21-10-2011
3 tahun lepas di tarikh ini, betapa berbangga nya mama dan ayah kerana telah dikurniakan oleh Allah Taala seorg putera yg sangat comel yg sememangnya kami nanti-nantikan kelahirannya bagi mengukuhkan lagi ikatan dan menghiasi alam rumah tangga kami.
Di kala itu, tak tergambar gembiranya kerana seakan-akan tak percaya yg kami telah pun menjadi ibu dan bapa. Masih terasa sakitnya melahirkan, masih terngiang suara pertama tangisan…
Malah hari ini pun, mama masih lagi berbangga dan gembira, anakku… Malah lebih lagi dari sebelum ini kerana dari hari ke hari, kau semakin membesar. Dan sekarang juga telah bergelar seorang abang kepada adikmu. Kau yang bijak, pandai berkata-kata, penyayang dan bertanggungjawab. Walau tingkahmu kadangkala menguji kesabaran, namun kau tetap anak yang cemerlang.
Hepi 3rd Buffday to my 1st little hero, Muhammad Zayyad RaziQ. Mama sayang abang Ayyad sangat-sangat! Dunia dan akhirat… Moga sentiasa berada dibawah lindungan-Nya, membesar dengan sihat dan gembira. Jadilah anak yg soleh dan taat pada ibu-bapa dan agama serta seorg abg yg bertanggungjawab terhadap adik(²) nya. Doa mama sentiasa yg terbaik buat anak-anak, InsyaAllah …
LUV U ALWAYS...
0 Korang Kate...:
Post a Comment