Followers

Friday, December 30, 2011

2011 comes to d END

Ni kesah ujung tahun. Mebi ini entry terakhir utk tahun nih. Ye laa, 31hb ari Sabtu. Wiken mmg aku tak bukak blog sebab kat umah takdok internet lg dah macam dulu. Huhu! So, kat opis nih laa mase aku nak update itu ini kat blog. Lagi plak, aku mmg akan jadi seorg yg bizi when it comes to weekend. Jaga anak, kemas umah, memasak. And esok tambah satu lagi task! Wat order apam angry bird utk ila for Suri Iman Rania's 1st birthday party. Hehe! Alhamdulillah... Rezeki lagi. Mudah²an pasnih ade lagi laa org nak order kat aku... (Ade kew?? Pasan lebeyyy... Ekekekekee!)
2011... Mmg tahun yg agak mencabar bagi aku. Suka, duka, pahit, manis... Semuanye complete. Kenangan manis terlalu banyak, tak kurang juga kenangan-kenangan pahit utk dikenang.

Kelahiran Addad, kenaikan pangkat, duduk rumah baru... Semuanya manis. Kehilangan org tersayang, jugak terselit di 2011.

Episod hospital bermula di Januari, namun peristiwa hospital di Disember semalam kuharap merupakan yg terakhir buat kami.Hopefully, that's the last time laa Addad warded. The closing of all hospital's series for this year and all the coming years ahead. Harap² semalam adalah penutup perkataan hospital utk Addad. Moga lepas nih, perkataan hospital bukan datang dalam bentuk kesakitan utk Addad, tp dtg dalam bentuk kerjaya. Haha! Boleh gitu?? Addad jadik doktor laa ye, nak? :p

2011, saksi kepada pelbagai peristiwa dalam hidup aku. Keriangan, kedukaan, kesyukuran dan kehilangan... Membuatkan 2011 terasa tahun yg panjang bagi aku, sekaligus merupakan tahun yg paling PADAT dalam hidup aku setakat nih. Semuanya bakal menjadi kenangan terindah dan pengajaran berharga utk aku tempuhi liku hidup yg mendatang. Semoga Allah Taala sentiasa membuka ruang dan menunjukkan jalan buatku utk menjadi hamba-Nya yg lebih baik selepas ini. Dugaan² ini, insyaAllah akan aku jadikan bekalan bg menempuh hari-hari baru di 2012. Terima kasih Ya Allah atas semua kurniaan-Mu ini. Aku bersyukur...
Selamat tinggal 2011... Kita tak mungkin berjumpa lagi namun kau pasti sentiasa ku ingati. :D

Dan, Selamat datang 2012!!! Be good to me, ok! *wink!

RENDANG AYAM

Selasa lepas punye lauk... Sempat plak aku merendang khen??? Ehehehee... Dah tatau nak masak ape sebenonye. At last, terpikir nak wat rendang. Then, here we go!

:: My Own Recipe ::

RENDANG AYAM

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
1 cawan santan pekat (dari 1/2 biji kelapa)
1/2 peket serbuk kari
1/2 cawan kerisik
1 helai daun kunyit(disiat)
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar:
2 labu bwg besar
3 ulas bawang putih
3 btg serai
1 inci lengkuas
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 sdt jintan manis
1 sdt jintan putih
10 tangkai cili kering
15 tangkai cili api

Cara-caranya:
- Satukan aje semua bahan² kat atas dalam kuali
- Masak sampai pekat atau biar berkuah sket kalo rase nak rendang yg basah² (aku suke kering2 jek! Hehe...)
- Bile dah cukup masak, tutup api, angkat dan hidangkan. Nak makan ngan ape pon boleh. Nasik, ketupat, lemang... kut korang lah!

Selamat mencuba! :D

KISAH HOSPITAL

Kisah hospital mmg dah sinonim ngan aku bg tahun nih. Mungkin sebab dah selalu sangat ‘jumpe’ hospital dalam 2011 nih, aku dah jadi macam biase ngan keadaan tuh. Serik mmg ade but aku tau bile sampai waktu tertentu, kite mmg tak leh nak elak utk hadapi mende² yg macam nih even kite mmg tak nak and mebi tak sanggup nak hadapi. Tp, itu kan salah satu ‘rempah’ hidup. So, redah aje ler… Cuma aku pikir positif aje laa… Tak semua org ade pengalaman macam kite. Tak semua org bertuah utk diberi ujian macam kita. J

Kali terakhir sebelum pindah ke Bukit Beruntung, Addad warded kat HKL. 2 Ramadhan bersamaan 2 Ogos 2011. Hampir 2 minggu (+-10 hari) jadi warga KK2, kami dibenarkan balik dgn macam² bekalan ubat dan tarikh appoinment utk follow up.

Dan semalam, selepas hampir 5 bulan berlalu, Addad warded lagi. For the same problem... Kali ni kami ‘bertandang’ kat Hospital Sg Buloh, tempat Addad lahir dulu. Hehe! But Alhamdulillah, dia cuma warderd selama 12 jam aje. 5am-5pm.. Mujur tak melarat batuk semput dia tuh. Terima kasih, Ya Allah...

Kisahnye…

Kul 3.30am meredah highway, gigih menuju ke bahagian emergency hospital sebab Addad punye semput tanak reda. Dia start batuk sket pg Rabu dan aku mmg kene EL laa kalo dia dah start batuk. Selalunye kalo dia batuk sket², dia akan lega lepas amik neb kat klinik and aku cuma follow up guna inhaler dia aje kat umah. But lepas 3 kali neb utk hari tuh, and bile semua mende tuh dah tak beri kesan positif kat dia, aku dah cuak! Mati akal… That’s make me decide to bring him to hospital. Lame aku pikir utk wat keputusan tuh semalam sebab aku tau, kalo aku bawak dia ke hospital, kompem WARDED! And it’s true. Tp demi anak, aku kuatkan semangat, cekalkan hati dan buat keputusan. Daripada terjadi apape yg tak diingini kat dia, aku rela bermalam kat hospital lagi. Aku pandang Addad yg tgh tak bape lena tidonye akibat gangguan batuk dan semput, aku tgk pernafasan dia yg dah laju semacam dan terhentak² bagai dipaksa, aku tak boleh tahan! Aku yg mmg dah tak tido dari awal terus kejutkan hubby… Kul 3am mase tuh. Hubby bangun pisat², terus aku cakap nak bawak adik ke klinik or hospital. Hubby yg mamai terkejut bile aku kate aku nak bawak sekarang! (at that 3am tuh laa) Aku cakap kat dia lagi, “Cuba tgk anak tuh… Macam tuh dia bernapas. Sanggup ker tgk??” Sementara hubby dok layan mata yg mamai and berpikir, aku dah siap² kan ape yg patut utk dibawak ke hospital. Pakaian dan kelengkapan aku n Addad utk 3 hari… Huhu! (belajar melalui pengalaman)

And when it comes to our own kids, nak tak nak mmg hubby terpaksa setuju ngan aku. Aku kol Kak Ida pepagi bute sebab terpaksa tumpangkan Ayyad yg tgh tido tuh kat umah dia. Cuak org tua tuh, ingat perkara serius berlaku. Huhu! But aku explain laa a true condition kat dia. Alhamdulillah, dia mmg baik sangat dan sudi menolong kami. Aku tinggalkan Ayyad kat umah dia pada pukul 3.30am dan bermula lah perjalanan kami ke hospital sg buloh.

Sampai kat Emergency, lepas register kami dibawak ke Zon Separa Kritikal. Ingatkan dorg nak bg neb terus. Rupanya Cuma test oksigen and amik darah Addad aje. Addad plak dah terjaga n merengek² time tuh. Dalam half 40mins kat situ, at last kami di arahkan masuk wad.

So, semalam EL lagi laa mama demi menjaga Addad kat wad. Alhamdulillah, Addad tak demam. Cuma batuk berkahak tu yg buat dia semput. Lepas wat 2 kali neb and makn ubat, petang semalam jugak kami dibenarkan discharge. Hepi dan terkejut gak mama namun bersyukur. Itu menandakan Addad tak ape² and nothing serious to be worried about. Hehe!

Hubby tak dapat jemput coz bos dia nak dtg. Kebetulan kak ida mmg tgh on d way nak dtg melawat. Dia dan suami (abg Napi) laa yg jemput kami anak beranak kat hospital. Siap bayokan bil lagik! Huhu… Mujur tak mahal.. <-shy->

Sampai kat umah, kunci plak takde. Hubby pegang and dia kat tmpt keje time tuh. Tgu lagikkk… Sementara tgu tuh, kami anak-beranak (me, ayyad n addad) lepak² kat umah kak ida dulu. Siap dia suh aku makan nasik kat situ lagi. Huhu! Addad plak tido time tuh. Dekat kul 7pm, baru hubby sampai umah. So, sambung aje laa medical treatment utk Addad kat umah. Hopefully anak mama cepat sembuh ye!

Malam td aku mmg melepek kepenatan. Seharian tak cukup rehat dan tido, mmg sangat meletihkan… So, malam td aku tido awal lah. Hehe! But today, still penat lagik. Seb baik dah ari Jumaat. Sok plak cuti. Bes! Bes! Cuma td hati masih tak tenang nak tinggalkan Addad ngan Kak Ida. Tp insyaAllah, kak Ida mampu jaga Addad sebaik aku. Aku percaya… J

Ya Allah, lindungilah anak-anakku dan semoga semuanya baik-baik saja selepas ini. Amin…

Tuesday, December 27, 2011

RAINBOW CARAMEL KEK lagik... Hehe!

Semalam, anak sedare aku nak balik ke Poli dah... So, plan nye nak laa wat kan kek utk dia makan or tapau bawak balik. Aku pon gigih laa prepare dari pagi (actually tak laa pagi sangat sebab kene kemas umah dulu.. huhu!) nak wat kek karamel macam dulu tuh.

Ngam² tgh bako dalam 50min, hubby cakap nak gerak dah anto si along. Erk!! Kek tuh kene tgu sejuk dulu baru leh potong. Tambahan pulak, baru sangat masak nye. Tak lekang dari loyang pon lagik! Sudah nye, tak merase gak budak tuh nak makan. Aku cakap kat dia, next time laa kalod ia dtg umah aku lagi, then aku buat semula utk dia. Hehe!

Lepas anto dia ke Behrang, on d way balik, beli durian pulak... Huh! Dalam 2 minggu nih, dah 2-3 kali aku beli and makan durian. Giler ah ketagih... Ekekekekee! Malangnye, Ayyad mmg TAK SUKE langsung ngan buah tuh. Malang kat dia laa... Haha! Mama mmg antu durian. :p

Balik tuh, hubby terus kupas durian. Alamaaakkk... Frust sket. Ade yg keras. But still, kami lantak sampai abes. Haha! Kek aku? Of coz mende pertama yg aku buat bile sampai umah time tuh, ialah menjenguk kek aku yg still kat dalam oven tuh. Hihi! Dah cantik lekangnye... Then terus laa aku kuarkan. Gigih! Tak sesabo tgu bebetul sejuk or masuk peti ais dulu, terus nak potong. Dah comot potongan pertama tuh. huhu!

Tp mmg terbaeekkk lah! Kali nih kek aku lebih kemas, gebu n sedap compare to previous one. Karamel pon tebal dan tak 'black-out'. Hehe! Kek pon ade xtra bancuhan. Actually aku try resepi someone else this time. It's same but ade tambahan dalam adunan dia.

Ni resepi kali nih:
KEK PUDING KARAMEL PELANGI
Resepi asal: E-naLovelyKitchen
Loyang 8 inci / 20cm

Bahan-bahan untuk Gula Hangus:
2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2 sahaja)
Loyang 8 inci / 20cm

Cara-cara:
Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair. Rujuk gambar 1.
Panaskan dengan api perlahan di atas dapur.
Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau.
Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang seperti gambar 2.
Ketepikan dan sediakan pula adunan puding. Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.

Sebelum bakar: Lorekkan selepas selesai melapis...

Bahan-bahan untuk Puding
400ml fresh milk / susu cair
3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
2 biji telur
140 gram gula castor
1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk kecil dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengandununtuk bahan kek adunan 1 (meringue) nanti..
Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih seperti gambar 4.
Kemudian satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi. Rujuk gambar 5.
Semasa memasukkan bancuhan puding, gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.
Tidak perlu dibakar dahulu adunan ini.Ketepikan. Sediakan pula lapisan untuk kek.

Bahan-bahan untuk Kek:

Adunan 1 (Meringue)
6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
70 gram gula castor
1 sudu kecil cream of tar tar

Cara-cara:
Pukul putih telur sehingga berbuih.
Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku.
Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah.
Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek.
Bakar secara bain marie dalam oven

Adunan 2:
3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
130 ml air
50 ml minyak masak
70 gram gula castor
140 gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Cara-cara:
Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang
Matikan mixer.
Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2 seperti gambar 8. Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.
Warnakan dengan warna pilihan anda.
Sudukan ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding seperti gambar 10. Adunan akan bergerak kiri kanan...bila sudah separuh adunan dimasukkan baru stabil.
Sudukan 4 sudu besar adunan purple, diikuti 4 sudu besar adunan hijau di tengah adunan purple, 4 sudu besar adunan merah diletak tengah adunan hijau dan buat 4 sudu lagi utk semua warna. (2 pusingan untuk 4 sudu setiap warna)
Kemudian 3 sudu besar adunan purple, 3 sudu besar adunan hijau diikuti 3 sudu besar adunan merah sebanyak 3 pusingan lagi.
Diikuti dengan 2 sudu besar setiap warna sebanyak 2 pusingan dan akhir sekali 1 sudu besar setiap warna sehingga adunan habis. Hasilnya seperti gambar 10.
Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti)
Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak di rak paling bawah dalam oven.
Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
Siap bakar: Kek dah lekang dari loyang

Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah.
Siap!!! Setelah diterbalikkan.

Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk.

Ermmm... Memang kene simpan lam peti ais dulu baru lebih sedap dan nikmat utk dimakan. Tak simpan pon boleh. Sedap jugak rasenye. Haha! Tp nak lebih nikmat, makan laa sejuk²! :p Nak potong pon lebih senang, cantik dan kemas slice nye... :D
Aku dah try 2 kali and mmg langsung tak menghampakan. Korang dah? Kalo lom, aku suggest korg cuba laa... Memang sedappp!!! Hehe...
Selamat Mencuba...........

AEON Jusco, Anggun Rawang (Jusco Rawang)

AEON Jusco, Anggun Rawang atau nama pendeknye Jusco Rawang (hehe...) telah pon dibuka secara rasminye pada 19hb Disember 2011 yg lalu.

My 1st J-Card eva... Ekekekee! <--- jakun. :p

Memandangkan grand openingnye itu adalah pada hari bekerja, maka kami tundakan plan lawatan kami ke ari Sabtu. Cheeewwwaaahhhh! Sebeno nye plan tuh dah lame. Dari sebelom² Jusco tuh siap lagi. Baru nampak banner kat Rawang, aku dah plan nak pegi bile.. Haha! Gigih nokssss...

So, kebetulan pulak anak sedare aku tumpang umah aku wiken ari tuh. And dia pun ade plan nak beli sport shoes baru, maka dah alang² menyeluk pekasam, biar busuk satu badan kan? Ekekekekeee... Kami pon pegi laa 'ukur tiang' jusco tuh satu persatu. Gigih beli itu ini. Beli kasut utk anak-anak dan mama nye sekali. Ayah dah beli awal2 kan? Hehe... kasut mama pon 'bijak'. Ngam² ari masuk gaji, dia pon putus!!! Huh... Nak tak nak, kene beli gak sepasang, walopon murah kan... :D

Sampai² Jusco jek, kami serbu tempat makan dulu. Lapo weyhhh... Sampai pulak ngam2 time lunch. Mmg penuh laa org. Mujur byk choice tempat makan. Hehe! So, So, the Chicken Rice Shop adalah pilihan kami. :D
Ber'cam-whore' before melantak!

Ni laa anak sedare aku... Syahrul Akram namenye. Anak sulong kak ngah aku. :D

Aksi-aksi si abg...

Aksi-aksi si adik pulak...

Lepas makan, baru laa larat nak bershopping n berjalan. Hah? Makan ape?? Aiiyooo... Tak sempat nak snap. Actually terlupe... Dah kebuloq sangat dowh!!! Wakakakakaaa.... Actually aku order Family Delight set sajork... Korg gugel laa sendiri yek! :p

Dari tghari sampai ke petang, baru laa kami kuaq dari Jusco tuh. Tp masyaAllah.... Ramai banget org!!! Maklum laa, tempat baru. Mebi next time kami akan datang lagi but on weekdays. Tak laa ramai sangat org kan? Hehe... Boleh laa abg Ayyad main kat Kids Zone tuh puas² nanti. Ngeee....

Kalo korg nak pegi, tempat tuh senang sangat nak jumpe. Kalo ikut highway lagi dekat! Ikut highway ke Ipoh (PLUS) tuh, then masuk simpang ke Rawang (Bestari Jaya) atau nama lamenye Batang Berjuntai. Then, tak jauh dah dari situ, byk signboard. Follow ajek laa... Haha!

Kesimpulannye, walopon tempat tuh cuma ade 2 tingkat tempat shopping aje, tp ianya sangat luas occay! Byk jugak kedai² menarik kat dalam tuh. So, sila laa pegi kalo nak pegi. Hehe!

K laa... Nak makan mekdi sat gi. Tak sabo dah nih! Dadaaaaaaaaaaaaaaa....