Salam tahun baru kpd semua yg singgah bace blog aku nie. Dah lama subgguh rase nye ye aku tak sentuh blog aku nie, sejak2 internet di'HARAM'kan kat opis. Hehe! Tp sempena tahun baru nie aku curi2 gak laa surfing dari meja TL, nak upload entry punye pasal.
Banyak yg berlaku sepanjang tahun 2007. Suka-duka sepanjang tahun dah jadi memori mulai hari nie. Kawan2, ahli keluarga, malah diri aku sendiri dah banyak berubah, semua nya dalam tempoh 1 tahun di 2007.
Saat paling manis dalam hidup aku pun telah ditakdirkan Allah terlaksana pada tahun 2007. Walaupun dah ujung tahun, tp still lg tahun 2007, kan?!! ;) Hehe... Alhamdulillah, aku diberi keizinan dan peluang oleh Allah taala untuk bergelar isteri. Tanggal 15/11/2007 merupakan detik manis bg aku n my dear hubby. Kami sah diijabkabulkan pada pukul 12:30pm di masjid kampungku dengan diwalikan oleh abah aku sendiri. Tak tergambar gembira nya aku waktu tu. Aku tak lupa pada arwah mak, jadi lepas je majlis selesai, aku ajak hubby teman kan aku pegi kubur, jumpa mak. Puas aku tahan air mata nie tp dia nak gak kuar, tp mase tu aku dah 'halau' hubby jejauh, suh dia tgu kat kete.. Hehe! Segan kalo dia tgk aku nangis, Aku sedih sgt sebab mak tak sempat tgk aku pd hari penting dalam hidup aku. Tanpa dia, x mungkin aku ada kat dunia nie. Time kasih, mak....
Pada hubby, thanks for everything. Takde kata2 dapat menggambarkan kegembiraan setelah sah bergelar isteri. Cuma harapan dan sokongan yg diharapkan. Semoga hubungan kita berkekalan dan bahagia selamanya hingga ke akhir hayat kita. Amiiinnnnn............
2007 bukan je bermakna buat aku, tp aku yakin ramai kengkawan pun camtu. Maklum laa, ada yang baru nak berkapel, ade yg dah merancang nak bertunang, ade plak yg dah pun selamat bertunang. Tak kurang gak yg mendirikan masjid. Dan yang lebih bahagia, ada yg dah dapat cahaya mata sendiri. Alhamdulillah.... Tahniah dari aku. Semuanya hepi2 belaka. Semoga masing2 mendapat keberkatan dalam hidup, termasuk laa aku. Hehe!
Tp, tak lupa jugak buat yang bersedih Ye laa, tak semua mende yg kita lalui tu gembira je kan? Setahun tu satu jangka masa yg panjang. Allah Taala tu sayang kan hamba nye, jd banyak laa ujian yg diturunkan untuk menguji keimanan memasing. Kepada yg berkenanaan, semoga tabah menghadapi ujian. Ada rahmat di sebalik setiap dugaan tu.
So, semalam hari last 2007. Hari ni, hari pertama 2008. Nothing special for me today, i think. Gaji pun tak dapat lagi, sebab tu la tak special. Haha! Semalam konon nye hubby nak ajak aku celebrate new year somewhere but at last dia kene stay wat stock sampai kul 11pm. 11:15pm baru sampai umah. So, finally kitorg tgk bunga api je laa dari balkoni rumah. What to do.... Komitmen keje nie berat jugak kan. Takpe laa, this week kan hubby last kat situ. Tahun baru, hubby pun dapat keje baru. So, good luck to you dear!!! ;)
So, for all people in d world, wish u all HAPPY NEW YEAR 2008 and may all bless and joy be with u.
Tuesday, January 1, 2008
SELAMAT TAHUN BARU 2008 !!!!
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 5:57:00 PM 0 Korang Kate...
Labels: CeritaCeriti
Monday, May 14, 2007
Selamat Hari Ibu...
13th May 2007 - Happy Mother's Day to all mother in the world!
To all the person that we can call mother, mom, mummy, mama, emak, ibu, ummi, ma dan yg seangkatan dengan nye.. Jasamu tak terbalas, ketabahanmu jadi teladan, dikenang ke akhir hayat.
Especially dedidated to all my sisters; Along, Angah and Alang. Also my stepmother, Mak Uda. U are the greatest mom as long as i can see. Luv u all, really deep...
Tak dilupa buat arwah emak tersayang... Kasih sayang mak sentiasa tersemat di hati, terpahat di jiwa, tak pernah luput di ingatan, tak luntur di telan masa. Semoga mak sentiasa diberkati, dirahmati dan dipelihara di bawah lindungan Allah Taala hendaknya. Luv u always... And I miss u a lot, so much! :(
Dan jugak buat kengkawanku yg baru bergelar IBU (Suhana, Ani, etc) atau bakal bergelar IBU (Fyza, Sue and Julie), CONGRATULATIONS... Selamat menempuh alam baru. Wish u all the best! ;)
Daaaaaaaaaaaaaaaaa......
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 12:31:00 PM 0 Korang Kate...
Bulan suka dan duka...
Bulan lepas (April), penuh memori buat diri aku. Banyak mende yg berlaku sepanjang bulan. Tp antara peristiwa2 yg perlu di ingati, adalah seperti yg tercatat di bawah. Yang lain, cuma sendiri2 punye hal jek.. Hehe!
~ 1st April 2007 - I was still at PD, for the 2nd day with all my friends for our happy2 day.
~ 10th April 2007 - Happy Birthday Alang!! Semoga panjang umur, murah reaeki dan diberkati selalu. Wish u happy always with your family. ;)
~ 13rd April 2007 - Happy Birthday Mak uda!! Semoga panjang umur, murah reaeki dan diberkati selalu. Thanks for everything for what you have done for our family. :)
~ 24th April 2007 - Genap 10 tahun emak pergi. Semoga roh mak dicucri rahmat dan diberkati. Dan berada dibawah lindungan Allah Taala sentiasa. Al-Fatihah...
~ 27th April 2007 - It was a 6th month of my engagement. Waiting for another 7 months for my big day. Harap2 semua nye berjalan lancar seperti yang diharapkan. Amiiinnnnn.....
Yang lain2 peristiwa tuh, sekadar menjadi kenangan, ingatan dan sejarah untuk diri sendiri jek. Tak perlu ditatap oleh sesape. Hehe! :p
K laaa, jumpe lagi. Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 12:20:00 PM 0 Korang Kate...
Labels: ApeApeAje
Tuesday, April 17, 2007
Mak...
Mak...
Org sedih nie... Tatau nape, tp rase nak ngadu kat mak. Rase nak cerita dgn mak.
Rase nak dengar nasihat dari mak, rase nak mak pujuk sambil peluk org.
Mungkin org rindu kat mak kot.
At least org tau, mak sayang org sepenuh hati.
Tak berbelah bahagi, dan org boleh bg sepenuh kepercayaan tuh pada mak.
Tp skang mak dah takde.. macam mane?
Mak, org rindu.... Rindu sesangat! Nape mak pegi cepat sangat..
:((
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 4:35:00 PM 0 Korang Kate...
Labels: Luahan
Monday, April 9, 2007
DiaRi PD - Chapter 2
HARI KEDUA - Ahad (1/4/2007) ...
Aku betul2 tersedar dalam pukul 8:00am. Hujan lebat gile kat luar. Nak mandi tp sejuk. Basuh muka ala kadar, kami pergi bersarapan kat kedai luar dalam kul 9pg. Abis bersarapan, kami balik ke chalet semula coz nak sambung terjun laut. Hehe! Tp, waktu kami turun tuh, air surut sesangat! So, terpaksa laa wat sesi bergambar. :p Lepas sesi photoshoot, Man ajak main galah panjang. Dia lukis petak nye dulu, sambil2 aku merakan aksi2 kengkawan yg lain. Abis melukis, 10 org dr kami join the game. My team (Aku, my dear, Zizi, Bob and Siti) V/S another team (Man, Atie, Pian, Izmah and Aril).
Game start, team aku jalan dulu. Sampai beberapa game, finally kami stop. Keputusan seri 0-0. Haha! After that, sambung main bola baling tp kejap jek sebab masing2 dah kepenatan. Lepas berpenat2, kami pun berendam dalam air laut yg surut tuh tp kejap jek sebab kami nak kene check-out dari chalet dah. Lebih kurg kul 1pm, kami balik ke bilik memasing, mandi2 and berkemas utk check-out. Lepas semua bersiap, kami bergambar kenangan bersama2 then beransur. Tapi tak balik terus. Berhenti kat main entrance PD Teluk Kemang utk lunch dan beli souvenir sket2. Still sempat bergambar n melawat pantai utk kali terakhir sebelum bertolak balik ke KL. Badan memasing dah keletihan. At last, dalam kul 4 baru laa kami berlepas dari PD menuju ke KL.
Sian my dear. Dia drive dari PD ke KL. Mengantuk, penat. Finally we arrived at KL dengan selamat. Lepas anta Huda ke stesen LRT Taman Bahagia, kami terus balik umah. Malam tuh mmg tido awal, layan badan yg ter'dera'.. Haha! Dan esok nye, kami semua 'kedapatan'. Badan lenguh, sakit2 akibat aktif sangat bersukan kat PD. Huhu! 2-3 ari gak laa baru ilang.
Anyway rase seronok sangat walaupun penat. Kenangan dengan kengkawan. Bila lagi dapat rase camni, ye tak? Memasing makin lama makin tua, dah ade tanggungjawab sendiri. Next time kalo ade lagi, insyaAllah aku akan usahakan utk pegi jugak! Hehe...
Huh! Penat dah menaip. Amik mase 3-4 hari baru dapat siapkan 'diari PD' nih. Hehe! Actually takde mase sangat sebab bz wat keje. Kalo free baru dapat taip. :p K laa, sampai sini dulu. Daaaaaaaaaaa!!
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 5:40:00 PM 0 Korang Kate...
Labels: CeritaCeriti








