Followers

Tuesday, December 6, 2011

APAM POLKA DOT versi ANGRY BIRD

Dah lame terase nak buat apam polka dot, tp sebab rase agak leceh, aku tangguhkan dulu niat tuh. Tp last week, rase tak sabo dan keinginan nak buat tuh membuak-buak lepas aku tgk beberapa org telah membuat sedikit pengubahsuaian pada paras rupa apam tuh. So aku pon try laa… Resepi cam biase, follow aje apam polka dot punye jek. Decoration lain, sila laa lukis sendiri. Hehe!

Inilah hasil nye… Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

APAM POLKA DOT versi ANGRY BIRD

3 biji telur dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum 220 gm gula halus 150 ml susu segar/ susu cair 3 sudu teh baking powder 1 sudu kecil ovalette** 1 sudu kecil esen vanilla filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai pewarna

Cara-cara penyediaan apam polkadot

1. Masukkan telur dan gula ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain(masukkan susu, tepung dan last sekali ovelette. Then, masukkan esen vanilla) dan mix lagi sehingga sebati. 3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan. 4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag. 5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja). 6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan). 7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh. 8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.

HAHAHA!!! Zayyad sangat teruja sekali nampak mende nih. Sampai sayang nak makan. Bile aku suh makan and tunjuk ade byk lagi, baru laa dia masukkan dalam mulut. Kalo tak, di tatangnye aje mende alah tuh! Ekekekee… So, next maybe aku nak try lukis muke atomen pulak kat apam tuh. Jgn jadik raksase sudah lerrr!!! Muehehehehee…

So uols, Selamat Mencuba laa ye!!!

0 Korang Kate...: