Followers

Monday, June 18, 2012

KEK SPAN & KASTAD PANDAN

Dah lame plan nak wat kek nih... Sebab amat tertarik ngan Kastad Pandan nye itew. Huhu! Akhirnya, berjaya jugak aku buat last wiken. Kebetulan plak Father's Day kan? So, boleh laa dikatakan kek nih dibuat special utk AYAH kepada anak-anakku iaitu En. Hubby. Hehe! Walopon dia tak laa gemar sangat makan kek but certain kek dia suke jugak hadap. Dan yang paling penting, anak-anak sangat sukakannye especially si Zayyad. Tak berenti dia ulang makan. Hehe!

Bile upload kat FB, ade jugak yg PM & tanye camane nak buat kek ni... Ekceli aku pon tak henti² menggugel kat internet dan selongkar blog org lain utk dapatkan resepi kek ni beserta kastadnye. Dan Alhamdulillah, takyah selongkar jauh². Singgah aje kat umah Kak Ita Masam Manis. Memang terbaek laa resepi² dia walopon mebi dia pun dok selongkar kat umah org lain. Hehe! Yg penting, dia dah memudahkan keje aku utk cari resepi terbaek dengan menepeknye di dalam blog comel dia tuh. But of coz, hasil kek aku tak laa sekemas dia dan fotografi aku pon tak laa se'awesome' foto² dia. Sekadar nak makan anak-beranak, ok laa kan. So, kalo nak tgk kek yg sangat lawa dgn gambar terbaik, lawat laa blog Kak Ita kite tuh ye! Hehe...


Okeh!!! Udah-udah laa tuh membebelnye. Moh jengah resepi plak... 

KEK SPAN & KASTAD PANDAN
Resepi Asal: Azlita Masam Manis



KEK SPAN PANDAN

Bahan-bahan:
150 gm tepong super fine - ita guna tepung kek
150 gm gula kastor 
5 biji telur telor gred A
1 sudu besar ovalette 
80 ml air daun pandan - ita ganti susu segar
80 ml minyak / mentega cair 
1 sudu teh pes pandan 
1 sudu teh baking powder
sedikit pewarna hijau

Cara-cara:
Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun) 
Perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau.Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati. 
Sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita mendap atau turun atau penyek



KASTAD PANDAN

Bahan A
180 gm gula kastor 
500 ml air daun pandan 
1 sudu makan serbuk agar-agar segera

Bahan B
400 ml santan pekat 
85 gm tepong hoen kwee hijau 
1 sudu teh pewarna hijau 
secubit garam

Untuk hiasan
1 cawan kelapa kering

Kek span di hiris kepada 2 bahagian. Ketepikan
Untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk. 
Masak atas api sederhana hingga mendidih. Kacau hingga gula hancur.
Satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata. 
Masukkan aduanan ini kedalam aduan (A).
Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih. 
Sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita.. 
Letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. 
Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.
Hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya. 
Biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
Keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan . 
Salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda.


Walopon tak cantik dan takde hiasan² seperti kelapa kering dsb, tp kek nih tetap laku. Haha! Bagi sket kat jiran sebelah umah... Yg lain kami anak beranak dok perabih kan kat umah. Muahahahaha! Ade sket jek lg balance kat dalam peti ais tuh. Huh! Buruk lantak sungguh kan? Hehe... Tp serius, kek nih mmg sedap especially tang kastad dia tuh. Elok jek kastad masak dan dah dituang penuh ke atas kek, ade laa balance sket lg. Kami 3 beranak (except hubby sebab dia koje) dok melicinkan balance kastad dari dalam mangkuk tuh. Haha! Buruk perangai kan? Tp siyes sedap wooooo tambah plak time dia tak mengeras lg tuh. Ekekekekeee!

Ekceli ade resepi kek span yg lagi mudah dan simple bahan nye iaitu menggunakan tepung optima. Tp cam biase lah, aku lg suke gune bahan² yg dah sedia ade ka umah. Jimat dan takyah nak kuar pi kedai lagik. Aku kan agak pemalas sket bab tuh. Haha!

So, kepada yg nak mencuba, silakan lah. InsyaAllah, tak akan keciwa. Muahahahahaa!

SELAMAT MENCUBA!!!

UCAPAN RINGKAS:
Happy Father's Day buat suami tercinta, Mat Asri bin Zainal Abidin. Terima kasih kerana sentiasa cuba untuk menjadi ayah yg terbaik buat anak-anak kita. Mama, Ayyad & Addad love u so0o0ooo much!
Buat abah tersayang, Mohd Yusop bin Hasan, Hepi 66th Birthday (14th June 2012) & Happy Father's Day to you. Moga dilanjutkan usia, murah rezeki dan diberkati Allah selalu. U are the greatest off all! Terima kasih utk segalanya. Jasamu tak mungkin terbalas. Org sayang abah dunia akhirat....
Buat ayah (FIL), Zainal Abidin bin Awang, Happy Father's day jugak... Terima kasih ayah, kerana mendidik dan menjadi ayah yg terhebat utk hubby dan keluarga. Tanpa ayah, takde laa hubby dan tanpa hubby, takde laa my amazing lil family macam ari nih. Thank you soooo much! :)
Special for my 3 brothers-in-law- Norsidi bin Othman, Azhar bin Ahmad & Mohd Asri bin Makmur - Happy Father's Day! Thanks for being the best and caring husband for all my sisters and a very good father to all my niece & nephew.
And not to forget, to all my dearest frenz yg bergelar bapa, papa, ayah, abah, daddy, abi, bapak etc....

HAPPY FATHER'S DAY uols!!!
YOU ALL ARE THE BEST FATHER THAT I'VE EVER KNOWN...

0 Korang Kate...: