Followers

Thursday, December 1, 2011

KEK CAWAN COKLAT KUKUS

Lepas abg, adik plak tak sehat. Adik tuh macam biase laa… Batuk. Bile dia start batuk, mama nye mmg tak sedap ati. Mmg takleh nak tinggalkan dia ngan anyone else. Sedang elok pulak batuknye datang ari nak check-up dia Selasa ari tuh. Kebetulan Kak Ida pon takde on that day. Balik kg urgent, pak sedare dia meninggal dunia. Innalillahi wainna ilaihi rajiun…But on that day, aku mmg tak leh nak ‘ponteng’ keje sebab aku ade meeting process flow yg perlu aku attend. Wajib! Sebab aku sorg jek yg handle mende tuh utk team KB and Wana plak utk team KM. So, takde org lain tau! Nak tak nak, aku mmg kene attend meeting tuh sbb nak finalize before submit to TMO and verify for ISO. (Huh! Ape yg aku merepek kan nih? :p) Kesimpulannye, hari Selasa ari tuh, hubby laa yg tolong aku jaga anak-anak n jadi Mr. Mama. Hehe! Thanks darl… Berjaya jugak walopon 1st time. Berjela jugak laa pesan yg aku tinggalkan kat dia tghari tuh. Haha!

But semalam, si adik still batuk² pagi tuh. Nampak teruk! Tak sampai ati lagi aku nak tinggalkan dia ngan Kak Ida (walopon Kak Ida tak kesah langsung sebab dia pon dah boleh biasekan diri ngan keadaan Addad tuh). Lepas bagi ubat yg dapat dari klinik kesihatan kelmarin, aku bagi lagi inhaler to make sure dia tak sempot teruk. Then aku tidokan dia semula. Sempat laa aku mengemas umah sket. Terus aku sms bos bgtau yg aku MC… Yaaaa!!! Anak yg sakit tp mak nye yg mc ye kawan-kawan! Haha… Terpakse laa. Huhu! Cuti dah abes. MC jek yg tinggal. Wat to du? L

Bile Addad bgn dari tido, uiksss???!!! Tak batuk langsung dah?? Bunyi dada pon dah tak kuat and boleh kate takde kedengaran pon on that time. Erk!!! Alhamdulillah… Lega sket mama. But on the same time, rase cam rugi plak tak pegi keje. Haha! Tp takpe laa kan. At least mama boleh monitor Addad betul² semalam. :D

And sebab anak-anak sehat dan riang menjelang tghari semalam, aku ajak hubby beli brg dapo sket sebab nak masak. Tp sebab kuar tuh pon dah dekat lunch hour, terus makan kat kedai dulu lah. Huhu! After that, terus pi Tesco and borong barang dapur sket. Sian Addad, sampai tertido² tgu mama abes shopping. Huhu!

And, ptg tuh… mama ade sket rajin. Dah lame nak try but takde kesempatan. Actually resepi kek nye same jek cam choc moist ari tuh Cuma mama ubah suai kan utk jadi seperti yg dikehendaki. Hehe!

So, ini laa resepi mama utk anak-anak dan ayahnye, semalam:

Kek Cawan Coklat Kukus

Bahan A
150 gm minyak masak
180 gm susu cair
200 gm gula kastor
220 gm susu krimer manis
1 sudu teh emulco coklat

Bahan B
50 gm serbuk koko
90 gm tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk penaik

Bahan C
3 biji telur dipukul dengan sehingga kembang

Hiasan Kek
1 bar coklat masakan atau aising kek
Coklat chip atau apa-apa hiasan yang menarik untuk kek cawan coklat

Cara-cara Membuat Kek Cawan Coklat Kukus :

1. Campurkan semua bahan-bahan A ke dalam sebuah periuk. Kacau semua bahan-bahan itu di atas api secara perlahan-lahan hingga gula hancur. Jangan sampai bahan-bahan ini menjadi mendidih. Angkat dari api dan biarkan suam.

2. Masukkan bahan C iaitu telur yang telah dipukul sehingga kembang tadi dan kacau sehingga sebati.

3. Ayakkan bahan-bahan B dan masukkan ke dalam adunan A. Pukul dengan hand-mixer hingga adunan menjadi licin.

4. Biarkan adunan selama 20 minit.

5. Tuangkan adunan ke dalam cawan-cawan kecil atau bekas aluminium dan kukus sehingga masak kira-kira dalam 20 minit.

*untuk cek masak ke tak kek ini boleh cek dengan cucuk kek menggunakan lidi. kalau takde apa yang melekat pada lidi bermakna kek tue dah masak.

6. Selepas masak dan sebagai hiasan boleh cairkan bar coklat dan sapu di atas kek cawan coklat atau sapukan aising kek diatas kek cawan.

7. Letakkan hiasan seperti cip coklat dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk keraskan coklat hiasan.

Terlebih rajin, mama buat kan pulak icingnye skalik, then tabur plak ngan sugar rice yg berwarna-warni... Haha! Excited budak-budak nak makan. :p

BUTTER CREAM ICING
By: Mama TOT

1/2 cup shortening
1/2 cup butter
1 sudu teh esen vanila
4 cawan gula aising (di ayak sekurang-kurangnya 2 kali)
2 sudu besar susu

cara - caranya:

mula - mula pukul butter n shortening pada high speed, sampai kembang dan sesambil tu masukkan esen vanilla..

masukkan gula aising satu demi satu cawan, pastikan sebati yang pertama baru masukkan yang kedua.. seterusnya sampai la abis 4 cawan... dan masukkan sekali susu..

pastikan kembang dan fluffy baru berhenti...

Bukan anak-anak mama jek suke, anak jiran pon teruja! Hehe… Mama pon seronok laa tgk dorg makan ngan gembiranye. :D

Selamat mencuba!

1 Korang Kate...:

Pretty Ryna said...

menarik haih