Followers

Friday, November 15, 2013

The 6th Anniversary - Happy Anniversary, dear Hubby!

** How come I forgot about today??? Haiyaaa... Semalam dah ingat but pagi ni, langsung hilang ingatan. Hubby first wish me via SMS. Uhuk! Tiba2 rasa syahdu...

"HAPPY 6th ANNIVERSARY to my dear Hubby"

It was a 6 happiest and toughest year in my life.
Macam2 dugaan, macam2 ujian, macam2 cabaran...
Tak lupe kegembiraan dan kebahagian kurniaan Allah Taala buat kite.

Dikurniakan 2 org putera yg comel dan bijak, membuatkan mama bersyukur tak terhingga dan lupa akan segala sengsara yg pernah kita lalui dan hadapi.

Semoga kita lebih matang lepas ni..
Lebih tabah, lebih sabar, lebih stabil, lebih gembira dan bahagia.
Moga hubungan kita akan berkekalan hingga ke syurga Allah.

Jika ada kesilapan dan kekhilafan mama, mohon maafkan lah...
Jika terkasar bahasa mama, mohon ampunkan lah...
Jika ada kekurangan mama, mohon terimalah seadanya...
Jika ada kesalahan mama dalam hubungan kita, mohon bimbinglah.
Moga kita sentiasa diberkati dan berada di jalan Nya...

Mungkin desakan hidup merubah sikit sebanyak sikap mama.
Namun sentiasalah percaya....
Mama sayang ayah sepenuh hati.
InsyaaAllah dulu, kini dan selamanya.

Wednesday, October 30, 2013

Mini Best-day Celebration For My Hero

Tak lengkap agaknye besday seorang kanak2 kalo mak-pak nye tak provide kek utk dorg. Haha! Bukan ape, si Zayyad ni laaa... Selagi mama nye ni tak buatkan kek utk dia, selagi tu laa dia tuntut. Ibarat macam "Tanpa kek, hari lahirku tiada makna nya...". Ekekekekekeee! 

So, demi memenuhi permintaan si besday boy ni, Sabtu lepas mama nye pon terpaksa laa merajinkan diri utk memukul telo dan mambancuh adunan kek span coklat untuk dia. Dapat laa kek kecik size 8" kot. Jadik laaa, untuk makan 4 org jek. Hehehe! Selesai membako, ayahnye plak take turn mendeco kan kek tersebut secara caca-marba. 

Alhamdulillah, walaupon sempoi & takde sambutan besar-besaran, tp nmpknye anak-anak hepi sangat dengan apa yg ada. Asalkan ada kek, mama-ayah-adik nyanyi lagu besday utk si abg, and lastly acara potong kek, tu dah cukup agaknye bg Zayyad menandakan dia dah pon celebrate birthday dia yg ke-5 tahun ni. 

Terima kasih anak-anak, kerana walaupon korg kecik lagi, tp korg sangat memahami keadaan mama-ayah yg tak selalu dapat bg kemewahan pada korg. Sekadar apa yg ada jek... InsyaaAllah ade rezeki, mama ayah reward korg berdua lagi k! Sayang abang & adik selalu.... :)

A few picture untuk tatapan dan kenangan... Hehehe!

Happy Birthday My Lil Hero... Luv u always.

Tu je untuk update kali ni ni. Sampai jumpe lagi.............. Daa daaaaaaaaaaa!

Tuesday, October 22, 2013

ZAYYAD RAZIQ - 5 YEARS

::21-10-2013::

Selamat Hari Lahir yang ke-5 tahun buat putera sulong mama, 
Muhammad Zayyad RaziQ bin Mat Asri.

Semoga Abg Ayyad sentiasa dilimpahi kurnia dan rahmat dari Yang Maha Esa.
Semoga beroleh keberkatan di dunia dan juga akhirat.
Moga menjadi seorang yang soleh, bijak dan berguna untuk semua.
Jadilah seorang yang bertanggungjawab dan taat pada agama dan ibu bapa.
Moga satu hari nanti, abg Ayyad akan menjadi kebanggan mama ayah, dunia akhirat.. InsyaaAllah.

-------------------------------------------------------------------------------------
Dear Sweetheart,

5 tahun membesarkan Ayyad, dalam susah dan senang mama & ayah...
Alhamdulillah, Ayyad seorang anak yg sangat bijak, memahami dan jugak ringan tulang.
Notti sket2 tu adat lah.. Budak2 kan? Tapi, mama selalu bersyukur dikurniakan anak yg sangat pintar, rajin dan berdikari walaupun baru je masuk usia 5 tahun sekarang ni.
Sebagai abang, Ayyad pandai mengalah dan menjaga adik.
Sebagai anak, Ayyad sangat pandai mengambil hati mama ayah.

Tak dinafikan, kadang-kala tercabar kesabaran dalam mendidik kamu berdua, namun itu khilaf mama dan ayah. InsyaaAllah, kami sentiasa cuba untuk memperbaiki diri dalam mendidik dan membesarkan kamu berdua sebaiknya.

Maafkan mama seandainya mama kerap bertegas dan memarahi abg dan adik dalam mendidik dan mengajar kamu berdua.
Sesungguhnya ketahuilah bahawa kasih sayang mama utk abg Ayyad tak pernah kurang, malah sentiasa bertambah seiring dgn tumbesaran kamu, sayang...

Dan selalulah ingat bahawa mama, ayah dan adik Addad sangat sayangkan abg Ayyad.
Luv u from the bottom of my heart, my precious...

"HAPPY 5th BIRTHDAY TO YOU"

Monday, August 5, 2013

Salam Syawal 1434H - Selamat Hari Raya Aidilfitri


Monday, July 8, 2013

HOME-MADE ICE CREAM

Citer pasal aktiviti wiken lagik... Kali ni aku terajin nak wat eskrem plak! Asalnye, p dok terpikir, camane laa nak menggunakan whipped cream yg aku dah beli utk buat banana split ari tu... Nak turun beli eskrem, bekas kecik pon dah bape hengget kan?

Tak pasal2 en Gugel jadik mangsa lagi. Godek punye godek, jumpe laa resepi eskrem yg simple tp sedap banget nih! Hehehe...

Ape lagi! Terus ku usahakan malam tu jugak.. Huahuahua! Nak tau jugak tak resepi tu? Jom intai...

Resepi Eskrem
Resepi Asal: Cik Epal


Bahan-bahan:
Setin susu cair
1/3 tin susu pekat (kalo suke manis letak laa stgh tin)
Sebijik telo
1sdt esen vanilla
1sdb ovallete
Serbuk coklat (resepi asal dorg gune milo.. Tp gune serbuk coklat lg KAW kot pekatnye.. Hehe!)
Strawberry emulco (aku gune strawberry esen + kaler merah je)
** kalo suke perasa2 lain, boleh jek letak n tukar sesuke hati. Contoh nye durian ker, keladi ker, pandan ker.. Hehe!

Cara2 buat:
Campo jek semua bahan dalam mixer n pukul sampai fluffy, likat, creamy n yummy macam eskrem. Hehe!
Then asingkan dlm 3 bekas berasingan n perisakan.
Utk vanilla, takyah campo apape, biar rase n kaler asal.
Utk coklat ngn strawberry, masukkan flavour n kaco smpi sebati.
Satukan dalam bekas n simpan dlm freezer sampai beku.
Pastu, lahap laa sepuas2 nye... Hehe!

Aku buat dalam lepas Maghrib camtu. Pepagi esoknye si Zayyad dah bertanye "Mama, eskrem semalam dah boleh makan ker? Dah keras?"


Hmmm... Akhirnye, lom sempat makan bekfes, anak2 aku dh merasmi dulu...
Siap hadap whipped cream atas meja lg kate ko! Haha...


Yang ni mama punye. Nak gak laa merasmi join anak2... Hehe!


Selamat mencuba pada yg nak mencuba.. Gerenti puas hati and puas makan! Hehe...