Assalamualaikum....
Sedar tak sedar, dah masuk tahun 2013. Alhamdulillah, 2012 lebih cool dan relax untuk aku berbanding 2011 yg penuh dengan dugaan dan ujian.
Memoir 2012...
Dari segi kerjaya, 2012 banyak mengajar aku pengalaman berharga dan cara menjalankan tanggungjawab dgn lebih baik sebagai seorang ketua dan pekerja. Thanks to Puan Boss. Walau banyak makan hati sebab asik kene bambu pada mulanya, tp Alhamdulillah aku jenis yg mudah adapt dgn keadaan² yg macam tuh. Telan aje laa kalo betul tuh salah kite. Sebab aku admit bahawasanya kehadiran boss baru mmg banyak membuka mata aku utk bekerja dgn lebih dedikasi. Sekurang²nya aku tau kerja aku dan ape yg perlu dibuat berbanding dulu. Hehehe! Masih perlu banyak belajar dan akan terus belajar. Semoga Allah sentiasa membantu aku dan mempermudahkan segalanya... Amin. :)
Keluarga, Alhamdulillah.... Masih cuba memantapkan ekonomi keluarga. 2012 mungkin ada getirnya bg kerjaya hubby tp insyaa-Allah ia juga merupakan permulaan baru utk kami terus meningkatkan tahap kestabilan ekonomi keluarga kami. Doakan kami, ye! Anak-anak... Syukur. Zayyad memulakan sekolah di usia 4 tahun di Tadika Ikhlas cemerlang awal tahun lepas. Banyak peningkatan pada dia. Syukur Ya Allah, KAU kurniakan kami cahaya mata yg terang hatinya dan mudah menerima ajaran. Walau tetap ada nottinya, tp biasa laaa... Budak². Hehehe! Addad, Alhamdulillah... Tak lagi sakit² macam dulu. Sikit² tu ade laa tp kesihatan dia mmg makin improve. Sekali tu aje laa (mase awal tahun lepas) dia warded sebab sakit dia tuh then lepas tuh tak ada lagi. Insyaa-Allah, mudah-mudahan dengan izin Allah Taala, Addad akan terus makin sehat. Cuma ada laa sikit masalah sembelit yg dia hadapi sampai sekarang. Hopefully yg tuh pon Allah Taala akan izinkan untuk sembuh. Amin... Dia pon makin aktif dan bijak bercakap. Semoga anak-anak mama sentiasa dan terus membesar dengan hepi dan sehat, soleh dan taat ye!
Permulaan 2013...
Tahun 2013 nih, me & hubby sedang cuba berubah ke arah yg lebih baik. Insyaa-Allah, moga Allah Taala membantu kami utk tekadkan hati meneruskan usaha kami ini. Januari 2013 ini juga merupakan permulaan yg baik utk kerjaya aku. Alhamdulillah, akhirnya posisi ini dah pun pasti milik aku. Namun masih ade yg perlu aku usaha dan buktikan utk mendapatkan yg lebih baik dalam 6 bulan akan datang. Moga Allah Taala permudahkan segalanya buat aku. Amin... Hubby pun dah makin serasi dengan kerjaya baru dia skrg. Alhamdulillah, agak murah rezeki dia utk permulaan ini (dan moga sentiasa berterusan begitu). Cuma dalam usaha memperbaiki ekonomi, kami masih agak tersepit. Mudah-mudahan 2-3 bulan akan datang menjadi makin mudah buat kami. :)
Zayyad dah memasuki usia 5 tahun. Tahun nih, insyaa-Allah kami nak stresskan sket pelajaran utk dia. Tahun lepas kami tak terlalu tekankan pelajaran. Hantar dia ke sekolah sekadar utk mengenalkan dia dengan alam persekolahan, biasakan berkawan dan mengenal huruf serta bacaan. Dan syukur usaha itu memang menampakkan hasil bila tahun ni, dia sangat teruja utk sekolah dan mudah adapt dengan suasana sekolah, rakan dan guru walaupon di tempat baru dan agak ketinggalan pelajaran. Kenapa ketinggalan? Yesss... Sebab sekolah lama dia ade problem, jadi awal Januari ari tuh kami tak dapat nak masukkan dia ke sekolah lagi memandangkan agak kesuntukan masa nak cari sekolah baru utk dia. Tp Alhamdulillah, dia dah pun mula kan sesi persekolahan nya semula pada 22hb lepas di sekolah baru, Tadika Generasi Bestari. Cuma tahun nih, Ayyad tak lagi dihantar ayah ke sekolah. Sepenuhnya akan naik transport sekolah, pergi dan balik. Mama cuma siapkan Ayyad pagi² jek then mintak tolong Mama Iecha tunggukan kereta utk jemput dan hantar dia hari². Moga Ayyad akan rajin sampai abis sekolah, ye sayang? :)
Addad pulak, insyaa-Allah bakal genap 2 tahun Ahad nih. Tp tergendala nak celebrate kat umah mak long esok sebab hubby terpaksa kerja pulak gantikan org! Huhuhu... Tp, mama dah ade plan nak celebrate ngan wan n atok next week kat kg mama pulak. Hahaha! Dah ade plan pon nak wat kek ape utk adik. Hopefully jgn spoil lagi lah kali nih... Huhu! Adik Alhamdulillah makin elok kesihatannya. Kalo batuk selsema pon dah tak melarat² lagi. Tp still mama akan pantau kalo terjadi sebab masih risau keadaan berulang. Masalah sembelit belum hilang tp setakat ni mama memang ada cara utk bantu adik. Dan masih cuba nak ajar adik poo-poo everyday kat toilet so that boleh avoid masalah sembelit tuh kan... Sangat berharap Allah Taala membantu mama dalam hal nih dan permudahkan segalanya. Amin Ya Rabb... Adik makin petah, aktif dan buas. Lasak boleh tahan. Kerap jd mangsa buli abg tp kerap jugak membuli abg! Huh... Setakat bergusti berdua tuh, mmg hari² laa mama kene jadi referree. Haih! Baru ade 2 hero mama dah jadi singa. Kalo lebih, kompem jadik naga! Hahahahaaa....
Kesimpulannya, permulaan yang baik utk 2013 nih. Moga tahun nih lebih baik dari tahun lepas. Insyaa-Allah, mama ada target sesuatu menjelang hujung tahun nih. Target utk kami sekeluarga.
"Ya Allah, bantulah aku utk merealisasikannya. Aku nak buat demi keluargaku. Sesungguhnya, tiada yg akan terlaksana melainkan dengan izin-Mu sahaja. Jadi, izinkanlah aku utk memelihara keluarga ku dari segala segi dan moga KAU permudahkan segalanya buat kami. Amin, Ya Rabbal Al-Amin....."
SELAMAT TAHUN BARU 2013 SEMUA!!!