Followers

Tuesday, February 27, 2007

Program seminggu...

Last 2 weeks (starting thursday), tiba2 aku di bagitau oleh Raff yg Is (1 of our TL) dah pilih 4 org dari kami (the choosen one (kung pow).. Haha!) termasuk aku utk involve dlm satu projek bersama TMNet dan SSC. Kami dipangil dan dipilih bg satu projek yg dibuat untuk menguji keberkesanan system BMS yg kami gunakan. Mula2 4 org including follow up team, then diorg nak Is pilih 4 org dari team yg sama so daripada Salis and Adaa, ditukar kepada Arab and Farid selain aku and Raff.

Projek tu dimulakan hari Jumaat (b4 TBC) dan diteruskan lagi sehinggalah semalam. Keistimewaannye, kami diberi tunjuk ajar lebih dalam, mengenai penggunaan system tuh dan jugak diberi kelebihan keje shift pg, cuti sabtu ahad. Actually, aku tak laa bape suke cuti weekend ni coz my dear cuti weekdays tp nak wat camane. So, last week kami tak dapat cuti sesama.

And semalam, kami dibgtau oleh En. Mad Syah tuh, diorg nak kami extend kerja2 tuh sampai Jumaat nih. Dan yg paling tak bes, dia mintak kami OT sampai kul 10pm everyday sampai Jumaat! Huhuhu... Tak larat aku. Semua macam tak rela. Ye laa, masuk kul 8 pg, takkan nak extend sampai 10 mlm. Gilo apo! Ingat tak penat ke? At last, kami kuarkan idea supaya kerja2 tuh diserahkan kepada bebudak permanent afternoon. Lagi senang coz diorg mmg kompem start keje ptg, kul 2. So, selesai laa sudah tugas aku bersama mereka... Hehe! Lega nye... Boleh laa aku cuti ari rabu semula.

And last Friday on 23rdFeb, balik kg aku jap. Coz Sabtu tuh nak gi kenduri kawen Pejay. Tak leh balik lama, even aku still cuti ari Ahad tuh coz my dear keje on that day. Sedih sangat... :(( Tp, nak wat camane. Balik pun dah ujung bulan. Sampai umah dalam kul 10pm, esok nye kul 1 dah kene bertolak ke umah Pejay. Nak patah balik, tak cukup bajet nak isi minyak. :p Tak sempat lepas rindu kat adik2 lagi. Diorg pun cam sedih jek aku balik kejap sangat. Takpe laa Fahmi n Fikri, len kali atih balik lagi. 2-3 ari ke, ek? ;)

Ari Sabtu tuh, pegi umah Pejay kat Mayam sekali ngan beberapa org lagi (Man, Apih, Ubai, KL, Zizi n his fiancee Ayu). Diorg dtg dr KL, kami bertolak dr kg aku. Kami jalan sekali dari simpang kerayong sampai laa ke umah Pejay dalam kul 2pm. Mase sampai, dah sunyi. Jemputan ramai dah balik kot. Pejay tgh sanding lg mase tuh. Lepas mkn, jumpe Pejay n wife sekejap. Cute jek wife dia, kecik. Lepas borak2, dalam kul 4pm camtuh, kami pun bertolak balik. Ari ahad, sempat laa aku mendobi and berehat kat umah lagi sebab still cuti. :p

And malam nih nak balik kg my dear plak. Jemput adik dia dari kg, dan antar ke Shah Alam coz dia nak keje sane, tinggal ngan member dia. Nak dok sini, takde tempat tinggal plak! Umah aku tuh dah macam tin sardin dah.. Nak sumbat tang mana pun tak tau.. Kalo ade ruang, mesti aku bagi adik dia tinggal ngan aku jugak. Ye la, rase tak bes plak kan. Erm, tgk laa.. Malam nie laa kitorg bertolak kot.

P/S : Nasib baik tak kene renjatan elektrik malam td. Tgh iron baju, tiba2 wayar seterika meletup! Short circuit, satu umah black out. Abis dia tendang kat suis utama. Huhuhu... Alhamdulillah takde apape. Kalo tak, masuk hospital laa aku.

Thursday, February 15, 2007

Today's Update...

Hari ni aku dok sibuk menghafal lagu Siti yang baru dari album Trankripsi (betul ker nih??!!!...). Actually, lagu nie mmg sejak dari first time aku dgr (waktu Kat perform on Siti's wedding), aku dah terjatuh chenta... Hehehe! Tah laa, tp aku rase bes sangat lagu nih. Lirik dia pun nice. Bih kurg gini laa lirik nye :

Lihatlah Langit Di Atas Sana
Tersenyum Melihat Tingkah Kita
Selalu Ada Peristiwa
Yang Membawa Pertengkaran

Maksudku Hanya Ingin Yang Baik
Untuk Kita Berdua Dalam Bercinta
Baiknya Aku Buruknya Aku
Terimalah Aku Apa Adanya

(Chorus)
Pastikan Kau Dengan Aku
Jangan Ada Cinta Lain
Tak Pernah Aku Terlintas
Niat Ku Untuk Berpaling
Maafkanlah Aku Sayang
Bila Belum Kau Bahagia
Sejauh Langit Di Atas
Kan Ku Kejar Bahagiamu

Biar Langit Dan Bumi Meruntuh
Biar Jasad Kita Tertimbun Di Sana
Tetap Bersama,
Tak Ingin Lepas
Mencintaimu Ku Jadi Begini

Hehe! Tapi aku akui, most of lagu2 yg made from indonesia nie byk yg menarik perhatian aku. Lagu n lirik diorg tuh mmg best! Bukan laa aku kate komposer2 kat Malaysia nih tak bagus cuma kebanyakkan lagu2 yg aku minat skang nih semuanya berasal atau made from there. :p Dan yg pastinya, lagu2 Siti mmg tak pernah gagal menarik perhatian aku sejak dulu lagi, from the 1st album until now.

So, for those yg tak pernah dengar, suka layan lagu2 jenis nih and paling penting, bukan anti-siti (hehehe!), sila laa dengar. Anda pasti takkan menyesal.. Cheewaahhh! Macam iklan laa plak.. :p

K la, nak balik dah. Daaaaaa....

P/S : Tak sangka betul2 dapat bunga semalam even tak celebrate the valentine's day. Walaupun sekuntum, tp besar makna nye sebab this is the 2nd time i got flower from him selepas my graduation day September 2005. Hik! Hik! Thanks, dear... :">

Monday, February 5, 2007

Terkunci...

2 hari lepas (Sabtu), aku keje shift pagi. My dear plak masuk lambat, kul 2pm. Dalam kul 1:45pm, aku sms my dear dan tanye samada dia dah masuk keje atau lom. At last, dia sms dan kate 'kal jap!'... Aku pun call la dia (guna tepon opis laa.. Hehe!).

Rupa2 nye, dia terkunci kat dalam umah. Hik! Hik! Kunci umah dia tinggal dalam kete. Housemate dia, Usop, kuar dan kunci gril rumah dari luar, assume that my dear ade kunci laa kot! Hehehe... Tak pasal2, aku kene kuar awal dan amik kunci kete dari dia (campak dari tingkap bilik.. :p), then pegi amik kunci umah dia yg tertinggal kat dalam kete tuh! Mujur laa opis aku dekat ngan umah.. Dalam 5 minit jalan kaki sampai laa. Hehe! Tuh laa, pesan aku tanak ikut. Bawak kunci tuh ke mane2, aku kate. Bila jadi camtuh kan susah. :p

Sebab dah alang2 lambat and lepas dia call kedai bgtau the problem, kami pun pegi lunch sesama kat kedai makcik kelantan. Sekejap jek laa. After that, aku follow dia gi Giant. Ade hal sket nak wat. Lagipun aku nye waktu lunch ade stgh jam lagi mase tuh. Lepas tuh, kami pun pegi keje macam biase.

Pengajaran nye di sini, selalu laa bawak kunci rumah ke mana2... Untuk keselamatan diri! Hehehe...
Daaaaaaaaaaaaaaaaaa............

Terima Kasih...

Terima kasih Ya Allah kerana menciptakanmu
Terima kasih ibumu kerana melahirkanmu
Terima kasih ayahmu kerana membesarkanmu
Terima kasih guru-gurumu kerana mendidikmu
Terima kasih takdir kerana menemukanku denganmu
Terima kasih kepada semua yang memberi restu
Terima kasih padamu kerana sudi menerimaku dalam hidupmu...

Untukmu yang teristimewa, semoga dirimu dilindungi selalu, bahagia sepanjang masa dan diberkati Yang Maha Esa.

Selamat Hari Lahir ke-26, buat insan tersayang...