Followers

Tuesday, March 26, 2013

BERUBAH DAN PERUBAHAN

Hari ni, anak-anak dah start duduk kat Taska. Harap-harap diorg mudah menyesuaikan diri dengan tempat baru. Abg Ayyad, insyaaAllah mama tak baper risau sebab dia memang sangat independant orgnye dan cepat mesra. Cuma Addad jek yg mama agak concern sebab dia tuh kan sensitif sket bab kesihatan nih. Lagi pulak, dari kecik mama dok anta dia tinggal ngan pengasuh, dok taska sekejap jek dulu. Lepas dia kerap jatuh sakit, doktor advise no more Taska for him! But, bila Addad makin besar, mama nampak Addad makin 'kuat'. So, mama nak expose sket Addad ngan kawan2 dan aktiviti pelajaran. Mama awal2 dah mintak ayah amikkan injection pneumococcal sbg protection utk Addad. InsyaaAllah, mama dah berusaha sebaiknya untuk Addad, selebihnya Allah Taala punye kuasa kan? :)

Kenapa dah tak dok ngan pengasuh lagi? Hurmmm... Tah laa. Banyak alasan nye. Cuma yg pasti, mama nak kan yang terbaik buat anak-anak mama. Moga Allah Taala permudahkan segalanya. Drastik kan? Memang... Sebab mama takmo tunggu lagi. Dah sampai masanya kot utk perubahan. Semua kat dalam dunia nih berubah kan? Manusia juga berubah. Jadi, terima kasih kepada mereka2 yang sangat concern pada keluarga kami. Tak dapat kami balas kebaikan anda melainkan Allah Taala juga yg menentukan segalanya.

Takmo panjang2kan cerita, yang penting mama perlu amik preventive action secepatnye. So, itulah yg mama buat. Percaya atau tak ape yg didengar, itu belakang kira. Apapepon, baik atau buruk, hanya ALLAH Taala yg Maha Mengetahui, Dan biarlah DIA buat kerja DIA, bukan hak mama utk menentukan natijahnye.. Mama serahkan segalanya pada Yg Maha Esa sebab mama tau DIA mmg tahu segalanya dan pasti memberikan yg terbaik kan?

Terima kasih kepada semua yg pernah berjasa kepada kami. Anak-anak mama, moga hepi ngan environment baru ye!

Sampai jumpa lagi... Da daaaaaaaaaaaaaa!!!

CRISPY BUTTER CHICKEN

Dah lame tak update resepi kat umah ni, kan? Hahaha... Itu menandakan aku dah semakin malas memasak dan jugak semakin bizi. But last week, kepingin sangat nak try satu resepi nih. Tu pon lepas aku makan mende ni kat satu restoran Chinese Muslim at TTDI dengan Linda n Fizah. Lepas drpd tuh, aku dah cam kene mandrem lak ngan mende nih. Hihihihi!

Gegeh laa aku mencarik resepi nye kat internet. Macam biase, hati aku selalu berkenan ngan resepi dari Kak Azlita Masam-Manis walau dia pon kekadang cuba resepi dari org lain. Hehehe! So, this time aku cuba resepi Crispy Butter Chicken nih berpandukan blog Kak Ita. Thanks kak!


AYAM MENTEGA RANGUP
By : Diana
Dirujuk dari: Kak Azlita



2 keping dada ayam ~ dihiris
2 tangkai daun kari ~ dihiris halus
4 biji cili padi ~ di cincang
60 gm mentega ~ boleh tambah jika ingin kuah lebih menyaluti ayam
1/2 biji bawang besar ~ dicincang
Tepung jagung secukupnya
Minyak untuk mengoreng terendam
Sedikit gula

Bahan Perap
1/2 sudu teh perencah pati ayam Tumix
2 sudu teh gula
1 biji telur
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh serbuk lada putih
Garam secukup rasa

Gaul ayam bersama bahan perap dan perap ayam sebentar selama 20 minit
Saluti ayam tadi dengan tepung jagung
Kemudian goreng terendam
Setelah ayam masak kuning keemasan anagkat toskan minyak dan ketepikan

Dalam kuali cairkan mentega
masukkan bawang, daun kari dan cili padi
Tumis sehingga naik bau
Kemudian masukkan ayam dan gula
Gaul sebati
Angkat dan sedia dihidangkan



Actually aku punya resepi nih, tak cukup bahan. Aku lupe beli pati ayam! Hahaha.. But, luckily rase dia tetap maintain sodap! Abes dilicinkan oleh anak-anak aku. Ekekekekeee....

Walaupon rasa dia tak sama macam yg aku makan kat TTDI tuh, tp Alhamdulillah cukup utk memuaskan hati aku dan mengenyangkan perut en somi & anak-anak. Hehe! Next time, sure aku akan try lg but i'll make sure bahan2 aku lengkap kali nih. :p

Sehingga jumpe lagi! Da daaaaaaaaa..........

Thursday, March 21, 2013

+1

13-March 2013

ALHAMDULILLAH Masih diberi peluang dan kesempatan oleh Yang Maha Esa utk menghirup udara di muka bumi ini, utk menatap wajah2 kesayangan, juga utk meneruskan usaha dan amanat yg diberikan buat ku. Syukur yang tak terhingga kerna masih dikurniakan kesihatan yg baik dan pemikiran yang waras.

Bertambah setahun usia. Moga pertambahan ini sentiasa menjadi permulaan yang baik buatku dalam menempuhi hidup ini. Moga aku sentiasa dirahmati dalam setiap amalan dan perlakuan, diberkati bagi setiap rezeki dan ganjaran... Dikurniakan tahap kesabaran yang tinggi dalam melaksanakan setiap amanah di dalam rumahtangga mau pon kerjaya. Moga aku mampu menjadi pembimbing yg baik, dan diredhai oleh Allah Taala. Harapan - Semoga aku dikurniakan kebahagian dunia dan akhirat... Amin Ya Rabb.

Nothing special happened, no celebration either. Enough for me - Semua ingatan dan ucapan dari kawan2 dan ahli keluarga. My first wisher of coz, dear hubby... Pagi2 bute, celik2 mata terus dapat ucapan Hepi Besday dari dia. Love him so much! :D

Thanks all yg wish on my special day. Korg memang d best!