Followers

Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

Friday, November 15, 2013

The 6th Anniversary - Happy Anniversary, dear Hubby!

** How come I forgot about today??? Haiyaaa... Semalam dah ingat but pagi ni, langsung hilang ingatan. Hubby first wish me via SMS. Uhuk! Tiba2 rasa syahdu...

"HAPPY 6th ANNIVERSARY to my dear Hubby"

It was a 6 happiest and toughest year in my life.
Macam2 dugaan, macam2 ujian, macam2 cabaran...
Tak lupe kegembiraan dan kebahagian kurniaan Allah Taala buat kite.

Dikurniakan 2 org putera yg comel dan bijak, membuatkan mama bersyukur tak terhingga dan lupa akan segala sengsara yg pernah kita lalui dan hadapi.

Semoga kita lebih matang lepas ni..
Lebih tabah, lebih sabar, lebih stabil, lebih gembira dan bahagia.
Moga hubungan kita akan berkekalan hingga ke syurga Allah.

Jika ada kesilapan dan kekhilafan mama, mohon maafkan lah...
Jika terkasar bahasa mama, mohon ampunkan lah...
Jika ada kekurangan mama, mohon terimalah seadanya...
Jika ada kesalahan mama dalam hubungan kita, mohon bimbinglah.
Moga kita sentiasa diberkati dan berada di jalan Nya...

Mungkin desakan hidup merubah sikit sebanyak sikap mama.
Namun sentiasalah percaya....
Mama sayang ayah sepenuh hati.
InsyaaAllah dulu, kini dan selamanya.

Tuesday, June 9, 2009

Kenduri dan Sekolah

Pelik ker tajuk nih? Ehehehee... Kalo tatau ujung pangkal mmg laa pelik. Sebenarnye, last weekend - Ahad (means kelmarin) aku pi kenduri kawen member aku kat tempat aku sekolah dulu iaitu kat Lanchang Pahang. Member aku nih dok Felda Bukit Damar, Lanchang. Dulu aku sekolah kat SMKDB, Lanchang. So, dapat laa aku tgk semula sekolah ku yg ku rindu (rindu ker?? Hehe..) Uhuhuhu! Walau tgk dari luar jek, tp nampak sangat perbezaan nye dulu dan skrg. Byk bangunan2 baru di tambah, tempat n pintu masuk pun nampak lebih menarik dah teratur. Tak macam dulu², sempoi jek! Ye laa kan, dah bape lame plak aku tinggalkan zaman 'uniform' dan hostel nih. Mesti laa byk beza antara dulu dan skang. But at least, aku dapat gak la tgk semula sekolah aku even dah lebih kurg 11 tahun aku tinggalkan zaman tuh. Terimbau laa jugak kenangan ngan kengkawan dan suasana waktu tuh dulu. Ehehehe! Rindu plak rase... Mujur gak laa kitorg lalu ikut jalan lama. Kalo ikut highway, kompem tak lalu depan sekolah ku itew!


Cite pasal kenduri, kitorg pi reramai (tak laa ramai mane pon!). Aku n hubby naik satu kete bersama Zayyad, Acik n Pak Chu. Kami di follow oleh Apis n wife juga Loq n Iela. Sampai kat felda tuh, dgn kompiden nye kami masuk tanpa tau rumah pengantin nye kat mane! Wakakakakakakakaa... Mujur ade budak2 yg lepak kat tepi jln. Hubby pon gi laa tanye dorg. Bapak Ubai nih plak jenis yg di kenali, so senang laa. At last kami sampai jugak. Mase tuh pengantin pun still on d way lg. Kami pun melantak je laa dulu. Lama gak laa nak tgu pengantin sampai. Bile dah sampai, kene tgu plak sampai dirog abis bersantap! Ye laa, hubby nak laa jumpe member dia dulu kan. Lepas settle semua nya, kami pun beransur dari situ menuju ke kampungku di Triang. Tujuan nye, nak anta Acik n Pak Chu balik setelah seminggu diorg tlg aku kat KL. Ehehe!


Sampai umah, dah kul 4pm++. Rehat2 jap, sempat plak bwk Zayyad pi jalan2 naik moto ngan acik keliling kampung ptg tuh. Ekekekekee! Lepas makan malam, dalam kul 9pm++ kami pun gerak balik KL semula sebab esok nye aku n hubby kije. Penat nye laa rase! Nak lalu ikut shortcut, tak berani plak sebab dah gelap. Terpaksa ikut Bahau-Seremban. Dekat la sket compare to ikut Temerloh. Rupe2 nye, elok jek sampai lepas tol Senawang, jalan jamed kaw² sampai ke KL. Huhu! Patut² dalam 3 jam dah sampai KL. At last, jamed punye pasal, 4 jam lebih jugak laa baru sampai umah. Aku dah laa tak bape sehat plak! Batuk teruk ngat. Selamba pegi kenduri n balik kg dgn suara yg tak bape nak kuar tuh. Haha! Kul 1am lebih kurg, baru sampai umah. Ke'pengsan'an lagi ler kami.

Akhirnya, akibat kepenatan dan jugak suara yg dah tak bape dapat di dengar, aku MC semalam! Ngan hubby sekali tak pi keje. Zayyad pun tak pi skul lg. Ari nih baru la dapat masuk keje, Zayyad pi skul n hubby ade bowling tournament kat opis dia. So, aku upload laa sket gambo2 yg sempat aku snap sepanjang Ahad lepas. Sampai sini dulu utk entry yg ni. Daaaa...

Congratulations to Ubaidah & Zura

Tuesday, July 15, 2008

SeLaMaT PeNGaNTiN BaRu... "uDa & WiFe"

Sabtu lepas [12th July 2008] kami iaitu aku, hubby and Daus telah berangkat ke Felda Besout, Slim River, Perak untuk menyaksikan persandingan Uda dan isterinya di sebelah pihak perempuan. Chewah! Hehe... Diorg dah nikah last week tp sejak lepas nikah, aku rase ni laa mase nye baru diorg jumpe semula coz lepas jek akad nikah ari tuh, uda terus balik Pahang semula sebab keje. Wife dia pun sama, balik keje jugak!

Kami start gerak dalam kul 08:00am dari umah. Lepas breakfast kat Restoran Mama, agak2 dalam 08:30am laa kami betul2 memulakan perjalanan melalui Damansara follow ke highway Ipoh. Stop kat perhentian Tanjung Malim dalam a few minutes, kami sambung semula perjalanan.

Dalam kul 10:05am lebih kurang, kami sampai kat Slim River. Hubby call uda, diorg still kat area Genting lagi. Dalam sejam lebih baru sampai.. Huhu! 'Bechinta' jugak laa menunggu. Sambil tunggu, kami lepak kat kedai mamak yg ade kat situ. Lepak sampai laa dalam kul 11am. Bila hubby call lagi and uda kate dah lepas dari Tanjung Malim, kami pun tunggu terus kat dalam kete jek.

About 11:15am, uda ckp dia dah sampai. Rupa2 nya dia tak gerak sekali ngan rombongan sebab nak cepat. Kerol yg guide ahli rombongan lain kat belakang. So, kitorg gerak dulu laa ke umah mak angkat uda, sebab dia nak siap2 dah.

Tgh pekena laksa, ahli rombongan lain pun sampai. My mother-in-law pun ade sekali. Lepas salam2, tunggu diorg makan laksa plak. Sementara tuh, pengantin tengah bersiap2 kat dalam bilik. Selesai semua, pengantin pun dah ready, kami pun berangkat ke rumah pengantin perempuan. Dalam 5 minit perjalanan, kami pun sampai. Kompang berbunyi, kami pun berarak menemani pengantin lelaki. Cheeewaaah! Hehehe... Di sambut pengantin perempuan di halaman rumah, di arak ke pelamin, amik gambar beberapa pose and lastly makan time.... hihihi! Lepas makan dan semayang zohor, masing2 dah penat n nak balik. So, dalam kul 3:30pm laa lebih kurang, kami semua pun bersiap2 untuk berangkat pulang.

On the way balik, hujan turun selebat2 nye... Kelabu semacam jalan raya tuh. Hubby drive pun slow jek. Takut sebab jalan licin. Lama gak laa hujan tuh. Dah nak masuk area KL baru laa hujan reda. Sampai umah dalam kul 5:30pm, kami terus 'pengsan'. Dah nak maghrib baru terbangun. Hik! Hik! Hik! Daus stay sampai hari ahad sebab hubby dah tak larat nak anta. Dia pun dah penat. Lagipun memasing cuti Ahad tuh. Boleh laa rehat sket.



Hari yang gulap gulita...

Begitu lah serba sedikit kisah hari perkahwinan Uda. Kepada Uda dan pasangan nye, di ucapkan :

"SeLaMaT PeNGaNTiN BaRu.. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat."

Sekian. Chow!