Petang itu seperti biasa, aku menemani mak berehat2 di halaman rumah. Cuma itu yang mak mampu buat memandangkan dia tidak mampu berjalan atau berbuat apa-apa, selain duduk di atas kerusi roda ehsan dari felda buat mereka2 yg kurang upaya di kampungku.
Sedari pagi inginku suarakan sebenarnya, bimbang kalau² mak lupa tarikh dan hari itu namun hasrat itu tetap ku simpan dalam hati. Aku berlari² di halaman rumah, kekadang berlari ke rumah jiran dan berpatah semula. Namun larianku tidak jauh. Cuma di sekitar kawasan yg hampir dengan mak, bimbang kalau2 mak membutuhkan bantuanku untuk sesuatu.
Kadang2 kulihat mak terlelap dan tersengguk2 di atas wheelchair itu namun rutin itu sudah menjadi kebiasaan buatku. Tidak hairan kerana pasti mak letih memandangkan sepanjang masanya dihabiskan di situ. Sehingga petang, tiada apa2 tanda yang menunjukkan mak ingat akan tarikh itu. Akhirnya, setelah kepenatan mungkin, mak memanggilku...
"Tih, tolong bongkokkan mak..."
Aku berlari2 anak ke arah mak. Menurunkan tangan mak dari penyandar lengan kemudian menolak sedikit badan mak ke depan supaya mak dapat membongkok. Ku tunggu di sebelah mak, hanya melihat. Selepas beberapa saat, aku bantu mak duduk semula. Ku naikkan tangan nya seperti biasa.
"Jangan main jauh sangat" kata mak.
"Ye lah..." aku menjawab seada nya.
Sememangnya niat ku tak mahu ke mana2 selepas membantu mak tadi sebab ingin ku suarakan hasratku yg ku tahan sedari pg td. Melihat mak sudah kembali segar dan betul duduk nya, aku bersuara...
"Mak, ari nih ari jadi Ana. Mak ingat tak?"...
Mak menoleh ke arahku. Dengan lagak biasa, mak menjawab...
"Mak ingat..."
Jawapan mak mematikan ayatku. Mak ingat rupanya... Ade keharuan dalam perasaanku ketika itu. Tapi, naluri keanak2an membuatku meminta lebih...
"Mak tak ucap pun kat Ana?" Kata ku menunjukkan sedikit kekecewaan pada mak.
"Ye laaahhh... Selamat hari jadi. Semoga panjang umur, murah rezeki" ucap mak sambil tersenyum.
Aku tersipu² di sebelah mak. Masih mengharapkan sesuatu.
"Mak tanak kasi Ana apape ke?"
"Ermmm... nak ape?" Kata mak.
"Hehe! Mak belanja Ana air gas lah!" Balasku dengan hati yang berbunga.
Naluri kanak2 ku tak pandai meminta lebih. Permintaan yang ku buat ketika itu ku rasakan paling hebat pernah ku buat. Ini kerana aku tak pernah dimanjakan dengan jumlah wang yang besar². Sekadar 20 sen sehari untuk berbelanja, baik sekolah kebangsaan mahupun sekolah agama. Harga sebotol air gas waktu itu sama jumlah nya dengan belanja harianku selama seminggu.
Mak tersenyum lagi. Sambil berusaha menggerakkan sedikit badan nya ke depan, mak berkata...
"Ambil la seringgit. Pegi beli..."
Segera aku meloloskan tangan kecilku ke dalam poket di belakang wheel chair mak dan mencapai beberapa keping syiling. Ku kira sehingga cukup jumlah nya. Setelah itu, dengan senyum melebar, ku pandang wajah mak lalu berlari² ke kedai Cik Minah di belakang rumah. Dengan bangga ku hulur syiling² di tangan kepada tuan kedai sambil berkata...
"Cik, nak air gas satu!"
Botol yg air nya berwarna hijau ku pilih lalu air nya di bungkus. Aku berlalu dari kedai sambil tanganku menjinjing 'hadiah' yang kubeli sebentar tadi sambil menyanyi2 kecil. Riang hatiku tidak dapat digambarkan. Bangga kerana 'hadiah' itu hanya buatku.
Setelah itu, aku kembali pada mak dan bertanya...
"Mak nak?!!..." Sambil terus menghirup air dari penyedut yg tersedia.
"Minum lah..." kata mak lagi.
Aku tersenyum. Tanpa terus bertanya, ku usung ke hulu ke hilir 'hadiah' itu sambil bermain. Setitis pun tidak aku berikan buat org lain walau adikku sendiri. Malah kurahsiakan daripadanya tentang ada nya 'hadiah' itu.
Kini, 'hadiah' itu sudah tiada... Begitu juga dengan mak. Namun, memori yang tercipta ketika itu merupakan kenangan terindah dan hadiah terbesar dari mak buat aku. Selain hadiah terhebat nya kerana melahirkan ku, itulah hadiah hari lahir yang paling berharga darinya buatku. Dan kenangan itu, akan tetap terpahat di ingatanku sampai bila² walau kini sudah hampir 12 tahun dia pergi menghadap Yang Maha Mencipta.
Dalam kerinduan yang menggunung kala ini, aku teringat akan sesuatu. Mungkin kerana keghairahan atau naluri keanak²an ku ketika itu, aku terlupa. Dan andai mampu ku undurkan waktu ke saat itu, hanya satu yang inginku luahkan...
"Terima Kasih mak... Terima kasih atas hadiah, dan kenangan itu. Terima kasih...."
*Al-Fatihah buat arwah mak yang tercinta...
Monday, March 16, 2009
Suatu masa di tarikh itu...
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 4:07:00 PM 0 Korang Kate...
Labels: CeritaCeriti
Friday, March 13, 2009
It's my day...
InsyaAllah, akan ku cuba menjadi hamba-Mu yang taat, seorang anak yang boleh dibanggakan, seorang isteri yang solehah, seorang ibu yang mithali, seorang adik dan kakak yang baik dan sebagai seorang teman atau sahabat yang setia. Keampunan dan petunjuk juga ku pohon dari Yang Maha Segalanya agar dapat kulalui hidup dengan penuh ketabahan dan keimanan. Amin...
Buat Hubby, thanks for everything and love u always. Buat anak mama Zayyad, hadirmu menambah seri dalam kehidupan mama. Mama sayang adik, lebih dari nyawa mama sendiri. Tak lupa buat abah dan keluarga yg dikasihi, love u all so much! Teristimewa buat arwah mak, terima kasih kerana melahirkan, membesarkan dan mendidik aku walau cuma utk 16 tahun terawal. Cukup untuk aku jadikan panduan bagi meneruskan kehidupan hingga kini dan insyaAllah dimasa akan datang. Akhir sekali, buat semua yang mengingati, TERIMA KASIH. Tiada yang lebih bermakna dari ingatan yg kalian titipkan.
Happy Birthday to ME... Hope to become a better person in future. Wish me luck! See ya...
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 11:44:00 AM 0 Korang Kate...
Labels: CeritaCeriti
Friday, March 6, 2009
Kembung Perut
Mase Zayyad sembelit ari tuh, perut dia sentiasa kembung.Sian dia, jadi moody disebabkan tak sedap perut. Antara petua² or cara² yang aku cuba untuk hilangkan kembung tuh :-
(1) Cam biase, kerap sapukan minyak Yuyi kat perut, tapak kaki dan ubun² kepala dia.
(2) Tiarapkan dia kat peha or dukung pada bahu sambil tepuk² belakang badan dia.
(3) Junjung n letakkan bahagian perut dia kat atas kepala (Ni petua mak uda aku nih.. Hehe!)
(4) Tuam sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan dia - Yang nie memberi kesan yg agak cepat laa jugak!... (Yang nie petua akak aku...)
(5) Bagi ibu yg beri susu badan pada baby, elakkan makan makanan yang org tua2 kate "angin" dan "sejuk" - Yg nie mmg susah laa aku nak ikut, kan...
Erm... Tadi, aku try search2 kot ade petua lain then aku jumpe petua nih kat sini :
"Apabila anak kecil menangis kerana kembung, pertama sekali yang perlu dilakukan ialah hentikan tangisannya..kerana tangisannya akan menambahkan lagi angin dalam perutnya..sebaik2nya dukunglah dia..untuk menghilangkan kembung perut, ambil 2-3 biji lada hitam dan ditumbuk..masuk ke dalam pusat bayi..Biarkan dan tepuk belakang badan bayi..
Sebaik-baiknya ialah kita elakkan masalah kembung terjadi pada bayi kita..”BURPING” adalah penting untuk bayi selepas bayi makan atau menyusu..ia juga sebagai tanda yang bayi sudah kenyang..
Satu lagi petua yang saya gunakan ialah apabila tali pusat bayi sudah jatuh, saya akan memasukan 2-3 biji lada hitam yang ditumbuk ke dalam pusatnya..Alhamdullillah saya tidak menghadapi masalah bayi kembung..Ini adalah petua kampung yang saya perolehi dan amalkan untuk dikongsi bersama anda.."
Haaa... Yang guna lada hitam nih aku tak try lagi. Boleh laa cuba nanti kalo Zayyad kembung lagik! Hehe...
Ok laa... See ya!
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 12:30:00 PM 0 Korang Kate...
Labels: ZayyadRaziq
Tuesday, March 3, 2009
Fully Recovered!

Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 1:02:00 PM 0 Korang Kate...
Labels: ZayyadRaziq
Zzzzzzzzz..........
Anak bujangku ini sekarang, tido punye laa lasak!Kalo malam mama letak elok jek atas bantal, lurus²...Pagi esok nye tgk lah! Kepala ade kat pinggang mama, kaki plak kat perut ayah... Haha!Syarat utama, mesti ade bantal utk peluk n tutup muka.Then, puting wajib bersumbat kat mulut. Hehe...Ape-ape laa Zayyad. Asalkan tak meragam, sudah.....
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 12:46:00 PM 0 Korang Kate...
Labels: ZayyadRaziq










