Lame dah tak menepek resepi. Bukan tak masak, tp malas jek nak update. Huhuhu! So, wiken baru ni aku macam terlebih rajin plak... Hari Sabtu tu, hubby kene attend training class kat SS2. Mula2 cam dah malas dah nak masak beria2 tp rase teringin plak nak masak nasik ayam.
Gugel resepi nye daripada ari Jumaat lagi dah. Hehehe! Gugel punye gugel, jumpe laa resepi yg agak mantop rasenye ni.
Malas berleter panjang... Moh layan kan aje!
Nasi Ayam Paling Sedap
Oleh: Azie Kitchen
Lauk Ayam:
1 ekor ayam
Halia
Bawang putih
Bawang merah
Bahan perap:
Sos tiram
Kicap cair
Kicap manis
Madu
Minyak bijan (Aku tak letak... Time tu plak tak jumpe langsung minyak bijan kat mane2 kedai kt umah aku! Haihhh...)
Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah. Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit.
Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak. Selepas itu angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika. Gantungkan ayam sekurang kurangnya satu jam.
Goreng ayam secara deep fry atau di dalam periuk yang dalam sehingga minyak menenggelami ayam. Untuk lebih mudah, sangkutkan ayam dengan besi penyangkut ditepi periuk agar mudah mengangkatnya setelah masak. Setelah ayam masak angkat dan gantung untuk toskan minyak. Potong ayam dan hidang.
Nota:
Ayam jangan dipotong, biarkan seekor. Setelah digoreng atau dipanggang barulah dipotong agar ayam masak cantik. Tapi kalau susah untuk menggoreng, bolehlah dipotong 2 atau potong 4 sahaja.
Aku mmg pakai half ayam jek. Byk2 kang tak abes plak! Nk mkn utk bape org jek.. And ayam nye tu, aku tak laa gantung, sejatkan di atas jaringan sehingga betul betul kering airnya je.
Nasi Ayam:
Mentega
Minyak ayam - (Tak jumpe! Aku goreng lemak2 ayam tuh je sampai kuar minyak... Haha!)
Bawang merah
Bawang putih
Halia
2 helai daun pandan
1 helai daun salam (bay leave) - Aku tak letak pon
Susu full cream
Serbuk ayam (Aku guna kiub pati ayam)
Garam
Gula
Rempah penumis - bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis
Basuh beras wangi (beras biase pon boleeeyyy), tos dan letak dalam rice cooker.
Di dalam kuali masukkan mentega, tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dikisar, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam.
Setelah naik bau masukkan separuh daripada air rebusan ayam tadi, susu full cream, garam, serbuk ayam dan gula mengikut rasa.
Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras tadi jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak seperti biasa.
(Cara aku, aku tumis semua mende dalam rice cooker tu terus. Bile dah siap, tuang aje beras yg dah tos td tu then continue masak kat tempat rice cooker tu...)
Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang.
Sambal Cili
5 biji cili padi merah siam - aku guna cili besar merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia - saya tambah
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam - saya tambah
Sos tomota - opsyenal saya tambah (aku pun tambah sket)
Blend cilipadi merah siam dengan halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil sehingga likat.
Sambal Kicap
Air kicap hasil perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih. Angkat.
Kuah Sup
Jeruk kubis (aku tak pakai pon.. Tak jumpe! Aku dice kan tomato jek sket...)
Garam
Serbuk ayam (Aku guna kiub pati ayam)
Daun bawang - tabur
Bawang putih goreng - tabur
Separuh air rebusan ayam masak semula dan campurkan jeruk kobis, garam dan serbuk ayam.
Bubuh potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang.
Resepi kali ni mmg lain dari yg lain. Sedap betol nasik nye!! Boleh dimakan begitu saja tanpa lauk pun dah sodap... Hehe!
Selamat Mencuba!
0 Korang Kate...:
Post a Comment