Followers

Wednesday, May 16, 2012

KURMA AYAM TOMATO

Salam hari Rabu.

Actually ni resepi Isnin lepas ye kengkawan... Orang semua dah balik, baru laa ade mase sket nak mengupdate blog ari nih. Semalam dok bz blajo mende baru dari pg membawak ke petang, sampai lupe nak upload resepi ari Isnin lepas. Pg td plak meeting sampai tghari. Pastuh, kebizian menyiapkan minute meeting, buat process flow & WI baru utk new implementation for our team. Huh! And now, nak relax sket. Update pasal makan-makan plak! Hehe...


Puncanya aku rajin ngat memasak ari isnin tuh sebab aku dok tertengok resepi kat blog DTS pasal masak kurma nih. Then terpikir plak yg ari Ahad lepas aku ade beli ayam half. Gune sket jek ari minggu tuh and balance dia ade lg separuh dalam peti ais nun... terus berkobar-kobar semangat nak buat. Dan yg paling penting, aku tak penat sangat ari tuh coz hubby anta n jemput aku pegi balik opis that day! Ahaks... Kebetulan dia ade keje kat KL, sekalikan aje ler... :p

Sampai BB agak awal dari biase. Terus singgah kedai & beli barang-barang yg diperlukan. Sampai umah, amik anak and uruskan ape yg patut. Terus terjah dapo dan start laa memasak. Jom intai resepi...

KURMA AYAM TOMATO
Sumber Asal: Mat Gebu, DTS


BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
2 biji kentang, kupas, belah 4 setiap satu dan rendam
1 helai daun pandan, disimpul
2 batang serai, dititik
1 liter santan
1 1/2 camca besar kerisik
1 camca besar gula melaka
1 keping asam gelugor
1 biji cili merah, belah 2
1 biji cili hijau, belah 2
1 biji bawang besar, belah 6
3 camca besar penuh rempah kurma ADABI
Garam secukup rasa
Sedikit hirisan daun bawang, untuk hiasan

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji tomato
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
3 biji cili merah
1 camca teh lada hitam

BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
Bancuh bahan kisar halus dengan rempah kurma, kacau rata dan ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis daun pandan, serai dan bahan tumis hingga wangi. Masuk bahan kisar + rempah tadi. Masak hingga terbit minyak, guna api perlahan dan kacau selalu.
Masukkan ayam dan gaul hingga rata, masak hingga ayam kecut. Masukkan kentang, tuang santan. Kacau dan biar mendidih. Tambah kerisik, kacau perlahan dan masak dengan api sederhana hingga ayam masak dan kentang empuk (kalau perlu tambah sedikit air).
Tambah asam gelugor, gula melaka, cili merah/hijau belah dan bawang besar. Masukkan garam secukup rasa. Masak hingga kuah kurma pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau roti.



Hmmm.. Sedap gak sekali-sekala makan masak kurma. Ni 1st time aku wat masak taw! Haha... Selalunye makan kat kenduri-kendara jek! :p Acar timun & nenas tuh aku saje tambah jek. Tak syiok makan kalo setakat sejenis lauk jek kan. So, utk completekan menu, aku tambah laa mende alah tuh... Resepi? Alahai... Takyah laa kowt. Sempoi gilak! Potong² nenas+timun+lobak+cili api then gaul ngan cuka+gula+garam. Dah siap! Haha...

Dan malam tuh, rase macam makan kat umah org kawen plak sebab menu macam tuh. Wakakakakaaa!


Anyway, pada yg nak mencuba - Selamat Mencuba!

2 Korang Kate...:

Sherwieyna Muzzawer said...

sedapnyeeee!

AyyaDDaD ArieyannA said...

Hihi... Cuba laa buat. Mesti sedap jugak kalo wat sendiri. ;)