Followers

Wednesday, October 30, 2013

Mini Best-day Celebration For My Hero

Tak lengkap agaknye besday seorang kanak2 kalo mak-pak nye tak provide kek utk dorg. Haha! Bukan ape, si Zayyad ni laaa... Selagi mama nye ni tak buatkan kek utk dia, selagi tu laa dia tuntut. Ibarat macam "Tanpa kek, hari lahirku tiada makna nya...". Ekekekekekeee! 

So, demi memenuhi permintaan si besday boy ni, Sabtu lepas mama nye pon terpaksa laa merajinkan diri utk memukul telo dan mambancuh adunan kek span coklat untuk dia. Dapat laa kek kecik size 8" kot. Jadik laaa, untuk makan 4 org jek. Hehehe! Selesai membako, ayahnye plak take turn mendeco kan kek tersebut secara caca-marba. 

Alhamdulillah, walaupon sempoi & takde sambutan besar-besaran, tp nmpknye anak-anak hepi sangat dengan apa yg ada. Asalkan ada kek, mama-ayah-adik nyanyi lagu besday utk si abg, and lastly acara potong kek, tu dah cukup agaknye bg Zayyad menandakan dia dah pon celebrate birthday dia yg ke-5 tahun ni. 

Terima kasih anak-anak, kerana walaupon korg kecik lagi, tp korg sangat memahami keadaan mama-ayah yg tak selalu dapat bg kemewahan pada korg. Sekadar apa yg ada jek... InsyaaAllah ade rezeki, mama ayah reward korg berdua lagi k! Sayang abang & adik selalu.... :)

A few picture untuk tatapan dan kenangan... Hehehe!

Happy Birthday My Lil Hero... Luv u always.

Tu je untuk update kali ni ni. Sampai jumpe lagi.............. Daa daaaaaaaaaaa!

Tuesday, October 22, 2013

ZAYYAD RAZIQ - 5 YEARS

::21-10-2013::

Selamat Hari Lahir yang ke-5 tahun buat putera sulong mama, 
Muhammad Zayyad RaziQ bin Mat Asri.

Semoga Abg Ayyad sentiasa dilimpahi kurnia dan rahmat dari Yang Maha Esa.
Semoga beroleh keberkatan di dunia dan juga akhirat.
Moga menjadi seorang yang soleh, bijak dan berguna untuk semua.
Jadilah seorang yang bertanggungjawab dan taat pada agama dan ibu bapa.
Moga satu hari nanti, abg Ayyad akan menjadi kebanggan mama ayah, dunia akhirat.. InsyaaAllah.

-------------------------------------------------------------------------------------
Dear Sweetheart,

5 tahun membesarkan Ayyad, dalam susah dan senang mama & ayah...
Alhamdulillah, Ayyad seorang anak yg sangat bijak, memahami dan jugak ringan tulang.
Notti sket2 tu adat lah.. Budak2 kan? Tapi, mama selalu bersyukur dikurniakan anak yg sangat pintar, rajin dan berdikari walaupun baru je masuk usia 5 tahun sekarang ni.
Sebagai abang, Ayyad pandai mengalah dan menjaga adik.
Sebagai anak, Ayyad sangat pandai mengambil hati mama ayah.

Tak dinafikan, kadang-kala tercabar kesabaran dalam mendidik kamu berdua, namun itu khilaf mama dan ayah. InsyaaAllah, kami sentiasa cuba untuk memperbaiki diri dalam mendidik dan membesarkan kamu berdua sebaiknya.

Maafkan mama seandainya mama kerap bertegas dan memarahi abg dan adik dalam mendidik dan mengajar kamu berdua.
Sesungguhnya ketahuilah bahawa kasih sayang mama utk abg Ayyad tak pernah kurang, malah sentiasa bertambah seiring dgn tumbesaran kamu, sayang...

Dan selalulah ingat bahawa mama, ayah dan adik Addad sangat sayangkan abg Ayyad.
Luv u from the bottom of my heart, my precious...

"HAPPY 5th BIRTHDAY TO YOU"