Semalam, mama terpaksa amik cuti (tanpa gaji) lagi atas beberapa hal yg tak dapat langsung nak dielakkan…
FIRST, Kak Ida takde.
Dia mintak izin nak ponteng jaga anak² sehari (iaitu semalam) sebab nak bawak mak dia yg datang dari Johor berjumpe ngan cucu-cucnye kat Paloh, N9. Takkan laa aku nak cakap TAK BOLEH pulak kan? Dah laa dia tolong jagakan anak-anak aku, walaupon mmg lah aku bayar kat dia tp dia terpaksa mengorbankan beberapa perkara yg dia biase buat ngan family dia time cuti² sekolah camni. Sekali-sekala dia mintak ‘cuti’, ape de hal kan? Hehe…
SECOND, Kes tak caye kat laki sendiri. Haha!
Kang ade plak yg salah anggap.Hehe! Bukan tak percaye ape… Mula-mula mmg plan nak suh hubby tolong jagakan anak-anak je sbb dia mmg off semalam. Then, aku mula pikir² balik, boleh ker hubby uruskan makan minum Addad? Nak mandikan pagi n ptg. Kalo Ayyad sorg, mmg aku tak kesah hubby yg jaga sebab Ayyad dah besar. Senang nak bawak ke sane sini. Atas beberapa faktor, maka aku terpaksa jugak men’cuti’kan diri demi kepentingan anak-anak. Then, ptg kelmarin bile borak² ngan hubby mase dalam kete n balik keje, mmg rupenye dia pon ala-ala tak percaya kat diri sendiri utk uruskan anak-anak sorang²! Haha…
THIRD, Zayyad TAK SEHAT!!
This is the main reason actually. Ayyad tak sehat. Dia jarang sakit. But suddenly, mulut dia penuh ngan ulser, luar dalam atas bawah. Sampai kat lelangit n lidah pon ade jugak! Sian sangat kat dia… Tak sampai ati aku tgk tiap kali dia merengek n menangis sebab sakit or berdenyut². Aku mula detect mase ptg Isnin ri tuh lagi. T upon Kak Ida yg gitau kat aku. Tp mase tuh tak laa nampak teruk sangat but badan dia ade panas² sket. Aku just bg ubat demam and kasik dia minum air masak bebanyak je. Tp, ptg selasa tuh, mase amik dia dari umah Kak Ida, dah merebak abis kat satu mulut. Malam tuh jugak kami dok bawak dia pi klinik. Sampai dia nak bercakap pon susah! Sian hero mama. Tak penah² Ayyad dok diam baik-baik kalo dalam kete but that day, he’s behave… Dok diam² jek kat front seat, tak cakap apape. L Sampai malam semalam, kebykkan ulser kat dalam mulut dia dah nampak macam pecah. Allah… Seksa aku tgk. Kite kalo kene sebijik ulcer dalam mulut pon, menderita sesangat. Inikan pulak dia kene penuh satu mulut! Alahai… Paling kesian, tiap kali nak makan, dia akan menangis sebab pedih dan sakit. Menangis sambil pegang makanan… Sayu hati mama. Huwaaaaaaaa!!! Semalam, terpaksa laa Abg Ayyad makan bubur aje. Gigih mama gi kedai pepagi buta pi beli ayam sebab nak watkan Ayyad n Addad nye bubur. Hehe!
Muka moody Ayyad yg tgh kelaparan dan sakit mulut.
WALAUPUN Ayyad tak bape sehat, tp bile pas makan ubat, dia macam ok sket. Mebi sebab ubat tuh jenis pain killer. So, sempat gak laa mama n ayah bawak abg n adik jejalan cuci mate semalam. Hehe! So, layan gambo² yg sempat mama snap during da activities…
Time tak rase sakit, abg Ayyad sempat menyanyi-nyanyi lagi walaupon mulut tak leh bukak n tutup ngan sempurna. Ish! Ish! Ish!
Kek Coklat Moist Kukus lagi. Ini dibuat atas permintaan Abg Ayyad yg tak sehat. Hehe! Sian sangat kat abg Ayyad… Special mama buat utk Ayyad nih!
p/s: Moga abg Ayyad cepat recover dan sihat semula seperti biase. Baru laa boleh makan kek coklat yg mama buat tuh puas-puas kan? J Sayaaaangggggg anak-anak mama!
0 Korang Kate...:
Post a Comment