Followers

Tuesday, October 22, 2013

ZAYYAD RAZIQ - 5 YEARS

::21-10-2013::

Selamat Hari Lahir yang ke-5 tahun buat putera sulong mama, 
Muhammad Zayyad RaziQ bin Mat Asri.

Semoga Abg Ayyad sentiasa dilimpahi kurnia dan rahmat dari Yang Maha Esa.
Semoga beroleh keberkatan di dunia dan juga akhirat.
Moga menjadi seorang yang soleh, bijak dan berguna untuk semua.
Jadilah seorang yang bertanggungjawab dan taat pada agama dan ibu bapa.
Moga satu hari nanti, abg Ayyad akan menjadi kebanggan mama ayah, dunia akhirat.. InsyaaAllah.

-------------------------------------------------------------------------------------
Dear Sweetheart,

5 tahun membesarkan Ayyad, dalam susah dan senang mama & ayah...
Alhamdulillah, Ayyad seorang anak yg sangat bijak, memahami dan jugak ringan tulang.
Notti sket2 tu adat lah.. Budak2 kan? Tapi, mama selalu bersyukur dikurniakan anak yg sangat pintar, rajin dan berdikari walaupun baru je masuk usia 5 tahun sekarang ni.
Sebagai abang, Ayyad pandai mengalah dan menjaga adik.
Sebagai anak, Ayyad sangat pandai mengambil hati mama ayah.

Tak dinafikan, kadang-kala tercabar kesabaran dalam mendidik kamu berdua, namun itu khilaf mama dan ayah. InsyaaAllah, kami sentiasa cuba untuk memperbaiki diri dalam mendidik dan membesarkan kamu berdua sebaiknya.

Maafkan mama seandainya mama kerap bertegas dan memarahi abg dan adik dalam mendidik dan mengajar kamu berdua.
Sesungguhnya ketahuilah bahawa kasih sayang mama utk abg Ayyad tak pernah kurang, malah sentiasa bertambah seiring dgn tumbesaran kamu, sayang...

Dan selalulah ingat bahawa mama, ayah dan adik Addad sangat sayangkan abg Ayyad.
Luv u from the bottom of my heart, my precious...

"HAPPY 5th BIRTHDAY TO YOU"

0 Korang Kate...: