Lepas satu...satu dugaan yg datang...
Kata orang, Allah tak akan timpakan sesuatu dugaan terhadap hambaNya jika hambaNya itu tak boleh menghadapinya. Dan pasti ada hikmah di sebalik semua ujian itu.... Hurm, ye lah.. Bukan tatau bersyukur. Cuma kadang2 rasa tak tertanggung.
Ye.. Mungkin mmg salah aku. Khilaf, kadang2 lupa dan lalai akan tanggungjawab terhadap diri, keluarga dan Maha Pencipta. Peringatan buat aku... Jadi aku tak boleh mengeluh.
Cuma dikala ujian yg tak putus2 ni, macam2 keputusan drastik yg kadang2 kite terpaksa buat. Aku perlu istikharah! Semoga apa yang kami suami isteri rancangkan ni, mendapat keberkatan dan keredhaan Allah. Semoga Allah Taala bantu kami utk tentukan yg terbaik buat kehidupan kami sekeluarga. Hubby macam setuju ngan keputusan aku ni tp kami perlu consider byk mende... And kene make sure everything is stable. InsyaaAllah, dengan niat kerana Allah, aku lakukan demi anak-anak, moga Allah Taala sentiasa mempermudahkan jalan buat kami.
Doakan apa yg kami rancangkan ini berjaya ye, kawan2! :)
Monday, June 3, 2013
DEMI ANAK-ANAK...
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 3:04:00 PM 0 Korang Kate...
Labels: Luahan
Chicken Pox @ Cacar Air
Berkesinambungan dari entry Demam Berpanjangan yg lepas....
Mama nampak another 2 same 'dotted' kat belakang telinga kanan Addad... Aduiyai! Mama dah saspek. Memang mama tak sedap hati dan mintak ayah terus bawak kete menuju ke klinik. Bila jumpe doktor, ye..... Sah lah Addad dah kene Chicken Pox @ Cacar Air. Wuwuwuwuwuwuwuuuuuuu!!! Mama dah terbayang kene cuti keje another 1 week. Adoi!!! Maka hari tuh pon, mama terpaksa EL. Begitu jugak ngan Ayyad sebab dia nampak tak bape sehat ari tuh. Tp menjelang tghari, Ayyad OK. Addad pulak makin banyak dinaiki bintik2 campak dia tuh. Huhuhuhu...
Bile Taska dapat tau, mama ingat dorg tak nak bg hantar. But, sebaliknya dorg tak kesah kalo mama nak anta Addad ke situ sebab dorg kate budak2 kat situ semua dah kene Chicken Pox ni. And dorg pon boleh kuarantinkan Addad. Tp ye laa, mama pulak yg tak sedap ati. Takot mak pak budak lain marah plak nanti kan? Dah tau anak kene chic pox, lagi mau anta kan...
Tp dalam keterpaksaan, hari Jumaat tu mama ayah kene jugak tumpangkan Addad kt Taska sebab ada urusan keje yg wajib dibereskan. Tp waktu tuh, chic pox Addad still terkawal. Naik area badan jek sket. So tak risau sangat. Lgpon, sehari tu jek nak anta. Sabtu Ahad mama jaga kat umah dah...
So, bermulalah episod cacar air si Addad... Huhuhu! Sabtu Ahad kat umah, adik mmg melepek je laa. Dengan badan penuh bintik2 plus demam lagi... Haih!
Nak tak nak, Isnin Selasa pon mama terpaksa teruskan ngan EL sebab Addad masih perlu dikuarantin walaupon cacar nye dah mula mengering, tp still ade yg baru tumbuh kat area kaki n tangan.
Skang pon actually parut2 adik masih ada lh kat dahi sket, n selebihnya kat badan. Abg Ayyad jek yg belom kene apape, measles or chic pox. Huhuhu! Risau jek berjangkit ari tuh. ALhamdulillah, antibodi si abang agak kuat. Hehehe!
And finally mama terpikir, adik demam teruk2 ari tuh agaknye sebab nak dapat chicken pox ni laa agak nye kan? Kan symptom dia adalah demam dulu sebelom kene... Hurmmm, mebi lah kot!
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 2:52:00 PM 0 Korang Kate...
Labels: Addad Haziq, ApeApeAje, CeritaCeriti
Tuesday, May 21, 2013
Demam Berpanjangan
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 5:47:00 PM 0 Korang Kate...
Labels: Addad Haziq, ApeApeAje, CeritaCeriti
Monday, April 1, 2013
ALFALFA SHAKLEE: SUPPLEMENT FOR MAMA
Tak penah lagi pakai supplement sepanjang hidup. Atas sokongan kawan2 dan peningkatan umur yg menampakkan tanda2 penuaan, (hahahaha!) aku mulakan pengambilan supplement nih, bermula hari ni selepas lunch td!
Ye, aku dah amik mende ni dari si Liza since Rabu last week lg but di atas sebab2 kebizian dan permasalahan kesihatan Addad yg melanda, aku menundakan permulaan pengambilan mende nih. Aku amik bile aku betul2 dah ready. Yesss....
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 5:31:00 PM 0 Korang Kate...
Labels: ApeApeAje, CeritaCeriti
KEMBALI KE SITU
Dah lame rase nyee... More than a year. Last ke sane and bermalam kat situ last year, 20hb - 24hb Januari 2012. Tiba-tiba tahun ni, kene ke sana lagi. But mujurlah tak lama kali ni. Masuk Jumaat malam sampai pagi Ahad jek...
It's been a year adik tak kene serangan athma yg teruk. Since last Sunday (24th March), Addad mmg dah start ade heavy flu but he still active as usual. Isnin, tak pasal2 mama kene EL sebab kul 4.30am Addad menangis2 time tido sebab susah nak bernafas. Selsema dah block hidung dia sampai dia naik semput. Sejuk2 tangan kaki dia buat mama cemas dan terus ajak ayah ke SP Care utk amik neb. And of coz mama kene EL isnin tuh sebab nak jaga Addad.
Selasa mama start hantar Addad n Ayyad ke Taska, menjelang kul 5.30pm, owner Taska kol n inform kat mama yg Addad demam tiba2. Suhu badan dia panas. Mama pulak lupe bekalkan ubat demam kat cikgu dia. Sib baik ade ubat demam budak lain. Addad pakai sementara mama ayah sampai. Tp mase mama sampai, mama nampak Addad ceria jek walaupon cara pernafasan dia agak membimbangkan.
Rabu, mama tetap anta Addad n Ayyad ke Taska. Dan no prob sampai petang. But pg Khamis, mase mama kejut Addad bangun nak ke Taska, badan Addad nampak menggigil. Mama dah cuak! Ayah kate, m
Sampai kat klinik, Addad mmg nampak ok jek. Aktif macam biase tp dia bernafas dah macam penat sangat. Bile jumpe doktor dan explain everything, doktor bg neb and mintak mama ayah refer hospital terus coz suspected pneumonia lagi. Hurmmmm... But, mama ayah mmg degil. Bukan ape, kami kalo boleh tanak sampai dok wad. Selagi ada usaha, kami cuba. Bawak pulak Addad follow up neb kat Aniza Medical Center. Malam tu, Addad still boleh tido lena.
Jumaat, ayah pegi keje tp mama tetap tak sedap hati nak tinggalkan Addad sebab mama mmg dah rase Addad sangat tak sehat ari tuh. And yes, belom pon sempat ayah sampai kat tempat keje, mama terpaksa kol sebab Addad dah start batuk tak berhenti walopon lepas makan ubat n pakai inhaler. Tp masalah nye, ayah kene keje jauh plak ari tuh. Nak tak nak, mama cuba sedaya upaya supaya Addad dapat bertahan. Walau dia dah semput2 tp dia tetap aktif! Puas mama umpan macam2 mintak dia duduk diam2... Sampai satu mase dalam kul 10am, Addad dah nampak penat sgt sebab batuk non-stop. Mama terus kuarkan stroller dari dalam bilik, angkut Ayyad n Addad ke klinik 1Malaysia amik neb. Alhamdulillah, Addad nampak ok sket walau still ade batuk2.
Anyway, mama awal2 dah prepare barang2 in case kene dok ward lg nanti. Sebab mama dah mintak ayah balik secepat mungkin coz keadaan Addad mama dah tak boleh kontrol lagi.
Lepas solat Jumaat, baru ayah dapat gerak balik. Bagi ayah rehat sekejap dan kami masih berfikir2 samada nak ke hospital atau follow up neb aje. But menjelang Maghrib, Addad mula batuk tak berhenti semula. Selesai solat, mama ayah terus rush bawak Addad ke HSB. Mula2 ke zon kuning and lastly warded. Memang mama ayah dah jangka pun. Takpe lah, asal Addad boleh sehat semula.
Alhamdulillah, tak sampai 2 hari Addad dah ok semula. Walaupon batuk2 masih ada tp at least pernafasan dia dah nampak macam biase. Ari ni, mama terpaksa tinggalkan Addad kt Taska jugak dengan amanat yg berjela. Harap2 Addad ok.
"Ya Allah, aku bermohon Kau lindungi anak-anakku sepanjang tiadanya aku di sisi mereka. Sesungguhnya aku hanya percaya pada kekuasaanMu. Maka Kau tunjukkanlah... Amin."
As usual, lepas Addad dah ok, mesti dia pass baton kat mama. Ari nih mama terpaksa ke klinik amik ubat sebab rase tak larat sangat! Moga2 mama pon cepat sembuh. AMin.... :)
Aku Cerita... AyyaDDaD ArieyannA Pada 3:51:00 PM 0 Korang Kate...
Labels: Addad Haziq, ApeApeAje, CeritaCeriti













