Huh! Syuuuhhh... Syuuuuhhhh... Byk nye spider kat umah ni! Bersarang2 sane-sini.
Hehe... Menandakan dah sekian lama aku tak menjengah dalam rumah ni. Lawat kawasan ade la... Tinjau jiran2. Tu pun tak masuk rumah. Usyaaaa jek! Hahaha....
Walhal, byk nye laa mende berlaku dalam hidup aku sepanjang mase ni. Sedang membina ketabahan diri dan kekuatan hati sekarang ni.
Buat ringkasan je lah!
Personal life:
- 5-Feb : Birthday hubby - Which is hubby start demam, sakit2 sendi dan lemah badan. Dah lama dia tak kene demam. Starting from that, dia berterusan demam tak kebah2. Memaksa aku mengambil 2 hari EL pada hari berikutnye. Weekend, dia nampak makin OK but suddenly Sabtu malam ahad, demam dia dtg balik sekali menggigil2! Rushing to Hospital KKB ari Ahad tu and that's it!... Dia kene Denggi. Hurm.. So, he warded on th 9th Feb, 12th baru discharge. Seminggu laa aku amik cuti time tu, ulang alik rumah-hospital-rumah-hospital. Abah sempat datang melawat on 11th.
- 20-Feb : Addad plak demam berlarutan lebih 4 hari. Terpaksa bawak pi HSB and amik darah. Ade jangkitan kuman sket kat paru2 but Alhamdulillah bukan denggi n dia tak semput. Cuak gak pas kes ayah dia ari.. Huhu!
- 10-Mac : Anak-anak start dok ngan maklong kat Senawang. Insyaallah, untuk sementara. Bukan sengaja, tapi terpaksa. Bermula episod kami sebagai weekend parents. Hubby and me, penguat semangat masing2. Rindu toksah cakap lah. Aku usahakan utk kol dorg hari2. Aku? Akan ke Senawang setiap hujung minggu. Hubby? Ntah laa, sbb cuti dia tak menentu. Huhu!
- 13-Mac : Alhamdulillah, berganjak setahun lagi usia aku. Besday kali ni, perasaan bercampur baur. Ade seronok, sedih, hepi & macam2 lg. Yang pastinya, aku sangat bersyukur atas setiap kurniaan Allah dalam hidup aku ni. Kawan2 plak wat seprais kat opis... Hehe! Terubat sket hati ni dgn usaha dorg tu.
- 18-Mac : Permulaan baru untuk hubby. Moga ianya adalah permulaan yg baik buat kami dan semoga Allah Taala sentiasa memberkati apa yang kami lakukan ni.
Professional life:
- Aku nyaris2 buat 24 hours resign. Siap taip surat dah, standby... Namun, aku cuba bertahan dulu, selagi mampu. Selagi Allah kurniakan SABAR itu buatku. Dan selagi DIA kata rezeki itu masih buatku dan anak-anakku.
- Kawan2.... Ade yg memahami. Maybe ade yg paham tapi tak peduli. Tp masih ada yang paham, mendalami dan sentiasa menyokong. Terima kasih, sahabat semua.... Kepada yg sekadar melahirkan simpati tp kat belakang dok kata itu-ini, terima kasih. Aku tak mintak jadi macam ni, dan aku tak akan mintak utk korg alami ape yg aku alami sebab peritnya hanya Allah Taala yg tau. Korg tgk org angkut guni beras tu berat kan? Tp org yang mengangkut tu pastinye terlebih-lebih rase beratnye... Moga korang semua dilindungi.
Waktu-waktu macam ni lah, baru dapat kenal sape kawan, sape lawan. Sape sahabat, sape musibat...
Mungkin sekarang kami teruk! Jatuh terduduk, sampai tak boleh bangun sebab injured yang teruk. Tapi, insyaallah... Kami pasti bangkit kembali... Demi anak-anak, demi keluarga dan sahabat2 yg memahami.
Mereka2 ini kekuatan kami. Terima kasih semua kerana tak putus2 membantu kami, mendoakan kami dan menyokong kami.
Nauzubillahiminzalik... Aku tak pernah bersangka buruk denganMu, Ya Allah. Astaghfirullahalazim.
Ujian ini banyak hikmahnya. Moga segala yang terjadi, menjadi iktibar buat kami. Terima kasih, Ya Allah. Kerana membuka mata dan minda kami. Aku sentiasa percayakan Mu... Kerana, KAU adalah Maha Segalanya dan sebaik-baik perancang.:)
Ujian ini banyak hikmahnya. Moga segala yang terjadi, menjadi iktibar buat kami. Terima kasih, Ya Allah. Kerana membuka mata dan minda kami. Aku sentiasa percayakan Mu... Kerana, KAU adalah Maha Segalanya dan sebaik-baik perancang.:)