Followers

Tuesday, December 13, 2011

KEK KARAMEL (black-out!!!)

Minggu lepas, gigih aku meneliti resepi kek kat blog Kak Azlita. Tp, dalam byk² tuh, satu kek nih laa yg paling aku teringin nak cuba n rase. Kek Karamel nih laa.. Tp masalah nye kek nih kene bako.. Tak leh kukus. And FYI, umah aku mmg takde oven lagik… Lom beli, occay! Ujung bulan nih akan aku usahakan. Haha! Gigih noks…
Setelah dipikir-pikirkan… Demi keinginan yg membuak-buak dan napsu makan yg tak terbendung lagi… Akhirnya, aku buat keputusan utk PINJAM OVEN KAKAK SEBELAH! Muahahahahaa… (Kalo tak jadi kek aku, mmg laa malu kan???)

So, malam sabtu tuh, dalam kul 10++pm dekat kol 11pm, (tak menyabo! :p), aku sms Kak Ida…

Yesss!!! Berjaya… Haha! Macam laa susah pon kan? :p Kompem² laa kak ida penah offer aku pinjam oven dia kalo nak buat kuih. Muehehehehee! Then, malam tuh aku tido dalam keadaan ketidaksabaran. Huh! (ß over!)

Esoknye, takde laa sesusah subuh pon aku dok hangkut oven tuh. Ptg jugak baru aku start mem’baking’. So, ini laa resepinye…

Gula Hangus

2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan

Bahan Karemel

1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.

Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )

Adunan Kek Bahan 1

70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Adunan Kek Bahan 2

140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.

Merinque

6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.
Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath

Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.

Huduh nye kek aku nih.. Comot!!!
Nak tau apsal jadik cenggini? Haha.. Ade kesahnye. Tgh syiok² membako kek tuh, dah ade laa dalam 40 min ++ mende tuh kat dalam oven, tiba-tiba….

Plappp!!!..............

Gelap… Senyap… Sunyi… Panas…

Hoiihhhhh!! Letrik takde???? Huwaaaaaaaaaaaaa… Segera ku intai kek yg still kat dalam oven. Perghhh! Dah cantik naiknye… uh! Uh! Cuak… Cuak… Terus aku roger kak ida utk kepastian…

“Kak! Black out ker??”
“A’ah Na… Tiba2 plak. Kek dah siap ker?”
“Tgh bakar laa nih kak… Dalam oven lagi! Seb baik dah lebih ½ jam!! Adoiiii…”
“Alaaa… ruginye. Sian laa. Membazir jek. Akak ade laa oven yg pakai gas tuh..”
“Hah!!! Boleh laa kak… Saye sambung kat situ aje…”

Adoiyyyaaaiii! Mujur laa wehhh… Tu pon jenuh nak tgu oven tuh panas plak. Dan Alhamdulillah, kek aku tak bantat! Masih cantik layernye, gebu dan sedap walopon rupenye agak huduh dan comot sedikit sebab proses pemindahan oven dal penyejukan kek berlaku dalam keadaan gulap-gulita... Takde hal lah! Asalkan sedap… Terbaeeeekkkk!! Hehe…

Next time, akan ku pastikan kek ku jadi lebih cantik n kemas dari yg ini. Haha! (Ayat nak buat lagi. :p)

Kawan-kawan, kalo nak cuba silakan… Pastikan buat lebih cantik n kemas dari aku ye! Dan yg paling penting, jangan buat kalo time black out!! Haha…

Selamat mencuba!!!

0 Korang Kate...: