keje, ye sayang... Tak saba nye nak balik jumpe Zayyad... Hehe!

K laa, nak sambung keje. See ya!

Wednesday, February 18, 2009

New Place

Setelah lame bertangguh² dan berdolak-dalik, finally this morning kami semua telah berjaya pindah ke Cygal dgn jaya ye! Huhuhu... PC dah diangkut, maka kami pun terpakse laa beransur juga. Dan, ini entry pertama aku dari tempat baru. Hmmmm....

"Seronok ke gi tempat baru???"Baik korg jgn tanye soalan tuh. Sebab aku takde hati langsung nak bekerja kat sini. Mungkin sebab dah biase n seronok kat PV, rase susah bile dok sini. Reason why?!!

(1) Main reason : Aku terpakse kerja berjauhan semula ngan hubby. Coz skrg kan hubby dah keje kat ttdi (opis lama ku). Selalu nye sejak almost sebulan yg lalu, kami akan gi keje n balik keje sesama. But starting today, kami akan pegi keje secara beasingan. Hubby akan bawak kete, aku akan naik train. Sebab : Aku tanak bawak kete sebab jalan kat federal jamm, parking mahal, n tak baper tau jalan. So, naik LRT lg senang. Jimat n benti depan opis terus.

(2) Internet kat sini lembab bangatttttt!!! Banyak block² site plak tuh... Luckily, blogspot n YM dorg tak block. So, aku still bleh berblog n chatting lg ngan korg. Hehe!

(3) Untuk permulaan nih, dorg tak provide fon line lg utk kitorg. So, kalo ade apape urgent, nampak nye kene guna personal fon laa dulu wat sementara nih. Hopefully, diorg akan provide at least 1 line, later.

Banyak lg sebab² kecik yg lain kalo nak di ikutkan tp what to do? Job commitment. Kene redah laa jugak! Pasnih, nak jemput Zayyad dari sekolah pun tak leh laa nak sharp before 6pm anymore. Naik train, mesti lmbat gak sket. Kalo naik kete plak, tak larat nak harung jamm... So, patient is treatment. Lambat laun, aku kene biase kan diri jugak. So, good luck to me!!!

Tuesday, February 17, 2009

Zayyad : Back to Skul

Perasaan aku mase nih? Sangat² laa rindu kan Zayyad. Huhuhu... Ari ni Zayyad dah back to skul semula setelah lama 'ponteng'. Hehe... Bukan sesaje ponteng tau! Zayyad tak sehat ari tuh. So mama mintak tolong kat Acik jagakan Zayyad kat umah. Skrg pun Zayyad still batuk² lagi, tp mama takut kalo dah lama² sgt tak anta nanti diorg tanak jage lagi dah. So, pg td mama decide nak anta semula Zayyad tinggal ngan Cikgu Zeha. Tah macam mane dia ari nih agak nye... Dia dah makin besar dan byk ragam skrg. Selalunye kalo kat umah, Acik akan bagi full attention kat Zayyad tp bila kat skul ni, tak dapat laa Zayyad nak manje² lg cam kat umah. Jangan Zayyad buat hal menangis jerit² macam ari tuh sudah laa... Td mama kol Cikgu Zeha. Cikgu Zeha cakap Zayyad OK, tak nangis². Tp, cikgu Zeha dah tak jaga Zayyad lg. Ade cikgu baru, kate nye. Tak kesah la, asalkan diorg boleh jaga, dah cukup.

Bila dah lama tak anta Zayyad ke sekolah ni, mula la timbul perasaan macam 1st day anta Zayyad dulu. Nak wat keje pun tak senang. Dalam kepala asik pikir Zayyad... Zayyad... Zayyad... Huhu! Ape laa mama neh. Lambat laun pun mmg Zayyad kene tinggal situ semula. Ye laa, Acik bukan bleh jaga Zayyad sampai besar pun. Acik pun nak keje nanti. So, better mama anta Zayyad skrg. Acik pun ade mase untuk rehat n cari keje.

So, untuk anak mama, Zayyad; Jangan naughty² ye sayang! Be good... Mama LUV u so0o0ooooooo much! Mmmmuuuuuuaaaaaahhhhhhhhh.......

The latest of Zayyad...

Monday, February 16, 2009

Award

Yea! Yea! Dapat award... Hihi! Thanks to Mama Alya @ Liza atas penghargaan yg diberi. Cheeewwwaaaaahhhh!! Hehe... Terharu sungguh rase nye.

Tulis Sepuluh perkara mengenai orang yang beri award ini.

Tentang Liza @ Mama Alya:
1. Isteri kepada En Fahmi @ Paa

2. Mama kepada Alya Adriana
3. Tinggal satu blok ngan kami, cuma lain tingkat jek! Hehe...
4. Cantik

5. Peramah
6. Mudah mesra
7. Ade lesung pipit

8. Ex-student UNITAR
9. Suke kaler pink(Baca dr blog liza... Hehe!)
10.Suke nescafe (Baca dr blog liza jugak... Hehe!)

Fakta Mengenai Saya:
1. Malas nak taip. Sila rujuk entry 12 January, 2009... Hehe!


Auta Mengenai Saya:
1. Pemalu -> Percaya tak? Hihi...

2. Tak suka shopping -> Mustahil nih?!
3. Rajin -> Terutama kalo ade sebab...Hehe!

Hobi
1. Dengar Lagu sambil Menyanyi

2. Jalan-jalan
3. Dok Depan PC; Surfing or Doing art thing
4. Baca Novel or Magazine
5. Layan Zayyad


Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnye dan nyatakan nama mereka di blog anda:
Fizah
Cham
Linda
As
Diyana
Lily
... Lagi 4 tambah kemudian lah! Hehe...

Sampai sini dulu. See ya!

Friday, February 13, 2009

Tentang Kenangan

Hari nih, baru bebetul teringat nak selak balik gamba² lama mase zaman sekolah dulu. Bukan ape, ade janji ngan member nak upload kt page sekolah. Wat tatapan bersama. Imbas² balik zaman mase pakai uniform n dok hostel dulu. Hehe!


Dengan menggunakan sepenuhnya facility yg disediakan oleh opis aku, aku pun men'scan' laa mane² gambo yg aku rase leh share reramai ngan kengkawan lama. Hehe! seronok gak bila tgk semula gamba² tuh. Tak sangka, cepat tul masa berlalu. Rase macam baru jek semalam tinggalkan sekolah sebab kenangan² waktu tuh mmg tak dapat dilupakan, walaupun aku tak laa ingat semua. Hik! Hik!

Dari form 1 sampai laa form 5, aku jd penghuni setia Asrama Sek. Men. Keb. Dato' Bahaman kat Lanchang, Pahang. Banyak betul kenangan pahit dan manis yg mmg aku akan ingat sampai mati. Macam mane mase memula masuk form 1, kene ragging menyanyi lagu Siapa di Hatimu - Rahmat tetiap ari selama seminggu sampai serak2 suara. Semata2 sebab nak dapatkan signature kakak2 n abg2 senior. Hehe! Dapat 1st junior mase for 2, kenakalan mase form 3, ade jugak wat perniagaan kecil-kecilan mase form 4 n ke'berlagak'an menjadi senior mase form 5. Haha! Semua tuh fresh lagi kat ingatan aku nih. Paling tak leh lupe, aku merupakan solo nasyid bg setiap bilik yg aku wakili every year dan tak pernah kalah! Wohohohohoooo!! Riak plak rase nye... Hik! Hik!

Walau bagaimanpun, aku tak leh lupe kenangan pahit mase form 4 dimana arwah mak telah pegi meninggalkan aku pada tarikh 24/4/1997. Sedih nya mase tuh...

Tp, walau macam mane pun, kenangan tetap kenangan. Pahit n manis tetap ade. Kalo takde kenangan dalam hidup, tak bes laa kan? Takde kenangan maksudnye takde pengalaman. So, jadikan pengalaman dan kenangan lalu sebagai panduan hidup kita di masa hadapan.

Setakat ni dulu... Adios. See ya!

Antara koleksi gambo kenangan zaman sekolah ku...

Wednesday, February 11, 2009

Macam-macam lah!

Aku mengantuk + penat ari nih. Kelmarin dah laa tak cukup tido. Ingatkan malam semalam dapat laa balas dendam. Rupa² nya si Zayyad plak meragam malam tadi. Memula tuh dia ok, elok jek main² and gelak². Tetiba bila dah sampai mase tido dia, dia menangis macam org kene dera! Memula slow pastuh menjerit² tetengah malam. Lama plak tuh! Puas aku pujuk dia bergilir² ngan adik n hubby. Abis aku bukak suar baju nye, kot² la kepanasan ker... Sapu minyak Yuyi sane sini. Rase nye dia kembong perut coz bila taruk minyak tuh, dia sendawa n kentut². Hehe! Ye laa, baru mama ingat siang tuh mama ade minum fizzy drinks. Hik! Hik! Jahat tul mama nih. Nak makan minum sedap² aje. Sian Zayyad kan... Sori ye sayang. Mane mama tau, ari tuh mama minum adik OK jek. Kali nih plak kembong. Next time mama kene beringat laa...


Hubby cuti ari nih. Bes laa dia bley relax. Tp dia mmg takkan lekat kat umah punya. Nak settlekan bil² rumah kate nye... Bayar duit kete, astro, bil letrik+air, tepon, etc.. Erm, tah ape² bil lagi lah! Hidup... macam tuh laa.


Ari nie actually takde ape sangat aku nak bebel kan... Penat la badan neh. Lagipun, sejak pindah opis baru nih, bosan sket. Maklum la, dok kat bilik training. Takde privacy langsung! Tgh² wat keje, siap ade org training kat blkg aku neh... Huhu! kalo ye pun bilik sementara, biar laa senonoh sket kan. Ni tidak, kate sementara tp smpai skang tak dgr kaba berita pasal nak kene transfer tuh! Dah la fon line seme tak setup. Leceh nak call sesape, terpakse guna personal fon. Kalo bley claim bes la jugak!


K la, dah nak lunch jap gi. Aku tepek gamba Zayyad yg tgh syok membebel kat atas ni utk tatapan u allzzz... Takde caption, layaaaaaaaaannnnnnnnnnnnn jek! See ya...

Tuesday, February 10, 2009

Penat nye...

Weekend minggu lepas amat memenatkan. Penat tapi seronok. Hehe! Ari SABTU ari tuh, bawak Zayyad n adik gi jalan2 kat OU. Shopping2 sket, cari baju Zayyad n Hubby. Beli barang aku sket. Barang2 n stok umah dah siap2 beli kat Giant weekday lepas. Pegi OU pun dah agak petang ari tuh. Ye laa, pagi2 aku sibuk kemas rumah yg dah tak macam rumah tuh. Al-maklum laa, ari minggu baru ade mase nak mengemas bebetul! Ari bekerja tuh, kemas setakat tak bagi nampak macam stor je laa.. Hehe! Shopping sampai malam gak laa. Kuar umah dalam kul 5pm, balik umah dalam kul 9 lebih. Balik umah, konon2 nak tidokan Zayyad dulu pastuh nak kemas barang2 shopping sket. Last2, Zayyad tido, dengan aku2 sekali 'hanyut'.... Haha!

Esok nye tuh, AHAD, kitorg jalan2 gi umah along kat Senawang. Sampai sane dalam kul 12 lebih, lepak sampai laa petang. Dah lame tak gi sane. Dulu2 aku mmg kerap gi umah along sampai kan akak2 aku yg lain ade yg makan ati coz tak penah nak sampai ke umah dorg. Bukan tanak pegi. Umah angah tuh maybe laa blh consider lagi, kat Bahau. Kalo nak gi umah dia pun, dah alang2 pegi, baik balik umah abah terus! Sejam jek kg aku dari umah dia. Dari KL, makan mase 2 jam gak laa rase nye nak ke Bahau tuh. Alang plak, nun dok kat Johor tuh. Mmg laa aku tak penah sampai kan... Klai terakhir aku gi Johor pun, mase alang kawen laa. Skang nih, dia dah ade 2 anak. And sejak dia beli umah sampai laa skang (dulu dia dok ngan mertua dia), aku tak penah jejak kaki lagi kat situ! Jahat kan aku??? Bukan tanak pegi, tp jauh sangaaattttt... Balik kg pun jarang2 so bile ade cuti, mestilaa aku nak balik kg sendiri atau kg hubby. Tgk laa, nanti mesti aku sampai jugak ke sana. Balik dari umah along, singgah kat kedai pakaian depan perumahan dia tuh kejap, cari suar jeans n baju keje aku sket. On d way balik, hubby ajak plak singgah kat Nilai 3. Aku ON aje! Hehe... Dapat laa jugak akhirnye kami beli cermin hiasan dinding yg besar. Dah lame ade hajat nak beli cuma mase n kewangan tak mengizinkan. Hehe! Alhamdulillah, lately hubby dapat rezeki lebih sket, dapat laa kami beli. Lepas singgah makan, kami pun terus balik umah. Dalam kul 10 gak laa sampai umah rase nye. Sib baik esok nye au cuti. Sian kat hubby laa, kene keje.

ISNIN, pg2 lagi aku dah bgn cam biase coz Zayyad dah 'kejut' aku awal2. Pg tuh, aku kene anta hubby gi keje coz tgh hari nye aku nak guna kereta. Hubby amanahkan aku untuk jemput mak n ayah dari LRT. Balik dr anta hubby, aku singgah Giant kecik jap beli lauk-pauk nak masak. Sampai umah, kemas ape2 yg patut n urus Zayyad mandi n tido. Dalam kul 11am, aku call mak, tanye lokasi. Kate nye baru lepas tol gombak. Aku pun settleklan ape2 yg perlu dulu, mandi n bersiap. Dalam kul 11:45am, aku gerak ke LRT. Zayyad aku tinggalkan ngan makcik nye kat umah. Mujur ade adik, kalo tak, susah jugak! Aku tinggalkan kete kat LRT jek. Tak pandai nak cari jalan ke pekeliling. Kira nya, aku jemput and pandu jalan mak n ayah guna LRT laa. Hehe!

Dalam perjalanan ke Masjid Jamek, mak bgtau yg dia dah sampai kat pekeliling. Aku suh dia tgu kejap. Smpai sane dalam kul 12 lebih, dekat kul 1pm. Terus aku ajak gerak balik. Sampai kat umah dah dekat kul 2pm. Mak n ayah tak makan lg n aku pun tak sempat lg nak masak td. Zayyad plak baru bgn tido. Nasib laa adik dah siap masak nasi n potong ayam. Sambil2 mak n ayah jaga zayyad, aku ngan adik bertungkus lumus laa masak kat dapur. Thanks to adik coz byk menolong...

Lepas makan, masing2 semua kepenatan. Rehat2 sambil tgk tv n makan kerepek yg mak bwk dari kg. Zayyad tido, kitorg pun tido. Bila dia bgn, mula laa sibuk layan karenah dia yg dah semakin manja tuh sejak makcik dia jaga. Dalam kul 6pm, aku gerak gi jemput hubby balik keje. Lepas maghrib, mak ayah ajak jumpa Daus plak kat Shah Alam. Cadang nak tgu Ubai dulu coz dia dah on d way nak anta kete ayah. Tp jamm teruk kata nye. Hubby amik keputusan gi SA dulu jumpe Daus. Gi sana kejap and balik dalam kul 10pm. Sampai umah, Ubai tak sampai lg. Hubby konon nye nak rehat kat umah dulu laa coz nanti bila Ubai sampai, dia kene anta Ubai ke Selayang semula plak! Sampai jek tgkat umah kitorg, mase dalam lif tuh jugak, malang tak berbau. Hubby terlepas kunci umah betul2 kat celah pintu lif! OMG!!!!!! Kunci spare plak kat dalam umah. Zayyad dah meragam2 nak tido. Nak tak nak, turun semula ke LG sebab kalo tgu jat tingkat tuh, panas. Hubby dah pening pale. 2 kali dah, time mak datang, ade masalah ngan kunci dan rumah. Hubby takde cara. Siap jumpa Paa pinjam kunci grel, kot2 laa fix. (memang tak laa kan... hehe!) Suddenly aku teringat, Kema penah cakap yg bomba boleh tolong dalam kes2 pecah kan pintu umah ni. Aku gitau hubby. Sebab no choice, hubby pun call bomba. Zayyad dah tak senang duduk. Muka dah sesak. At last, jumpe iz kat bwh. Aku gitau laa problem nye. Dia pun ajak rehat kat umah dia dulu sementara tgu bomba sampai. So aku, mak, adik n Zayyad pun tumpang umah dia sementara hubby n ayah tgu bomba. While waiting 4 bomba, Ubai pun sampai. Sempat laa ayah test drive kete dia dulu. Hehe!

Tak lame pas tuh, dalam kul 11 lebih, bomba pun sampai. Hubby call aku gitau dah siap 'pecah umah' dah! Aku pun turun bwh dari umah iz. Hubby nampak penat sangat, so aku pun offer diri teman dia anta Ubai. Mak pun galakkan aku ikut coz takut hubby terlalai mase drive. Zayyad tinggal ngan Wan, Aki n Acik. Balik dari anta Ubai, dah kul 1am. Zayyad plak tak lena tido. Lepas mandi n isi perut, aku bwk Zayayd masuk tido, Dia plak muntah2 tgh tido tuh. Akibat nye, aku laa yg susah nak tido coz tak senang ati tgk dia camtuh. Mujur dia tak meragam. Muntah2 pun dia tido jugak! Penat sangat agak nye,,, Hubby plak dah tertido. At last, kul 2 ;ebih gak laa baru aku leh tido betul2. Tuh pun asik terjaga2 sebab Zayyad asik batuk2 jek! Akibat nye, ari nih aku sangat penat dan mengantuk. Mak ayah pun baru balik pg td, gerak sekali ngan kitorg mase on d way gi keje. Balik kang, sure 'pengsan' punye... Huhu!

K laa, sampai sini jek dulu kali nih. See ya!

Friday, February 6, 2009

Hari berpindah randah...

Tensen tul laa diorg neh! Tak sabo sgt nak amik bilik opis kitorg tuh gamak nye... Bukan nye lame sangat pun lg nak tunggu. Nanti pun kitorg mmg nak kene pindah ke menara dah. Tunggu aje laa dulu. Ini tidak! Naaaakkkkk jugak amik bilik tuh cepat². Tak menyempat2. Dah kene berpindah randah...

Pindah2 tuh dah satu hal. Masalahnye, dah laa immediately jek kene tukar opis, satu hapah pun tak setup lg. Dah laa kene stay kat bilik training. PC tak berkemas, network n fon line pun tak setup lagi! Eeeeiiiiiiiiiiiiiiii.... Marah aku neh!!!

Semalam, almost a day tak dapat nak wat keje. Start kul 10am, dah kene packing² barang kat opis bwh. Tunggu punye tunggu punye tunggu... baru laa dtg si Javed tuh. datang pun, tgk² then kuar balik. Nak amik troli laa plak, kate nye... Tunggu lagi! At last, aku dah malas. Aku suh Din jek tgu kat bilik tuh, aku naik tgkt 6 dulu. Lepak² ngan Sham jap sementara tgu bebudak OCC anta brg kitorg. Dalam kul 11 lebih laa kot, baru aku masuk lab tuh. Kemas² sket, then bila nak bukak internet... "Cannot find server". $#@%$#%#%$... DAMN!!! Tungguuuuu laa lg.

Lepas lunch, still takde org datang nak setup. Kalo Fizah ade, dia dah chase dah bebudak OCC nih, malang nye dia gi training plak! Tinggal aku ngan Din aje. Boleh jek kalo kitorg nak setup IP sendiri tp takut laa terambik IP org lain plak. Kalo diorg gitau jek kat kitorg kan senang. Bukan susah pun nak setup!

At last, dalam kul 5pm, Fizah masuk. Kitorg gitau laa yg mende2 tuh tak setup lg. Bosan punye pasal, dia bg kitorg blaa awal semalam. Huh ! Lega... Kalo cakap suh blaa awal2 kan senang. Boleh balik umah cepat2, jumpe Zayyad! Hehe...

Ari nih, takde mood nak wat keje. Dah laa kene wat MAPS sendiri. Patut² previous TL yg kene wat, tp si Patrick yg hampeh tuh lepas tgn. Macam2 alasan dia bg. last minute laa, tak sempat laa.. Huhu! Nak suh Fizah, dia mane tau format mase aku kat SRT team dulu. Nak tak nak, aku laa kene key in sendiri data2 tuh, then Fizah tolong sket2 masukkan format.

K laa, sampai sini dulu laa ari nih, See ya!

Thursday, February 5, 2009

...HAPPY BIRTHDAY, HUBBY...


Wednesday, February 4, 2009

Kisah Last Week n Weekend.

Last week, Zayyad meragam lg.. Tak sehat. Kali nie lebih teruk ragam nye. Kalo demam ari tuh dia baik jek tp kali ni dia terlebih baik sampai tanak main n tanak minum susu. Aku dah perasan dia macam tak sehat since pagi rabu tuh, dalam kul 3-4am. Dia bangun nak menyusu tp tak berapa nak minum. Dia tengok jek muka aku tp bila aku agah² dia, tanak gelak pun!


Aku masuk keje cam biase Rabu lepas (siap update blog lg kan? Hehe...). B4 gi keje, aku dah gitau adik aku yg aku n hubby maybe akan balik lmbt sket coz hubby abis training lewat. Adik kate OK! Then, hari tuh berjalan seperti biase laa. Lunch tuh, aku siap wat video call lg ngan adik, borak² ngan Zayyad.


Dalam kul 5.45pm, aku lepak kat dalam opis lg mase tuh sementara tgu hubby abis keje kul 6.30pm. Suddenly adik call. Mase dia call tuh, aku dgr Zayyad tgh menangis menjerit² kat belakang. Adik kate dia dah menangis dekat sejam lebih dah, tatau nape. Tanak susu, tanak tido. Aku mase tuh berderau darah, kelam kabut sampai menggeletar. Aku pesan kat adik, cuba pujuk dia kejap or dukung dia sementara tgu aku balik. Terus aku rushing kuar opis, tutup pintu opis pun dah menggigil². Aku call hubby berkali² tp hubby tak angkat coz dia mmg silent fon time keje. Air mata aku dah bergenang mase tuh, wondering why Zayyad jd camtuh. Aku dah nekad nak tahan teksi dan balik dulu. Tp, mase tuh laa plak teksi tak lalu. At the same time, aku still try call hubby. Tah bape byk miscall aku wat pun aku tak pasti. At last, aku gamble jek call no member hubby yg ade dalam fon tuh. Luckily, dia boleh tlg carikan hubby. Terus aku ajak hubby balik. Lepas mintak izin dr trainer dia, hubby n aku pun terus gerak balik. Dalam kete, aku kol adik lg. Zayyad still macam tuh, menjerit²! Aku cuak, mintak adik cuba jugak pujuk. Terasa perjalanan yg 10-15 minit tuh terlalu panjang macam 10 jam. Alhamdulillah, jalan pun tak stuck.


Dalam kul 6:30pm lebih kurg, kami sampai umah. Mase masuk, Zayyad dah senyap. Adik kate dia baru tertido. Adik dah tanggalkan semua pakaian dia, tinggal pampers jek! Bila adik bergerak sket jek, terus dia menjerit semula. Hubby plak serta merta angkat Zayyad dari pangkuan adik. Hubby bwk pegi balkoni umah and dia senyap. Aku turut ikut hubby sambil pujuk² Zayyad. Mase tuh aku nampak ade bintik² merah kat badan dia. Actually aku dah perasan since balik dr kg lg tp mase tuh cuma ade 2-3 aje. But this time, dah bertambah. Aku gitau hubby then hubby terus kate nak bawak pegi klinik.


Sampai kat klinik, nasib takde org. Terkejut budak yg register tuh coz semalam tuh jek aku baru dtg, tp mase tuh aku just mintak ubat batuk n selsema Zayyad jek. Bila masuk, aku tgk bukan doktor yg biase aku jumpe tuh bertugas tp doktor lain yg aku tak penah jumpe selama aku kunjungi klinik tuh. Doktor perempuan. Bila aku cerita masalah nye, dia just tgk n pegang Zayyad sket², then going to make and assumption "Anak u nie MUNGKIN alergic".. What?? MUNGKIN?? Aku siap tanye dia lg "Are u sure, doc?" Coz, Zayyad mane ade makan apape lg, just minum susu jek. Dia kate Zayyad kene alergic atas sentuhan. Ermm... maybe laa coz mase kenduri cukur jambul tuh, ramai sangat yg pegang dia. Dia pun bg ubat gatal (krim sapu n sirap). Balik tuh, lepas Zayyad mandi, aku bg makan ubat n sapu krim pd bintik² merah tuh.


Esoknye, aku EL lg coz nak jaga Zayyad. But, aku tgk takde perubahan pada Zayyad. Dia still murung n bintik merah tuh plak dah bertambah! Each time dia menyusu, dia akan muntahkan semula ape yg dia minum. And bile tgh hari, dia demam plak! Aku makin risau. Aku gitau hubby ptg tuh. Hubby kate, tgk dulu esok camane. Maybe sehari tak nampak kesan ubat tuh lg. Aku akur. Malam tuh Zayyad tido dalam pukul 11pm. Kul 5am baru dia bangun nak menyusu. Mungkin sebab haus, dia minum dengan banyak nye. Lepas minum, dia tertido. Bila aku nak letak aje dia atas tilam, dia batuk n tersedak, suddenly dia muntah sampai keluar ikut hidung! Aku cemas n menjerit!! Aku kejut hubby n dia pun terkejut. Aku tepuk² belakang Zayyad, n dia pun tido semula. Aku menangis mase tuh jugak.


Jumaat tuh, aku still tak keje n Zayyad pun still the same. Muntah, moody n demam. Aku dah tak tahan. Aku gesa hubby pergi klinik pakar kanak². Tgh hari tuh kami pegi tp klinik dah tutup n akan bukak semula kul 7pm. Then lps hubby balik keje, kami sekali lg pegi ke klinik kanak² tuh. Lepas doc tu check, dia kate tekak Zayyad merah. Dah luka and jd tonsil sebab dia batuk. That's why dia tak lalu nak minum susu. Bila tak lalu nak minum susu, dia takde mood n tenaga nak main. Perut pulak masuk angin. Bila dah masuk angin, that's why dia asik muntah jek. Doc bg ubat batuk, flu n antibiotik.


Alhamdulillah, menjelang hari Ahad, Zayyad dah kembali ceria semula. Dah mau ketawa semula walau tak beria macam dulu. Tp, mulut dia bertambah petah berleter, suaranye plak makin kuat. Badan dah mula nak mengereng ke kiri, ke kanan. Sebab dia dah agak sihat, so bila Sue n Man ajak kami pegi Putrajaya, aku pun setuju. Ye laa, dok umah pun tak wat ape. Bwk Zayyad kuar, boleh dia rase angin and udara luar. Dalam kul 5pm, kami pegi. Mujur dia tak meragam kat sane. Bawak dia pusing² dalam stroller, kadang² dukung dia. Sambil² tuh, layan Ajeem yg dah semakin ligat ke sana sini. Bila dah Maghrib, kami pun gerak balik. Nasib laa Isnin aku cuti (sempena hari Wilayah). Dapat laa relax n jaga Zayyad lg. Hehe!

Jalan-jalan kat Putrajaya