Alhamdulillah, ade gak org yg sudi order ngan aku yg amatur nih. Segan pulak rasenye. Thanks ye Tinie & Lieza yg order for family gathering masing-masing. Maaf di pinta atas segala kekurangan dan kelemahan. Maklum laa, buat pas balik keje di kala kepenatan. Lagi pulak baru jek 2 kali buat mende nih. Huhu!
InsyaAllah, akan cuba diperbaiki di masa akan datang...
Thanks jugak kepada pemilik asal resepi, MAZ dari ILHAM DAPUR kerana sudi berkongsi resepi yg sangan mabeles ini. Jom sama-sama share!
RED VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES
Resepi diambil dari blog: UMMI from HOME SWEET HOME
Bahan-bahan (loyang 7x7 inci):-
125 gram + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus (akak guna tepung halus/superfine flour)
1/2 sudu kecil garam
60 gram mentega - suhu bilik
110 gram gula halus
1 biji telur saiz A - suhu bilik
1/2 sudu kecil essen vanilla
120 ml susu segar - suhu bilik
1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
1/2 sudu kecil pewarna merah - maz guna merah strawberi
kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emulco
1/2 sudu kecil cuka
1/2 sudu kecil baking powder
Lapisan Cheese
200 gram cream cheese - suhu bilik
1 biji telur saiz B@A - suhu bilik (akak guna saiz A)
60 gram gula galus
1 sudu besar jus lemon
Cara-Cara:-
Panaskan oven pada suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang supaya senang nak dikeluarkan brownies nnt.
Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.
Ayak tepung dan garam. Ketepikan.
Dalam magkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.
Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.
Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.
Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.
Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.
Lapisan Cheese
Cara-Cara:-
Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan telur. Putar biar sekata.
Tuang atas kek dan amik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay.
Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheesecake, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering).
Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA YE!!!
0 Korang Kate...:
Post a Comment