Tuh laa kali terakhir kami makan pizza bersama dan dia yg bayarkan. Dalam 2 minggu terakhir, dia nampak sangat seronok. Nak pergi semua tempat! Nak makan semua benda... Nak makan mee
Hari² terakhir bersama, dia ajak aku dan anak² pegi umah along kat Senawang. Memandangkan hubby keje n aku pon boring dok kat umah, aku pon follow aje dia. Macam2 cerita kami gossipkan sepanjang perjalanan. Dia citer pasal kawan² opisnye yg amat mengambil berat pasal dia, cite tentang ragam anak² aku di rumah sambil ketawa²... Tidak sikit pon dia menunjukkan yg dia tuh sakit. Seboleh-bolehnye dia mau nampak sihat dan segar di mata kami. Aku pon takde laa menaruh apa2 syak memandangkan dia mmg nampak agak lemah since keluar dr ICU di HKL bulan sebelomnye. Aku cuma pikir yg dia belom betol² recover.
Dia yg nampak ceria sebaik discharge dari HKL bulan lepas...
Cuma malam tuh mase nak balik, dia nampak penat. Bile ditanye, dia kata mengantuk. Aku pon percaye je sebab 2 malam sebelom nye, dia balik lewat ke rumah. Pegi menonton mid-night n pegi company dinner. On d way balik, 2 kali kami berhenti kat RnR. Aku agak geram mase tuh sebab waktu dah makin lewat. Aku cakap kat dia,
"Kalo camni bile nak sampai? Bak nih laa atih bawak kete. Ko pegang Addad. Baik² sket, Addad tuh lasak.."
Pesanku pada dia. Terus kami bertukar posisi. Cuma dah hampir2 nak sampai umah, Addad terjaga dari tido dan meraung² mintak disusukan. Terpaksa kami bertahan sampai ke rumah.
Masuk aje dalam umah, dia terus letak Addad kat atas tilam di ruang tamu. Dia pulak, terus menangkup kat sofa, tak larat sangat nampaknye... Aku tak endahkan sebab dia mmg biase camtuh. Cuma aku kerap berpesan, "Kalo ko rase tak larat, bgtau atih! Jgn sampai teruk macam ari tuh, baru nak cakap. Bgtau tuh awal²..." Dia cuma mengiakan aje setiap kali aku cakap macam tuh.
Sampai esoknye, bile aku intai dia kat dalam bilik, dia masih menangkup macam tuh. Tak baring pon kat atas katil... Bile ditanye OK ke tak, dia angguk n kate OK jek. Cuma aku ade tegur, bau ape busuk sangat dalam bilik dia mase tuh? Tak sangka plak aku, rupanye dia dah terbuang air besar dalam seluar. Dan aku masih biarkan dia. Tghari, time hubby dah nak gerak pegi keje, dia kuar dari bilik... Sambung menangkup kat sofa pulak. Dengan air sebotol kat tepi dia, sekejap2 da minum... sekejap2 dia minum. Kadang2 dia baring kat sofa, then turun bawah balik.
Bile tghari sket, aku pon bwk anak2 masuk tido kat dalam bilik... Dalam kul 1pm, aku kuar sekejap dari bilik cari barang. Mase tuh pon dia nampak semput2 sket. Dia tak kate apape pon kat aku. Aku masuk laa bilik semula. Tp dalam kul 3pm, aku dengar dari dalam bilik, dia batuk2 dan bernafas macam semput2 dan makin teruk. Terus aku keluar! Aku tanye "Ko OK tak sebenarnye nih???"... Dia masih kate.. "OK! OK!"... "Cakap betol² sebab kalo tak OK, atih nak kol abg Asrie, soh balik. Kite gi hospital".. Aku gitau dia. "OK! Org boleh tahan lagi..." Aku terus kol along, gitau keadaan dia. Along soh bawak terus ke hospital. Aku kol hubby jugak, gitau keadaan dia dan mintak hubby balik. "Kite pegi jek hospital. Takkan dah teruk nanti baru nak gerak?" bebel aku padanya. Dia cuma diam sambil bernafas semput²... Dalam pada menunggu hubby sampai, keadaan dia nampak makin teruk. Bernafas putus² dan berbunyi². Aku sangat cemas! Aku kol along semula n along pon terkejut bile dgr bunyi dia bernafas macam tuh.
Hubby sampai, kebetulan anak² pon dah bangun, terus kami bersiap ke hospital. Hubby still terpaksa dukung dia masuk dalam kereta. Dalam kereta, pernafasannye makin teruk. Dia genggang lengan aku kuat²... Aku mintak dia bersabar dan istighfar banyak². Bile kete mula bergerak, aku panggil namanye.. "Acik! Acik! Dengar tak atih panggil nih???"... "De..e..e..nga..a.a..." Jawabnye putus². Tak sampai 5 minit perjalanan, dia dah tersentap² sambil anak mata dah memandang ke atas. Bibir pucat dan mata putihnye dah kekuningan... "Ya Allah bang!!! Camane nih????" jeritku... Tiba² Zayyad menjerit "Mama!!! Acik muntah....!!!" Aku lihat, mulutnya dah berbuih² dan ade air yg keluar dari mulutnye yg terbukak. "Allahuakbar!!!... Ya Allah, bang! Dia dah tak sedar nih??? Camane nih??..." Dalam kelam kabut, hubby memutuskan utk pusing ke PPUM jek. Tak sempat dah nak ke HKL. Aku masih berusaha memanggil namanye, tp dia dah tak menyahut lagi...
Sampai kat PPUM, kami tuju ke wad kecemasan. Berlari staf² di situ membawa dia masuk utk di selamatkan. Selesai pendaftaran, doktor memanggil aku. Diceritakan keadaannye yg sebenarnya sudah teramat kritikal... Rupanya, sesampai di kecemasan td, jantung dia sudah pon berhenti berdegup. Selepas doktor membuat CPR selama 20 minit, baru laa degup jantung nye kembali. Namun waktu itu, dia sendiri sudah berada dalan keadaan koma. Pernafasannya dibantu penuh oleh mesin dan jantungnya juga di bantu dengan ubat utk terus berdegup. Cuma aku di situ waktu itu. Abah, along, angah dan alang masih dalam perjalanan. Mereka bertolak sebaik saja aku beritahu mereka semasa dalam perjalanan ke hospital td. Tak dapat aku gambarkan perasaan aku saat tuh. Tak lame kemudian, baru laa Shima (besfren arwah) dan makteh (adik mak uda) sampai. Dorg laa yg menemani aku sampai ahli keluarga yg lain sampai.
Mmg doktor dah berpesan dari hari pertama dia dimasukkan ke ICU itu supaya seluruh ahli keluarga berkumpul. Keadaannya memang kritikal... Aku bagaikan bermimpi jek... Rase macam dalam drama pon ada. Tak sangka kami pula akan lalui kenyataan sebegini... Selama 2 hari dia di ICU, ramai sungguh kawan², kenalan dan saudara-mara yg datang. Alhamdulillah... Terima kasih atas ingatan kalian. Berbagai sumbangan juga kami terima utk digunakan atas dia. Cuma aku tak boelh berada di situ terlalu lama sebab Addad kurang sehat. Abah mintak aku balik aje ke rumah sebab dorg ada di situ utk menjaga. Doktor pon pesan supaya sentiasa ada waris terdekat utk stand by di hospital in case of any emergency.
Isnin malam Selasa, keadaan dia makin tenat... Doktor dah minta kami datang, kalau² utk kali terakhir. Malangnye, angah dah pun on d way balik ke rumah dia di Bahau, atas urusan yg tak dapat di elakkan. So, tinggal laa aku, abah, mak uda, along, alang, adik2, ipar duai dan anak2 sedare utk menjaga dia. Malam tuh, sangat suspen... Jantung dia teramat lemah. Namun setelah beberapa usaha, darah nye kembali stabil. Namun tak dapat dipastikan keadaan dia kerana dia mmg sudah agak tenat dan nazak. Cuma, mungkin Allah Taala nak bg peluang pada kawan² dia utk datang berjumpe buat kali terakhir, hari esoknya...
Esoknye, tatkala aku sampai di hospital, aku lihat along dah merah matanya. Rupa² nya doktor dah bgtau abah dan along sebelom tu lg, bahawa otak arwah dah tak berfungsi lagi. Itu lah sebab nye ubat yg diberi pdnya lgsg tak memberi kesan positive malah menyebabkan badan nye bengkak seperti dipenuhi air. Dia mmg sangat tenat... Doktor memberi kata dua... Kerana katanya, mereka boleh teruskan usaha itu tp yg siksanya ialah dia. Jd, doktor kata samada abah nak lepaskan dia atau teruskan usaha. Kami cuma inginkan yg terbaik buat dia. Kami sangat sayangkan dia. Tak mau dia terus tersiksa lagi. Abah menyerahkan keputusan di tgn doktor. "Buatlah yg terbaik" katenye...
Dan akhirnya, pada 31 Mei 2011, tepat pukul 1.49pm, pergi lah sudah satu² nya adik (satu mak) yg aku ada mengadap penciptaNya... Tak tertahan kami tgk penderitaan dia lagi. Allah maha mengetahui, pasti ini lah yang terbaik buat dia. Cuma, kehibaan dan tangisan abah, membuatkan aku bertambah sayu. Aku seakan tak percaya (malah sampai ke hari ini) yg dia dah tak ada di dunia nih lagi. Padahal, baru jek 2 ari sebelomnye, kami sama² berseronok dan ketawa. Setiap hari bersama dia, membuatkan aku sangat terasa kehilangan dia. Degil macam mane pon dia, aku sangat sayangkan dia... Dia adik aku, darah daging aku. Cuma aku berharap yg dia tahu, bahawa selama nih, aku marahkan dia bukan sebab aku benci. Sebab kasih sayang seorang kakak, yg mahukan yg terbaik utk adiknye, itulah punca kemarahan dan bebelan aku padanya. Dan aku tau, semangat dia mmg kuat sebab doktor bgtau pada aku masa mula2 sampai ari tuh, dgn keputusan darah dia tuh, bukan semua org masih boleh survive. Dia sangat kuat! Namun inilah yg terbaik utknya.
Ramai sungguh kawan² dia yang datang. Sempat laa mereka menatap wajahnya buat kali terakhir. Terima kasih korg, kerana menyayangi dan mengambil berat tentangnya. Budi kalian tak mungkin kami sekeluarga lupakan...
"Dik... Walaupun kau dah tinggalkan kami sekeluarga, namun percayalah.. Kami sentiasa akan mengingati dan menyayangi kau. Atih halalkan segalanya antara kau dan atih, & atih harap kau pon camtuh jugak... Jumpe dah ko ngan mak ye! Zayyad ngan Addad pasti akan merindui kau. Atih pon skang dah mula rindukan kau. Secara tak langsung, kau laa peneman atih selama nih. Takde lg kawan nak berborak, nak masak sama², merewang dan bergosip... Kau pergi terlalu awal. Aman lah kau di
AL-FATIHAH...
5 Korang Kate...:
al fatihah nana...sabar la..istiqfar dan sedekahkan alfatihah byk2..Allah lebih sayangkan die..tak dpt aku gambarkan kesedihan ko sekeluarga...sabar lah byk2 nana..moga roh nya dicucuri rahmat..
salam tahziah
aku dh nangis...
k'elly dah sedu2 ni. al-fatihah. banyak2 sabar yer..semoga adik nana ditempatkan antara org2 yg beriman. amin
Tak terasa aku nangis kat ofis bila baca entri ni. :(
Dah update! Serupa Amoy Bedak Batu - Wordless Wednesday
Aku sendiri still tak percaya yg dia dah takde kat dunia nih lagi dah... Susah betul hati nih nak terima. Semoga Allah Taala sentiasa memelihara dia. :(
Post a Comment