Followers

Tuesday, December 30, 2008

Zayyad @ 2 months 9 days

Zayyad sekarang...

* Dah capai 6kg bile last timbang hari tuh.

* Dah pandai senyum2 bila org agah2 dia. Gelak tp tak kuar suara lg. Excited kemain kalo org borak2 ngan dia.

* Dah pandai tegur n balas dengan bunyi2an yg macam2 bila mama ngan ayah cerita2 ngan dia. Siap muncung2 mulut n kembang2 hidung nak bercakap. Hehe! Pastu, tangan ngan kaki tak reti dok diam. Asik nak berkayuh2 jek, excited punye pasal.

* Dah makin nakal. Dah pandai 'memerintah' n kalo tido nak kene berdodoi. Kalo tak, dia mengamuk sampai satu flat dgr suara dia. Hehe! Kalo mood baik kemain diam lg. Siap senyum2 lg sambil baring.

* Excited bila hadapkan dia kat TV n pasang citer katun.

* Tido sangat buas sampai jatuh dari bantal. Penah jatuh dari bouncer n alas sofa sebab kuat sgt menggeliat. Hehe! Ayah tidokan Zayyad then alas ngan sofa, letak atas lantai. Sedar2 dia dah merengek sebab tinggal kaki jek kat atas alas sofa tuh. Kepala ngan badan dah kat bawah! Haha... Atas bouncer camtuh jugak. But this time, tinggal kepala jek tersangkut kat bouncer. Badan n kaki dah lepas ke lantai. Hihi.. Zayyad, Zayyad...


Bantal kemana, kepala ke mana.. Hehe!

* Suke main air liur kalo bosan n hisap2 bibir atas kalo haus. Sampai berbunyi2 kalo ngisap tuh! Kalo mama tak layan jugak, Zayyad isap tangan n jari dia plak sampai bersepah2 mulut ngan air liur. Hehe!

* Kene pakai baju at least 3-6 months coz baju new born dia kebykkan nye dah tak muat atau sendat2. Baju 6-9 months pun dia dah boleh sarung.

That's all for now!

Friday, December 26, 2008

Welcome Back to me...

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh... dan Salam Sejahtera.

Waahhh!!! Mukaddimah aku, maklum laa dah lame ber'choti'. Hehe! Rindu plak nak tulis blog. Byk ngat mende nak update tp sebab byk sgt laa tatau nak mula dari mane. Hehe!

Alhamdulillah, akhirnya aku telah selamat melahirkan seorg lagi hamba Allah ke muka bumi ini, seorang putera yg skrg nie tengah beraja kat hati aku. Permata hati aku n hubby yg sangat kami sayangi dan tunggu2 selama nie. Zuriat yg aku kandungkan selama 39 minggu 2 hari, akhirnya telah selamat menjengah dunia pada 21 Oktober 2008. Dilahirkan secara normal tepat jam 8:20pm, dengan berat 3.3kg, bertempat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh, lahirlah MUHAMMAD ZAYYAD RAZIQ bin Mat Asri, pengarang jantung aku skrg nih. Putera mama n ayah...

Nie lah antara pengalaman paling berharga, bermakna dan getir buat aku.

ISNIN- 20/10/2008

3:00 am :
Aku terjaga dari tido sebab aku rase sakit pinggang dan perut semacam jek. Aku pikir2 semula, aku mmg selalu sakit pinggang lately so aku biarkan jek.

4:00 am :
Sedari td aku mmg tak dapat lelap betul2. Hati aku dup-dap-dup-dap jek. Aku cuba pegi tandas n buang air. Takde ape2 tanda pun yg keluar, air atau darah. Aku pun masuk tido semula. Sakit nye berlarutan sejam sekali sampai laa pagi and that's make me can't sleep.

7:30am :
Aku rase nak buang air kecik sesangat, sampai tak sempat2 rase nye nak gi toilet. Ala2 berlari, aku pun masuk toilet and that's it! Aku nampak kesan darah which is tanda2 awal bersalin dah kuar. Berderau darah aku. Direct aku informed mak uda. Ape lagi, kelam kabut laa org tua tuh. Terus di panggilnye Cik Yah (jiran sebelah umah aku), Maktih (adik mak uda) n Cik Milah (Bidan kampung aku). Bila Cik Milah dtg, terus dia check 'jalan' dah bukak lom. Then dia kate, baru 2cm and baby pun agak jauh ke dlm lg. Dia suggest pegi hospital dalam lepas Zohor. Mak uda tak lupe call Ija, nurse kg merangkap adik ipar dia. Aku disarankan dibwk ke klinik dulu before gi hospital sbb diorg nak check bebetul dulu untuk mengelakkan aku dok hospital terlalu lama disamping menjadi bahan eksperimen diorg plak nanti. Hehe! Lepas call hubby, aku sempat la breakfast and packing ape yg patut sambil dibantu maktih n mak uda.

12:30pm :
Sepanjang waktu nih, aku rasekan sakit nye makin kerap. Kekadang sejam, kekadang setengah jam. Abah dah naik risau. Mak uda lagi laa.. Lepas mak uda siap masak, adik Fikri pun dah balik dr sekolah, terus abah angkut aku gi Klinik Desa tmpt aku utk check. But, jln still 2cm lg. Aku rase frust sket laa coz conttaction dah makin kerap tp jln lmbt plak bukak. Tp takpe, aku saba je laa dulu. Ija suh abah bwk aku blk umah dulu n datang balik kul 4pm nanti.

3:15pm :
Contraction aku makin kuat even kekerapan dia sama macam td, sejam or stgh jam. Aku dah macam penat mase tuh. Ye laa, malam td aku tak leh nak tido. Siang nie lagi laa. Mase nie hubby dah sampai. Abah tgk aku macam dah tak tahan, dia terus bwk gi klinik semula. Bila Ija check, still 2cm lg tp baby dah gerak ke depan sket. So, dia kate blh bwk gi hospital dah and no need ambulans to send me coz sempat lg. Abah laa yg bawak aku ke Temerloh.

4:30pm :
Kami sampai kat hospital temerloh. Terus abah tuju ke wad bersalin. Aku kene masuk dalam bilik menunggu sorg2. Lepas register, nurse sana plak nak check. Sekali lagi aku kene tahan sakit sebab nak check 'jalan' punye pasal. I hate that! Still 2cm. Aku disuruh baring n dipakaikan alat pendengar jantung baby kat perut. Lame gile aku kene pakai mende tuh, sampai sakit2 pinggang aku nih baring. Lepas settle pakai alat tuh, aku disuruh nye berjalan2 sket supaya memudahkan proses bersalin. Agak lame gak aku kat bilik menunggu tuh. Bosan dok dalam, aku kuar lepak ngan family kat ruang menunggu. Pastu masuk balik. Sempat makan nasik jugak. Gitu laa seterus nye sampai laa...

11:30pm :
Finally, aku diuruskan utk masuk ke wad menunggu. Lama menunggu bukan ape, ade kes org tanak kene jahit lepas bersalin n doktor terpakse attend. Sebab dia laa aku berkapuk kat luar tuh. Cilakak tul! Aku dimasukkan ke wad Kenanga (kalo tak silap laa...) sambil diiringi my hubby utk hantar brg. Malam tuh bermalam laa aku kat dlm wad. Mak uda, abah n hubby plak tido kat luar hospital. Sian dorg... Malam tuh pun aku tak dapat tido coz contraction aku sgt kuat dan kerap. 5min once. Mata ngantuk sgt tp tak dapat nak lelap lama. Nak menangis rase nye tp aku kuatkan semangat dan cuba bertahan. Nurse tuh pun, bile tgk aku teruk sgt, dia naik risau. Bila dia check, still 2cm lg. Every 3-4 hours, aku akan dipanggil untuk check jalan. Seksa nya... Huhu! Berlalu laa 1 hari yg sgt memenatkan dan menyakitkan bg aku.


SELASA - 21/10/2008

7:00am :
Aku mandi. Darah dah makin byk kuar. Sakit macam nak period tp lg teruk dari tuh! Lepas mandi, hubby call nak anta breakfast tp aku dipanggil utk check sekali lg. Still 2cm! Aduuuhhhhh... Seksa nye. Lepas tuh, baru dapat jumpe hubby n amik breakfast. Hubby gitau, mak ngan ayah dah sampai dari lipis. Abah, mak uda n hubby nak balik umah jap, mandi. Mak ngan ayah akan tunggu aku sementara tuh. Aku tak lalu makan sebab sakit tp sebab pikir kan takut takde tenaga kalo aku bersalin nanti, aku telan gak laa air n nasik lemak tuh walau sikit.

10:30am:
Sekali lg aku di check n kali nie jalan dah bukak 3cm. Tp aku sakit sangat teruk macam dah nak bersalin sangat2. Tp aku cuba gak bertahan walaupun rase dah tak tahan dah... Sampaikan aku menangis bile each time nurse kate nak check 'jalan'. Kalo check tuh tak sakit, takpe la jugak. Huhu!

12:30pm :
Waktu melawat tiba. Mak, ayah n inah datang ke wad aku. Mase tuh keadaan aku agak teruk sebab kepenatan, mengantuk n sakit yg amat sangat. Lunch yg hosp provide pun aku tak usik. Jamah jek. Mak nampak risau sangat bila tgk aku tp aku cuba wat biase jek depan diorg sbb tanak diorg terlebih risau.

1:30pm :
Nurse panggil aku check lg sbb nampak aku macam dah terrible sgt. Diorg kate paling awal blh anta ke labour room pun bile jalan dah bukak 4cm. Aku berdoa dalam hati supaya jalan terbukak lg at least 1 cm coz aku dah tak tahan sgt dah dok dalam wad menunggu tuh. And Alhamdullillah, bila check jalan dah 4cm dah. Terus nurse pecahkan waterbag. Mase tuh, Allah Taala jek tau betapa sakit n seksa nye aku rase. Meraung gak laa aku. Mak ngan ayah kat luar cemas agak nye bile dgr aku mengerang camtuh. Aku pun diberi baju hospital utk dipakai ke labour room. Masuk jek dalam toilet, nah! Amik ko... Air ketuban melambak kuar. Cuak gak aku! Lepas tuka baju, mak ngan ayah iring aku ke labour room. On the way tuh, aku kol mak uda gitau yg aku dah nak masuk bilik bersalin. Mak uda gitau yg dia kat umah lg tp hubby dah gerak gi hospital dulu. Sampai kat lif, kami bertembung ngan hubby. Terus gerak sekali ke labour room.

2:00pm :
Sampai kat labour room, aku disuruh baring atas katil. Punye laa ramai nurse2 n trainee2 kat dalam tuh sampaikan 1 keje 2-3 org yg buat. Kebetulan takde org lain dah yg masuk labour room sekali ngan aku waktu tuh. Tu yg penuh dalam bilik aku tuh! Lepas diorg 'siapkan' aku kat atas katil tuh, aku request untuk hubby masuk temankan aku. Tak lame pastuh, hubby pun masuk. Dia teman kan aku sekejap, lepas tuh bile bidan nak check jalan aku, dia di suruh kuar then dia tak masuk2 dah. Hehe! Puas nurse carik dia tp tak jumpe. Aku kate, biarlah. Maybe dia pegi makan kot. Mase dalam labour room, contraction aku mmg dah kerap dan kuat. Aku penat dan mengantuk tp sikit pun tak dapat nak lelap sampaikan aku jd mamai. Aku diberi bius oksigen yg konon nye boleh mengurangkan kesakitan tp aku rase mende tuh membuatkan aku lg bertambah mamai. Aku tak tau dan tak terasa berapa lame aku mengerang kat dalam tuh sebab sakit yg amat sangat tp sampai satu mase tuh aku rase macam dah nak meneran sesangat. Bile nurse check, jalan baru bukak 6cm. Nurse tak bagi aku teran lg tp aku kate aku tak teran. Dia terteran sendiri. Hehe! Puas gak laa aku menahan tak bagi teran sangat sebab takut kepala baby lonjong. Sedar tak sedar, aku dah makin kerap meneran. Bile nurse check, dah 9cm. Nurse kate patut nye takleh lg teran tuh tp aku mmg dah tak tahan mase tuh, dia bantu laa jugak aku. But, bidan kate kepala baby dah nampak tp ade satu bahaian kat atas tersangkut lg, tak lepas nak kuar. Lame gak laa keadaan macam tu and aku dah tatau mase tuh pukul berapa. At last, bile nampak aku dah makin tak larat dan sakit, doktor check sekali lg and this time jalan dah bukak sepenuh nye, 10cm. Aku di ajar cara2 yg betul utk bernafas dan bersalin oleh bidan tuh. Lame jugak rase nye aku meneran and bile aku rase baby dah nak kuar sangat, aku nampak hubby masuk diiringi nurse. Bertambah sket kekuatan rase nye bile hubby ade kat sebelah menyokong n beri semangat kat aku. Walaupun tenaga aku dah makin kurg, aku kuatkan jugak semangat dan gunakan sisa2 tenaga yg ade utk melahirkan seorg lagi umat Muhammad s.a.w dan akhirnya...

8:20pm :
Lahirlah seorang putera yg sangat comel yang aku beri nama Muhammad Zayyad Raziq.

Saat ditunjukkan bayi yg masih merah pada aku, mengalir air mata kegembiraan seorg ibu. Tangisan pertama zuriatku membuatkan aku sebak diiringi rasa syukur yg tak terhingga pada Yg Maha Esa. Alhamdulillah, tak sangka aku mampu harungi semua ujian yg Allah Taala berikan n aku lalui jua pengalaman menjadi seorg ibu. Tak sia2 pengorbanan dan kesakitan yg aku alami selama ni. Hilang semua rasa sakit saat Zaayad diletakkan ke dadaku utk sentuhan pertama antara seorg anak dan ibu. Aku bersyukur dikurniakan bayi yg sihat dan sempurna. Terima kasih, Ya Allah.

Bidan yg bertugas meneruskan tugas ke atasku sambil anakku dibersihkan oleh seorg nurse yg lain. Saat yg paling teruk aku rasa kan adalah bila dijahit. Mana tak nye, bidan yg sambut Zayyad dah jahit luka ku separuh tp bila sampai 1 part, dia tak pandai nak jahit n dia mintak tolong doktor sambung. Dah laa aku terpaksa menunggu lama n bila doktor dah sampai, dia kate dia terpaksa bukak semula semua jahitan aku. Ya Allah! Tuhan jek yg tau perasaan aku mase tuh. Dah laa luka aku byk. Selama 3 jam lebih aku terseksa sebab dijahit, dan selama tu lah jugak aku menangis kesakitan. Bius yg diorg bg tak memberi ape2 kesan langsung aku rase coz aku still rase sakit each time jarum dicucuk. Kesian kt Zayyad. Lepas dibersihkan, dia diletakkan sebilik ngan aku tp aku tak dapat nak susukan dia coz tak siap lg dijahit. Menangis laa dia sampai tertido.

11:15pm :
Alhamdulillah, akhirnya semua pun selesai. Aku dipakaikan semula pakaian sendiri n dipindahkan ke atas stroller utk dimasukkan ke wad. Zayyad diletakkan kat atas lengan aku supaya dapat disusukan. Sepanjang ditolak ke wad, aku susukan Zayyad. Abah, Mak uda n hubby pun iringi aku ke wad dgn membawak beg2 pakaian dan keperluan aku n baby.
Malam tuh, tinggallah aku n baby jek tido kat dalam wad. Tak dibenarkan org lain teman termasuk la hubby sendiri. Huh! Tensen jek aku rase. Dah laa kite sakit, camane nak uruskan baby lagi kan. Nurse laa jd mangsa bila Zayyad menangis mintak ditukarkan pampers sebab berak. Hehe! Hubby gitau aku yg abah n mak uda nak balik umah malam tuh jugak so hubby sorg jek akan tgu aku kat hospital. Tuh pun kat luar. Sian hubby...


RABU - 22/10/2008

Pagi2 lagi nurse dah angkut zayyad untuk mandi. Sementara tuh, aku pun membersihkan diri. Lps mandi, aku susukan Zayyad. Then breakfast. Sementara tgu waktu melawat tiba, aku berehat sambil ulit2 Zayyad. Penat aku still tak ilang lg. Maklum laa, 2 malam aku tak tido, sakit punye pasal. Waktu melawat dalam 12:30pm. Lepas lunch, doktor panggil aku ke bilik rawatan sebab dia nak check luka dan jahitan. Bile aku balik ke katil, aku nampak hubby dah ade kat situ sambil ulit2 Zayyad yg baru pas menangis. Hehe! Tak lame pas tuh, Mak Uda plak sampai ngan Maktih. Lepas kemas2 barang, mak uda gi makan ngan maktih. Aku plak tgu hubby siap discharge and settlekan bil. Lepas settle semua nya, kami pun bergerak balik umah dalam pukul 2 lebih.

Tu laa serba sikit pengalaman aku saat melahirkan. Baru lah aku tau, betapa besarnye pengorbanan seorg ibu. Macam tuh laa mak dulu2 agak nye mase melahirkan kami adik beradik. Bukan senang nak jadi mak org nih tau! Hehe... Tahniah buat semua ibu2 di dunia.

Buat permata hati mama, Zayyad, semoga sihat dan ceria selalu. Mama sakit takpe asalkan adik sihat. Jadilah manusia yg berguna di masa hadapan, yg boleh mama n ayah banggakan. Mama luv U so much!

Buat hubby, thanks for everything. Hubby byk membantu n beri sokongan. U're my strength when i was weak. And u gave me such a wonderful present on our 1st wedding anniversary. Tak ternilai oleh segala yg ada kat dunia nih. Luv U so much!

That's all for now.

Wednesday, October 8, 2008

My 37th weeks pregnancy...

Bile dah masuk 9 bulan lebih nih, tanda2 nak bsalin tuh dah makin nampak. Walaupun tak kerap, tp contraction tuh tetap ade. Pg td ade check up. Aku tanye nurse tuh, baby aku dah engaged ker lom? Dia kate "eh!... Dahhhhhhh... Tak dalam lagi tp dah 'masuk' laa." Erm, patut laa aku dah rase berat jek, pangkal ari2 pun kerap sakit. And 2-3 ari nih, aku asik laa memerut jek. Baby plak suke mengeras2 kat dalam. Kencing tak yah cakap laa... paling lama aku leh tahan pun, stgh jam je kot! Haha... Nurse pun cakap td, dalam seminggu lebih jek lg kot. Erm... Berdebar plak rase nye. Excited pun ade. :D

Hubby pun dah naik risau. Kalo boleh, dia nak anta aku blk kg minggu nih jugak! And kalo ikutkan dia, lepas raye ari tuh dia dah tak kasik aku ikut balik KL lg dah. terus jek stay kat kg. Hehe.. Tp aku kate, next week laa. Aku pun tak rase baby akan kuar lagi this week. (Tp, tatau laa plak! Kot2 laa dia tak saba dah nak jumpe mama ngan ayah dia.. :p) Nampak nye, kene laa mintak MC lame sket dari doktor sebab cuti dah abis. Hihihi...

And next week, maybe aku nak kene what check up kat Klinik Desa kg aku. Sebab aku nak bsalin kat sane, so at least aku kene wat check up sekali kat sane supaya dia boleh bukak kan temporary card utk aku memandangkan skang aku check up kat klinik yg half gov and dia tak bagi kad yg ade. Cuma kene guna buku merah tuh aje.

Semalam jumpe Liza ngan Paa. Diorg tak risau sgt pasal nak cuti awal coz Liza mmg plan nak deliver kat KL. Parents ade sini , senang. Liza cakap, dia punye baby pun dah engaged and dia pun dapat simptom2 yg same jek ngan aku. Ye laa, kalo ikut due, dia awal 4-5 ari jek dari aku. And muke dia pun mmg dah sembab sgt dah nampak nye. Bengkak betul! Aku plak, Alhamdulillah. Takde laa bengkak @ sembab teruk2 sangat. Nurse pun cakap kat aku td, "Awak tak de lak bengkak2 ye..." Cuma nampak laa kaki tgn aku tuh kembang sket dari waktu biase. Hehe! Cuma skang aku cepat sgt rase penat. Cakap banyak2 pun blh jadi mengah. Baring telentang atau mengiring pun dah tak selesa, maybe sebab baby dah makin berat dan turun ke bawah. Toilet jd besfren aku. Hehe!

Actually dari raye ari tuh pun aku dah tak baper larat dah. Ye laa, elok jek masuk minggu raye tuh, aku genap 36 minggu. Yang syok nye, aku mmg tak langsung di suruh oleh akak2 aku utk wat keje. Relax jek! Kejap2 kang aku masuk bilik, tido... Kalo aku jengah ke dapur pun, sekadar tgk2 and tunjuk muka. Kalo tolong pun, setakat mende ringan2 jek. And aku sgt terharu dgn layanan akak2 aku, mak uda, abah dan adik bile time aku sarat camnie. Ape jek yg aku mintak, seboleh2 nye diorg akan tunaikan. Sampai ke kg Rembau lah abah carikkan pisang bile aku kate aku nak makan pengat pisang tp kebetulan takde lgsg jumpe pisang kat tmpt aku mase tuh. Hehe! Angah plak tetibe wat kan aku lontong even aku takde laa sebut teringin nak makan mende tuh. Cuma aku ade cakap, "sedap gak kalo makan lontong nih".. Hihi!

Anyway, bile dah dekat2 sampai mase bersalin nih, macam2 perasaan timbul. Ape yang aku harapkan, semoga Allah Taala permudahkan segala urusan buat aku. Semoga aku dan baby selamat, diharapkan baby sihat dan sempurna. Amiinnnn... Mama tak sabar nak tgk anak mama. Hehe!

P/S :- Td kol Along. Tahniah wat Angah aku yg baru jek tau dia pregnant anak yg ke-4. Patut laa ari tuh puase penuh! Hehe... Harap2 cita2 dia nak dapat anak pompuan kali nie tercapai. Amiinnn...

Monday, October 6, 2008

SeLaMaT HaRi RaYa aiDiLFiTRi...

Tuesday, September 16, 2008

Salam Lebaran...

Awal lagi ek? Hehehe... Takde laa, dah 2 minggu lebih pun pose. Radio pun dah start pasang lagu raye. Dah rase laa bahang2 api lemang nye skang. Hihi! Bukan ape, semakin dekat Syawal, makin jauh laa Ramadhan. Nak kene tunggu plak thn depan. Itupun kalo di panjangkan usia oleh Allah Taala. InsyaAllah...

Bile raye dah dekat, maksud nye due aku pun dah dekat. Berdebar nye laa rase hati nie. Takut+Happy+Risau+Excited+Sedih+Tak sabar.... semua nye bercampur2, equal to "Jiwa Kacau". Haha! Tatau laa camane perasaan nye skang neh. Tawakkal aje laa.. Moga2 dipermudahkan segala nya buat aku. Kepada kawan2, doa2kan laa keselamatan dan kesejahteraan aku n baby ye... Hehe!

Harap2 sempat laa makan lemang ketupat puas2 dulu sebelum kene berpantang. Hehe! Bulan pose nih, baby mama pun makin lasak ye... Sampai ayah gerun tgk perut mama gerak2 dgn agresif. Hihi! Ape laa ayah tuh. :p Tp Alhamdulillah... Itu tanda nye anak mama sihat dan aktif. Harap2 bila lahir nanti pun, anak mama selamat, sihat dan sempurna. Amiiinnnn....

Semalam Ajeem singgah umah. Sue bwk sebab dia tak larat nak ikut Man jln2 kat bazaar ramadhan. Pening pale kate nye. Sempat laa layan Ajeem yg makin lasak tuh sekejap semalam. Hubby laa syok sangat kalo jumpe budak2. Ajak Sue berbuka sekali, dia tanak plak. Sebab Ajeem dah nak tido kot mase tuh. Hehe!

Erm... Anyway, nak wish pada semua yg bace blog nih, Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir dan Batin. Pada kengkawan semua, ampun maaf dipinta ye.. Maklum laa, mase berkawan2 dulu, mesti ade mende yg tanpa disedari, dah ter'kecik'kan ati korang. Sori ye! Kalo ade mase, jemput laa datang umah raye nanti. Aku ade kat umah sampai petang raye kedua. Pastuh nak balik umah mentua plak! Huhu...

K laa ek... See ya! Chow.

Monday, September 8, 2008

Weekend Story...

Sabtu lepas, without a long-term plan, aku dan beberapa org kawan se-unitar yg lain telah mengadakan majlis berbuka puasa beramai-ramai. Hehe! Bertempat di rumah Sue (macam biase laa.. hik! hik!), kami sama2 bergotong royong membawa makanan masing2, samada masak sendiri atau orang meniaga kat bazaar ramadhan yg masakkan. Hehe!

Actually tak rancang pun mende nih. Just borak2 kosong ngan Sue jek asalnye. At last, mende yg tak rancang tuh laa yang menjadi. Aku mmg plan nak masak lauk dari umah. Seronok sket. Bukan ape, sejak puase start, mane aku ade memasak lagi. Mentang2 laa bazaar ramadhan kat belakang umah jek. Syooookkkkk jek aku bagi peniaga2 tuh kaye. Haha! So, bile ade mende2 camnie, seronok gak kalo memasak.

Aku masak pun satu jenis lauk jek. Wat masak lemak cili api kacang panjang campur udang. Added some more sambal tempoyak mentah (requested by hubby.. hehe!) and kuih pau goreng.
Lepas memasak dan bersiap2, lebih kurg dalam kul 6:30pm laa kami bertolak ke umah Sue. Ubai (with fiance) ngan Ziziey dah standby kat sane awal2 rupe nye. Bile jengah atas meja, dah penuh lauk-pauk. Zie n ayu bwk lauk tomyam + puding jagung. Sue masak gulai masam tempoyak ayam + sambal sotong + mee goreng. Aku pun tolong hidang sket2. Yang lain2 (Loque & ila, atie & Pyan) menyusul kemudian dengan bekalan makanan masing2. Sekali pandang, dah macam boleh bukak bazaar jual kuih plak! Punye laa byk kuih muih yg diorg bwk...

Sementara nak tgu waktu berbuka puasa, ajeem laa jadi penghibur. Mentang2 laa dia sorang jek baby kat situ, terus dia jadi tumpuan. Hehe! Tgh senduk2 nasik n tuang air, azan pun berbunyi. Masing2 pun ape lagi?? Lps Zie baca doa, terus serbu. Haha! Punye laa byk makanan kat depan mata. Alhamdulillah, makan sampai masing2 dah tak leh nak telan dah. Teruk kan? Hihi...

Lepas makan, berehat and semayang maghrib, kami pun dok borak2 reramai. Syok jugak sekali2 berkumpul, ungkit cite2 zaman study dulu sambil2 layan ajeem and tgk tv cite 16 Block lakonan Bruce Willis kat TV2. Hehe! Lama gak kitorg dok bertandang kat umah Sue tuh. Sampai ade yang ulang makan laa.. Ye laa, sambil borak2 mesti laa minum2 air n makan kuih yg ade kan. Hehe!

Dalam kul 10pm lebih kurg, aku ajak hubby beransur. Sempat lak aku tapau Ayu punye puding jagung yg sedap tuh! Hihi... At last, tertinggal wallet ngan hfon kat umah Sue. Sib baik Loque ngan iela tak balik lagi. Hubby pesan kat diorg suh bawakkan.

Sampai umah, dah kekenyangan. Ubai plak ajak kuar makan sahur tp aku pesan kat hubby tanak kuar awal sgt coz semalam nye tuh kami kuar gi Oldtown, sahur kul 2am. Akibat nye, siang tuh aku kelaparan dgn cepat nye. Baby pun asik bising jek kat dalam. Sib baik larat gak nak masak lauk. Hehe! So, hubby decide nak ngan Ubai nak kuar dalam kul 4am. Tak kisah laa coz aku cuti esok nye tuh. Ahad kan... So, kul 4am hubby kejut aku and kami pun kuar reramai sekali ngan Loque, iela n Ayan (kalo tak silap laa name nye.. Hehe!) pegi Oldtown, bersahur...

Adeh.. Apsal laa baby nih asik bergerak jek dari pagi td. Nak kate lapa, tak plak! Tatau laa kot dia yg lapa... Hehe! K laa, nak break sat. Penat ah. Chow...

Thursday, September 4, 2008

Salam Ramadhan...

Assalamualaikum. Cewah! Mentang2 laa ari baik bulan baik kan, tetibe aku pun jadi baik sket. Haha! First thing first, aku nak wish SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN kepada semua saudara seagamaku. Semoga beroleh keberkatan di bulan yang mulia ni.

Diam tak diam, Ramadhan datang lagi. Tahun nie, Ramadhan aku berbeza sangat. Pertama kali aku sambut kedatangan Ramadhan sebagai seorang isteri. Hik! Hik! Rase tak percaya plak...Bukan je sbg seorg isteri, tp jugak sbg bakal seorg ibu. Wah! Alhamdulillah... Syukur pada Allah Taala.

Kebetulan plak puasa thn nie jatuh pd public holiday sempena ari merdeka. Maka nye, dapat laa puasa pertama tuh disambut dalam hari cuti. Hehe! 1hb Oktober bersamaan 1 Ramadhan 1429 H. Aku n hubby mmg dah lame plan utk sambut puasa kat kg. Kebetulan aku cuti lama, hubby pun apply cuti jugak. Aku cuti direct 3 hari, plus 1 hari AL sebab nak balik dua2 kg punye pasal. Hehe!

Kami bertolak balik ke kg hubby pada tengah hari 31hb. Menjelang petang, dalam pukul 4 lebih baru laa kami sampai di Kuala Lipis. Malam nye, lepas dgr pengumuman puasa, ayah sembelih ayam kg utk masak gulai lemak, sempena menyambut puasa laa tuh kira nye... Hehe! Tlg2 mak masak sket, dalam kul 10 lebih baru makan. Sempat laa hubby balik dari terawikh dulu. Semua nye gara2 ayam yg sekor tuh tak mati2 lepas kene sembelih. Haha! Lepas makan, semua dah tergolek2 kekenyangan.

Esok nye, bgn sahur dalam kul 4 lebih dekat kul 5. Tp masing2 semua tak bape lapa lagi sebab rase baru sgt makan tgh malam tuh. Tp, makan laa jugak memandangkan dah bangun. Siang tuh, mmg takde ape laa nak buat sangat. Semua dok layan hal masing2. Aku pun tah bape kali tido bgn agak nye ari tuh. Hehe! Ptg sket baru laa ade aktiviti. Hubby ajak pegi bazar kat Lipis dalam kul 4pm. bawak sekali adik yg perempuan tuh. Beli sket makanan tambahan utk berbuka. Balik rumah, mak tgh prepare nak masak lauk. Aku pun tolong laa ape yg perlu n mampu. Mak ngan ayah pun bukan kasik aku wat keje ngat! :p Risau agak nye, tgk aku jalan pun terhegeh2, lagi nak wat keje. Haha!

Lepas berbuka n semayang maghrib, kami sekeluarga rehat2 jap. Dalam kul 8:30pm, aku n hubby pun siap2 nak gerak balik umah abah plak... Lepas siap2, dalam kul 9pm, kami pun gerak balik ke Triang. On the way tuh, sempat jugak kami berenti makan kat Kuala Krau. Hubby lapa sangat sebab mase bebuke tuh dia makan sket jek. Dalam 3-4 jam perjalanan, lebih kurg kul 1am, kami pun sampai umah abah. Dok borak2 jap sampai kul 2am, aku pun masuk tido. Kul 4++am, dah kene bgn sahur plak! Lepas sahur, sambung tido sampai siang. Haha! Penat nak mampos rase nye...

Bila dah petang sket, lepas mak uda ngan abah balik dari Triang, kami pun start masak2. Macam2 lauk mak uda buat! Rendang, sup tulang, kangkung goreng dan lain2..Hehe! Tak masuk kuih lagi tuh! Adik plak goreng karipap. Petang tuh, gi bazar kat Kerayong jap sebab mak uda nak makan yong tau foo. Beli ayam goreng 2 ketul utk adik Fahmi n Fikri. Beli air soya n tebu. Hubby plak beli sate. Huh! Then, balik tuh sempat jumpe Maryati jap, borak2. Dah lame tak jumpe bes fren aku tuh. Kul 6pm baru gerak balik.

Sampai umah, banyak plak makanan atas meja. Rupe nye, maktih plak anta bihun goreng. Azri beli kuih2 lagi kar bazar mendi. Erk! Banyak gile... Waktu bebuke, dah tatau nak makan mane satu dulu. Hihi! Lepas makan, semayang n berehat, kami pun siap2 nak balik KL. Adik nak tumpang so kene laa balik ikut Seremban. Gerak dalam kul 10pm, sampai seremban kul 12am, gerak balik and kul 1:15am (lebih kurg) baru laa sampai umah. Penat nye laa.. Nasib baik ade tapau lauk dari umah abah td. Sahur takyah laa aku susah2 masak. Masak nasik je laa... Lauk nye panaskan aje! Hehe...

Esok nye (rabu), keje cam biase. Pg tuh ade check-up. Alhamdulillah, seme OK. And, sepanjang bulan pose nih, ofis hour cuma dari pukul 8am sampai 4:30pm sahaja. Lega laa, leh laa balik awal sket. Hehe!

K laa, penat laa plak taip panjang2. Nka wat keje plak. Chow!

P/S :- Tahniah buat rakan, Mohd Ubaidah b. Abd Karim yang baru saja mengikat tali pertunangan pada 30hb August 2008 yang lalu. Juga buat sahabat, Lily Rozita yang telah selamat melahirkan cahayamatanya yg pertama pada 26hb August 2008. Semoga gembira selalu.

Thursday, August 28, 2008

~ Me and my baby at 31 weeks pregnancy ~


babies

Tuesday, August 26, 2008

Saat Ujian Diberi...

Last week, aku keje cam biase sampai ari rabu. Rabu tuh, check-up. Maklum laa, skang dah kene start check-up 2 minggu sekali. Hehe! Mase check-up tu, Alhamdulillah semua nye OK. By end of the day, aku dah rase tak baper bes. Berpunca dari masalah penghadaman aku laa yg sememangnye bermasalah sejak aku bujang lagi tp bile peknen, masalah tuh jadi makin teruk plak especially bile baby aku dah makin besar kat dalam perut nih. Awal2 peknen ari tuh ok jek!

Petang tuh aku dah ngadu kat hubby, tp we both tak amik serius sangat coz aku gitau dia mmg selalu camtu lately. So, dia pun kurang laa risau. Malam tuh, hubby kuar cam biase uruskan bisnes dia yg baru nak berputik tuh. Hehe! Malang nye, rase tak selesa tuh mmg tanak ilang. Aku ngadu kat hubby lagi bila sampai aku nak duduk, jalan & baring pun sakit. Hubby dah start risau tp aku kate takpe lah. Maybe kejap2 lagi ok kot. Hubby mase tuh kat KL, and aku pesan kat dia kalo boleh balik awal sket. Hubby setuju. And, that night aku tido dlm keadaan yg tak selesa langsung! Dah laa cuasa panas... Sabar je laa.

Esok nye (khamis), bgn tido aku rase lega sket. Maybe sebab aku tak duduk, baring jek so sakit nye pun kurang. Aku bangun, mandi dan bersiap cam biase. Sementara tunggu hubby bersiap nak anta aku, aku duduk kat sofa. Tetibe rase sakit semula. Aku berdiri then it's gone. Aku gitau hubby. Hubby dah tak sedap ati. Dia suh aku MC. Aku cakap, takpe laa. Cuba dulu gi keje, kot2 ok lak kang. Hubby tak cakap ape.

Sampai opis, aku start keje cam biase. Fizah plak MC. Ade Q ngan Din jek. Aku terus jek wat keje tp jd masalah bile aku takleh duduk lelame dan terpakse berdiri. Berdiri pun tak leh betul2. Sakit sgt! At last, aku gitau Q yg aku nak ke klinik bile menjelang kul 09:30am, aku dah takleh tahan sakit tuh. Camane nak keje kalo nak duduk pun takleh! Keje plak mmg kene duduk dpn PC jek sampai balik. Q kate OK, then aku call hubby suh jemput coz aku plan nak gi Klinik Mediviron kat Giant KJ. Doktor kat situ bagus. Hubby pun yg mase tuh baru jek sampai kat umah lepas anta aku and gi breakfast, tp dia terus dtg semula. Sian hubby...

About half an hour hubby pun sampai. Dia teman aku ke klinik. Ramai plak org mase tuh! Dari kul 10:30am aku tunggu, kul 11++ baru sampai turn. At last, doktor bg MC sebab tgk aku jalan pun dah macam semut lambat nye. Semut pun lagi laju dari aku agak nye. Ubat2 pun byk ubat luaran jek coz org peknen mane leh makan sebarang ubat kan,,,

Lepas gi klinik, hubby terus bwk aku balik. Sampai kat umah pun, still sakit gak. Baring tak leh, duduk tak leh, jalan pun tak leh. At last, dapat gak posisi yg selesa utk baring. Lepas gitau Q aku MC ari tuh, terus aku tetido.

Malam tuh hubby tak ke mane2. Dia kemas rumah, basuh pinggan and bwk aku makan kat luar sebab aku tak larat nak masak. Dia sanggup kuar tgh2 malam semata2 nak cari sepotong tembikai sebab aku tetiba teringin nak makan buah tengah2 malam bute tuh! Kalo ikut logik, mane laa nak carik kan? Tp, hubby usaha sampai dapat, even cuma sepotong. Terharu betul rase nye... Thank you my dear.

Esok nye, hubby suh MC lg tp aku degil. Baru rase elok sket, dah nak gi keje. Sampai waktu lunch, aku dah melepek kat surau sebab tak leh nak duduk lagi dah. Wawa n Fizah pun concern sangat. Finally, Fizah my leader suruh balik umah jek sebab muka aku dah takleh nak kontrol dah sakit. Call hubby, then dalam kul 3pm aku pun balik... Keje half day laa aku nampak nye.

Fortunately, aku sakit nih time hubby tgh cuti. Hubby tgh amik annual leave skang sbb nak uruskan bisnes dia tuh. Kalo tak, dia pun terpakse EL or MC sebab aku. So, weekend lepas aku terpakse dok umah jek laa coz tak larat nak ke mane2 sangat. Pegi jalan pun dekat2 jek. Hubby pun tak ke mane2 sebab jage aku.

Cuma ape yg aku nampak sepanjang aku sakit nih adalah betapa concern nye org sekeliling aku especially my hubby. Kalo hubby takde, tatau laa nak ngadu kat sape and nak wat ape. Family plak jauh... Thanks my dear for your sacrifice. Tak sangka, hubby betul2 take care of me. Luv u so much! ;) Tak lupe gak kawan2 yg byk membantu, tak kira laa sedar atau tak, nasihat2 yg diberi mmg sikit sebyk berguna laa jugak. Mekasih laa korg semua.

And hari nie, aku kembali ceria. Cewwwaaaah! Hehe... Even tak sembuh sepenuhnye lagi tp Alhamdulillah, aku dah boleh duduk dan wat keje dgn selesa. Jalan pun dah OK. Takde masalah nak tido lg. Alhamdulillah sgt2... Allah Taala nak duga sket. Ye lah, takkan sepanjang mase nak sehat jek kan? Nanti riak plak! Hihi... Semoga keadaan beransur pulih dan yg penting, anak mama sihat dan aktif. Mama sorang jek sakit takpe.. ;)

K laaa... Jumpe lagi. Chow!

SAAT UJIAN DIBERI
Saat ujian di beri,

Ku sedari betapa kerdil nya diri.
Disisi mu, Ya Ilahi...

Saat ujian di beri,
KAU tunjuk padaku makna hidup ini,
Dan mengajarku supaya lebih mensyukuri,
Dengan tiap apa yang dilimpahi...

Saat ujian di beri,
Disitulah ku lihat diri lebih disayangi,
Terpancar sinar kasih suami,
Keluarga yang tak pernah lekang mendorongi,
Juga teman-teman yang dihormati...

Terima Kasih Ya Rabbi,
Atas ujian yang KAU beri,
Juga kesempatan untuk sembuh kembali,
Semoga KAU sentiasa merahmati & melindungi,
Hamba-MU yang lemah ini...

Amiiinnnnnnn, Ya Rabbal A'lamin.

Monday, August 18, 2008

WANITA ITU LEMAH - UJAR LELAKI

Ujar lelaki, wanita itu lemah.
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....
besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ... kerana lembut ,
wanitaTidak gemar perbalahan..
Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam , wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...
di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih disubuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat ,
celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...
di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...
bergelut didapur memasak
Suami yang mengaku gagah...
bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita mengurusk ananak-anak
Menyapu sampah, mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu dijalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah...
terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian
Dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan denganlaju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud...
Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah, anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersandar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji

Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati...
Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi
memperlakukan wanita mengikut adap tradisi

Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah, menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam...
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan.


Petikan ni Yan yg anta ke email aku pagi tadi. Nampak macam bes jek, so aku upload laa utk bacaan bersama. Hehe! Takde niat apape pun cuma rase bes jek. And one more phrase that i really like the most is :

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W...

Renung-renungkan, dan selamat beramal!

Hehe...

Tuesday, August 12, 2008

Lawatan Ke Zoo Negara

About last week (2&3 Aug), abah aku datang KL. Abah datang ngan mak uda, fahmi, fikri ngan azri. Datang sebab fahmi nak sangat pegi zoo negara. Hehe! Actually, plan asal nye diorg nak datang a week before but not because of Zoo Negara, tapi sebab ade kenduri kat TTDI. Unfortunately, tak jadi datang sebab induk tak dapat pegi atas sebab2 tertentu. So, keciwa lah adik aku si fahmi tuh. Tp, akhirnya dia berjaya jugak pujuk abah utk datang KL n pegi melawat Zoo. Sanggup ponteng sekolah tuuuuu.... :p


Dalam hari Jumaat, abah gerak dari Pahang lepas solat Jumaat. Aku and hubby keje mase tuh. So, promise ngan abah nak jemput dia kat tol gombak jek coz abah tak berapa 'fasih' ngan jalan KL nih. Maklum laa, banyak jalan sehala and highway. Kalo salah masuk, payah nak U-Turn semula, kate nye. Hehehe!

Rupa2 nye, dalam 5:30pm gak abah sampai tol gombak. Laju gak abah bwk kete! Kelam-kabut aku sebab mase aku kol mak uda tuh, aku kat opis lagi. Aku suruh abah tunggu kejap coz aku kena gi pick up hubby dulu kat Carrefour, baru leh jemput abah. Kol hubby, tak dapat plak. Gamble jek pegi Carrefour. Bile dah dekat sampai, hubby kol. HUH! Lega... Aku pun suh dia siap2 kuar sebab abah dah sampai.

Lepas amik hubby, kami pusing balik ke TTDI ikut Kerinchi Link sebab plan nak amik abah kat tol. Then abah kol, gtau dia dah gerak slow2 ke depan n then salah masuk simpang, menghala ke Sg. Buloh. Aiyark! Puas laa kasi instruction suh pusing balik. Sib baik dia jumpe gak jalan nye. Finally, aku takyah susah2 jemput abah kat tol. Kami jumpe kat LRT KJ jek! Haha... Dari situ baru gerak sama2.

Sampai umah dah petang, kul 6 lebih. Banyak giler abah bawak buah2an dari kg. Durian, rambutan, manggis, semua ada. penuh lif tuh ngan kami satu family campur ngan barang2. Rumah pun dah bersih coz malam sebelum tuh aku ngan hubby dah wat 'General Cleaning' satu umah dah! Hehehe... Maklum laaa, parents nak datang. Kalo tak, umah tuh sket lagi nak jadi 'Titanic' yg dah tenggelam tuh. :p Rehat kejap, aku ngan mak uda terus masak untuk makan malam lepas hubby beli lauk. Mak uda plak ade bawak sayur2 sket dari kg (atas request aku gak tuh coz teringin ngat nak makan sambal gulai tempoyak). Tuh yang tak saba nak makan tuh. Lepas makan, mandi, rehat and solat, mak uda gitau teringin nak gi uptown. Hubby pun setuju nak bawak.
So, dalam kul 11pm, kami pun gerak gi Uptown kat Shah Alam. Pusing2 sampai penat tp tatau nak beli ape. Hubby jek yg byk shopping, beli jeans laa, suar keje laa. Abah pun sempat laa beli beg balik kg sebijik. Aku belanja Fahmi n Fikri key chain jek, sibuk ngat nak keychain. Azri plak carik kasut tp takde yg berkenan. Finally, sebab aku dah tak baper nak larat berjalan, dalam kul 1am lebih kurang, kami pun gerak balik.

Esok nye, aku bangun awal. Wat breakfast nasik goreng sket, suh hubby beli roti canai sket kat Fariz. Lepas breakfast and mandi, kami semua pun siap2. Dalam kul 11am, kami pun memulakan perjalanan ke Zoo Negara. Hehe! Seronok tul tgk adik2 aku yg excited sangat nak tgk binatang2 kat zoo. Sampai sane dalam kul 11 lebih. Berebut2 hubby ngan abah nak bayar duit tiket. Tp, hubby mmg tak bagi abah kuarkan duit. Dia kate, ape la sangat kalo setakat berbelanja sket utk parents and family. Bukan selalu abah datang. Hehe! Thanks dear... Yang bes nye, abah dapat diskaun tiket sebab tergolong dalam warga emas. Hihi! Zoo pun dah maju skang. Tak guna tiket dah, tp dia bagi satu tag yg kene pakai kat tgn. Alaaa, macam kat Genting Theme Park tuh. Last time aku pegi, still guna tiket lagi. Punye laa dah lame tak jengah ke situ. Nama jek dok KL. :p

Mula2 tuh, kami semua pusing2 jalan kaki sambil tgk binatang and bergambar. Adik sibuk nak naik transport yg diorg provide kat situ tp kalo naik mende tuh, tak dapat nak bergamba dekat ngan binatang. So, we decide nak jalan kaki dulu. Hampir seluruh zoo jugak laa aku rase kami pusing. Mau nye tak, macam dah nak tercabut kaki aku nih berjalan. Jalan sket, duduk... Jalan sket, duduk... Sampai menggigil kaki nih, berpapah ngan hubby bila nak daki bukit. Hik! Hik! Maklum laa, perut dah besar. Tak larat jalan banyak2. At last, dah tak larat sangat dah. Mak uda ngan abah pun paham. But on that time, memang most of the animals yg ade kat situ kitorg dah lawat. Kami tunaikan gak laa hajat adik nak naik transport kat zoo tuh sebelum balik. Pusing2 sekali lagi seluruh zoo naik 'keretapi zoo'. Hehe! Badan dah penat, perut pun dah lapa. Dalam kul 3 gak laa kami gerak balik. On the way, berenti makan kat R&R awan besar jap. Sampai umah dalam kul 4 lebih. Semua 'pengsan'. Haha!

Malam tuh plak, bawak diorg gi jalan2 kat Giant. Beli barang and lauk-pauk sket and sosej utk adik2. Pegi sekejap jek coz masing2 still kepenatan. Tapau Pizza untuk Fahmi sebab dia nak sangat rase. Tak makan kat situ coz abah tanak. Balik dari Giant, singgah kat kedai Kelantan jap. Makan dulu. Sebab malas nak masak dah. Order lauk byk sket... Ikan siakap laa, sup ekor laa, kailan laa, sotong laa.. Huhu! Makan sampai tak larat. Mase nak bayar pun, abah ngan hubby berebut lagi. Hihi! And as usual, hubby takkan kasik abah bayar. Sampai kat umah, rehat2 jap and then semua pun masuk tido.

Esok nye, hubby keje pagi. Kul 5:45am dia dah kuar umah. Tak sampai ati dia nak kejutkan abah yg nampak penat tuh. Dia suh kim salam jek. Dalam kul 7 lebih, aku prepare breakfast ngan mak uda. Wat nasik lemak sket. Gorengkan sosej utk adik2 yg mmg hantu sosej tuh. Lepas breakfast, tak wat ape pun. Mak uda dok packing2 baju dari ampaian masuk dalam beg dah. Dalam kul 12pm, masak utk tghari. Tp, masing2 kenyang lagi makan nasik lemak pagi tuh. Abah plak dok jalan2 kat area umah aku tuh sampai tak jumpe jalan balik. Cuak gak laa aku! Ingat dia jalan2 naik kete, rupe2 nye jalan kaki. Berpeluh2 dia bila sampai kat umah. Sian abah...

About 2pm kami baru lunch. Abah dah cakap dia nak gerak lepas lunch. Tahan punye tahan, kul 3 lebih baru dia gerak balik. Hubby tak dapat nak balik awal sebab duty, so dia kol aje abah. Dia sian and risau kat abah coz malam sebelum tuh abah dok sibuk tanye jalan mane nak ikut, sebab abah tak bape sure. Petang dalam kul 7 lebih gak laa abah kol gitau yg dia baru sampai. Lewat plak! Rupe2 nye dia stuck kat MRR2, jalan jamm! Tapi tak kisah lah. Asalkan dia selamat sampai, Alhamdulillah...

Tu laa coretan sepanjang kedatangan family aku ke KL. And itu lah jugak minggu yg sangat penat dan seronok bagi aku. Abah dah pandai jalan KL so boleh laa datang lagi nanti! Hehe... And hopefully, next time dapat bawak family hubby plak datang KL, jalan2... InsyaAllah.

Chow!

Wednesday, July 16, 2008

Perjumpaan ibu2 dan bapak2...

Isnin lepas, Sue ym aku. Dia kate ain ngan atan ade kat KL. So, nak jumpe laa cadang nye. Kebetulan hubby pun cuti and malam tuh kitorg mmg free, takde wat ape. And kitorg pun dah lame tak jumpe ain ngan atan. Anak dia si Arif ti pun tak penah tgk lagi. So, kitorg setuju nak jumpe.

Lepas keje, aku balik umah dulu, mandi and siap2. Lepas maghrib jek terus bertolak ke rumah Sue seperti yang dijanjikan. Nak lepak kat kedai, macam tak syok plak sebab ade baby. So, kitorg decide nak jumpe kat umah Sue coz ptg tuh ade pasar malam dekat ngan rumah dia. So, boleh laa tapau makanan n bawak gi umah Sue untuk makan reramai.

Pasar malam yang kami pegi tuh dekat dgn pasaraya bintang sebelah kuil. Besar jugak pasar malam kat situ. And ramai awek indon coz kat situ mmg dkt dgn flat umah bebudak kilang elektronik. Hehe! This is the 1st time aku n hubby pegi pasar tuh. Tak penah tau pun ade pasar malam kat situ. Hik! Hik! Hik! Tgh beli makanan, terserempak ngan Man, yg tengah beli makanan jugak. Dia sorg jek, Sue tinggal kat umah ngan Ajim. Pastu kami bawak haluan memasing sebab memasing nak cari makanan sendiri. Lepas beli nasik kerabu, kuih denderam sket, buah mata kucing and sedikit kudap-kudapan, kami pun kuar dari kawasan pasar malam tuh and bergerak ke rumah Sue.

Sampai kat situ, Atie ngan Pian dah ade. Yang lain belum sampai. Hubby terus 'serang' Ajim kat dalam buaian. Budak kecik tuh plak, kemain suke ngan dia. Ngan aku sekejap aje duduk nye. Sue kate dia mmg suke org lelaki, especially yg ade misai. Sebab ayah dia ade misai kot! :p Tp ajim nampak kurus sket. Sue kate, dia baru baik dari demam. Tuh pun ade batuk2 and selsema lagi. Tp, aktif nye semacam. Merangkak sane sini.

Tak lama lepas tuh, Ain ngan Atan pun sampai. Anak dia punye laa tembam! Berbeza ngan Ajim yg lebih tua dari dia. Geram betul aku tgk. Tp, mase sampai tuh, Arif tido. So, takleh nak kaco2 sangat. Then, Loq ngan Ila plak menyusul. Masing2 dah lapa, terus bukak bekal yg dibeli td. Tgh makan, Liza ngan Pa pun sampai. So, ade yg makan and ade yg ade jd pengasuh. Hehe! Arif pun dah bangun dari tido mase tuh.

Lepas makan, kami pun sembang2 laa. Syok sangat sebab leh kumpul reramai and sembang2 camtuh. Teringat zaman bujang2 dulu. Cuma beza nye sekarang, semua dah kawen, kecuali Loq n Ila. And the best part is, ramai yg seangkatan ngan aku. Hehe! Atie yg due nye bulan 11 nanti and Liza yg due nye sama ngan aku, cuma awal 2-3 ari jek. Mujur Zie ngan Ayu tak datang. Kalo tak, jadi perhimpunan ibu2 mengandung laa nampak nye. Haha! Dan, 2 org hero yg ade tuh (Ajim n Arif) penyeri kami malam tuh. Tgk keletah diorg mmg tak jemu.

So, lebih kurang kul 10:30pm, kami semua pun beransur balik. Ye laa, esok nye nak keje plak. Kalo cuti takpe. Mekasih laa pada Sue sebab sudi jadikan rumah dia tempat perjumpaan. Next time, boleh laa ke rumah aku plak! Hehe...

K laa, nak siapkan keje plak. Next time sambung lagi. Chow.....

Tuesday, July 15, 2008

SeLaMaT PeNGaNTiN BaRu... "uDa & WiFe"

Sabtu lepas [12th July 2008] kami iaitu aku, hubby and Daus telah berangkat ke Felda Besout, Slim River, Perak untuk menyaksikan persandingan Uda dan isterinya di sebelah pihak perempuan. Chewah! Hehe... Diorg dah nikah last week tp sejak lepas nikah, aku rase ni laa mase nye baru diorg jumpe semula coz lepas jek akad nikah ari tuh, uda terus balik Pahang semula sebab keje. Wife dia pun sama, balik keje jugak!

Kami start gerak dalam kul 08:00am dari umah. Lepas breakfast kat Restoran Mama, agak2 dalam 08:30am laa kami betul2 memulakan perjalanan melalui Damansara follow ke highway Ipoh. Stop kat perhentian Tanjung Malim dalam a few minutes, kami sambung semula perjalanan.

Dalam kul 10:05am lebih kurang, kami sampai kat Slim River. Hubby call uda, diorg still kat area Genting lagi. Dalam sejam lebih baru sampai.. Huhu! 'Bechinta' jugak laa menunggu. Sambil tunggu, kami lepak kat kedai mamak yg ade kat situ. Lepak sampai laa dalam kul 11am. Bila hubby call lagi and uda kate dah lepas dari Tanjung Malim, kami pun tunggu terus kat dalam kete jek.

About 11:15am, uda ckp dia dah sampai. Rupa2 nya dia tak gerak sekali ngan rombongan sebab nak cepat. Kerol yg guide ahli rombongan lain kat belakang. So, kitorg gerak dulu laa ke umah mak angkat uda, sebab dia nak siap2 dah.

Tgh pekena laksa, ahli rombongan lain pun sampai. My mother-in-law pun ade sekali. Lepas salam2, tunggu diorg makan laksa plak. Sementara tuh, pengantin tengah bersiap2 kat dalam bilik. Selesai semua, pengantin pun dah ready, kami pun berangkat ke rumah pengantin perempuan. Dalam 5 minit perjalanan, kami pun sampai. Kompang berbunyi, kami pun berarak menemani pengantin lelaki. Cheeewaaah! Hehehe... Di sambut pengantin perempuan di halaman rumah, di arak ke pelamin, amik gambar beberapa pose and lastly makan time.... hihihi! Lepas makan dan semayang zohor, masing2 dah penat n nak balik. So, dalam kul 3:30pm laa lebih kurang, kami semua pun bersiap2 untuk berangkat pulang.

On the way balik, hujan turun selebat2 nye... Kelabu semacam jalan raya tuh. Hubby drive pun slow jek. Takut sebab jalan licin. Lama gak laa hujan tuh. Dah nak masuk area KL baru laa hujan reda. Sampai umah dalam kul 5:30pm, kami terus 'pengsan'. Dah nak maghrib baru terbangun. Hik! Hik! Hik! Daus stay sampai hari ahad sebab hubby dah tak larat nak anta. Dia pun dah penat. Lagipun memasing cuti Ahad tuh. Boleh laa rehat sket.



Hari yang gulap gulita...

Begitu lah serba sedikit kisah hari perkahwinan Uda. Kepada Uda dan pasangan nye, di ucapkan :

"SeLaMaT PeNGaNTiN BaRu.. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat."

Sekian. Chow!

Monday, July 14, 2008

Annual Leave Yang Busy!

Hari rabu lepas, aku apply annual leave. Banyak mende yang perlu disettlekan. Dari pagi, sampai laa ke petang. Tuh pun tak semua mende siap.

Bermula di pagi hari, awal2 aku dah kejut hubby suruh dia bangun. Lepas bersiap dan breakfast cucur, kami pun memulakan misi kami. Hehe! Our 1st destination was Post Office. Hehe! Hubby nak amik duit minyak kete. Tunggu punye tunggu, dalam kul 9:15am baru settle. Terus bergegas pegi TTDI for my maternity check-up. Nasib baik laa org tak ramai. Dalam half an hour, lepas kene injection kancing gigi, dah settle.

Kami gerak plak pegi Mid Valley dalam kul 10am menuju ke office Carrefour coz hubby nak settle kan keje dia untuk inventory semalam. Sementara tunggu hubby wat keje dia dalam opis, aku lepak kat McDonalds tepi Carrefour tuh, makan big breakfast. Dah bape ari teringin nak makan, finally dapat gak. Hehe! tak sampai setengah jam, keje hubby dah settle.

Actually, dari malam semalam tuh hubby ade gitau aku yg badan dia rase tak bes. Macam nak demam. So, aku dah suh dia telan panadol sebelum tido. Rupa nya bgn pagi tadi pun dia tak sihat lagi. Jadi, bila dah menjelang tengahari, badan dia dah makin tak larat.

Lepas balik dari Mid Valley, aku paksa dia pegi klinik dulu. Puas kami pusing2 kat KJ tuh nak cari PM Care coz mase aku call hotline dia, dia kate ade kat area SS7. At last, aku call sekali lagi, rupa nya ade kat Glomac lama. Terus pi sane. Sorg patient pun takde. Lepas register and jumpe doktor, hubby dapat ubat. Mase tuh dah kul 12 lebih. Nak masak mmg tak sempat dan tak larat. Pegi tapau nasik n ikan bakar kat depan giant lame sekejap, beli buah mata kucing then terus balik umah.

Sampai jek kat umah, hubby terus melepek. Aku hidangkan nasik dulu utk dia, suh dia makan. Lepas makan, suh dia makan ubat and tido sekejap coz ptg tuh kami ada agenda lagi nak buat. Dalam kul 2:15pm, aku kejut hubby semula sebab kul 2:30pm aku ade appoinment utk scan baby, Nasib baik dekat jek. So, kul 2:30pm, kami pun sampai kat Vission College at KPV. Tunggu dalam a few minutes, the chinese girl pun panggil kami.

Excited sangat, 1st time we saw our baby. Huhu! Hubby pun nampak happy sangat. Macam2 gaya n posisi baby kami dapat tgk termasuk laa jantina nye. Hilang sekejap demam hubby agak nye. Hehe! Lama jugak laa kat dalam bilik scan tuh. And finally, kami dapat CD hasil 3D scan yg dibuat. Hehe! Lepas tuh, kami pegi giant sekejap, cadang nye nak pegi cari baju utk majlis Uda nanti, Baju yg beli kat OU ari tuh, lengan nye pendek sangat so kene cari baju untuk pakai kat dalam. Kang seksi sangat plak! :p Tp , at last tak sempat gak nak beli coz hubby kate nak kene gi check kete jap. Tayar nye berbunyi kuat sangat.

Pegi EON service kat taman mayang tuh jap. Check punye check, ingatkan barring kete yg problem. Rupa nya absorber dah rosak n menyebabkan tayar tuh tak rata. So, ade bahagian tayar tu yg dah terkeluar benang. Nak tak nak terpaksa tukar sebab sabtu nak jalan jauh, Tak pasal2 empat2 tayar tuh kene tukar. Wuhuhuhuhuhu!!!! 'Masak' jugak laa rase nye. Dah laa baru lepas bayar road tax. :((

Lepas tukar tayar, pegi giant semula. Teruskan niat nak cari baju td. Lepas beli baju, cari hadiah untuk Uda plak. Hubby plak dah jd tak sihat semula. Terus bayar, beli wrapping paper n ribbon kat living cabin dan balik umah. Sempat singgah Giant kecik jap nak beli lauk. Sampai kat umah, rehat jap then masak. Penat nye laa rase badan. Lepas makan nasik n ubat, terus 'pengsan' sampai pagi esok. Huhu!


Hadiah yg dah siap dibalut...

Even dah amik cuti, byk gak mende yg tak dapat nak settle sekali gus. Maybe jugak sebab hubby tak berapa sihat so nak ke mana2 pun susah. Tak sempat nak submit dokumen utk kete ayah. Nak pegi Subang pun tak jadi. Takpe laa, kemudian la tuh.



That's it for now. Nanti sambung lagi. Chow!

Tuesday, July 1, 2008

-Update-

pregnancy week by week


That's a new ticker for my baby. Next week was the next check-up for my 6 months pregnancy. Walla weeehhhhh! So soon, 6 months already. Hmm.. hopefully this time no more overweight. Haha! Appoinment also has been set on the same day of my monthly check-up. Hubby off, so he can assist me for both session. Anyway, he's the one who's very excited to scan the baby. ;)

Next week plak Uda Adib kawen. 12 & 13th July. Congratulations!!! So, we are going to Perak... Hehe! Makan kenduri laa nampak nye. Finally dia kawen jugak. Bagus laa... Hubby byk citer pasal dia. They are very close, not only as a cousin but as a friend. On our wedding last year, every single event he attended, starting from our engagement day, nikah and langsung at both site. Baik sangat dia. Tak miss 1 pun! So, jadi macam 'wajib' laa kami pegi kenduri dia. Hehe!

So, kene shopping sket baju nak gi kenduri. Lagipun this month punye plan mmg nak carik baju pregnant barang sehelai dua. Susah nye bile semua baju dah jadi sendat nih. Baby plak, bila sempit sket mula laa dia asik nak bergerak jek.. Sian dia. Hehe!

Lately, baby sangat aktif. And last Sunday, aku cuba puase. Hehe! Sian nye baby, menjelang tgh hari asik 'menyepak' je keje dia. Bila dah ptg, makin slow. Bile dah bebuka, baru laa dia OK sket. Takpe, mama nak ajar puase sket. Nanti bulan ramadhan kan susah. :p

Dah laa, nak sambung keje. Nak update blog nie, kene betul2 ade time lapang. Kalo tak, camni laa. Terpaksa update sket2 jek. K laa, chow sin chi....

Thursday, June 12, 2008

~ Selamat Hari Bapa ~

Menjelang hari bapa this weekend, dan bersempena jugak dgn besday abah sehari sebelum nye (14th June 2008), rase cam teringin nak wat sesuatu. Nak anta kad kat abah cadang nye. Dah design tp tatau nak print kat ne plak! Kak Sam kate ade tempat print kad tp kat SS2. Erm... mane laa ade mase aku nak gi. Nak pos lagi. Huhu! Nampak gaya nye, beli aje laa kat kedai then pos... Nak wat surprise lebih2 takde bajet plak! Hehehe...

Ade satu cerita yang adik gtau pada aku baru2 nie, betul2 menyentuh hati aku and wat aku sedih. Even kitorg tak laa rapat sangat dgn abah coz sedari kecik kitorg semua lebih suka cerita n ngadu apape pd arwah mak, and abah sendiri pun jarang nak tunjuk kan kasih sayang dia (even kami tau yg dia mmg sayangkan kitorg), but cerita adik dah buktikan yg dia memang sayang sangat pada kitorg adik-beradik dan mengharapkan lebih perhatian dari kami menjelang usia tua nya. Bukan kami tak hiraukan abah, tak! Kami sangat amik berat pasal dia cuma tak pandai nak tunjuk kan. Sebab kami tak dididik macam tuh. Sayang kami tak nampak tp boleh di rase. Camtu gak kasih sayang abah.

Tapi didikan mak ngan abah bebetul dah membantu kami adik beradik utk survive dalam hidup nie. Kami dididik menjadi 'kuat' dan tabah untuk hadapi dugaan hidup. Nak balas? Memang tak terbalas tp ape yang kami mampu, buat ape saja yang boleh gembirakan diorg. Even arwah mak dah lama tinggalkan kami, aku tak pernah lupa apa yang dia cakap pada akusuatu mase dulu...

"Abah adalah suami terbaik untuk mak. Tak mungkin org lain mampu bertahan kalo berada dalam situasi dia (waktu tu). Kalo org lain, mungkin dah lame dia tinggalkan mak dan cari yg lain. Mak bersyukur sebab dia tak pernah tinggalkan mak walaupun mak macam ni"

Mase tuh mak memang dah lama sakit. Tp abah tak pernah tinggalkan dia, dalam ape pun situasi. Abah sabar dan tak pernah merungut. Lebih dari 8 tahun mak macam tu, dia tetap jalankan tanggungjawab dia sebagai suami dan ayah yang sempurna. Malah, dialah orang yang paling bersungguh-sungguh buatkan mak macam2 alat untuk memudahkan mak bergerak dan melakukan aktiviti harian. Ke hulu - ke hilir cari org untuk ubatkan mak. Aku mungkin kecik lagi mase tuh tapi aku mampu ingat semua nya. Dari aku kecik sampai laa aku masuk sekolah menengah, mak still sakit dan macam tuh laa kehidupan abah sepanjang mase tuh. Sekali pun aku tak pernah tgk dia merungut pada mak. Kalo marah pun, bukan disebabkan ketidakmampuan mak, tp sebab kami yang nakal.

Bagi aku, suami yang baik juga mampu menjadi ayah yang baik untuk anak-anak nye. Dan aku pernah berazam utk mencari suami sebaik abah. Alhamdulillah, hubby jugak seorang suami yang sempurna dan baik buat aku, and aku harap ia nya akan berterusan dan berkekalan begitu. Juga berharap dia mampu jd ayah terbaik untuk anak-anak kami nanti. InsyaAllah...

So.... Selamat Hari Bapa dan Selamat Hari Lahir buat abah tersayang. Selamat Hari Bapa juga buat bakal bapa, hubby tercinta. Hehe! Luv U both from the bottom of my heart...

Monday, June 9, 2008

Hari Yang Bosan

Isnin... Bosan dan malas.

Hari ni, hubby anta gi opis, sebab dia keje petang. Adik pun keje petang ari ni. Makna nye, malam nie aku kene lepak sesorang la kat umah. Takde geng. Huwaaaaaaa!! Kalo tak, ade gak adik wat kawan. Ari nie semua balik lewat. Huhu! Sepanjang minggu ni, adik keje petang. Hubby plak, keje petang sampai esok. Rabu baru keje pagi semula. Erghhh!!!

Masuk keje pg td, Que gitau Din masuk lewat sket coz bas rosak. Fiza plak EL, anak dia admit sebab demam panas. Que sendiri plak kene handle Pilot Project sampai ptg. Wah!!! Bersendirian nampak nye aku. Bukak je email, amik ko! Berderet feedback nak kene upload. Mujur laa Din sampai tak lewat sangat. So, finally aku dok berdua jek ngan dia. Blur2 gak laa kitorang td sbb takde org nak guide. Puas call sane sini, sms Que n Ramesh. Takut tersalah upload jek. Finally settle laa seme.

Menjelang tgh hari, aku dah tatau nak wat ape. Review2 ape yang patut sampai dah tatau nak review ape lagi dalam system tuh. Hehehe! Patut2 ari isnin jadi ari yg bz tp tak rupe nye. Tah laa, maybe sebab senior2 takde so takde task yg kitorg dapat.

Petang nih, aku tgh pikir lagi nak balik camane. Nak suh hubby jemput tp sian plak kat dia sebab kalo dia anta aku balik umah dulu, puas laa dia nak meredah jemm nak balik MV semula kang. Mau nye break time dia jadi 2 jam. Kalo ade adik ngan Che Lin aku tak kisah lg. Leh balik naik teksi, berkawan. Tp kalo sorg nie malas plak rase nye. Tak berani pun ade. Bukan tak pernah naik teksi sesorg tp dah lame tak naik, so jd tak berani sket. Lagi plak dalam keadaan skang nih. Uhuhuhuhu!

Ermm... Dah lah. Nak update ape lg pun tatau. Chow lah! See ya...

Friday, June 6, 2008

1 of my sweet moment....

pregnant


Salah satu saat paling indah dalam hidup aku adalah sekarang. Bermula dari saat aku disahkan pregnant, sehingga laa 4 bulan akan datang, akan jd kenangan terindah dalam hidup aku. Cheeewwaaaahhhh! Ye laa, bila baby dah lahir nanti (insyaAllah), itu dah jd saat indah yg lain plak!. On the way to be a future mama nie, perasaan nye tuh lain. :) Rezeki pun agak murah semenjak mengandung nih. Hehe...

Setiap hari aku dapat rase perubahan dalam diri aku. Dari semua segi laa... Sebab tu org kate 'pengalaman pertama paling berharga'. Hehehe! Dari segi fizikal, memang berubah. Aku dah makin gemuk skrg (this for sure... hehehe!), perut makin besar, jalan pun dah agak slow, kaki dah start bengkak sesikit, asik laa ulang alik ke toilet n memacam laa lg. Hehehe! Dari segi emosi plak, aku sangat sensitif skrg. Hubby gurau2 pun aku leh merajuk. Hehe! Ngengade kan? Tp bukan aku buat2, mmg dia terjadi sendiri. Manje pun terlebih gak kekadang tuh. Hehe!

So far, kitorg takde wat persediaan barang2 lagi, samada utk aku ataupun baby. Tunggu laa next month or next-next month, baru shopping kot. And next week is my next check-up. Kali nie, maybe kene pegi sendiri coz hubby tak cuti. Aku pun dah tak leh nak arrange2 cuti aku lagi. So, kene datang awal then terus gi klinik depan opis nih.

Sekarang nih pun, baju dah sendat2. Baju kurung pun muat2 jek skang. Huhu! Nak tak nak, kene gak cari selai dua blouse yg longgar2, nak wat pakai gi keje or kuar jenjalan. Suar pun beli yang tali cerut2 punye! Adjustable. Hahaha...

And, selain aku, hubby laa org paling excited aku rase. Tak penah aku tgk dia sangat excited mcm skrg. Dia plak yang tak saba2 nak scan tgk baby. Hehe! Terharu gak kekadang sebab skrg baru nampak dia sgt2 laa caring. Kalo dulu pun, dia mmg caring tp dia tak tunjuk. Ape2 pun, aku harap dan berdoa semoga semua nya OK dan selamat sehingga laa baby lahir nanti. Aku tak kisah baby boy or girl, asal kan selamat, sihat dan sempurna, dah Alhamdulillah... Semoga dipermudahkan segala2 nya oleh Allah Taala.

Ok laa... Sampai jumpe lagi. GTG. See ya!

Thursday, June 5, 2008

Al-Kisah...

Masuk ari nih, dah 3 ari hubby anta aku gi keje. Maklum laa, dia OFF. Sian dia, OFF lelame tp dok sesorg kat umah. Nak wat camane? Aku kene keje. Weekend nie plak, my turn to be at home, alone. Huhu! Nasib baik adik ade. Tak laa boring sgt. Leh gak jejalan kat Giant, tgk Thai Bazaar yg baru bukak tuh. Hehe!

Semenjak masuk dept baru nih, keje pun relaks sket. Tak teruk sangat. Boleh contact balik ngan member2. Ye laa, skang dah boleh gune internet semula dengan sesuke hati nye. Hehehe! So, byk laa update yg aku dapat dari kengkawan. So far, berita baik nye sorg lg x-housemate aku nak kawen. Huhuhu! Aku tumpang gumbira mendengar nye. :D

Ari nih bawak bekal. Malam td masak banyak, adik kate nak makan. Last2, bile aku dah siap masak, dia bantai tido plak! Dah laa byk lebih nasik ngan lauk. Untuk tak membazir, aku pun bawak laa semua tu wat luch ari nih. Jimat sket, tak yah kuar duit. Langkah berjimat cermat. Maklum laa, malam td berita dah announce minyak naik lagi. Banyak dan mendadak plak tuh! Tensen betul. Aku nih, hidup dah laa bergantung pada kete nak bergerak ke mana2, especially nak gi keje. Terpakse terima hakikat walaupun perit n perdih. Huhuhu!

Malam td gak, hubby pegi isi tank penuh2. dari kul 9pm dia pegi, kul 10 lebih baru dia balik. Padahal pegi shell tepi giant tuh jek. 5-10 minit jek dari umah. Jemm punye pasal. Dekat 2 jam baru lepas nak balik umah semula. Perghhh!! Gile2 punye org KL isi minyak kete smlm. Ye ahh, masuk jek kul 12am, minyak dah jadi RM2.70 per liter, dari RM1.92 per liter, Kan ke byk naik nye tuh. Memang teruk arr lepas nih, bajet bertambah lg. Huwaaaaaaaaaaaaa!!!

Hmmm,,, Tatau nak update ape lagi. Ngantuk sebenar nye nih. Maklum laa, lepas lunch. Perut dah penuh, mate pun dah berat. Len kali laa sambung semula citer. Jumpe lagi! Chow...

Monday, June 2, 2008

Saat Yang Bahagia....

Bulan lepas, aku berjaya melepasi 1 interview yang mana telah melayakkan diri aku untuk keluar dari belenggu call center dan memasuki admin and HR part. Kbase Specialist (system specialist) position. Alhamdulillah... Akhirnya, aku dapat jugak kerja yang membolehkan aku dapat cuti sabtu-ahad including PH and waktu keje opis hour sebelum aku bersalin.

Bersyukur aku sebab at least bila aku dah beranak nanti, takde laa aku pening2 pale pikir sape nak jaga anak aku bila weekend. ye laa, dulu kan mase jadi CSR, cuti tak menentu. Nka dapat sabtu-ahad, jauh sekali. Sebulan sekali pun tak tentu dapat lagi. Hehe!

But, the sad part is, my hubby tak dapat join aku nye cuti coz dia tak selalu dapat cuti weekend, sekali sekala jek n tu pun not for both day. Huhuhu! Tp, ape nak buat. Kalo dulu, aku boleh laa arrange2 cuti aku then we all can take an Off Day together-gether, But now, his off day fixed and so do I. isk! isk! isk!

Hubby pun mula rase nak tuka keje yang opis hour jugak, tp dia selalu tak yakin dengan kelayakan dia. Kadang2 sian tgk cara hubby keje, Sometimes, balik tgh malam then pagi sok kene bgn awal2 pagi, nak masuk keje semula. Sedih gak kdg2 tgk dia tp nak wat camane. Tak keje kang, tak cukup makan plak kami! :p

Adik plak skang ni tgh training kat company yg sama ngan aku sbg CSR 1st level, Bagus laa tu, aku bermati-matian nak kuar dari bidang call center, dia plak nak masuk. Hehe! Tp, at least, dia dah mula ade semangat nak keje. Alhamdulillah laa.... And, wat mase skang, dia stay ngan aku. Bagus jugak sebab dalam waktu2 aku memerlukan 'bantuan' nih, dia ade. Hehe!

Sue plak gtau aku td, Ayu pun dah pregnant skang. Alhamdulillah... Selamat lagi sorang member aku bakal menjadi ibu. :) Tp, aku kompius sebab dia kate dia tak leh pregnant lagi dalam mase 2 tahun nie sebab contract ngan MAS. Tp, sape yg tahan kan... Member yg kahwin seangkatan ngan dia seme dah tgu time jek (termasuk laa aku). Takkan diorg nak tgu kot, kan?.... hihihi.

Adeh... bila masuk environment keje yg baru nie, masalah utama nye cuma nak menyesuaikan diri ngan suasana n keje nye je. And now, aku tgh cuba men'cekap'kan diri aku utk keje2 baru. Even dalam company yg sama tp skop keje nye sangat lah berbeza sama sekali. Jadi, aku pun jadi cam budak baru jugak laa skang nie. Kene 'buddy' ngan senior2 specialist.

Yang syok nye, keje skang ni relaks la sket n the best part is, aku byk guna multimedia software utk wat keje (which is mmg minat aku). Pressure tetap pressure tp tak laa tensen cam dulu. Tp tah laa, maybe sebab aku baru lagi kot so tatau suasana sebenar nye lagi. Tunggu dan lihat aje laa nanti. ;)

K laa, next time update lagi. Nak sambung kije plak nih!.. See ya,

Tuesday, March 25, 2008

Update of My Life

Punye laa dah lame tak masuk blog sendiri, sampai lupe ape username ngan password. :p Terpakse laa aku me'reset' password aku neh. Hehe!

Erm... masuk bulan nie, dah lebih 4 bulan aku jadi wife my hubby. And, Alhamdulillah... Kami dikurniakan rezeki lagi. 8++ weeks pregnancy makes me feel different. Penat je rase badan. Malas pun ade. Tgk makanan mesti tak baper lalu. Setiap ari kene pikir n bayangkan ape nak makan, baru laa boleh telan. Kalo tak, macam tersangkut kat tekak jek! Tapi Alhamdulillah, so far aku tak laa alami morning sickness yg teruk2 sampai tahap kene MC. Hehe!

Sian hubby kekadang... Bila aku tak larat nak masak, terpakse laa makan atau tapau kat luar. Bukan buat2 tapi mmg x larat. Kalo ade tenaga tu, usahakan laa jugak untuk masak. Penah 1 hari aku mengangis sebab rase penat n tak larat sangat. Mujur hubby ade... Even tatau nak wat ape, dia cuba gak bantu sedaya upaya. Thanks, my dear...

My 1st check up was at Klinik DBKL TTDI. Aku ingat kan memula tuh nak daftar aje. Wawa yang ajak ikut coz dia mmg nak wat check up ari tuh. Rupe2 nye, bile dah register, kene laa jugak wat complete 1st checkup. Huhu! Mujur laa doktor x detect high blood or diabetes. Risau gak coz sejak peknen nih, aku suke bebeno makan mende2 yg manis. Minum air masak dah laa kurang. Kene bebel ngan member2 aku kat opis... Hehe! Maklum laa, diorg tuh seme dah berpengalaman. Memasing dah ade anak. Sue pun rajin bagi nasihat kat aku. InsyaAllah, aku ikut laa mane yg mampu. Tengkiu kengkawan ku...

Kalo ikutkan, ari2 aku nak update blog nie. Tp tuh laa... Nasib badan, dapat company kedekut cam cipan! Tak sabar nak install streamyx kat umah. Boleh surf puas2, download n update blog hari2. Hehe!

K laa, da ngantuk nie. Esok hubby nak kije pagi. Aku takpe laa, cuti. Tapi, dia yang ajak datang CC td. Huhu!

Daaaa......

Tuesday, January 1, 2008

SELAMAT TAHUN BARU 2008 !!!!

Salam tahun baru kpd semua yg singgah bace blog aku nie. Dah lama subgguh rase nye ye aku tak sentuh blog aku nie, sejak2 internet di'HARAM'kan kat opis. Hehe! Tp sempena tahun baru nie aku curi2 gak laa surfing dari meja TL, nak upload entry punye pasal.

Banyak yg berlaku sepanjang tahun 2007. Suka-duka sepanjang tahun dah jadi memori mulai hari nie. Kawan2, ahli keluarga, malah diri aku sendiri dah banyak berubah, semua nya dalam tempoh 1 tahun di 2007.

Saat paling manis dalam hidup aku pun telah ditakdirkan Allah terlaksana pada tahun 2007. Walaupun dah ujung tahun, tp still lg tahun 2007, kan?!! ;) Hehe... Alhamdulillah, aku diberi keizinan dan peluang oleh Allah taala untuk bergelar isteri. Tanggal 15/11/2007 merupakan detik manis bg aku n my dear hubby. Kami sah diijabkabulkan pada pukul 12:30pm di masjid kampungku dengan diwalikan oleh abah aku sendiri. Tak tergambar gembira nya aku waktu tu. Aku tak lupa pada arwah mak, jadi lepas je majlis selesai, aku ajak hubby teman kan aku pegi kubur, jumpa mak. Puas aku tahan air mata nie tp dia nak gak kuar, tp mase tu aku dah 'halau' hubby jejauh, suh dia tgu kat kete.. Hehe! Segan kalo dia tgk aku nangis, Aku sedih sgt sebab mak tak sempat tgk aku pd hari penting dalam hidup aku. Tanpa dia, x mungkin aku ada kat dunia nie. Time kasih, mak....

Pada hubby, thanks for everything. Takde kata2 dapat menggambarkan kegembiraan setelah sah bergelar isteri. Cuma harapan dan sokongan yg diharapkan. Semoga hubungan kita berkekalan dan bahagia selamanya hingga ke akhir hayat kita. Amiiinnnnn............

2007 bukan je bermakna buat aku, tp aku yakin ramai kengkawan pun camtu. Maklum laa, ada yang baru nak berkapel, ade yg dah merancang nak bertunang, ade plak yg dah pun selamat bertunang. Tak kurang gak yg mendirikan masjid. Dan yang lebih bahagia, ada yg dah dapat cahaya mata sendiri. Alhamdulillah.... Tahniah dari aku. Semuanya hepi2 belaka. Semoga masing2 mendapat keberkatan dalam hidup, termasuk laa aku. Hehe!

Tp, tak lupa jugak buat yang bersedih Ye laa, tak semua mende yg kita lalui tu gembira je kan? Setahun tu satu jangka masa yg panjang. Allah Taala tu sayang kan hamba nye, jd banyak laa ujian yg diturunkan untuk menguji keimanan memasing. Kepada yg berkenanaan, semoga tabah menghadapi ujian. Ada rahmat di sebalik setiap dugaan tu.

So, semalam hari last 2007. Hari ni, hari pertama 2008. Nothing special for me today, i think. Gaji pun tak dapat lagi, sebab tu la tak special. Haha! Semalam konon nye hubby nak ajak aku celebrate new year somewhere but at last dia kene stay wat stock sampai kul 11pm. 11:15pm baru sampai umah. So, finally kitorg tgk bunga api je laa dari balkoni rumah. What to do.... Komitmen keje nie berat jugak kan. Takpe laa, this week kan hubby last kat situ. Tahun baru, hubby pun dapat keje baru. So, good luck to you dear!!! ;)

So, for all people in d world, wish u all HAPPY NEW YEAR 2008 and may all bless and joy be with u.